Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Popia Sira Pedas

Assalamualaikum.
Hari ni nak kongsikan resepi popia sira pedas. Best untuk kudapan raya. Ini antara kudapan yang mesti saya buat untuk hari raya. Kalau tak raya pun kadang buat juga kalau teringin nak makan.

Resepinya simple je tapi part nak menggulung kulit popia memang menguji kesabaran sikit. Saya aritu nasib baik adam tolong, so cepat sikit.

Jom tengok resepi kalau korang nak buat.

Popia Sira Pedas

Bahan- Bahan:
1 bungkus kulit popia
5 tbsp cili kering yang diblend
4 ulas bawang putih
4 tbsp gula
4 biji cili padi ( bergantung pada anda)
1/2 tsp cuka
1 tsp garam

Cara Penyediaan:
1- Gulung kulit popia,gunting dan goreng sehingga kekuningan.
2- Tumis cili kering sekejap, tambah bawang putih dan cili padi yang ditumbuk. Goreng sehingga garing.
3- Tambah garam, cuka dan gula.
4- Biarkan gula mencair sepenuhnya dan biarkan pekat.
5- Tambah popia yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
6- Bakar dalam oven selama 15 minit pada suhu 150° C untuk pastikan ianya betul2 kering.

Kerepek sukun

Assalamualaikum. Korang pernah makan kerepek sukun tak? Memang sedap tau.

Saya boleh dikatakan ber'experiment' jugak nak buat kerepek sukun ni. Dan experiment pun masih belum berjaya sepenuhnya. Bila saya google resepi kerepek sukun ada macam-macam cara untuk meranguppkan kerepek. Ada yang rendam dalam air kapur, ada yang terus parut, ada juga yang masukkan air garam semasa menggoreng dan ada juga yang masukkan marjerin semasa menggoreng.

Untuk percubaan pertama, saya rendamkan sukun yang telah diparut kedalam air kapur bercampur garam dan sedikit pewarna kuning lebih kurang 2 jam, then saya basuh sedikit, tapis terus goreng. Hasilnya kerepek saya x rangup malah liat. Mungkin sebab kerepek tidak betul2 kering. Mungkin kena goreng lagi lama kot. Then saya ber experiment dengan masukkan dalam oven lebih kurang 20 minit. Ia cuma lebih rangup ( tapi tidak sepenuhnya rangup) untuk masa yang sangat kejap then lemau lagi. Tapi rasanya memang sedap kalau rangup.

Untuk 2nd try, saya tidak rendam buah sukun dalam air garam/ kapur. Saya cuma basuh dan terus parut. Dan saya masukkan lebih kurang 1 tsp marjerin kedalam minyak setiap kali masukkan buah sukun untuk goreng. Hasilnya kerepek memang rangup tapi rasanya ada kurang sikit sebab tak ada rasa garam langsung. Tapi ok la. Better than dari yang sebelum ni. Untuk bagi lebih rasa saya tabur sedikit garam pada kerepek yang sudah masak.

Untuk next try, saya mungkin akan tambah air garam kedalam minyak semasa menggoreng. Air garam boleh ditambah apabila kerepek hampir masak sebab kalau masukkan air garam awal2 lg, ia ambik masa untuk merangupkan kerepek.

Sukun yang telah diparut juga boleh direndam dalam air kapur bercampur garam tetapi perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum digoreng. Mungkin boleh dijemur ( atau bakar dalam oven kejap, haha).
Saya akan try juga nnt. InsyaAllah.

Popia Nestum

1 1/2 bungkus kulit popia
1 1/4 cup gula
4 cup nestum
1 cup susu tepung

Cara Penyediaan:
1-Gulung dan goreng kulit popia. Sejukkan.
2- Blend semua bahan bahan kat atas dan gaul rata.

Next time mumgkin perlu kurangkan nestum kepada 3 cup sahaja sebab macam agak bnyak dapat serbuk campuran tu.

Sunday, July 28, 2013

Mini Popia Sira Pedas


Assalamualaikum dan salam ketemu untuk resepi kedua malam ni. Disebabkan saya busy update buku resepi baru, jadi tak nak membebel panjang.

Kita terus kepada resepi nya. Resepi dari internet cuma setelah beberapa eksperimen, sya dapat hasil yang saya nak, maksudnya kena dengan selera saya dan penghuni rumah ni...hehe

Popia Mini Sira Pedas

Bahan- Bahan

1 paket kulit popia 
4 ulas bawang putih
5 tbsp cili kering
1tsp cuka
1/2 tsp garam
4 tbsp gula
4 biji cili padi

Cara Penyediaan:

1) Gulung kulit popia, saya bahagi 4 setiap keping kulit popia, so lagi senang nak gulung.
2) Gunting popia yang telah digulung.
3) Goreng popia hingga garing, biarkan sejuk.
4) Tumis cili kering, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
5) Tambah garam, gula, cuka, biarkan berbuih dan pekat. Matikan api.
6) Tambah popia yang telah digoreng, kacau rata.
7) pindah popia dalm loyang dan bakar dalam oven lebih kurang 15 minit ( Just ntuk pastikan ianya betul2 kering dan popia tidak mudah lemau, If tak nak bakar dalam oven kejap pun takpe jugak)



Kulit popia yang telah digulung. Kulit popia hendaklah sentiasa dialas dan ditutup dengan kain lembap untuk memastikan ia sentiasa lembut.


Siap digunting, Sedia untuk digoreng.


Siap digoreng. Alas dengan kitchen tissue sbb ianya agak berminyak.


Tadaaaaaaaa...Hasilnya. Tapi ini gambar tahun lepas..haha..tapi rupanya memang jadi macam ni la..

Selamat Mencuba