Showing posts with label La Tahzan. Show all posts
Showing posts with label La Tahzan. Show all posts

Sunday, June 26, 2016

Salah siapa?

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, tahap kesabaran semakin menipis. Dan diri ini juga makin sensitif dengan kata2 orang. Kenapa???

Friday, September 11, 2015

Zikir

Assalamyalaikum. Entry pada 020915- kena nyatakan tarikh kerana entry ini akan jadi entry yang akan tersimpan sebagai draf n tak tahu tarikh untuk dipublish. Banyak sangat entry tertunggak kat draf.

Pagi tadi saya menonton siaran ulangan Tanyalah Ustazah kat tv9. Rancangan biasanya bersiaran secara langsung pada hari jumaat jam 11.30tgh hari yang mana saya memang tidak berkesempatan menonton kerana sibuk didapur. Jadi solutionnya kena tengok siaran ulangan. Tapi tak kisah la kan, apa yang penting ilmu yang kita dapat.

Tajuk kali ini ialah mengenai dekat dengan Allah. Salah satu cara untuk dekat dengan Allah adalah melalui zikir. Dan saya nak kongsikan dan juga sebagai reminder untuk saya apa yang saya dapat hari ni. Kadang kala jika kita dengar tanpa mencatat atau tulis balik, kita akan cepat lupa. Jadi blog ni boleh jd reminder juga untuk saya. Apa yang dikongsikan oleh ustazah hari ni adalah mengenai zikir yang paling baik. Yang mana jika dibandingkan timbangan zikir ini dengan 7 petala langit, maka zikir ini lebih berat timbangannya. Apakah zikir itu?.  Zikir yang paling baik ialah 'La Ila Ha IllaAllah'. Tips dari ustazah juga kita boleh berzikir tanpa mengira menggunakan tasbih iaitu dengan hanya berzikir La Ila Ha IllaAllah lebih kurang 4 minit kita dah zikir 100x. Untuk zikir 1000x perlukan masa 40 minit. And xsemestinya kena terus zikir selama 40 minit. Mgkin boleh zikir 5 atau 10 minit setiap kali dan cukupkan 40minit setiap hari. Semoga tips ini bermanfaat kepada kita semua

Waktu yang baik untuk dekat dengan Allah ialah sebelum tidur, jadi perbanyakkan zikir kepada Allah sebelum tidur. Jadi perbanyak zikir sebelum tidur.

Lagi ilmu yang dikongsikan oleh ustazah juga ialah cara untuk khusyuk semasa solat. Salah satunya ialah niatkan sebelum solat bahawasanya solat kita bertujuan untuk mendekatkan kita dengan Allah.

Semoga apa yang saya kongsikan disini akan memberi manfaat kepada saya dan kita semua. InsyaAllah.

Monday, July 20, 2015

Perihal Jodoh

Assalamualaikum. Masih belum terlambatkan untuk saya ucapkan salam aidilfitri untuk semua yang terjumpa dan terbaca blog ini.

Hari ni dapat berita gembira yang mana kawan semasa di universiti sudah menjadi tunangan orang. Tahniah dan semoga bahagia selalu dan semoga ikatan pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin.

Bila dapat tahu mengenai pertunangan kawan, tak dapat elak, teringat akan kisah diri ini. Bukan bermaksud untuk mengenang kisah lama dan bukan juga menunjukkan diri ini belum " move on". Kisah lalu telah ak lipat jadi sejarah. Tak perlu diungkit cuma sesekali ianya perlu dikenang dan dijadikan iktibar. Semoga diri ini lebih berhati hati memilih calon pasangan hidup.

Realiti kehidupan tidak selalu indah. Dalam perbincangan dengan kawan2 seringkali perihal jodoh ini menjadi topik yang selalu dibincangkan. Perkahwinan bukan untuk sehari atau dua. Ia untuk seumur hidup.

Kita selalu dengar yang best dan indah je pasal kawen ni. Especially dalam novel, semua best kan. Mula2 tak suka kemudian jatuh cinta and they live happily ever after. Namun begitu realitinya tidak begitu cliche dan mudah dan tidak semestinya semua indah di alam perkahwinan. Seseorang pernah cakap mungkin kahwin juga permulaan kepada masalah. Agak takut mendengarnya bukan?

Saya banyak melihat perkahwinan saudara, kawan- kawan, alam perkahwinan ini sangat mencabar yang mana perangai sebenar pasangan hanya akan diketahui selepas berkahwin dan hidup bersama. Seseorang yang kelihatan sempurna pada luarannya sudah pasti ada kekurangan. Tetapi saya agak paranoid mengenai lelaki yang kelihatan sempurna sebab kadang kala kita akan nampak lebih banyak kelemahan dan kekurangannya selepas kenal atau berkahwin. Pada saya kita tidak perlu pasangan yang kaya, apa yang penting, dia berusaha bersungguh sungguh untuk mencari rezeki yang halal. Kita juga tidak semestinya perlu pasangan yang berpangkat ustaz, apa yang penting dia boleh bersama dan sanggup berusaha mencari redha Allah. Kita juga tidak perlu pasangan yang handsome macam KJ ( dark, tall & handsome), yang penting dia handsome dimata kita. :)
Lagi satu perkara yang penting dalam memilih pasangan ialah perlunya pasangan kita menghormati keluarga kita seperti mana dia menghormati keluarga dia. Ini adalah pendapat peribadi ye. Setiap orang ada pandangan masing2. Apa yang penting saling melengkapi dan terima segala kekurangan dan kelebihan dengan hati terbuka. Namun begitu berusahalah untuk memperbaiki kekurangan diri.

