Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Thursday, August 25, 2016

Agar2 Tembikai (experiment 3)

Assalamualaikum. Minggu lepas saya cuba lagi buat agar2 tembikai untuk kali ke 3. Tapi hasil masih lagi tak memuaskan hati. Masih tak dapat tekstur dan rasa yang digambarkan oleh bonda. Tapi lebih baik dari percubaan ke 2.

Secara ringkas saya catatkan sukatan bahan yang saya gunakan.

Agar2 tali 30g
5 cawan air
2 cawan gula
Sedikit gula batu
Sedikit esen vanila
3 biji putih telur

Caranya sama seperti sebelum ni cuma semasa mencampurkan agar2 dengan putih telur, saya pukul agak lama sehingga hampir 100% sejuk adunan agar..

Result dan yang perlu diperbaiki..
1- MANIS SANGAT, kurangkan gula kepada 1 cup sahaja
2- boleh cuba kurangkan air kepada 4 1/2 cup sahaja.

Sunday, July 31, 2016

Agar Agar Tembikai ( experiment 2)

Assalamualaikum. Rabu lepas saya buat agar2 tembikai untuk kali ke 2. Alkisahnya percubaan kali pertama hasilnya tak begitu memuaskan dari segi rasa walaupun rupanya memang cun ( yg ni saya sendiri yang declare, haha). Menurut bonda rasanya tak "authentic" macam dulu2.

Maka saya bertanyakan bonda dan mak saudara cara penyediaannya. Bonda dan mak saudara pernah buat dulu sewaktu zaman mereka muda remaja tapi tak pasti sukatan yang tepat. Ye la, dah lebih 30 tahun tak buat kan. Cuma bonda dan mak saudara saya berkongsi tips yang masih mereka ingat. Berbekalkan tips dari mereka terhasillah percubaan kedua.

TAPI hasilnya belum sempurna. Ayah komen rasa macam puding buih je. Still takde rasa authentic nya agar2 tembikai tu. InsyaAllah akan ada percubaan ke3 nanti. Kena buat sampai bonda cakap lulus dari segi rasa. :)

Jom berexperiment dengan saya

BAHAN- BAHAN:
Sebungkus serbuk agar -agar ( 10g)
70g gula batu
1/2  cup gula pasir
Sedikit esen vanila
3 biji putih telur
3 1/2 cup air
Sedikit kismis
Pewarna

Cara Penyediaan:
1- Masak serbuk agar2, gula batu dan juga gula pasir. Masak agak lama. Haritu saya masak lebih kurang 25minit. Masukkan esen vanila.
2- Biarkan agar2 sejuk sedikit lebih kurang 15- 20minit
3- Pukul putih telur sehingga jadi meringue.
4- Masukkan agar2 yang dah suam2 kuku. Then terus pukul sehingga adunan hampir sejuk. Seeloknya sehingga sejuk.
5- Masukkan dalam mangkuk dan warnakan serta letakkan kismis.

Note:
Kesimpulannya experiment belum berjaya. Entry ini bertujuan sebagai reminder untuk saya pada masa hadapan.

Tuesday, July 19, 2016

Agar- agar Tembikai (experiment 1)

Dessert hari ni. Memenuhi permintaan bonda. Actually sejak raya aritu bonda menyatakan hasrat nak makan agar2 tembikai tapi saya agak tak confident untuk buat sebabnya saya tak pandai untuk buat kuih2 tradisional. Tapi demi bonda saya cuba dan alhamdulillah hasilnya cantik dan sedap walaupun belum lulus sepenuhnya...hihi..insyaAllah saya akan cuba lagi nanti.


saya ikut resepi kat atas..maaf, kurang rajin sikit nak taip balik. :)

untuk sukatan air saya guna 3 1/2 cup air sebab saya guna cawan sukatan metrik yang mana setiap cawan boleh isi 250ml air.

tips dari mak sedara saya:

1- tambah gula batu semasa masak agar2.
2- Guna telur putih je, tak perlu guna telur kuning. Next time mungkin nak try guna 4 biji putih telur
3- Masak agar2 dan gula agak lama. 
4- Next time mungkin nak kurangkan air kepada 3 cup sahaja sebab ayah cakap agar2 tadi agak lembik


Puding Roti Gula Hangus

Assalamualaikum. Alkisah semalam petang bonda minta saya buatkan puding roti untuk berbuka puasa. Seboleh mungkin saya akan cuba masak apa saja yang bonda atau ayah minta. Sangat gembira bila family makan apa yang saya masak. Ingatkan entry memgenai kuih pulut sekaya yang saya buat ramadhan aritu?. 3 hari lepas, bonda minta saya buatkan lagi. Seronok sangat sebab maksudnya kuih yang saya buat tu sedapkan. Hihi. 

Saya mungkin tak mampu untuk beri duit yang banyak untuk bonda dan ayah saya. Hanya ini yang saya mampu setakat ini. Semua saya lakukan demi kasih sayang saya untuk bonda dan ayah serta family.Saya juga jahit baju untuk family saya dan saya tahu mak ayah saya sangat gembira bila pakai baju yang saya jahit walaupun kadang2 jahitan saya tak kemas sangat. Pernah saya jahitkan tudung untuk mak saya dan satu hari ada kawan saya datang ke rumah, tak sangka mak tunjukkam tudung yang saya jahit tu. Saya pulak yang segan. Hehe.sebab saya tahu jahitan saya tak cantik sangat pun.

Panjang membebel kat atas. Jom tengok resepi.  Resepi dari blog ni juga tapi dah alter sikit sebab saya nak buat banyak. Dapat 2 loyang. 1 loyang saiz 9inci dan 1 loyang lagi saiz 7inci. 

Puding Roti Gula Hangus

Bahan-Bahan

4 tbsp gula pasir- jadikan gula hangus

1 tin susu sejat

air ( jadikan 6cup- susu sejat + air)

1 1/3 cup gula

8 biji telur

12 keping roti- boleh kurangkan

Sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:

1- Cairkan gula pasir. 2tbsp untuk setiap loyang. Apabila gula mencair sepenuhnya, tutup api dan ketepikan.

2- Blend telur dan esen vanila. Masukkan dalam bekas. Boleh juga tapis kalau rajin tapi saya tak buat pun. :)

3- Blend air, susu, roti dan gula. Campurkan dalam bekas telur. Kacau sebati.

4- Masukkan dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 30minit atau sehingga masak.

Saturday, June 18, 2016

Agar- Agar Santan Pandan

Assalamualaikum. Lama blog tidak terisi dengan entry baru kan. Saya agak sibuk dengan baby firdaus kebelakangan ini. Baby firdaus asyik nak berkepit je dan tak boleh dibiarkan keseorangan. Even tidur mesti berteman. Maksudnya sekiranya baby tidur, saya kena ada kat sebelah. Jika tak, dia akan mudah terjaga. Jadinya sekiranya baby tidur, mak lang dia pun tertidur juga. Haha. Baju raya pun tak sempat jahit lagi. Adik bongsu saya dah risau kalau saya tak siapkan baju melayu dia. Sebenarnya mood nak jahit baju raya tak sampai lagi. Bukan lah baby firdaus punca utamanya. Baby firdaus cuma punca sampingan je..hik2

Panjang intro kat atas kan. Sebenarnya saya cuma nak kongsi resepi agar2 santan pandan yang saya masak semalam. Walaupun resepinya agak mudah tetapi saya pernah gagal dulu semasa menyediakan agar2 ni. Ini kerana kebiasaannya agar2 santan akan jadi 2 lapisan kan. 1 lapisan agar2 biasa kat lapisan bawah dan lapisan santan akan berada dibahagian atas. Tapi dulu saya buat tak jadi 2 lapisan pun. Pelikkan. Bila mak tengok hasilnya, mak cakap saya tak letak telur. After that memang saya ingat untuk buat agar2 santan mesti letak telur untuk jadikannya 2 lapisan.

Untuk semalam, saya gunakan agar2 tali. Ini juga bukan kebiasaan saya kerana biasanya saya guna agar2 serbuk kerana ianya ada panduan untuk memasak agar2 yang mana sukatan airnya disertakan. Berbeza dengan agar2 tali yang mana cadangan sukatan airnya tiada pada pembungkus agar2. So, kita cari ilmu kat google. Maka terjadilah agar2 santan yang sempurna pada selera saya. Haha. Selera saya yang penting kan.

Saya kongsikan resepinya disini ye. Untuk rujukan saya lain kali.  Resepinya agak banyak sebab saya masak 3 bungkus agar2. Masak banyak untuk majlis buka puasa kat rumah mak sedara. :)

Bahan- bahan:

3 bungkus agar2 tali (37g setiap bungkus)
2600ml santan
4000ml air( sukahati nk letak brapa bnyak air atau santan, asalkan jumlah cecairnya lbh krg 6600ml)
1tsp garam
1kg gula(terpulang kepada anda)
Air pandan
3biji telur

Cara
1- Rendam agar2 terlebih dahulu lebih kurang 2jam atau 3 jam. Ikut suka.

