Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Thursday, December 22, 2016

Belebak ubi

Assalamualaikum

Kita terus kepada resepinya ya. Kuih tradisional yang menjadi kegemaran bonda.


Belebak ubi

Bahan-Bahan:

4 cup tepung beras
5 cup santan 
1 3/4 cup gula
4-5 ketul ubi keledek
Sedikit garam
2 cup air untuk dibancuh bersama  tepung beras

Cara Penyediaan:

1- Potong kecil keledek dan rebus sehingga 3/4 masak. Toskan dan ketepikan.
2- Masak santan bersama gula, sedikit garam dan daun pandan sehingga gula larut dan santan mendidih.
3- Kecilkan api, masukkan tepung beras yang dibancuh bersama air. Kacau sentiasa sehingga pekat.
4- Tutup api dan masukkan keledek. Gaul rata. 
5- Bungkus dengan daun pisang dan kukus lebih kurang 15minit.



Wednesday, August 31, 2016

Kuih Serimuka Durian

Assalamualaikum. Hari ni nak kongsikan resepi kuih serimuka durian. Biasa kita makan kuih serimuka pandan kan tapi disebabkan sekarang musim durian, kita cuba serimuka durian pula. Kebelakangan ini, saya sangat suka masak kuih2 tradisional. Kalau sebelum ni memamg jarang masak kuih2 tradisional sebab saya tak suka makan tapi sejak ramadhan aritu bila saya masak kuih pulut sekaya dan hasilnya bonda cakap sedap, memang seronok sangat.

Tapi untuk masak kuih muih tradisional ni bukan semudah yang disangka. 2 minggu lepas, saya cuba masak kuih serimuka pandan tapi tak jadi. Haha. Lapisan atas lembik sangat. InsyaAllah akan cuba lagi sehingga jadi. Dan lagi cerita mengenai kuih muih tradisional ialah agar2 tembikai yang mana dah 3 kali saya cuba tapi masih belum dapat hasil sebagaimana yang bonda mahu. Jadi, untuk masa sekarang, saya akan belajar banyak banyak resepi kuih muih tradisional. InayaAllah.

Jom layan resepi serimuka durian dulu.

Serimuka Durian

Bahan- Bahan:

Lapisan bawah:
1 1/2 cup beras pulut- rendam selama 2-3 jam
1 1/2 cup santan
Sedikit garam

Lapisan atas:
1cup rata tepung gandum
2 tbsp tepung kastard
2 cup santan
3/4 cup gula
3/4 cup isi durian
Sebiji telur
Sedikit garam

Cara Penyediaan:

1- Kukus bahan2 lapisan bawah dalam loyang sehingga masak. Lebih kurang 20minit. Apabila masak, gaul2 sedikit pulut dan padatkan dalam loyang. Ketepikan.

2- Untuk lapisan atas, "blend" santan, gula, garam dan telur sehingga sebati.

3- Masukkan isi durian dan blend sebati. Kemudiaan masukkan tepung gandum dan juga tepung kastard. Blend sebati.

4- Masukkan dalam loyang pulut dan kukus sehingga masak lebih kurang 30minit. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air jatuh diatas permukaan kuih. Dan untuk 5minit terakhir, buka aluminium foil dan juga penutup pengukus untuk mendapatkan permukaan kuih yang cantik.

Saturday, July 2, 2016

Pulut Sekaya

Assalamualaikum. Walaupun entry sebelum ni belum ter update resepi cookies nya tapi saya sangat excited untuk share resepi pulut sekaya yang saya masak untuk iftar hari ni. Saya sebenarnya tidak begitu suka makan dan belajar serta masak kuih muih tradisional kerana merasakan proses memasaknya agak rumit. Tapi hari ni memberanikan diri untuk cuba masak pulut sekaya versi kelantan. Ini adalah permintaan bonda kesayangan yang menyatakan hasrat untuk makan kuih ni. Tapi bonda pun tak begitu pasti sukatannya. Jadi saya google resepinya. Resepi yang saya rujuk dari blog "www.duniacikguwan.blogspot.com. Rupanya tak la susah sangat nak masak kuih ni. Lain kali boleh buat lagi. InsyaAllah.

