Tuesday, December 15, 2015

Terung goreng kicap

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi resepi yang sangat simple iaitu terung goreng kicap. Saya selalu jugak masak terung goreng tapi cuma goreng biasa bersama udang. Dua tiga hari lepas saya menonton tv rancangan diari mangkuk tingkat bersama ili dan dia tunjukkan cara masak terung goreng kicap. Agak menarik kerana terung di goreng secara deep-fry terlebih dahulu. Saya tak pernah cuba cara begini. Jadinya terung tidak mudah hancur bila goreng terlebih dahulu. Bila berkesempatan dan kebetulan mak beli terung, saya terus mencuba dan hasilnya memang boleh tahan. Letak cili lebih cikit dan saya tambah sedikit ikan bilis untuk lebih ummp. Bagi selera saya la. Bergantung pada anda. Memasak senang sahaja. Letak aje apa yang ada kat dapur.

Jom tengok resepi yang sangat simple ini.

Terung Goreng Kicap

Bahan-Bahan:
Bawang putih
Cili padi
Terung ungu
Kicap manis
Ikan bilis
Garam.

Cara Penyediaan:

1- Belah 4 terung dan potong kecil lebih kurang 1 inci.
Goreng deep fry sekejap. Ketepikan.
2- Tumbuk bwg putih n cili padi. Ketepikan. Dan tumbuk kasar ikan bilis. 3- Tumiskan bawang sekejap dan masukkan ikan bilis. Tumis sehingga naik bau. Masukkan kicap manis..then msukkan terung. Goreng sekejap. Perasakan dgn garam. Dah sedia untuk dimakan.
4- Lagi sedap dimakan bersama nasi panas.

Friday, December 11, 2015

Moist chocolate cake - versi bakar

Assalamualaikum. Lama benar blog tidak terisi dengan entry baru kan. Boleh dikatakan saya berehat dari aktiviti baking sejak beberapa bulan lepas. Tapi disebabkan ada permintaan khas yang tidak mampu saya tolak, saya kembali memanaskan oven semalam. Buat kek yang simple je iaitu kek coklat. Resepi dari blog kak azie kitchen. Saya memang mencari resepi yang mudah dan tak perlu dikukus ( malas nak keluarkan pengukus). Dan alhamdulillah saya jumpa resepi ni dari blog kak azie kitchen. Hasilnya memang sangat best dan kek pun moist walaupun dibakar. Memang saya akan buat lagi lain kali. InsyaAllah.

Jadi saya sertakan resepi kat sini. Senang nak buat lain kali.

Chocolate cake

Bahan- Bahan:

2 cup tpg gandum
3/4 cup serbuk koko
2tsp soda bikarbonat
1tsp b.powder
1tsp esen vanila
1 cup buttermilk ( 1tbsp cuka + susu segar)
1 cup minyak
2 cup gula castor
1tsp garam
2 biji telur gred A ( sy guna 3biji gred B)
1 cup air panas mendidih ( boleh tmbah kopi atau nescafe- saya guna air pns je

Cara penyedian:
1- Satukan semua bahan kecuali air panas mendidih dgn kelajuan sederhana selama lbh kurang 1 minit.
2- Perlahankan kelajuan dan tmbah air panas mendidih. Then guna kelajuan sederhana sehingga sebati.
3- Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing2.

Untuk topping saya guna 500 g milk choc compound, 250ml susu sejat, 3tbsp serbuk koko dan 2tbsp minyak. Hasilnya dapat bnyak. So next time kurangkan kpd 250g choc compound je..

Thursday, October 15, 2015

Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum. Disebabkan kerana susah untuk melelapkan mata malam ni,saya godek2 blog usha entry lama. Then terjumpa entry ini yang hanya ada gambar dan tanpa resepi. 

Ini adalah gambar dessert sagu gula melaka yang saya buat lama dulu. Resepinya simple sahaja cuma perlukan biji sagu, santan dan juga gula melaka yang dicairkan.

Cara penyediaannya, masak air dalam periuk sehingga agak panas. Masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu masak sepenuhnya. Untuk kenal pasti sagu sudah masak sepenuhnya ialah biji sagu berwarna "clear" dan tiada yang berwarna putih.

Setelah sagu masak, tos dan masukkan dalam acuan. Atau boleh juga dimasukkan dalam bekas yang besar. 

Hidangkan bersama santan yang dimasak sekejap dan air gula melaka.

Untuk resepi yang lebih detail boleh rujuk entry terdahulu mengenai dessert ini. Saya ada berkongsi sedikit experiment untuk menyediakan dessert ini dalam entry terdahulu.

Sunday, October 11, 2015

Kuah Lodeh

Assalamualaikum. Raya ke3 aritu, saya masak kuah lodeh dan juga sambal bilis untuk dimakan bersama nasi impit ataupun juga orang panggil lontong.

Resepi ni pun bagi saya sedap dan mudah. Adik2 pun dok ulang makan. Maksudnya sedap la kan. Hihi...perasan sendiri.

Resepi adalah hasil olahan saya selepas merujuk beberapa resepi dari google. Antaranya dari blog azie kitchen. Blog azie kitchen memang banyak membantu saya especially bila nak masak lauk pauk. Cuma kadang2 olah resepi ikut bahan2 yang ada kat dapur

Yuk, kita tengok resepi. Next raya boleh buat lagi.

Kuah lodeh

Bahan- bahan:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
Sedikit kunyit
Kobis
Carrot
Kacang panjang
Babycorn
Fucuk dan suun
Isi ayam - potong kecil
Udang ( buang kulit)
Santan
Minyak untuk menumis

1- Potong semua sayur dan ketepikan. Saya buat banyak. Lebih kurang 1 besen sederhana besar sayur yang dah siap potong.
2- Kisar halus bawang merah, bawang putih dan juga kunyit.
3-Tumis bahan2 kisar sehingga naik bau. Masukkan serai yang telah diketuk.
4- Masukkan ayam dan udang. Masak sebentar.
5- Masukkan santan dan kacau sentiasa. Saya tidak asingkan santan pekat dan santan cair, jadi saya masukkan semua sekali santannya.
6- Masukkan sayur dan masak sehingga santan mendidih dan sayur masak. Pastikan sentiasa dikacau.Perasakan dengan garam. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama nasi impit dan sambal ikan bilis.

Rendang Ayam

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi rendang ayam yang kitorang buat raya haji aritu. Actually bukan saya yang masak,saya cuma google resepi, yang masaknya kakak saya.

Resepi asal dari blog mamacupie (www.mamacupiecorner.blogspot. com)

Bagi saya resepi mamacupie ni agak mudah dan sedap. Next time boleh try lg. Cuma next time saya nak tambah cili padi nak bagi pedas. Lagi kaw kalau pedas. Tapi ia bergantung kepada selera masing2.

Resepinya

1 ekor ayam
15 biji bwang merah
5 biji bwg putih
10 tgkai cili kering
6 batang serai
2inci lengkuas
2 inci halia
1/2 inci kunyit
3 sudu besar kerisik
Air asam jawa (gnti dgn asam keping)
Santan
Minyak masak
Kulit kayu manis
Daun kunyit / daun limau purut
Gula melaka atau nise

1- Panaskan minyak dan goreng kulit kayu manis sekejap. Angkat dan ketepikan. (Tak buat sebab stok kayu manis tak de)
2- Kisar bawang, kunyit, lengkuas, halia, cili kering, separuh daripada serai.
3- Tumis sehingga naik minyak.
4- Tambahkan ayam, gaul rata dan masak seketika sehingga ayam meresap semua bahan tumisan.
5- Tambah santan, asam keping, gula melaka dan kerisik. Masak sehingga agak kering. Perasakan dengan garam. Tambah daun kunyit san daun limau purut yang diracik halus.

Wednesday, September 23, 2015

Salam Aidiladha

Assalamualaikum. Salam Aidiladha untuk semua. Alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menyambut aidiladha kali ini.