2- Masak agar2 dengan air biasa + air pandan sehingga semua agar2 larut.

3- Masukkan santan, gula, garam dan telur yang telah dikacau.

4- Masak sehingga mendidih agak lama tapi jangan terlalu lama nnti pecah minyak plak santan tu. :)

5- Boleh masukkan dalam bekas dan biarkan agar2 mengeras.

Thursday, October 15, 2015

Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum. Disebabkan kerana susah untuk melelapkan mata malam ni,saya godek2 blog usha entry lama. Then terjumpa entry ini yang hanya ada gambar dan tanpa resepi. 

Ini adalah gambar dessert sagu gula melaka yang saya buat lama dulu. Resepinya simple sahaja cuma perlukan biji sagu, santan dan juga gula melaka yang dicairkan.

Cara penyediaannya, masak air dalam periuk sehingga agak panas. Masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu masak sepenuhnya. Untuk kenal pasti sagu sudah masak sepenuhnya ialah biji sagu berwarna "clear" dan tiada yang berwarna putih.

Setelah sagu masak, tos dan masukkan dalam acuan. Atau boleh juga dimasukkan dalam bekas yang besar. 

Hidangkan bersama santan yang dimasak sekejap dan air gula melaka.

Untuk resepi yang lebih detail boleh rujuk entry terdahulu mengenai dessert ini. Saya ada berkongsi sedikit experiment untuk menyediakan dessert ini dalam entry terdahulu.

Friday, July 3, 2015

Puding roti gula hangus

Assalamualaikum.
Hari ni nk kongsikan resepi puding roti gula hangus. Buat untuk iftar semalam.

Loyang 9 inci atau 2 loyang 7 inci

Bahan- Bahan:
3 tbsp gula. Dijadikan gula hangus
8 keping roti
6 biji telur
1 tin susu sejat
Air (jadikan 4cup susu sejat + air)
1 tsp esen vanila
1 cup gula

Cara Penyediaan:
1- Cairkan gula hangus di dalam loyang. Ketepikan.
2- Blend gula, esen vanila, roti,susu dan air.
3- Pukul telur sedikit dan tapis. Masuk dalam blender dan blend sekejap.
4- Masukkan kedalam loyang gula hangus.
5- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Wednesday, March 19, 2014

Sagu Gula Melaka

Assalamualailum...
Alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia saya hari ni..
Hari ni saya akan kongsikan resepi sagu gula melaka. Resepi yang sangat simple tp hasilnya memang best lebih2 bila dimakan sejuk...yuk, kita tengok resepi. Tiada sukatan khusus ye sbb semuanya main tuang je...

Sagu gula melaka

Bahan-Bahan
Biji sagu
Santan
Gula melaka

Cara Penyediaan
1-Masak biji sagu sehingga tiada kelihatan biji sagu yg putih dan pstikan yang tinggal cuma biji sagu yang berwarna cerah(clear).

2-Cara masak biji sagu ad 2 cara dan saya sudah ber experiment dengan kedua-dua cara. Yang pertama masukkan biji sagu bersama air dalam periuk dan masak sehingga biji sagu msak semuanya. Cara keduanya ialah didihkan air trlebih dahulu sebelum dimasukkan biji sagu. Hasil akhir kedua-dua cara ni mmg berbeza.

3- Apabila semua biji sagu masak,bilas biji sagu dengan air dan toskan. Masukkan dalam bekas dan biarkan ianya sejuk

4- Potong sagu yang telah sejuk dan boleh dihidang bersama santan dan gula melaka yang telah dicairkan. Santan boleh dimasak terlebih dahulu sehingga sedikit mendidih.

p/s:

1- biji sagu yang dimasak terus dengan air tnpa dididihkan airnya akan menghasilkan biji sagu yang sedikit hancur tp sy lebih sukakan teksturnya yg lebih  lmbut.

2- biji sagu yang dimasak dengan air yang dididihkan terlebih dahulu akan menghasilkan biji sagu yang msak cantik tnpa hancur tp teksturnya agak keras.

3-korang faham x?? Susahnya nk explain...harapnya korang faham la ye..