Kuih Pulut Sekaya
Sumber: www.duniacikguwan.blogspot.com

Bahan- Bahan:

Lapisan bawah:
2 cup tepung pulut
Santan
Sedikit garam

Lapisan atas:
6 bj telur
1 senduk gula( senduk kecil je)
5 keping gula melaka atau nise
Daun pandan
Esen vanila
1cup air

Cara Penyediaan:
1- Basuh dan rendam pulut lebih kurang 3jam.
2- Kukus pulut bersama santan dan juga sedikit garam. Paras santan cuma menutupi pulut.
3- Kukus lebih kurang 2o minit atau sehingga masak. Sambil dikacau2 sedikit untuk pastikan pulut sekata dengan santan.
4- Setelah masak, kacau2 sikit dan padatkan pulut.ketepikan.
5- Untuk lapisan atas, masak gula, gula melaka, air simpulan daun pandan sehingga gula larut dan sedikit likat. Biarkan sejuk.
6- Pukul telur (saya guna whisk je) dan satukan dengan air gula. Kemudian tapis (saya terlupa step ni tadi)
6- Tabur sedikit tepung gandum diatas lapisan pulut dan dan masukkan adunan telur. Kukus sehingga masak iaitu lebih kurang 20minit. Sejukkan sebelum dipotong.

p/s: mak cakap kuih yang saya buat td sedap. Happynya...:)

p/s 2: lekuk2 permukaan atas kuih mgkin sbb saya tak balut penutup pengukus then air jatuh atas kuih.

Tuesday, June 21, 2016

Jeput Malah

Assalamualaikum. Ketika ini jam dah pukul 12.04am. Tapi saya masih xboleh lelap akibat secawan nescafe after berbuka tadi. Saya memang agak susah tidur kalau minum minuman berkafein. Salah sendiri kan. Dah la esok nak bangun sahur..:(

Jadi, sementara pujuk diri untuk tidur, saya nak kongsikan resepi jeput malah yang saya buat semalan. Saya pernah kongsikan resepinya sebelum ni cuma ini adalah versi yang berbeza walaupun cuma berbeza 1 bahan sahaja, hasilnya memang beza.

Sebelum ni saya guna resepi dari google tapi semalam saya cuba resepi dari bonda saya. Ternyata resepi versi bonda memang sedap.

Yuk, tengok resepi. Lain kali boleh buat lagi.

Jeput Malah

Bahan- Bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 paket mauripan
1 biji telur
Kangkung- potong
Garam
Serbuk kunyit atau sedikit pewarna kuning
Sedikit gula- optional
Ikan bilis-optional

Untuk pencecah
Air asam jawa
Kacang tanah yang diblend kasar
Lada kering yang dikisar
Gula
Garam
Bawang putih- diketuk

Cara Penyediaan:
1- Larutkan serbuk mauripan didalam sedikit air suam. Kacau sebati.
2- Campurkan semua bahan untuk adunan jeput termasuk campuran mauripan dan air suam. Tambah aie sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
3- Biarkan adunan rehat sebentar. Tak kisah berapa lama nak rehatkan adunan. Bergantung kepada anda. Semalam saya biarkan adunan lebih kurang 2jam sebelum digoreng.
4- Goreng jeput besar2 dan potong. Mungkin kerana inilah dinamakan jeput malah sebab ianya digoreng bersaiz besar kemudian dipotong kecil.

Untul sosnya:
1- Campurkan semua bahan untuk buat pencecah dan masak dengan api sederhana. Sesuaikan rasa ikut selera anda.

Hidangan jeput bersama pencecah, timun dan juga keropok. Jadilah jeput malah kelate. Best jugak makan lepas balik terawih. TAPI ( nampak tak capslock tu...hehe) sekiranya anda makan sepinggan colek malah selepas solat terawih, jangan terus tidur selepas makan kerana kalori bagi sepinggan jeput malah agak tinggi kerana ianya berasaskan makanan goreng. Seeloknya tidur selepas 2 hingga 3jam selepas makan.

p/s:
1- takde gambar ye..bulan puasa takde mood nak ambil gambar..:(
2- boleh rujuk entry terdahulu untuk lagi satu resepi jeput malah.
3- selesai tulis entry pada jam 12.33am.
(Lama jugak menulis kan? :)

Tuesday, April 5, 2016

Kuih Seri Ayu

Assalamualaikum. Hari ni sy nk kongsikan resepi kuih seri ayu. Antara kuih kegemaran saya. Saya sangat suka bau asli pandan pada kuih ini. Dan untuk membuatnya pun tak susah sangat dan bahan2 pun yang biasa ada kat dapur je. 

Ini adalah percubaan kali kedua dan hasilnya memang best. 

Jom tengok resepi

kuih Seri Ayu

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum

1 cawan santan yang diblend bersama daun pandan

1 cawan gula

1 sudu teh esen vanila

1 sudu teh ovalette

1 sudu teh baking powder

2 biji telur

Kelapa parut

Sedikit garam

Sedikit tepung ubi

Cara Penyediaan:

1- Putar telur, gula, ovalette sehingga kembang dan putih. 

2- Masukkan santan, esen vanila dan sedikit pewarna hijau.

3- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar perlahan sehingga sebati

Untuk kelapanya

* Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan tepung ubi.

4- Padatkan kelapa parut dalam acuan kuih dan masukkan adunan kuih. Jangan lupa sapu minyak pada acuan kuih sebelum dimasukkan kelapa.

5- Kukus selama 15minit.

p/s: ini adalah gmbr lama. Gmbar terbaru xsempat nak snap


Tuesday, March 22, 2016

Kuih Lapis

Assalamualaikum. Hari ni saya sedikit rajin kerana setelah agak lama saya tidak mengeluarkan pengukus, hari ni saya kembali memanaskan pengukus. Alkisah beberapa hari lepas bonda saya ada membeli tepung beras dan bila ditanya nak masak apa dengan tepung beras, bonda menyatakan hasrat nak makan kuih lapis. Setelah bertangguh beberapa hari, hari ini saya merajinkan diri untuk membuat kuih lapis. Resepi asal dari Kak An tuan punya blog "periuk tanah". Ini adalah kali ke 3 saya menggunakan resepi dari blog ini. Terima kasih kepada tuan punya blog. Cuma saya gantikan tepung gandum dengan tepung ubi. Ini kerana menurut tips yang saya dapat dari makcik kat tempat kerja lama saya, katanya penggunaan tepung ubi akan menghasilkan kuih lapis yang cantik berkilat. Sejak itu, saya selalunya akan tambah tepung ubi dalam adunan kuih lapis.

Jom tengok resepi. Ini adalah versi yang lebih ringkas. Kalau nak tengok resepi asal boleh tengok kat blog Kak An atau boleh juga cari kat blog saya ni. Entry dulu2.

Kuih Lapis

Bahan- Bahan:

1 cup tepung beras
2 cup santan sederhana pekat
2 tbsp rata tepung ubi
2 tbsp rata tepung jagung
1/2 cup gula
1/4 tsp garam
Pewarna

Cara Penyediaan:

1- Satukan semua bahan dan kacau sebati. Ini versi malas ye. Sekiranya anda rajin, boleh la panaskan santan sehingga suam2 kuku sebelum dicampurkan semua bahan2 lain. Kacau sebati semua bahan dan tapis.

2- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Hari ni saya bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna merah dan sedikit perisa sirap, 1 bahagian lagi diletakkan sedikit pewarna hijau manakala 1 bahagian dibiarkan warna asal.
Sebenarnya untuk kuih lapis saya lebih suka warna merah dan putih yang berperisa sirap ros. Ini adalah versi original kuih lapis. Bau perisa sirap ros itu yang menyedapkan lagi kuih lapis. Ini bagi pendapat saya ye. Tapi hari ni teringin nak buat kuih lapis hijau dan putih serta lapis merah putih.

3- Seterusnya boleh dikukus lapis demi lapis. Terpulang kepada anda sama ada anda mengukus dalam loyang atau dalam acuan kecil. Saya suka memasak didalam acuan lompang atau acuan muffin kerana senang untuk dihidangkan. Ini kerana sekiranya anda mengukus didalam loyang, anda perlu pastikan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong untuk mendapatkan hasil potongan yang lebih kemas dan cantik.

Happy Cooking...

Thursday, January 7, 2016

Jeput Malah Kelate

Assalamualaikum. Hari ni saya cuba buat jeput malah. Actually jeput malah ni sama seperti cekodok atau cucur cuma ianya digoreng besar2 then dipotong kecil untuk dimakan. Bahan bahan untuk buat pun simple je.

Walaupun resepinya simple, saya nak letak jugak resepinya disini untuk rujukan saya nanti. Resepinya saya google dan olah ikut bahan yang ada kat rumah. Mostly resepinya hmpir sama cuma berbeza pada bahan tambahannya.

Bahan- bahan tepung gandum, garam, gula, soda bikarbonat,ikan bilis dan kangkung serta sedikit pewarna kuning. Boleh juga gantikan ikan bilis dengan udang. Atau boleh juga tambah bawang, kucai, carrot. Gaul semua dengan air sehingga sebati. Sukatannya agak2 je dan adunan jeput perlu dibiarkan sekurang- kurangkan 15minit sebelum digoreng.

Untuk pencicahnya bahan2 yang diperlukan cili kering, cili padi, kacang tanah yang ditumbuk, bawang putih, air asam jawa atau cuka, garam dan gula. Masak semua dgn api kecik. Boleh jgk tambah sedikit tpung jagung untuk pekatkan kuah.

Jeput malah ni sedap dimakan bersama pencicahnya, timun. Ada jugak yg mkn bersama keropok, taugeh ala 2 rojak. Ikut selera masing2.

Entry kali agak malaskan. Resepi pun dalam ayat. Punyalah pemalas nk update betul2. Gmbr jeput malah tadi pun takde. Dah lama rasanya tak ambik gambar makanan. Mungkinkah faktor usia yang semakin meningkat? Haha

Monday, August 10, 2015

Roti Jala

Assalamualaikum. Selamat Petang. Hari ni saya nak kongsi resepi roti jala yang best. Ini adalah resepi yang terbaru saya cuba ( actually tak la baru sangat sebab dah 3x saya cuba resepi ni). Dan hasilnya mmg best.

Alkisah semalam saya berpuasa, then rasa macam teringin nak makan roti jala dengan kuah durian. Kebetulan pulak sekarang musim buah jadinya durian memang banyak kat kebun ayah. Pilih je nak durian yang mana.

Jom tengok resepi. Rasanya tak pernah update lagi resepi roti jala versi semalam kat blog. Sebelum ni up kat ig je.

Roti Jala

Bahan- Bahan:
4 cup tepung gandum
1 cup susu sejat
3 cup air
1 tsp garam
1 biji telur
3 tbsp minyak
Sedikit pewarna

Cara Penyediaan:
1- Blend semua bahan2 kat atas.
2- Sedia untuk di'jala'

Tuesday, July 7, 2015

Kuih lapis

Assalamualaikum. 
Ini merupakan entry lama yg terdelete sebelum sempat di publish. Memang dah lama sangat sebenarnya.Buat kuih lapis ni sebelum ramadhan aritu lg. 

So, mood nk taip balik resepi tu agak malas . Jadi untuk resepi boleh rujuk entry sebelum ni. Resepi asal dari blog periuktanah.blogspot.com.

Saya gunakan resepi yg sama cuma saya gntikan tepung gandum dengan tepung ubi. Kata orang, penggunaan tepung ubi akan menghasilkan kuih lapis yang berkilat dan cantik gitu. Hasilnya mmg sy puas hati sangat. Next time boleh try lg
 
Ok. Itu saja untuk kali ni. Ada 1 lg entry untuk dilunaskan. InsyaAllah kalau daya rajin lain kali, saya akan updatekan resepi penuh kat sini. 

Salam Ramadhan.

Saturday, March 7, 2015

Kuih Seri Ayu

Assalamualaikum...hari ke 3 di hosp tnh merah menemani nenek warded. Rasa mcam si peneman yg akan demam.

Hari ni,memandangkan xde keja sementara tunggu discharge, sy nk kongsi resepi kuih seri ayu yg sy buat 2 hr sblm nenek admitted. Resepinya agk senang cuma nk kukus tu renyah sikit. Ye la,,kena padat padatkan kelapa putih dalam acuan puteri ayu. Part ni yg pling malas nk buat...hehe

Ok resepinya
2biji telur
2 cup tpg gndum
1 tsp b.powder
1 cup gula
1 cup santan yg dblend brsama daun pandan.
1tsp e.vanila
Sdkit esen vanila
1tsp ovalette

Cara Penyediaan
- Pukul telur, gula, e.vanila, ovalette shgga putih n gebu
- Tmbh santan dan e.vanila, pukul lg.
- Tambah tepung sedikit sedikit n pukul sebati dgn speed perlahan.

- untuk kelapa
* gaul kelapa bersama sdkit garam dan tepung ubi.

- padatkan kelapa dalam acuan kuih dan msukkan adunan kuih. Kukus 15 minit...

Friday, January 30, 2015

Popia Goreng

Assalamualaikum
Resepi yg tertunggak 2 hari lepas...

Kita terus kepada resepinya ye. Resepi agak2 je bahannya. Ikut suka hati korang nk letak ape, bnyk mana pn. Kadang sy fikir masak lauk pauk atau kuih lg senang dari buat kek. Sebabnya kek perlu sukatan khusus dan tepat, kalau lauk pauk boleh agak2 je sukatannya. N boleh ubah ikut citarasa korang

Jom semak resepi.