Tapi terasa kurang kemeriahan raya kali ini. Mungkinkah disebabkan faktor umur? haha. Mungkin juga sebab ayah tidak melakukan ibadah qurban tahun ni. Kebiasaannya ayah memang melakukan ibadat qurban setiap tahun. Ayah tidak mendapat lembu untuk diqurbankan. Ini kerana harga lembu yang mahal dan susah untuk mendapatkan lembu. Kebiasaannya ayah akan membeli seekor lembu dan menjaga lebih kurang 2 bulan sebelum hari raya haji untuk diqurbankan. Dan 7 bahagian lembu biasanya dibeli dan dijadikan qurban oleh sanak saudara je. Jadi ibadah qurban dan persiapan menyembelih, melapah dan memasak daging qurban akan dilakukan bersama. Ini kerana ibadah qurban dikelantan dijalankan secara sendirian. Tahun ini tiada aktiviti gotong royong dan berkumpul bersama untuk menyediakan juadah.

Jadi pada hari raya pertama, after sembahyang raya, singgah rumah nenek, bersalaman dan bermaafan then balik rumah makan, tengok tv, tido then makan lagi. Sama juga raya kedua, makan dan berehat kat rumah je. Itu lah cerita raya haji kitorang tahun ni.

Friday, September 11, 2015

Zikir

Assalamyalaikum. Entry pada 020915- kena nyatakan tarikh kerana entry ini akan jadi entry yang akan tersimpan sebagai draf n tak tahu tarikh untuk dipublish. Banyak sangat entry tertunggak kat draf.

Pagi tadi saya menonton siaran ulangan Tanyalah Ustazah kat tv9. Rancangan biasanya bersiaran secara langsung pada hari jumaat jam 11.30tgh hari yang mana saya memang tidak berkesempatan menonton kerana sibuk didapur. Jadi solutionnya kena tengok siaran ulangan. Tapi tak kisah la kan, apa yang penting ilmu yang kita dapat.

Tajuk kali ini ialah mengenai dekat dengan Allah. Salah satu cara untuk dekat dengan Allah adalah melalui zikir. Dan saya nak kongsikan dan juga sebagai reminder untuk saya apa yang saya dapat hari ni. Kadang kala jika kita dengar tanpa mencatat atau tulis balik, kita akan cepat lupa. Jadi blog ni boleh jd reminder juga untuk saya. Apa yang dikongsikan oleh ustazah hari ni adalah mengenai zikir yang paling baik. Yang mana jika dibandingkan timbangan zikir ini dengan 7 petala langit, maka zikir ini lebih berat timbangannya. Apakah zikir itu?.  Zikir yang paling baik ialah 'La Ila Ha IllaAllah'. Tips dari ustazah juga kita boleh berzikir tanpa mengira menggunakan tasbih iaitu dengan hanya berzikir La Ila Ha IllaAllah lebih kurang 4 minit kita dah zikir 100x. Untuk zikir 1000x perlukan masa 40 minit. And xsemestinya kena terus zikir selama 40 minit. Mgkin boleh zikir 5 atau 10 minit setiap kali dan cukupkan 40minit setiap hari. Semoga tips ini bermanfaat kepada kita semua

Waktu yang baik untuk dekat dengan Allah ialah sebelum tidur, jadi perbanyakkan zikir kepada Allah sebelum tidur. Jadi perbanyak zikir sebelum tidur.

Lagi ilmu yang dikongsikan oleh ustazah juga ialah cara untuk khusyuk semasa solat. Salah satunya ialah niatkan sebelum solat bahawasanya solat kita bertujuan untuk mendekatkan kita dengan Allah.

Semoga apa yang saya kongsikan disini akan memberi manfaat kepada saya dan kita semua. InsyaAllah.

Wednesday, August 19, 2015

Homemade Nekbat- Experiment

Assalamualaikum. Hari ni saya tak ingin berkongsi resepi kerana resepinya masih belum sempurna. Kiranya experiment belum berjaya.

Last ramadhan, saya ada tgok rancangan moreh yang mana pengacaranya ke kelantan dan masak2 untuk berbuka puasa. Apa yang menarik perhatian saya ialah ada penduduk kampung yang tunjukkan cara untuk buat homemade nekbat. Dia menggunakan tepung beras yang disangai dan telur je. Terus saya google resepinya. And terjumpa resepi yang mana menggunakan 12biji telur dan 1bungkus tepung beras.