Apapun jodoh adalah ketentuan Allah yang telah ditentukan untuk kita. Bila tiba masa ia akan datang mungkin dengan cara yang kita tidak sangka. Bila Allah katakan 'Kun Fayakun' , maka jadilah. Itu yang harus dipegang.

Kadang kala orang kita selalu terlupa jodoh juga ketentuan Allah sama seperti rezeki, ajal maut. Ianya telah ditentukan oleh Allah sebelum seseorang hamba dilahirkan. Siapa kita untuk mempersoalkan. Yakinlah dengan janji Allah.

Seringkali kita ditanya bilakah kita akan kawen? Soalan yang sangat susah dijawab sebab segalanya bukan dalam pengetahuan kita. Ianya dalam pengetahuan Allah SWT. Ada kalanya kita beriya nak kawen and dah buat persiapan pun semua tapi jika jodoh kita belum sampai masanya, tak akan jadi jugak. And ada kalanya jodoh sampai dengan cara yang kita tak sangka-sangka. Segala persiapan dan perancangan berjalan lancar dan dalam masa yang singkat je. Itulah jodoh.

Conclussionnya yakinlah pada janji Allah. Berusahalah untuk memperbaiki diri dan sentiasa berdoa untuk mendapat jodoh yang terbaik. InsyaAllah. Saya doakan sesiapa yang membaca entry ini dipermudahkan untuk mendapat jodoh dan dapat jodoh dikalangan orang yang baik ( termasukklah saya juga). Ameen.

p/s:
1- ini adalah entry tertunggak yang telah tersimpan dalam draf selama beberapa hari.
2- bila saya baca balik entry kat atas, macam agak berterabur. TAPI saya dah malas nak edit atau tulis balik. Asalkan maksudnya sampai pada orang yang membacanya.
3- apa yang saya tulis adalah pandangan peribadi semata2. Actually saya tak pandai nak menulis begini kerana saya cuma pandai buat entry mengenai resepi je. :)

Thursday, June 18, 2015

#La Tahzan 11

Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui ( dengan pasti ) apa yang akan diusahakan esok. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati... (Luqman:34)

Apa yang berlaku semalam adalah kenangan, apa yang berlaku hari ini adalah realiti dan apa yang berlaku esok tetap misteri.

#La Tahzan 10

Janganlah hanya kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaanya, dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan. Oleh kerana itu, cerminlah dirimu sendiri sesudahnya. Belajarlah untuk memaafkan.

Saturday, May 2, 2015

#La Tahzan 9

Dalam ujian itu ada penghapusan dosa, ada peringatan agar tidak lalai, ada tawaran untuk mendapat pahala dengan cara bersabar dan mengingat akan nikmat,  dan ada harapan untuk mendapat ganjaran. Dalam pandangan Allah dan qadha'Nya semuanya adalah baik. ( Al-Hasan bin Sahl)

#La Tahzan 8

Jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredhaan hati. Sedangkan keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan...

#La Tahzan 7

Seorang mu'min itu ibarat lebah yang makan sesuatu yang baik dan menghasilkan sesuatu yang baik pula. Jika hinggap di atas dahan, ia tidak mematahkannya.

#La Tahzan 6

Seorang yang bertindak perlahan terkadang dapat mencapai tujuannya...

Orang yang tergesa-gesa terkadang mengalami ketergelincir...

#La Tahzan 5

Sahabatku,
demi Allah, tidak ada satu musibah pun yang kekal dalam hidup ini.
Bagaimana beratnya,
Jika suatu ketika ia menimpa
Janganlah anda merasa tidak berdaya kerananya
Jangan pula banyak mengeluh
kerana ia pasti akan lenyap,
Betapa banyak orang terhormat
Yang dulunya sering ditimpa musibah
Namun ia tabah sehingga musibah itu lenyap dan meninggalkannya
Dan saat kesabaran muncul dalam musibah, maka musibah terasa ringan.

Thursday, April 16, 2015

#La Tahzan 4

Syukur, Zikir dan Sabar
Di dalamnya terdapat kebahagiaan dan pahala...

#La Tahzan 3

Qadha'  Allah pasti akan terjadi, baik kepada yang menolak atau yang menerima. Bezanya, orang yang menerimanya akan mendapat pahala dan kebahagiaan, sedangkan yang menolaknya akan mendapat dosa dan kesengsaraan...

Wednesday, April 15, 2015

Life...


Inilah hakikat hidup tak selalu indah. Kadang kita diuji. Semoga kita selalu tabah menghadapi hidup ini. InsyaAllah.

Tuesday, April 14, 2015