Selamat Mencuba

Tuesday, March 11, 2014

Puding karamel tnpa telur

Assalamualaikum...
Jika kebiasaanny puding karamel mggunakan agak bnyk telur, kali ini sy akan kongsikan resepi puding karamel tnpa telur...prnyediaan yg simple dan jika ditanya pilihan sy, sy memilih puding karamel tnpa telur brbanding puding karamel yg mggunakan telur...slh satu sbbnya tntulah kerana kalori dan kndungan kolesterolnya lebih rendah...sesuai untul org yg nk berdiet...

Jom semak resepinya

A) 2 tbsp gula pasir

B)
1paket agar2 10g
4 cup air
1/2 cup gula pasir
1/2 cup susu pekat manis
1 tin susu sejat
3 tbsp tepung kastard
1tsp esen vanila

Cara Penyediaan
1-Buat gula hangus dengan mencairkan gula didalam loyang sehingga keperangan.
2- Satukan semua bahan B,masak diatas api sederhana sehingga mendidih.
3- Masukkan kedalam bekas yang mengandungi gula hangus.
4- Biarkan membeku..lg sedap sekiranya dimakan sejuk.

Selamat mencuba

Sunday, December 1, 2013

Puding Kasih Bertaut

Assalamualaikum, selamat petang. Hari ni mood tak begitu baik. so better saya update blog daripada dok fikir yang bukan2..

Hari ni saya akan kongsikan resepi Puding Kasih bertaut. Dah lama buatnya cuma tidak berkesempatan untuk update blog. Resepi saya C & P dari blog K. Ita je.. Malas nak taip balik. Mintak izin ye kak..:)


PUDING KASIH BERTAUT 


Bahan-bahan A 
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B 
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.



versi malas... campurkan semua dalam loyang besar..:)

Hasilnya apabila dipotong...

Selamat Mencuba..

Wednesday, November 13, 2013

Puding Susu

Assalamualaikum. Selamat pagi. Kelapangan masa pagi ni, saya akan kongsikan resepi puding susu yang tidak menggunakan susu langsung tetapi menggunakan whipping cream. Bahan yang digunakan pun tidak banyak, hanya serbuk agar2, non dairy whipping cream dan juga gula. Ayah dan adik2 suka dengan pudding ni sebab rasa lemak dari whipping cream tapi saya kurang menyukainya dsbabkan rasa dan bau yang agak kuat dari whipping cream tu. Tapi seharusnya anda mencubanya kerana mungkin ia akan menepati selera anda. Tak salah mencubanya kan??


Alkisah mengenai puding ni, beriya saya bekukan sebahagian yang berwarna dan kemudian saya potong kepada bentuk 'love' menggunakan cutter, dan susun dalam loyang sebelum dituang yang tidak berwarna tapi hasilnya berterabur semua yang saya susun sebelum tu. Hasilnya macam gambar kt bawah ni. 



Yang ni versi dalam mangkuk kecil


Ok, kita terus kepada resepinya.

Pudding Susu

Bahan-Bahan:

6 gm agar-agar serbuk
400 ml air
150 ml whipping cream
* ita guna Non Dairy Whipping cream. Kalau guna Dairy Whipping Cream atau fresh cream atau double cream gula tambah sikit lagi sebab non dairy whipping cream dah manis yg lain tu tak ada gula.
* boleh juga kalau guna susu cair atau susu segar dan sama juga kena tambah gula. Tapi mungkin rasanya akan lain sikit.

50 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
Beberapa titis pewarna 

Cara Penyedian:
1- Masak agar-agar, bersama gula dan air sehingga larut dan mendidih.
2- Tutup api dan tuangkan whipping cream dan esen vanilla.
3- Ambil sedikit adunan dan letakkan pewarna.Tuangkan dalam beberapa piring secara berasingan mengikut warna, nipis sahaja.
4- Biarkan mengeras.Setelah keras potong bentuk bulat dengan cutter.
5- Sediakan beberapa gelas. Bilas gelas dengan air.
6- Susunkan dot-dot warna warni pada dinding dalam gelas.
* Utk bagi dia melekat pada dinding, lapisan dot-dot tu buat nipis-nipis sahaja, jadi dia tak kan melurut ke bawah.
* Gelas di bilas tapi dot-dot tu jangan basah tau permukaannya, lap sikit dengan tisu kalau basah. Ia akan melekat.

7- Tuangkan pula agar-agar putih. Dinginkan dalam peti ais

Nota dari Linda: 
*K.ita namakan puding susu polkadot kerana puding yang diwarnakan dipotong bulat dan disusun dan dilekat cantik pada gelas sebelum ditaungkan adunan berwarna putih. Hasilnya memang cantik ber dot2. Boleh tengok blog k.ita untuk tengok hasil yang awesome. 