Dengan perasaan berkobar2 saya cuba buat guna 7biji telur itik (sebab stok telur itik mak dah lama tersimpan dalam peti ais) dengan 3 cup tepung beras. 1 bungkus tpung beras dapat 4 3/4 cup. Mula2 pukul telur sehingga kembang. Then tambah tepung. Tepung sepatutnya ditabur supaya buih2 udara dalam telur kekal. Tapi kesilapan saya aritu tambah tepung semua sekali sekaligus. Terus telur jadi macam xkembang.

Bila dibakar, kuih jadi padat and tak kembang pun bila disira dengan air gula. Kiranya experiment totally fail. Mungkin tersilap langkah. InsyaAllah akan cuba lagi lain kali. Saya ada terjmpa resepi yang lain pula. Hopefully next time berjaya lah ye. :)

Monday, August 10, 2015

Roti Jala

Assalamualaikum. Selamat Petang. Hari ni saya nak kongsi resepi roti jala yang best. Ini adalah resepi yang terbaru saya cuba ( actually tak la baru sangat sebab dah 3x saya cuba resepi ni). Dan hasilnya mmg best.

Alkisah semalam saya berpuasa, then rasa macam teringin nak makan roti jala dengan kuah durian. Kebetulan pulak sekarang musim buah jadinya durian memang banyak kat kebun ayah. Pilih je nak durian yang mana.

Jom tengok resepi. Rasanya tak pernah update lagi resepi roti jala versi semalam kat blog. Sebelum ni up kat ig je.

Roti Jala

Bahan- Bahan:
4 cup tepung gandum
1 cup susu sejat
3 cup air
1 tsp garam
1 biji telur
3 tbsp minyak
Sedikit pewarna

Cara Penyediaan:
1- Blend semua bahan2 kat atas.
2- Sedia untuk di'jala'

Friday, July 31, 2015

Semperit

Assalamualaikum.

Hari ni nak share resepi semperit yang tertunggak sekian lama. Hehe

Resepi ni agak lain kerana menggunakan tepung beras. 1st time tengok resepi, agak musykil jugak sebab 1st time jumpa resepi cookies yang guna tepung beras. Minta maaf saya selalu terlupa nak copy sumber asal resepi. If saya google, saya terus screenshot tnpa sumber. My bad. Next time insyaAllah, saya akan copy bersama sumber tuan punya resepi.

Jom semak resepi. InsyaAllah resepi ni akan jadi antara cookies yang akan saya buat lagi tahun depan. Itulah kepentingan blog. Untuk rujukan sendiri and kalau ada yang berminat boleh cuba juga.

Semperit

Bahan- bahan
1 cup tepung gandum
1 cup tepung jagung
1 cup tepung beras + tepung kastard
( saya letak 2 tbsp tpg beras dlm cup then penuhkan dengan tpg kstard)
3/4 cup gula halus (sy guna gula aising)
1 cup mentega
Sdkit esen vanila
1 biji telur ( sy guna kuning telur je)

Cara Penyediaan:
1- Putar mentega dan gula sehingga kembang.
2- Ayak tepung. Ketepikan
3- Tambah telur dan esen vanila. Mix sebati.
4- Tambah tepung. Gaul sebati.
5-  Masukkan dalam acuan semperit dan tekan.
6- Bakar sehingga masak. Lebih kurang 15 - 20 minit suhu 150 °C. ( ini adalah suhu yang sesuai untuk oven saya. Oven lain mgkin berbeza. Kenali oven anda.

Happy Baking..

Monday, July 20, 2015

Perihal Jodoh

Assalamualaikum. Masih belum terlambatkan untuk saya ucapkan salam aidilfitri untuk semua yang terjumpa dan terbaca blog ini.

Hari ni dapat berita gembira yang mana kawan semasa di universiti sudah menjadi tunangan orang. Tahniah dan semoga bahagia selalu dan semoga ikatan pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin.

Bila dapat tahu mengenai pertunangan kawan, tak dapat elak, teringat akan kisah diri ini. Bukan bermaksud untuk mengenang kisah lama dan bukan juga menunjukkan diri ini belum " move on". Kisah lalu telah ak lipat jadi sejarah. Tak perlu diungkit cuma sesekali ianya perlu dikenang dan dijadikan iktibar. Semoga diri ini lebih berhati hati memilih calon pasangan hidup.

Realiti kehidupan tidak selalu indah. Dalam perbincangan dengan kawan2 seringkali perihal jodoh ini menjadi topik yang selalu dibincangkan. Perkahwinan bukan untuk sehari atau dua. Ia untuk seumur hidup.

Kita selalu dengar yang best dan indah je pasal kawen ni. Especially dalam novel, semua best kan. Mula2 tak suka kemudian jatuh cinta and they live happily ever after. Namun begitu realitinya tidak begitu cliche dan mudah dan tidak semestinya semua indah di alam perkahwinan. Seseorang pernah cakap mungkin kahwin juga permulaan kepada masalah. Agak takut mendengarnya bukan?

Saya banyak melihat perkahwinan saudara, kawan- kawan, alam perkahwinan ini sangat mencabar yang mana perangai sebenar pasangan hanya akan diketahui selepas berkahwin dan hidup bersama. Seseorang yang kelihatan sempurna pada luarannya sudah pasti ada kekurangan. Tetapi saya agak paranoid mengenai lelaki yang kelihatan sempurna sebab kadang kala kita akan nampak lebih banyak kelemahan dan kekurangannya selepas kenal atau berkahwin. Pada saya kita tidak perlu pasangan yang kaya, apa yang penting, dia berusaha bersungguh sungguh untuk mencari rezeki yang halal. Kita juga tidak semestinya perlu pasangan yang berpangkat ustaz, apa yang penting dia boleh bersama dan sanggup berusaha mencari redha Allah. Kita juga tidak perlu pasangan yang handsome macam KJ ( dark, tall & handsome), yang penting dia handsome dimata kita. :)
Lagi satu perkara yang penting dalam memilih pasangan ialah perlunya pasangan kita menghormati keluarga kita seperti mana dia menghormati keluarga dia. Ini adalah pendapat peribadi ye. Setiap orang ada pandangan masing2. Apa yang penting saling melengkapi dan terima segala kekurangan dan kelebihan dengan hati terbuka. Namun begitu berusahalah untuk memperbaiki kekurangan diri.

Apapun jodoh adalah ketentuan Allah yang telah ditentukan untuk kita. Bila tiba masa ia akan datang mungkin dengan cara yang kita tidak sangka. Bila Allah katakan 'Kun Fayakun' , maka jadilah. Itu yang harus dipegang.

Kadang kala orang kita selalu terlupa jodoh juga ketentuan Allah sama seperti rezeki, ajal maut. Ianya telah ditentukan oleh Allah sebelum seseorang hamba dilahirkan. Siapa kita untuk mempersoalkan. Yakinlah dengan janji Allah.

Seringkali kita ditanya bilakah kita akan kawen? Soalan yang sangat susah dijawab sebab segalanya bukan dalam pengetahuan kita. Ianya dalam pengetahuan Allah SWT. Ada kalanya kita beriya nak kawen and dah buat persiapan pun semua tapi jika jodoh kita belum sampai masanya, tak akan jadi jugak. And ada kalanya jodoh sampai dengan cara yang kita tak sangka-sangka. Segala persiapan dan perancangan berjalan lancar dan dalam masa yang singkat je. Itulah jodoh.

Conclussionnya yakinlah pada janji Allah. Berusahalah untuk memperbaiki diri dan sentiasa berdoa untuk mendapat jodoh yang terbaik. InsyaAllah. Saya doakan sesiapa yang membaca entry ini dipermudahkan untuk mendapat jodoh dan dapat jodoh dikalangan orang yang baik ( termasukklah saya juga). Ameen.

p/s:
1- ini adalah entry tertunggak yang telah tersimpan dalam draf selama beberapa hari.
2- bila saya baca balik entry kat atas, macam agak berterabur. TAPI saya dah malas nak edit atau tulis balik. Asalkan maksudnya sampai pada orang yang membacanya.
3- apa yang saya tulis adalah pandangan peribadi semata2. Actually saya tak pandai nak menulis begini kerana saya cuma pandai buat entry mengenai resepi je. :)

Thursday, July 16, 2015

Wordless thursday

Tired. Fullstop

P/s: xde mood nak ambik gambar kek walaupun seharian buat kek harini...

