Tuesday, July 19, 2016

Puding Roti Gula Hangus

Assalamualaikum. Alkisah semalam petang bonda minta saya buatkan puding roti untuk berbuka puasa. Seboleh mungkin saya akan cuba masak apa saja yang bonda atau ayah minta. Sangat gembira bila family makan apa yang saya masak. Ingatkan entry memgenai kuih pulut sekaya yang saya buat ramadhan aritu?. 3 hari lepas, bonda minta saya buatkan lagi. Seronok sangat sebab maksudnya kuih yang saya buat tu sedapkan. Hihi. 

Saya mungkin tak mampu untuk beri duit yang banyak untuk bonda dan ayah saya. Hanya ini yang saya mampu setakat ini. Semua saya lakukan demi kasih sayang saya untuk bonda dan ayah serta family.Saya juga jahit baju untuk family saya dan saya tahu mak ayah saya sangat gembira bila pakai baju yang saya jahit walaupun kadang2 jahitan saya tak kemas sangat. Pernah saya jahitkan tudung untuk mak saya dan satu hari ada kawan saya datang ke rumah, tak sangka mak tunjukkam tudung yang saya jahit tu. Saya pulak yang segan. Hehe.sebab saya tahu jahitan saya tak cantik sangat pun.

Panjang membebel kat atas. Jom tengok resepi.  Resepi dari blog ni juga tapi dah alter sikit sebab saya nak buat banyak. Dapat 2 loyang. 1 loyang saiz 9inci dan 1 loyang lagi saiz 7inci. 

Puding Roti Gula Hangus

Bahan-Bahan

4 tbsp gula pasir- jadikan gula hangus

1 tin susu sejat

air ( jadikan 6cup- susu sejat + air)

1 1/3 cup gula

8 biji telur

12 keping roti- boleh kurangkan

Sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:

1- Cairkan gula pasir. 2tbsp untuk setiap loyang. Apabila gula mencair sepenuhnya, tutup api dan ketepikan.

2- Blend telur dan esen vanila. Masukkan dalam bekas. Boleh juga tapis kalau rajin tapi saya tak buat pun. :)

3- Blend air, susu, roti dan gula. Campurkan dalam bekas telur. Kacau sebati.

4- Masukkan dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 30minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment