Sunday, October 2, 2016

Pemakanan bagi pesakit masalah buah pinggang

Assaalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan sedikit mengenai pemakanan bagi pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Sebenarnya ini adalah permintaan kawan saya yang bertanyakan pemakanan yang sesuai untuk pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Kawan saya tanya sebelum raya haji lagi tapi saya memang agak sibuk sejak 3 minggu lepas. Mula dengan raya haji yang agak memenatkan kerana dah macam kenduri masak kat rumah. Ramai yang datang. Selepas raya, banyak kenduri kahwin pula. Dah habis kenduri kahwin, bonda nak renovate dapur. Angkut dan simpan barang2 dapur bonda yang sangat banyak. Dan yang paling tak sangka anak buah pula masuk wad kat hospital raja perempuan zainab kota bharu. Dugaan kan. 4 hari firdaus kat wad baru boleh balik rumah.  Panjangnya intro. :)

Ok. Kita teruskan kepada tujuan asal entry ni ye. Sebagai pengenalannya, pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang dibahagikan kepada 5 tahap. Ia bergantung kepada bacaan GFR ( glomerular filtration rate) yang boleh diketahui apabila ujian darah dilakukan.  Doktor biasanya akan terangkan di tahap manakah seseorang pesakit itu berada. Tahap 1 dan 2 dikategorikan sebagai "early chronic kidney disease" atau  boleh dikatakan "mild decrease in kidney function". Tahap 3 dan 4 dikategorikan sebagai " moderate to severe decrease  in kidney function". Manakala tahap 5 dikategorikan sebagai "end stage renal disease ( ESRD)". Pada tahap ini pesakit perlu menjalani proses dialisis atau continous ambulatory peritoneal dialysis (CAPD).

Untuk kali ini, saya cuba terangkan pemakanan bagi pesakit yang belum menjalani proses dialisis. Maksudnya bagi pesakit yang berada pada tahap 1 hingga 4.

Perkara yang penting untuk dikawal ialah protein. Kenapa protein? Ini kerana buah pinggang berperanan menyingkirkan hasil akhir proses metabolisma protein  iaitu urea daripada darah kepada urine untuk disingkirkan. Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, maka aras urea dalam darah meningkat.

Jumlah pengambilan protein yang disarankan bagi pesakit yang mengalami masalah buah pinggang yang berada pada tahap 1-2 ialah 0.8g protein/ kg body weight manakala bagi pesakit yang berada pada tahap 3 -4 saranan pengambilan protein adalah 0.6g/ kg body weight.

Saya menggunakan contoh pesakit mempunyai berat badan 60kg dan berada pada tahap 1-2. Pesakit juga mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis.

Keperluan kalori:
30kcal x 60kg
= 1800kcal/day

Protein:
0.8 x 60kg
= 48g protein/day
= 192 kcal
= 7 ex

Karbohidrat
=55% x 1800kcal
= 990 kcal /day
= 247.5g
= 16 ex

Lemak
= 1800- 990- 192
= 618 kcal /day
= 69g lemak/ day
= 14 ex

Kat atas adalah pengiraan kalori dan jumlah pertukaran bagi protein, karbohidrat dan juga lemak. Berdasarkan pertukaran kat atas kita akan bahagikan untuk rancang menu sehari.

Contoh menu sehari

Sarapan pagi:
2 keping roti
Milo tanpa gula

Minum pagi:
2 biji kuih
Air kosong

Makan tengah hari:
2 senduk rata nasi
1biji buah
Sup ayam
- 1 ketul ayam saiz sederhana
- 1 ketul kentang
1 mangkuk sayur campur goreng

Minum petang:
6 keping biskut cream crackers
Teh 0

Makan malam:
3 senduk rata nasi
1/2 ekor ikan saiz sederhana ( goreng atau bakar)
1 biji buah
1 mangkuk sayur sawi masak air

Ini adalah contoh menu sehari yang sangat simple. Yang penting jumlah pengambilan karbohidrat dan protein dalam masa sehari.

Makanan tinggi sodium juga harus dikurangkan. Contoh makanan tinggi sodium ialah sos, penggunaan perasa tambahan, minuman bergas, makanan terproses dan juga kurangkan makanan masin. Pengambilan sodium yang tinggi berkait rapat dengan tekanan darah tinggi. Dan kajian menunjukkan pengawalan tekanan darah yang baik membantu melambatkan kerosakan buah pinggang yang makin teruk. Selain itu, pengambilan sodium yang tinggi juga akan meningkatkan rasa haus yang mana ai akan mendorong seseorang untuk mengambil lebih banyak air. Ianya tidak bagus untuk pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang bilamana keupayaannya buah pinggang untuk melakukan "filtration" telah berkurang. Secara ringkas ia akan memberi lebih bebanan kepada buah pinggang.

Rasanya setakat ini dulu untuk kali ini. Saya cuma tekankan kepada perkara2 utamanya sahaja. Untuk lebih mendalam lagi, berjumpa dan berbincanglah dengan dietitian anda. Ini kerana setiap keperluan individu adalah berbeza mengikut keperluan masing masing.

Salam sayang dan hargailah badan kita.