Wednesday, August 31, 2016

Kuih Serimuka Durian

Assalamualaikum. Hari ni nak kongsikan resepi kuih serimuka durian. Biasa kita makan kuih serimuka pandan kan tapi disebabkan sekarang musim durian, kita cuba serimuka durian pula. Kebelakangan ini, saya sangat suka masak kuih2 tradisional. Kalau sebelum ni memamg jarang masak kuih2 tradisional sebab saya tak suka makan tapi sejak ramadhan aritu bila saya masak kuih pulut sekaya dan hasilnya bonda cakap sedap, memang seronok sangat.

Tapi untuk masak kuih muih tradisional ni bukan semudah yang disangka. 2 minggu lepas, saya cuba masak kuih serimuka pandan tapi tak jadi. Haha. Lapisan atas lembik sangat. InsyaAllah akan cuba lagi sehingga jadi. Dan lagi cerita mengenai kuih muih tradisional ialah agar2 tembikai yang mana dah 3 kali saya cuba tapi masih belum dapat hasil sebagaimana yang bonda mahu. Jadi, untuk masa sekarang, saya akan belajar banyak banyak resepi kuih muih tradisional. InayaAllah.

Jom layan resepi serimuka durian dulu.

Serimuka Durian

Bahan- Bahan:

Lapisan bawah:
1 1/2 cup beras pulut- rendam selama 2-3 jam
1 1/2 cup santan
Sedikit garam

Lapisan atas:
1cup rata tepung gandum
2 tbsp tepung kastard
2 cup santan
3/4 cup gula
3/4 cup isi durian
Sebiji telur
Sedikit garam

Cara Penyediaan:

1- Kukus bahan2 lapisan bawah dalam loyang sehingga masak. Lebih kurang 20minit. Apabila masak, gaul2 sedikit pulut dan padatkan dalam loyang. Ketepikan.

2- Untuk lapisan atas, "blend" santan, gula, garam dan telur sehingga sebati.

3- Masukkan isi durian dan blend sebati. Kemudiaan masukkan tepung gandum dan juga tepung kastard. Blend sebati.

4- Masukkan dalam loyang pulut dan kukus sehingga masak lebih kurang 30minit. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air jatuh diatas permukaan kuih. Dan untuk 5minit terakhir, buka aluminium foil dan juga penutup pengukus untuk mendapatkan permukaan kuih yang cantik.

Thursday, August 25, 2016

Agar2 Tembikai (experiment 3)

Assalamualaikum. Minggu lepas saya cuba lagi buat agar2 tembikai untuk kali ke 3. Tapi hasil masih lagi tak memuaskan hati. Masih tak dapat tekstur dan rasa yang digambarkan oleh bonda. Tapi lebih baik dari percubaan ke 2.

Secara ringkas saya catatkan sukatan bahan yang saya gunakan.

Agar2 tali 30g
5 cawan air
2 cawan gula
Sedikit gula batu
Sedikit esen vanila
3 biji putih telur

Caranya sama seperti sebelum ni cuma semasa mencampurkan agar2 dengan putih telur, saya pukul agak lama sehingga hampir 100% sejuk adunan agar..

Result dan yang perlu diperbaiki..
1- MANIS SANGAT, kurangkan gula kepada 1 cup sahaja
2- boleh cuba kurangkan air kepada 4 1/2 cup sahaja.