Popia Goreng

Bahan-Bahan:
Kulit popia
Carrot
Taugeh
Kobis
Isi ayam
Sedikit garam
Bawang putih

Cara Penyedian:

- Tumbuk bwg putih, tumis shgga wangi.
- Masukkan sayur dan masak sehingga layu. Sebelum tu, carrot perlu disagat terlebih dahulu.
- Gulung sayur bersama kulit popia.
- Goreng sehingga keperangan.

Sos Pencecah

Bahan- Bahan:
2 ulas bawang putih
2 biji tomato
Sedikit cili kering
2 tbsp cili kisar
Sedikit garam
Sedikit cuka
Sedikit gula

- Blend tomato, bawang putih, cili kering.
- masak semua dgn api perlahan sehingga agak pekat.

Monday, January 26, 2015

Cekodok Pisang

Assalamualaikum...
Sejak akhir2 ni terasa rajin nak update blog...memang mood untuk berblog ni turun naik...pernah satu ketika, rasa nak delete je blog ni dsebabkan mood untuk berblog langsung hilang. Nasib baik xdelete kan...klu x trpksa create blog br bila mood ber blog dtg..

Ok. Hari ni saya cuma nk share tips untuk buat cekodol pisang. Kitorg org kelate pnggil "jeput pise". Pekena plak dgn teh, mmg layan la.

Actually xde la tips sgt pun sbb rasanya semua org tahu nk buat cekodok kan..cuma yg sy nk kongsikan disini cara nk dapatkn cekodok pisang yg bulat dan montok gitu..haha...sy suka yg montok2 gitu...

Ok..kita teruskan kpd resepiny secara ringkas...xde sukatan khusus ye sbb sy campak je semua

Bahan-Bahan

Pisang yang dilenyek
Tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat

Satukan semua, kacau shgga adunan agak pekat dan biarkan sekejap..waktu ni korang boleh la pi mandi dulu ke ( mcm sy pg td...hihi), kemas rumah k atau lyn le drama kt tv...sy biarkan setengah je td...then boleh digoreng.

Tipsnya ialah pnggunaan soda bikarbonat akn mmbntu kita untuk dpt cekodok yg bulat dan montok gitu...xperlu tmbh b.powder sbb klu ikut pngalamn sy, cekodok akan kecut balik selepas masak klu tambah b.powder....resepi dan tips asal dr bonda kesayangan, Pn Latifah Ibrahim...tp hasil cekodok sy xsempurna bulatnya pg td walaupun rasa mcm lbih kurang yg bonda buat...pepun mmg xleh lawan la hasil air tgn bonda.

Ok...tu je yg sy nk share hari...insyaAllah akan ada entry seterusnya lain kali...

Saturday, January 18, 2014

Kuih Lapis


Assalamualaikum...Alhamdulillah kali ni berjaya jugak update blog walaupun banyak kekangan2...broadband  ada problem, then dengan mood untuk berblog turun naik..tapi kali ni, saya gagahkan juga untuk update resepi terbaru yang saya masak pagi tadi..Resepi2 yang sebelum ni kita simpan dl dalam draf ye...

Untuk resepi kuih lapis ni, saya rujuk dari blog Kak An tuan punya blog periuk tanah. Dan dari blog Kak An ni saya jmpa banayk resepi kuih muih tradisi yang kebanyakkannya saya cuma tahu makan tapi memang xpernah buat. Tetiba je rasa nak belajar masak kuih muih tradisi. Dan terus saya copy semua resepi kuih muih tradisi dari blog Kak An..Tapi tak tau la bila nak buatnya kan...

Berbalik kepada kisah kuih lapis yang saya masak hari ni.. Pada asalnya saya teringin untuk masak kuih tepung pelita kerana kebelakangan ini, saya sangat suka makan tepung pelita yang dijual kat tempat keja. Makan tanpa memikirkan kalorinya...Ye lah kuih tepung pelita tu kan menggunakan santan yang agak banyak jugak. Tapi seriously tepung pelita yang saya beli tu memang sedap, lebih2 lagi diletakkan dalam acuan daun pisang. Kira macam tepung pelita yang betul2 ori la kan. Bukan macam sesetengah kedai jual tepung pelita yang diletakkan dalam bekas plastik kan. Panjangnya cerita saya mengenai kuih tepung pelita. Cerita yang sebenarnya, walaupun saya sangat teringin nak masak kuih tepung pelita tu, tapi disebabkan bonda menyuarakan permintaan nak makan kuih lapis, saya dahulukan permintaan bonda. Mungkin esok, saya akan masak kuih tepung pelita plak...:)

Ok, kita teruskan kepada resepinya.  Saya C&P je...Tq ye Kak An...

kuih lapis versi warna warni...:)

Kuih Lapis

Bahan-Bahan: 
(hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum ( rata je)
2 sudu besar tepung jagung ( rata je)
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara Membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. ( saya skip part ni..)
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. ( saya tapis adunan)

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.

