Saturday, April 20, 2013

Spiral Sardine

Assalamualaikum dan salam sabtu..sabtu yang agak panas dengan penamaan calon untuk pilihanraya 2013...nak keluar pn malas sbb jalan memang jem teruk...

jadinya harinya saya nak kongsi 1 resepi baru yang sangat simple...kalu ad tetamu yg dtg mengejut, boleh la hidang menu ni tp tgok pada tetamu jgk, ada yang tak begitu menggemari pasta..resepi ni dapat dari my aunty..xtau la dia belajar dr mana...:)

mgkin ramai yang tertanya2 pe bendanya spiral sardin ni..actually just masak pasta spiral dgn sardin...bagi yang tak tau spiral tu apa, silalah google ye.

jom semak resepi

Spiral Sardin

bahan-bahan:

1/2 bungkus spiral pasta
1 tin sardin 
1biji bawan holand (potong dadu)
3 ulas bawang putih (cincang)
cili padi- jika suka
sayur-sayuran ( carrot, brokolo, tomato,ikut sukalah)

cara memasak:

rebus spiral hingga masak
semantara pasta masak, tumis bawang putih dan bawang holand yang telah dicincang dan didadukan
tambah sardin yang telah dihancur2
tambah cili padi, sayur2 dan sedikit air
bila agak pekat, masukkan pasta yang telah masak,
perasakan dengan garam jika perlu, gaul rata
sedia untuk dihidang.

inilah hasilnya, tp spiral pastaku overcooked...so, next time, jgn masak pasta terlalu lama...:)



nota chef ( chef la sgt kan..haha):

1- kalu nak lebihkan sardin pn boleh jgk..ikut suka
2- nak tambah bahan2 lain pn boleh jgk..Ikut suka lah
3- pandai2 la modified resepi ikut suka korang....:)

Friday, April 12, 2013

Kek Karamel



Assalamualaikum n good morning...ntuk 1st resepi yg sy nak kongsi ialah kek karamel...kek yg selalu ada permintaan kt rumah tu ...klu buat sebiji, kejap je dah hbs...mmg xmmbazir la...tp gmbr kt bwh, gmbr lama..dah lama xambik gmbar kek karamel ni walaupn ad buat jgk kdg2..



kek karamel ni agak leceh ntuk yang pertama kali buat, klu baca resepi pn pnjg tp klu betul2 faham, resepinya agak senang..yang paling saya suka, resepi ni xguna butter or marjerin...senang nk basuh bekas2 nnt...saya memang tak berapa gemar buat kek yang menggunakan butter, cuma kadang bila kerajinan yang lebih sy akan buat kek yg mggunakan butter...:)





jom layan resepi dlu...cumanya anda memerlukan kesabaran yang tinggi ntuk buat kek ni...kalau 1st time xjd, cuba lg...saya sendiri msih mencuba ntuk mmperbaiki kejadian kek ni...kdg2 kek ok, kdg2 kek xok...bergantung pada mood kot...resepi dari blog k.ita..ntuk tgok step2 yg lebih detail, boleh tgok sini..k.ita pnya kek karamel mmg awesome...

RESEPI KEK KARAMEL
Sumber: www.azlitamasammanis.com

Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir ( guna 11/2 sudu besar pun ok)

Sediakan loyang 8 inc
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
Biar gula hancur dan bertukar warna perang
Biar gula sejuk.Gula yang sejuk akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah apabila dah keras

Bahan Karamel ( karamel tebal)
1/2 tin susu cair ( 1tin)
70g gula castor( 8tbsp)
1/2 tsp esen vanila ( 1tsp)
3biji kuning telur + 2biji telur
+ 2tbsp tepung kastard

kacau susu dan gula + tepung jagung hingga gula larut
kacau telur dan esen vanila perlahan
satukan kedua2 bahan dan kacau perlahan
kemudian tapis kedalam loyang gula hangus td
ketepikan
tulisan merah ntuk mendapatkan karamel yg tebal


Adunan Kek Bahan 1
70g gula castor (5tbsp @ 1/3 cwn)
3bj kuning telur
135ml air
45ml minyak masak
2tbsp susu pekat manis ( sy tambah)

pukul telur kuning, minyak masak, air dan susu pekat manis smpai gebu dan tukar warna putih.
kemudian masukkan gula kastor dan pukul lg hingga naik sekali ganda

Adunan Kek Bahan 2
140gm tepung gandum ( 1 1/4 cawan)
1sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukkan siki2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan

Merinque
6 biji putih telur- pastikan jgn tercampur dengan sedikit pun telur putih
70g gula castor
1sudu teh krim of tar tar ( sudu kfc)

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan krim of tartar dan terus memukul dengan speed tinggi hingga adunan kental dan kaku.
kalu kita terbalikkan loyang, adunan putih telur tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semau baki adunan merinque dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak
Letakkan pewarna yg anda suka
Kemudian tuangkan keatas lapisan karamel td
Belang-belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan purple, kemudian 3 sudu lapisan pink ditengah2 lapisan purple.
Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah2 lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yang sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi

Panaskan oven terlebih dahulu, panaskan pada suhu 170 C telebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160 C, guna air panas ntuk proses steam bath.
Guna api bawah sahaja

Saya guna suhu 160 C selama 1 jam.45 minit api bwh sahaja, 15 minit akhir guna api atas & bawah.


p/s: tulisan merah - nota untuk diri sendiri, menggunakan sukatan cawan



selamat mencuba...