Wednesday, July 15, 2015

Popia Sira Pedas

Assalamualaikum.
Hari ni nak kongsikan resepi popia sira pedas. Best untuk kudapan raya. Ini antara kudapan yang mesti saya buat untuk hari raya. Kalau tak raya pun kadang buat juga kalau teringin nak makan.

Resepinya simple je tapi part nak menggulung kulit popia memang menguji kesabaran sikit. Saya aritu nasib baik adam tolong, so cepat sikit.

Jom tengok resepi kalau korang nak buat.

Popia Sira Pedas

Bahan- Bahan:
1 bungkus kulit popia
5 tbsp cili kering yang diblend
4 ulas bawang putih
4 tbsp gula
4 biji cili padi ( bergantung pada anda)
1/2 tsp cuka
1 tsp garam

Cara Penyediaan:
1- Gulung kulit popia,gunting dan goreng sehingga kekuningan.
2- Tumis cili kering sekejap, tambah bawang putih dan cili padi yang ditumbuk. Goreng sehingga garing.
3- Tambah garam, cuka dan gula.
4- Biarkan gula mencair sepenuhnya dan biarkan pekat.
5- Tambah popia yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
6- Bakar dalam oven selama 15 minit pada suhu 150° C untuk pastikan ianya betul2 kering.

Kerepek sukun

Assalamualaikum. Korang pernah makan kerepek sukun tak? Memang sedap tau.

Saya boleh dikatakan ber'experiment' jugak nak buat kerepek sukun ni. Dan experiment pun masih belum berjaya sepenuhnya. Bila saya google resepi kerepek sukun ada macam-macam cara untuk meranguppkan kerepek. Ada yang rendam dalam air kapur, ada yang terus parut, ada juga yang masukkan air garam semasa menggoreng dan ada juga yang masukkan marjerin semasa menggoreng.

Untuk percubaan pertama, saya rendamkan sukun yang telah diparut kedalam air kapur bercampur garam dan sedikit pewarna kuning lebih kurang 2 jam, then saya basuh sedikit, tapis terus goreng. Hasilnya kerepek saya x rangup malah liat. Mungkin sebab kerepek tidak betul2 kering. Mungkin kena goreng lagi lama kot. Then saya ber experiment dengan masukkan dalam oven lebih kurang 20 minit. Ia cuma lebih rangup ( tapi tidak sepenuhnya rangup) untuk masa yang sangat kejap then lemau lagi. Tapi rasanya memang sedap kalau rangup.

Untuk 2nd try, saya tidak rendam buah sukun dalam air garam/ kapur. Saya cuma basuh dan terus parut. Dan saya masukkan lebih kurang 1 tsp marjerin kedalam minyak setiap kali masukkan buah sukun untuk goreng. Hasilnya kerepek memang rangup tapi rasanya ada kurang sikit sebab tak ada rasa garam langsung. Tapi ok la. Better than dari yang sebelum ni. Untuk bagi lebih rasa saya tabur sedikit garam pada kerepek yang sudah masak.

Untuk next try, saya mungkin akan tambah air garam kedalam minyak semasa menggoreng. Air garam boleh ditambah apabila kerepek hampir masak sebab kalau masukkan air garam awal2 lg, ia ambik masa untuk merangupkan kerepek.

Sukun yang telah diparut juga boleh direndam dalam air kapur bercampur garam tetapi perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum digoreng. Mungkin boleh dijemur ( atau bakar dalam oven kejap, haha).
Saya akan try juga nnt. InsyaAllah.

Popia Nestum

1 1/2 bungkus kulit popia
1 1/4 cup gula
4 cup nestum
1 cup susu tepung

Cara Penyediaan:
1-Gulung dan goreng kulit popia. Sejukkan.
2- Blend semua bahan bahan kat atas dan gaul rata.

Next time mumgkin perlu kurangkan nestum kepada 3 cup sahaja sebab macam agak bnyak dapat serbuk campuran tu.