* Saya guna agar2 serbuk 25g dan whipping cream, saya guna lebih kurang 1 cawan je. Untuk air dan gula saya ikut sukatan yang disarankan sepertimana panduan memasak agar2 pada plastik pembungkus agar2. Cuma kena kurangkan sikit kerana kita menggunakan non dairy whipping cream yang dah manis. 


Selamat Mencuba:::^__^

Monday, October 21, 2013

Agar-Agar Lapis Pelangi

assalamualaikum. Harai ni misi meng"clear" kan draf. So entry kedua untuk hari ni ialah agar-agar pelangi. Agar-agar yang cantik tapi memerlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk membuatnya. Saya ambik masa 2 jam lebih untuk menyiapkan. Tu pun saya cuma buat 8 lapisan sahaja.  Kalau lagi banyak lapisan lagi lama masa yang diperlukan ntuk menyiapkan. Sebabnya, kita perlu pastikan lapisan sebelum mengeras sebelum diletakkan lapisan seterusnya. 


Agar-agar ni boleh jugak dijadikan hadiah hantaran. Mungkin boleh tambah agar-agar yang dibentukkan bunga kat atas untuk mencantikkan lagi. Sebenarnya ni pertama kali saya mencubanya. Kononya practise untuk buat hadiah hantaran untuk my uncle nnt.

Resepi agar- agar pelangi ni saya dapat dari blog kak yatie memories. Saya copy & paste je resepi ye. Malas nak taip balik. ^---^


Agar-Agar Lapis Pelangi
Bahan-bahan ( 22 cm )

Bahan A
10 gm serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple,
Bahan B
10 gm serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam 

Cara-cara
           1-Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
            2- Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
            3- Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
            4- Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil

            5- CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
            6- Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn pisau supaya lapisan akan melekat...sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
            7- Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn pisau... agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
            8- Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...


Selamat Mencuba

p/s: entry seterusnya tidak dapat dipastikan bila.."((

Sunday, October 20, 2013

Macaroni Salad


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seingt saya banyak janji entry tertunggak kan..Tidak berkesempatan nak update blog disebabkan kekangan waktu. Bila hari bekerja, memang penat bila balik, terus tertido..hehe..Untuk kali ni saya akan kongsikan resepi macaroni salad. Resepi asal dari mak uda saya. She's Philipines. Sejak mak uda kawen dengan p.sedara saya 10 tahun lalu, memang resepi ni jadi menu wajib setiap kali raya. Dulu-dulu pertama kali cuba, memang agak tak kena selera kitorang semua.  Maklum la orang kampung memang tak pandai makan macaroni. Tapi bila dah selalu makan, rasanya sangat sedap. And untuk raya haji aritu, mak uda tak balik kampung, so terpaksa la buat sendiri tapi bukan saya yang buat. My sis yang buat.. :))



Macaroni Salad

 Bahan-bahan: 
( sukatan bahan agak2 je, boleh ubah ikut selera masing2)

1 paket Macaroni 
1 tin buah-buahan cocktail (ditoskan, guna buah je)
1 bekas nata de coco (toskan, guna nata de coco je)
1/2 tin susu sejat
sedikit susu pekat manis ( tak nak letak pun takpe)
 5 keping slice cheese- dicarik-carik
 5 tbsp mayonaise
Kismis
Boleh jugak tambah buah anggur atau buah2 lain.
* kalau tambah buah strawberry mgkin sedap jgk kot..lain kali boleh cuba.
Cara Penyedian:
1- Rebus macaroni dengan ditambah sedikit minyak dan garam. Biarkan masak dan toskan. 
2- Gaulkan macaroni dengan semua bahan-bahan lain. Gaul rata.
3- Simpan dalam peti ais. Lebih sedap dimakan sejuk.


Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidiladha

Assalamualaikum...Mungkin masih belum terlewat untuk saya ucapkan salam aidiladha untuk semua. Semoga kita semua dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Untuk raya kali ni, saya tidak berkesempatan untuk masak2 kerana kerja. Semalam pun keja juga. Saya cuma sempat buat 2 jenis cookies. tu pun cookies versi orang yang kurang rajin. Layan gambar kat bawah je la...Nanti bila-bila free, saya akan updatekan resepinya. Mungkin esok, mungkin lusa or mungkin jugak tak tahu bila...^____^

tart nenas versi kurang rajin..saiz pn tak sama..:((
Choc chip Cookies
  
Daging Masak Lada Hitam


Macaroni Salad ( yang ni my sis yang buat. ^__^)



Sunday, October 13, 2013

Potato Croquettes

Assalamualaikum...Selamat pagi semua..I'm back!!!...Hari ni saya akan kongsikan resepi potato croquettes..Bunyi namanya macam susahkan tapi sebenarnya tak la susah pun nak buatnya. Resepi yang simple je..semua orang boleh buat.  

nampak rupa macam cek met molek kan tapi sebenarnya tidak ye..

