Monday, December 2, 2013

Kek Santan Pandan Kukus

Assalamualaikum. Kali ni saya kongsikan resepi kek santan pandan kukus. Panjang bebenor namanya kan. hehe. Kek ni saya buat 3 hari lepas untuk makan2 kat rumah. Sebabnya saya buat 2 biji kek karamel untuk kawan2 tempat keja yang mintak buatkan dan saya rasa bersalah pulak kalau tak buat apa2 untuk adik2 kat rumah, ye la 2 biji kek karamel yang saya buat memang tak boleh dipotong la kan sebab nak bagi kat orang kan. Jadinya saya merajinkan diri untuk buat kek ni jugak. Pagi2 lagi cari kelapa untuk dikukur ( bukan guna kukuran yang orang2 lama guna tau, saya guna mesin kelapa je..hik2) dan ambik santannya. Tapi semua tu berbaloi sebab hasilnya memang gebu dan wangi daripada santan dan air pandan.


Saya tak nak membebel panjang lagi, kita terus kepada resepinya ye. Resepi dari blog Ucu Bakery. Katanya resepi asal dari dapur Pn Noni ( safar-khaadeem).  Terima kasih untuk keduanya kerana memanjangkan resepi ini. Izinkan saya memanjangkan resepinya disini pula. 

Kek Pandan Kukus
Sumber asal: Safar-Khaadeem
Sumber rujukan: Ucu Bakery

Bahan-Bahan:
6 biji putih telur
2 cawan gula halus
6 biji kuning telur
1 cawan pati santan
1 cawan air daun pandan - perahan 6 helai daun pandan yang besar

Bahan diayak:
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda

Cara Penyedian: 

1- Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning telur dan pukul lagi.
2- Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata.
3- Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau perlahan2 sehingga sebati.
4- Masukkan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu.
5- Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.
6- Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2 masak.
Nota penting:
Jangan lupa tutup adunan kek dengan aluminium foil sebelum dikukus.:))


Selamat Mencuba ::)

3 comments:

  1. Saya cuba buat semalam..naik cntik kek tu tp
    xgebu..jd keras..salah tepung atau gula ye.saya tgk gmbaq nmpak cantik je kek ni

    ReplyDelete
  2. Saya cuba buat semalam..naik cntik kek tu tp
    xgebu..jd keras..salah tepung atau gula ye.saya tgk gmbaq nmpak cantik je kek ni

    ReplyDelete