Monday, March 31, 2014

Kek Coklat

Assalamualaikum..

Kali ni saya tidak berkongsi resepi,cuma berkongsi gambar kek yang saya buat sebelum ni..

Kedua-duanya adalah kek coklat yang menggunakan resepi yang sama iaitu resepi daripada Pn Sabrina Khan. Korang boleh tgok resepi kt entry sebelum ni. Saya masih belum explore sepenuhnya mobile blogger ni...xpndai nk letak link..:)

Kek yang pertama dihias dgn krim coklat dan fresh strawberries..(dah lama sy berangan nk buat kek mcm ni sbnrnya...haha)..n kebetulan officemate ke cameron highland,bnda pertama yg dipesan ialah fresh strawberry.

Kek kedua dihias menggunakan creamcheese n cocktail. Untuk resepi creamcheese with cocktail yg saya gunakan untuk dilapiskan dibahagian tengah kek, saya tidak berhasrat untuk berkongsi resepinya lagi kerana bg saya hasilnya kurang memuaskan. Actually hari tu saya ad modified sikit resepinya ikut bahan yang ad kt rumah. Untuk resepinya anda boleh rujuk blog www.fromintankitchen.com.

Green Velvet Cake

Assalamualaikum...
Hari ni 1st day sekolah after cuti seminggu..seronak anak2 bercuti.dan cuti sekolah minggu lepas ramai yg mgmbil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan..tahniah kpd kwan2 yg bergelar pengantin baru..terdetik  dalam diri,bilakah masanya untuk diri ini bergelar pengantin baru??haha..sesungguhnya jdoh itu rahsia Allah dan ianya masih kekal menjadi rahsia. Sy petik kata2 kawan saya "hrgailah masa hidup sendiri untuk buat amal dan brbakti kpd ibubapa sebelum kita disibukkan dengan kehidupan berkeluarga..

Hari ni saya akan kongsikan resepi green velvet yang sy buat mggu lepas untuk birthday ayah...tp ayah cuma tolong potong je...xmakan pn..kitorg adik beradik pn xbegitu gemar kek sekarang esp kek yang berkrim..mungkin sbb dah selalu makan kek kot...mcm green velvet aritu sy bagi2 kpd jiran dan p.sedara..then tinggal sepotong kecil je untuk makan2 kt rmh..

Jom semak resepi...
Sy terlupa resepi dari mana. Tak copy sumber dari mana. Sorry

Green velvet cake

Bahan-Bahan
2 1/2 cup tepung gandum
2 tbsp serbuk koko
1/2 tsp garam
11/2 cup minyak
1 1/2 cup gula castor
2biji telur gred A
1 tsp esen vanila
1 tsp cuka
1 tsp baking soda
1 cup buttermilk
2 tbsp pewarna

Cara Penyediaan
1- Ayak tepung gandum bersama serbuk koko dan garam. Ketepikan.
2- Pukul minyak dan gula sehingga sebati lebih kurang 2minit.
3- Tambah telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi.
4- Dalam mangkuk kecil,larutkan soda bikarbonat didalam cuka dan masukkan kedalam mangkuk adunan.
5- Tambahkan buttermilk dan pewarna. Pukul lg dengan kelajuan sederhana lebih kurang 1minit.
6- Tambah bahan-bahan kering dan pukul rata.
7- Masukkan adunan dalam loyang yang telah digris dan dialas baking paper. Bakar sehingga masak.

Untuk creamcheese frosting
Bahan-bahan:
250g creamcheese
1/2 cup gula aising
1tbsp butter atau krimwell
1 tsp esen vanila

Satukan semua dan pukul sehingga sebati.

Selamat Mencuba...

Wednesday, March 19, 2014

Sagu Gula Melaka

Assalamualailum...
Alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia saya hari ni..
Hari ni saya akan kongsikan resepi sagu gula melaka. Resepi yang sangat simple tp hasilnya memang best lebih2 bila dimakan sejuk...yuk, kita tengok resepi. Tiada sukatan khusus ye sbb semuanya main tuang je...

Sagu gula melaka

Bahan-Bahan
Biji sagu
Santan
Gula melaka

Cara Penyediaan
1-Masak biji sagu sehingga tiada kelihatan biji sagu yg putih dan pstikan yang tinggal cuma biji sagu yang berwarna cerah(clear).

2-Cara masak biji sagu ad 2 cara dan saya sudah ber experiment dengan kedua-dua cara. Yang pertama masukkan biji sagu bersama air dalam periuk dan masak sehingga biji sagu msak semuanya. Cara keduanya ialah didihkan air trlebih dahulu sebelum dimasukkan biji sagu. Hasil akhir kedua-dua cara ni mmg berbeza.