Potato croquettes ni lebih kurang cekmek jgk sebenarnya cuma kalu buat cekmek molek, kita gunakan ubi keledek, potato croquettes plak kita guna ubi kentang. Lagi perbezaan cekmek dan potato croquettes ialah inti kat dalam. Cekmek kita letakkan gula kat bahagian dalam, potato croquettes plak kita boleh letak macam2, sayur-sayuran, ayam, saya letak sardin je. Kalau tak nak letak inti pun boleh juga..boleh cecah dengan sos dan mayonis.



Resepi potato croquettes ni ada macam2 versi. Saya rujuk resepi dari blog citarasawan  ( kak wan buat potato croquettes berintikan sayuran dan ayam) dan Martha Stewart ( Martha stewart plk buat coquettes tidak berinti). Tapi saya buat versi saya sendiri...So saya taipkan resepi yang saya buat semalam. Resepi ni boleh diubah ikut selera masing2..

Potato Croquettes ( Semua bahan agak-agak je sukatannya)

Bahan-bahan

Sardin dalam tin
Bawang besar- dicincang
Bawang putih- dicincang
Cili padi
Ubi kentang
Tepung ubi atau tepung jagung
Garam
Lada sulah atau lada hitam
1 biji kuning telur
Sedikit garam
Putih telur
Breadcrumbs


potato croquettes berintikan sardin..:)

Cara Penyediaan:
1- Untuk sediakan inti, tumis bawang besar dan bawang putih bersama cili padi hingga bawang layu. Masukkan sardin dalam tin, masak hingga mendidih. Hancurkan sardin. Ketepikan.
2- Untuk membuat croquettes, Rebus ubi kentang hingga lembut. Toskan
3- Lenyek ubi kentang dan gaul rata bersama bahan2 lain. Tutup dengan plastik, simpan dalam peti sejuk seketika.
4- Bulatkan dan letakkan inti, celupkan dalam telur dan golek dalam breadcrumbs. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit lagi untuk pastikan breadcrumbs betul2 melekat pada potato croquettes. 
5- Goreng dalam minyak panas hingga keperangan.


Selamat Mencuba..:)

Wednesday, October 2, 2013

Durian & Coklat Crepe


Assalamualaikum. Rasa macam dah lama tak update blog kan..Hari ni saya cuma nak kongsikan resepi durian crepe lagi..Asyik2 crepe je...sabar je la ye..

Durian & choc crepe..Crepe I xsama saiz...:((

yang ni pun tak sama saiz jgk..:)

Saya guna resepi yang dulu jgk..and kali ni saya agak rajin ntuk copy paste...boleh terus rujuk resepi kat bawah. Tapi yang saya buat kali ni, saya gantikan susu sejat dengan  santan dsebabkan stok susu sejat dah habis. Hasilnya agak kurang memuaskan bagi saya sebab kulit crepenya agak kering. So, lain kali saya akan setia dengan resepi ni je, tak nak pandai2 modified resepi lagi..hehe

Durian Crepe
Sumber: Yati Memories
Nampak smooth je durian tu kan, I mixerkan durian tu dgn skit air, so hasilnya memang durian yang betul2 halus dan licin la...Tp silapnya kulit crepe ni agak besar, bila dilipat2 jd tebal plak lapisan bwhnya..:)

Bahan-bahan 
Adunan Crepes
3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
4 sudu besar rata tepung kastard
4 sudu besar rata tepung jagung
2 sudu besar rata tepung ubi
3 biji telur-di kocok2 je
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar gula halus
1/4 sudu teh garam
250 ml susu cair- suhu bilik
1 sudu besar mentega cair/minyak masak
Pewarna purple- optional

Cara- Cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
1 cawan non dairy whip cream
Blueberry filling secukupnya

Caranya. 
 Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.

Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
  •  Blueberry filling atau durian secukupnya~ 
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan non dairay whip cream di atasnya
  3. Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling atau durian atau apa2 yg disukai
  4. Tutup kembali denga non dairy whip cream
  5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin
Coklat Crepe~~

Lain kali saya nak letak choc filling lagi banyak...

Saya juga buat Coklat Crepe and saya guna adunan yang sama cuma ditambah 1 tbsp serbuk koko dan sedikit coklat emulco. If nak guna coklat emulco je pun boleh jugak.

Untuk coklat fillingnya pula saya dapat resepi dari sini.  Thanks ye tuan empunya resepi. Resepi ni dapat banyak coklat fillingnya. If, korang nak buat 1 adunan crepe kat atas, mngkin boleh buat 1/2 adunan je.. hari tu saya buat dapat banyak. Tapi Choc filling ni boleh jgk disapu pada roti. Nak buat inti untuk apam polkadot pun boleh jugak.

Coklat Filling
Sumber: Dapurmamasya

Bahan-bahan

1/2 cwn serbuk koko- ayak 
1 cwn gula 
2 1/2 cwn air /susu cair - guna susu 
1/2 cwn tpg jagung 
2sb majerin - mama ganti dg minyak jagung 

Cara 
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau. 

Cara untuk buat coklat crepe sama dengan durian cuma gantikan durian dengan coklat filling. Dan rasanya memang sedap. Boleh buat lagi lain kali.

Selamat Mencuba..:)

Friday, September 27, 2013

Nasi Ayam & Macaroni Sup

Assalamualaikum..Morning everyone.. Semoga jumaat yang indah ini memberi seribu kebahagian untuk anda semua..:))

Ok, Hari ni saya nak kongsikan secara ringkas untuk buat nasi ayam cara dan macaroni sup...Tiada sukatan khusus ye sebab saya biasa campak2 je semua...Kita mula dengan nasi ayam dulu ye.

Nasi Ayam

Bahan-Bahan
Beras untuk masak nasi ( saya guna beras siam je)
Ayam
Rempah 4 sekawan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Rempah sup

Step pertama saya buat, saya akan masak ayam yang telah dipotong untuk dijadikan stok. Cuma tambah air dan halia yang diketuk bersama ayam tadi. Didihkan sehingga ayam masak.

Bila ayam dah masak, keluarkan isi ayam, dan perapkan dengan halia, bwg putih dan kicap manis...boleh tambah madu jgk sikit. Kalau nak tambah sedikit lada hitam pun boleh. Masak ni tak susah, semuanya kita boleh sesuaikan mengikut citarasa keluarga. Biarkan seketika, then goreng ayam sekejap. Kicap lebihan yang kita perap ayam tadi, just tambahkan sedikit stok ayam untuk dijadikan kicapnya pula...Senang kan..

Ntuk nasi, tumiskan rempah empat sekawan bersama dengan bawang putih dan bawang merah...Biasanya saya akan tumis menggunakan minyak sapi or butter. Bila semua bahan tumisan dan berbau wangi dan garing, masukkan beras yang telah dibasuh bersih. Then tambah stok ayam yang dimasak tadi. Masak nasi macam biasa..))

Untuk sambalnya plak, saya blend kan tomato bersama cili padi..Then tambah sedikit stok ayam td...Siap..boleh jugak ditambah sedikit gula dan garam sekiranya perlu.

Kemudian tambahkan air dalam peiuk rebusan ayam tadi, masak sup macam biasa..Kebiasaanya, saya akan tambah 1 ketul kiub ayam jgk..Tapi jangan selalu tau sebab kiub ayam tu high sodium, xelok guna bnyk2. Bercakap pasal kiub ayam, pernah minggu lepas saya ada terjumpa resepi nasi ayam yang menggunakan begitu banyak stok ayam. Mula dengan rebusan ayam dia guna 2 kiub, then untuk masak nasi guna lagi 1 kiub, untuk sambalnya 1 kiub, termasuk untuk perap ayam jugak 1 kiub lagi. Lastly dalam sup ayam pun tambah 1 lagi kiub. Memang agak memeranjatkan saya bila tengok resepi tu. Bagi saya seharusnya ibu menyediakan hidangan yang sihat untuk keluarga bukan menggunakan terlalu banyak bahan perasa sebagaimana kita tahu tinggi kandungan sodiumnya. Namun begitu, mengikut pengalaman saya, bukan semua orang faham

Dan inilah hasilnya nasi ayam yang saya buat minggu lepas ( lambat betul updatenya kan..)