*** tips galakan

-boleh juga ditambah 1 sudu teh tepung sagu pada lapisan akhir bagi mengilatkan permukaan kuih lapis

- kuih lapis ni jika dipotong ketika panas akan menyebabkan lapisan kuih tertanggal.. jadi sabar ye.. tunggu sejuk sikit, baru potong.


Selamat Mencuba...:)

Sunday, October 13, 2013

Potato Croquettes

Assalamualaikum...Selamat pagi semua..I'm back!!!...Hari ni saya akan kongsikan resepi potato croquettes..Bunyi namanya macam susahkan tapi sebenarnya tak la susah pun nak buatnya. Resepi yang simple je..semua orang boleh buat.  

nampak rupa macam cek met molek kan tapi sebenarnya tidak ye..

Potato croquettes ni lebih kurang cekmek jgk sebenarnya cuma kalu buat cekmek molek, kita gunakan ubi keledek, potato croquettes plak kita guna ubi kentang. Lagi perbezaan cekmek dan potato croquettes ialah inti kat dalam. Cekmek kita letakkan gula kat bahagian dalam, potato croquettes plak kita boleh letak macam2, sayur-sayuran, ayam, saya letak sardin je. Kalau tak nak letak inti pun boleh juga..boleh cecah dengan sos dan mayonis.



Resepi potato croquettes ni ada macam2 versi. Saya rujuk resepi dari blog citarasawan  ( kak wan buat potato croquettes berintikan sayuran dan ayam) dan Martha Stewart ( Martha stewart plk buat coquettes tidak berinti). Tapi saya buat versi saya sendiri...So saya taipkan resepi yang saya buat semalam. Resepi ni boleh diubah ikut selera masing2..

Potato Croquettes ( Semua bahan agak-agak je sukatannya)

Bahan-bahan

Sardin dalam tin
Bawang besar- dicincang
Bawang putih- dicincang
Cili padi
Ubi kentang
Tepung ubi atau tepung jagung
Garam
Lada sulah atau lada hitam
1 biji kuning telur
Sedikit garam
Putih telur
Breadcrumbs


potato croquettes berintikan sardin..:)

Cara Penyediaan:
1- Untuk sediakan inti, tumis bawang besar dan bawang putih bersama cili padi hingga bawang layu. Masukkan sardin dalam tin, masak hingga mendidih. Hancurkan sardin. Ketepikan.
2- Untuk membuat croquettes, Rebus ubi kentang hingga lembut. Toskan
3- Lenyek ubi kentang dan gaul rata bersama bahan2 lain. Tutup dengan plastik, simpan dalam peti sejuk seketika.
4- Bulatkan dan letakkan inti, celupkan dalam telur dan golek dalam breadcrumbs. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit lagi untuk pastikan breadcrumbs betul2 melekat pada potato croquettes. 
5- Goreng dalam minyak panas hingga keperangan.


Selamat Mencuba..:)

Monday, September 16, 2013

Pancake

Assalamualaikum dan selamat malam. Ok , saya nak kongsi resepi kedua yang saya buat hari ni. Kalau pau tadi untuk breakfast dan minum pagi, pancake ni pulak untuk minum petang. Hari ni mood rajin sikit sbb tu la rajin nak buat kuih muih. Kalau tak makan biskut cecah teh pun sedap je.  


Ok, saya tak nak membebel panjang sebab after this saya nk layan movie korea. So, update blog laju-laju. Jom semak resepi. Saya buat 2 kali adunan ni tapi tak tah dapat berapa keping sebab terus dimakan dek adik-adikku. Kebetulan petang tadi hujan, so mungkin semua orang pun lapar dan dan diorang pun tak boleh nak keluar main kan. 

Komen yang diberi pasal kuih ni salah sorang adik saya cakap lulus untuk dijual. Haha. Tapi bagi saya hasilnya tak baegitu cantik sebab saiznya tak sama. And adik bongsu pulak cakap sedap tapi katanya lempeng lagi sedap. Sabar je la kan. Bagi saya pun, lempeng lagi sedap sebab sebenarnya saya memang xbegitu gemarkan pancake, cuma terasa nak buat je sebab tengok orang lain buat cantik je pancakenya. Tapi nak buat macammana tekak melayu, mesti nak makanan melayu jugak kan. 

Untuk resepi ni, if nk buat lagi lain kali, saya akan kurangkan sukatan gula mungkin 2 sudu besar sahaja disebabkan kita nak makan dengan madu kan, so tak perlu manis2, tapi semua tu bergantung pada selera masing-masing.

Pancake with honey

Pancake

Bahan-Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu besar minyak

Cara Penyedian:
1- Satukan tepung gandum dan baking powder.
2- Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga kembang dan putih ( saya guna garfu je)
3- Dalam bekes lain, campur kuning telur, gula dan susu. Kacau sebati.
4- Masukkan minyak dan susu ke dalam tepung gandum. Kacau sebati ( saya guna whisk)
5- Kemudian masukkan putih telur dan kacau secara kaedah kaup balik.
6- Sedia untuk dimasak.


Selamat Mencuba

Pau

Assalamualaikum. Selamat Hari Malaysia. Memandangkan hari ni public holiday dan semua orang pun ada kat rumah hari, saya merajinkan diri pagi-pagi lagi masuk dapur untuk menguli tepung untuk buat pau. Penat menguli pau tapi sayangnya hanya sebiji pau yang betul2 memenuhi standard piawaian saya. Tak tahu dimana silapnya. 

Resepi asal dari Mama Kastam dari laman web MyResepi and saya copy dari blog Anna Qawina. Diorang punya pau memang gebu2 semuanya. Yang saya punya je mungkin ada tersilap kat mana-mana. Walaupun ada sedikit kekurangan, semuanya licin dimakan adik2 saya. Tapi macam biasa la ada tukang komennya. Katanya pau saya masih belum layak untuk dijual. Haha..Saya pun tak pernah terfikir nak jual pau. Tak larat nak menguli. :))

Ini je la satu- satunya pau yang cun. 

Hasil pau yang lain..permukaannya tak smooth.. Lighting xcantik, nampak kekuningan pau.:((

Jom kita semak resepi
Sumber Asal: Mama Kastam Tioman@ MyResepi
Sumber: Anna Qawina

Bahan-Bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suma
1 sudu besar 
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil mauripan
Plastik atau duan pisang untuk alas pau

Cara Penyediaan:

1- Satukan gula, garam, air suam dan mauripan. Kacau dan biarka sehingga mauripan mengembang.
2- Dalam mangkuk lain, satukan tepung, planta dan susu pekat manis. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3- Masukkna mauripan dan dengan  lembut sehingga menjadi doh.
4- Kemudian masukkan minyak masak dan uli sehingga minyak sebati. 
5- Hempas-hempaskan doh. Biarkan sebentar dan tutup dengan tuala lembap sehingga doh naik 2 kali ganda. Sediakan pelapik pau.
6- Ambil sedikit adunan, isi inti samaada kacang merah atau inti kelapa. Susun dalam loyang. Buat sehingga habis. Kukus pau selama 5-6 minit.
7- Angkat loyang pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah dibuka penutupnya.
8- Susun pau di atas surat khabar untuk mengeringkan air yang terdapat pada permukaan bawah pau. Siap dan boleh dimakan.

Tips2 dari sifu untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus
( saya copy dari blog Anna)

* Pastikan air kukusan betul-betul mendidih (air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus).
* Jangan kukus pau terlalu lama (kalu kukus lama akan menyebabkan permukaan pau menggerutu).
*Angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)
* Jangan perap adunan terlalu lama, cuku sekadar panaskan air dalam kukusan dan terus kukus setelah selesai memasukkan intinya.
* Mengulinya juga tidak terlalu lama, jika menggunakan breadmaker, cukup sekadar 1 pusingan.

 Saya guna inti kelapa je..

Selamat Mencuba

Monday, June 17, 2013

Roti Jala

Assalamualaikum
Setelah lama menyepi tanpa update yang terbaru, akhirnya sy kembali...Haha..bajet famous sgt...:)


ok, hari ni nak kongsi resepi roti jala yang my sis buat last weekend. Celebration for her birthday. Tapi kesian birthday girl kena masak  sendiri. Nasib badan la kan. Dah la banyak yang my sis buat. Bayangkan nk menebar roti jala sebanyak 2kg gandum. Boleh tahan la lamanya jgk. Ada assistant kejap je menolongnya, lepas tu lesap ntah ke mana.






                                                      Jom Semak Resepi
* my sis google je resepi so, i'm not sure dari mane

Roti Jala
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1/2 cawan susu sejat
1 biji telur
3 Tbs mentega
sedikit garam
pewarna

Cara Penyediaan:
1) Satukan semua bahan, kacau rata. ( guna whisk lagi senang)
2) Seeloknya tapis adunan untuk mendapatkan adunan yang tidak berketul-ketul.
3) Tebar diatas kuali menggunakan acuna roti jala
4) Setelah masak, boleh terus digulung atau dilipat.
5) Boleh dihidang bersama kari ayam atau ayam masak kuzi.


notakaki: 

1)Resepi kari ayam, korang ikut resepi masing2 la ye. I segan ak kongsi resepi kari ayam saya ( sy yang masak kari ayam diatas, sbb tu la cair jek..haha)
2) My sis guna air je semua gnti susu sejat sbb katanya roti jala nanti nak makan dengan kari ayam, so kena kurangkan kalori kt roti jala. so, guna air je untuk bancuh roti jala.
3) Kalau adunan terlalu pekat, just tambah sedikit air..

Selamat Mencuba

Friday, May 17, 2013

Kuih Ketayap

Assalamualaikum.
Bertemu kembali dengan weekend yang cukup indah. Tapi weekend saya hanya dipenuhi dengan running man. Rugi je kan tapi memang xde idea nak buat apa, layan running man je lah.

Hari ni, saya nk kongsi resepi kuih katayap. Ada juga yang panggil kuih dadar, kuih gulung and kat tempat saya panggil kuih tikar buruk. Mungkin rupa macam tikar buruk kot tap sedap dimakan..hehe

Actually saya tak ada resepi mengikut sukatan khusus untuk buat kuih ni sbb saya campur je smua ikut suka hati, kuih ni antara kuih terawal yang saya tahu buat, jadinya semua bahan2 pn agak2 je.

Jadi, untuk kongsi kat sini, saya kongsikan resepi dari My resepi. Lebih kurang dengan resepi yang saya guna cuma ianya ada sukatan yang lebih detail.




Kuih ketayap
Sumber: My Resepi

Bahan-Bahan
Untuk kulit
1 cawan tepung gandum
2biji telur ( saya guna 1 biji je)
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
11/2 tsp garam
2 tbsp minyak masak
pewarna hijau

Untuk Inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah ( boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara Penyediaan
1) Untuk Inti, Masukkan semua bahan . Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat
2) Untuk Kulit:
- Kelapa parut tadi diblend dengan daun pandan, perah dan ambil patinya
- Ambil tepung, masukkan kedalam mangkuk, letakkan garam,dan campurkan dengan pati santan. Kacau sebati.
-Kemudian masukkan telur dan minyak. Kacau lagi. Letakkan pawarna.
- Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan sendukka 1 senduk adunan dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat.
-Masak sehingga 2-3 minit.
-Setelah masak, angkat dan terus masukkan inti dan gulung
- Ulang sehingga adunan habis.



Resepi yang sama jgak boleh buat Kuih Cara. Kuih cara yang saya buat ialah kuih cara manis. Caranya masukkan adunan kedalam acuan kuih, then tambah gula. Biarkan masak. 


Selamat Mencuba

Sunday, May 5, 2013

Kuih Lapis Pandan


Assalamualaikum. Update blog laju-laju sbb hari ni tak bekerja. 

Resepi seterusnya yang nak dkongsi ialah Kuih lapis pandan. Tak perlu membebel panjang, kita terus kepada resepinya. Resepi dari sini.

Kuih Lapis Pandan

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau

Cara Memasak:
1) Satukan kedua2 jenis tepung, garam, gula. Masukkan air dan santan pekat.
2) Gaul semua bahan-bahan ( saya blend je smua) dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
3) Masukkan pewarna hijau dan perasa pandan dalam 1 bahagian dan 1 bahagian lagi dibiarkan plain.
4) Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
5) Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit atau sehingga adunan keras sedikit.
6) Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan hijau dan kukus lagi selama 3 minit dan diikuti lapisan yang seterusnya.
7) Lapiskan adunan berselang seli hinga habis ( bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis diatas permukaan kuih)
8) Lapisan terakhir dikukus selama 10 minit.
9) Setelah masak, angkat dan sejukkan

** Kalau guna loyang, seeloknya sapu sedikit minyak dan alaskan dengan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Tuang adunan perama dan kukus 10minit diikuti lapisan adunan seterusnya. Lapisan terakhir, kukus selama 20minit. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong.




Selamat Mencuba

Nota tambahan:

1) Seeloknya biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan lompang untuk mendapatkan hasil yang kemas.
2) Kuih akan bertambah sedap da wangi sekiranya menggunakan air pandan yang asli. ( saya malas nak blend daun pandan, jadinya guna pandan emulco je.)