3- Apabila semua biji sagu masak,bilas biji sagu dengan air dan toskan. Masukkan dalam bekas dan biarkan ianya sejuk

4- Potong sagu yang telah sejuk dan boleh dihidang bersama santan dan gula melaka yang telah dicairkan. Santan boleh dimasak terlebih dahulu sehingga sedikit mendidih.

p/s:

1- biji sagu yang dimasak terus dengan air tnpa dididihkan airnya akan menghasilkan biji sagu yang sedikit hancur tp sy lebih sukakan teksturnya yg lebih  lmbut.

2- biji sagu yang dimasak dengan air yang dididihkan terlebih dahulu akan menghasilkan biji sagu yang msak cantik tnpa hancur tp teksturnya agak keras.

3-korang faham x?? Susahnya nk explain...harapnya korang faham la ye..

Selamat Mencuba

Saturday, March 15, 2014

Kek coklat

Assalamualaikum, selamat pg!!!! 
Alhamdulillah bumi dibasahi hujan sejak petang semalam setelah hmpir 2 bln tidak hujan... 
Hari ni saya akan kongsikan resepi kek coklat yg saya buat minggu lepas...seperti biasa sememangnya entry tertunda...
Resepi asal dari Pn Sabrina Khan dari facebook page Resepi Masakan. Resepinya mudah tapi hasilnya memang best sgt..InsyaAllah anda akan puas hati dengan hasilnya.

Jom semak resepi...

KEK COKLAT

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 tsp ovalette
2 biji telur

CARA PENYEDIAAN
1- Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2- Blend telur bersama gula dan ovalette sehingga kembang.
3- Tambah susu pekat manis dan blend lg.
4- Akhir sekali tambah minyak masak dan blend lg sehingga sebati.
5- Masukkan bahan-bahan yang di blend kedalam tepung yang telah diayak. Kacau bersama air.
6- kukus selama sejam atau sehingga masak.

Untuk krim coklat:
Bahan-bahan
Susu sejat( aritu sy guna susu tepung yg dibncuh dengan sdkit air)
Coklat compound
Sdkit minyak masak

1- Panaskan susu dengan api perlahan sehingga sdkit mendidih kt tepi periuk.
2- Matikan api dan msukkan coklat compound yg telah dicincang halus.Kacau rata sehingga coklat mencair.
3- Tambahkan minyak msak dan kacau rata.
4- Biarkan krim coklat sedikit sejuk sblum dicurahkan diatas kek.

P/s: sukatan susu dan coklat masakan bergantung kepada kepekatan krim coklat yg diingini.

Tuesday, March 11, 2014

Puding karamel tnpa telur

Assalamualaikum...
Jika kebiasaanny puding karamel mggunakan agak bnyk telur, kali ini sy akan kongsikan resepi puding karamel tnpa telur...prnyediaan yg simple dan jika ditanya pilihan sy, sy memilih puding karamel tnpa telur brbanding puding karamel yg mggunakan telur...slh satu sbbnya tntulah kerana kalori dan kndungan kolesterolnya lebih rendah...sesuai untul org yg nk berdiet...

Jom semak resepinya

A) 2 tbsp gula pasir

B)
1paket agar2 10g
4 cup air
1/2 cup gula pasir
1/2 cup susu pekat manis
1 tin susu sejat
3 tbsp tepung kastard
1tsp esen vanila

Cara Penyediaan
1-Buat gula hangus dengan mencairkan gula didalam loyang sehingga keperangan.
2- Satukan semua bahan B,masak diatas api sederhana sehingga mendidih.
3- Masukkan kedalam bekas yang mengandungi gula hangus.
4- Biarkan membeku..lg sedap sekiranya dimakan sejuk.

Selamat mencuba

Monday, March 3, 2014

Testing2...

Assalamualaikum...
Sy kembali setelah sekian lama menyepi...

Bnyk sgt prob sblm ni...mula dengan laptop rosak...yg ni paling sedih bcoz all the recipes yg sy kmpul selama ni hilang...sama jgk dengan gmbr2 kek yg sy buat sebelum ni...mgkin korang fikir, knpa xbaiki je laptop tu?actually lptop tu dah uzur sgt n sblm ni dah bnyk kali rosak,so i decided xnk baiki lptop tu...

Lbh kurang 2 minggu lptop rosak, hndfon plak rosak...arggh!!! Stress je...xboleh nk update blog, online, nk google resepi pn x boleh...

N sekarang sy cuma beli hndfon cikai je as long as boleh update blog (walaupun guna hndfon cikai je, bukannya guna "macbook air"..knpa mesti bndingkan dengan "macbook air"....haha)

Entry kali ni sememangnya percubaan pertama update blog guna hndfon ni..dr review org lain, katanya entry agak berterabur jika guna mobile blogger...kita tgok hasilny nnt ye...

P/S:dah lama xbaking...:)