Yang bawah ni macaroni sup. Sebenarnya pertama kali saya makan macaroni sup ketika saya masih lagi bekerja sebagai guru tadika di Smart Reader Kids kat johor awal tahun lepas. Memang sedap macaroni yang bibik bos buat. Actually macaroni tu salah satu menu untuk makan pagi student tapi cikgu yang beriya makan. Resepi simple tapi bagi saya memang cukup sedap la. So saya cuba buat sendiri, walaupun rasa xsama dengan yang biasa saya makan dulu, tapi tetap sedap bagi saya.:))


Resepinya simple je, rebus macaroni dengan sedikit minyak dan sedikit garam. Rebus hingga masak dan toskan. Kemudian ambik sedikit sup ayam, tambahkan dengan ayam yang dipotong kecil. Didihkan sekali lagi sehingga ayam masak. Saya juga tambah tomato yang dipotong dadu. Kebetulan hanya tomato je stok sayur yang ada kat rumah, so guna yang mana ada je la...If nak meriahkan sup tu boleh tambah cauliflower, brocolli, carrot. 


Nampak tak sebiji cili padi kat atas..Saya tambahkan jugak cili padi yang diketuk untuk lebih kaw..Tapi kalu buat untuk anak2, tak perlulah tambah cili padi..Kesian anak2 nanti tak boleh makan.

Selamat Mencuba..

Monday, September 23, 2013

Durian Crepe II

Assalamualaikum. Hari ni mungkin hari mengupdate blog kot. Terus lupa nota2 nak study. Release tension kejap, nanti sambung balik. InsyaAllah. 

Ok, sepertimana entry sebelum ni, saya dah update resepi durian crepe yang saya baru cuba. Kali ni nak kongsi resepi DC yang pernah saya cuba sebelum ni. Dulu2 setia dengan resepi yang ni, Resepi ni sedap jgk and lagi murah.  Bagi saya resepi DC yang ni ( entry sebelum ni) lagi sedap and crepenya lg lembut tapi ia mungkin disebabkan penggunaan susu sejat dan telur yang lebh banyak. so if u all nak jimatkan kos, boleh guna resepi yang akan saya kongsikan ni. Resepi yang akan  dikongsikan ini pun sedap dan crepenya juga tidak mudah koyak. So, pilihan ditangan anda.:))

Jom Semak Resepi
Durian Crepe
Sumber asal: Eyna Haneyna
Sumber rujukan: Kak Zue Semanis Gula

BAHAN BAHAN
(* tulisan berwarna merah ialah versi yang saya buat menggunakan sukatan sudu )

20 gm tepung gandum ( 2 tbsp membumbung)
20 gm tepung ubi (2 tbsp membumbung)
10 gm tepung jagung (1 tbsp membumbung)
10 gm tepung kastard (1 tbsp membumbung)
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan

CARA CARA
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk ,  sebatikan dan tapis
Lengserkan kuali dengan butter.
Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick ( tak melekat ) dan layangkan kuali agar ianye menebar dengan tipis. Masa kite menebar tuu lebihan adunan boleh di keluarkan supaya crepe tak menjadi tebal. Buat crepe setipis yang boleh ye.
Masak menggunakan api yang kecil
Masak hingge crepe mengering dan tak perlu di terbalikkan.

FILLING
200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingge kental
Isi durian secukupnye.
atau
FILLING KASTARD
A ) 200 gm susu segar
50 gm whipping cream
B ) 30 gm tepung kastard
50 gm gula castor
2 kuning telur
30 gm susu segar
200 gm non dairy whipping cream
Satukan campuran B hingga sebati.
Satukan A dan B dan masak atas double boiler hingga adunan  menjadi pekat.. Sejukkan sebentar.( biar betul betul sejuk tauu , kalau tak nanti freshcream  tuu mencair )
Putar whipping hingga kental.
Satukan adunan kastard dan whipping dengan kaedah kaup balik.

CARA MENGGULUNG.
Ambil sekeping crepe
Letak filling
Letak isi durian
Gulung crepe dengan melipat kiri dan kanan.Lipat bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah keatas.

Ini hasil yang saya pernah buat dulu
Yang warna purple tu, pak sedara saya komen takut nak makan sebabnya warnanya macam menakutkan. Haha. Saya dah lupa saya campur2kan pewarna ntuk dapatkan warna purple sebab stok pewarna purple tak ada kat rumah haritu. 

Saya buat durian and blueberry crepe. Kemek crepe sewaktu saya nk potong. Nampak sangat kekasaran yang aku lakukan kat crepe tu.. Lain kali kena potong dengan lemah lembut dan sopan santun sebab whipping cream tu lembut, so pegang pun kena sopan2 ye. ^___^

Selamat Mencuba..:))