Sunday, July 12, 2015

Tart Nyonya

Assalamualaikum

Tart nyonya

Bahan- Bahan:
300g tepung gandum
250g butter
4 tbsp tepung jagung
2 tbsp gula aising
1/2 tsp esen vanila
2 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan:
1- Gaul semua tepung dan ayak.
2- Ayak gula aising
3- Masukan butter dan gula aising kedalam bekas tepung. Ramas sehingga seakan akan serbuk roti.
4- Satukan kuning telur, pewarna kuning dan juga esen vanila. Kacau sedikit.
5- Masukkan kuning telur kedalam adunan tepung. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
6- Terap doh dan bakar 130°C selama 25minit

Saturday, July 11, 2015

Meringue cookies

Assalamualaikum.

Biskut meringue cookies memang tengah hot sejak tahun lepas tapi saya baru berkesempatan untuk mencuba tahun ni. Sebenarnya memang sangat mudah nak buat cookies ini tapi terlalu banyak cabaran dan dugaannya kepada saya. Hehe.

Alkisahnya disebabkan ada lebihan putih telur dalam peti ais kerana kebanyakan cookies cuma guna kuning telur, so saya cuba buat cookies yang tengah hot ini. Bahan yang simple je iaitu

3 biji putih telur
3/4 cup gula halus
1/2 tsp esen vanila
1/4 tsp cream of tartar.
- mix dan jadikan meringue.

Cabarannya ialah masa membakar yang sangat lama iaitu 1 1/2 jam pada suhu 100°C. Lama sangat. Then satu adunan ni saya kena buat 3 batch untuk dibakar sebab oven kat rumah ni kecik je. Batch yang pertama ok. Cantik dan smooth je meringue tu tapi untuk batch yang kedua meringue macam agak berair dan xsmooth. Saya paipkan batch yang kedua selepas yang pertama masak. Mungkin sebab meringue terlalu lama kat luar sebelum bakar. Then batch ke 3, saya tak bakar sebab meringue nampak lebih banyak berair. Buang je.

Then lagi sedikit cabarannya ialah cookies seeloknya dibiarkan dalam oven selepas masak lebih kurang 1 jam selepas masak untuk pastikan ianyanya betul2 kering dan x melekit antara satu sama lain.

Untuk batch yang pertama saya mulanya saya bakar selama 1 jam tapi hasilnya cookies melekat satu sama lain. Mungkin ia tidak betul2 kering. Tp ini mungkin berbeza mengikut oven masing2. So saya terpaksa masukkan dalam oven dan bakar selama 30 lagi. Penat nak tunggu ianya dibakar.

Untuk rasanya pula lebih kurang macam gula gula kapas tapi lebih crispy. Tapi saya tak boleh tolerate dengan manisnya. Sangat manis bagi saya. Menurut tips2 yang saya baca, tak sesuai nak kurangkan gula sebab jumlah gula yang sesuai penting untuk kerangupan cookies ni.

So kesimpulannya, mungkin saya tak buat lagi lain kali. Haha. Kalau teringin pun buat sikit je. Mungkin guna sebiji telur je. Atau mungkin kena study lebih lagi pasal cookies ni.

Friday, July 10, 2015

Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum..

Biskut Sarang Semut

Bahan - Bahan:
1 ketul butter
3/4 cup gula halus- sy gn gula icing
1 cup tepung kastard
1 cup tepung jagung
3 cup tepung gandum
1 biji kuning telur
2 tbsp susu pekat manis
1 tsp esen vanila

Cara Penyediaan:
1- Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2- Tambah telur, esen vanila dan susu. Pukul sebati.
3- Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sebati.
4- Parut dan masukkan dalam paper cup.
5- Bakar 130°C selama 20 minit.

Thursday, July 9, 2015

Bangkit cheese cookies

Assalamualaikum. Hari ni baru mula buat cookies untuk raya. And untuk cookies yang pertama tahun ini saya buat biskut bangkit cheese.

Cookies dah siap, kita update resepi kat blog pula ye. Tahun ni kena update semua resepi cookies yang saya buat tahun ni. Tak nak jadi macam tahun lepas yang mana saya langsung tak update resepi kat blog. Pastu tahun ni bila nak buat cookies pula tercari2 resepi. Ralat sedikit sebab saya mencari resepi popia nestum yang saya buat tahun lepas tapi tak jumpa resepinya. Itu yang timbul azam untuk upadate semua resepi cookies kt blog. Senang nak rujuk lain kali.

Jom tengok resepi. Sumber asal daripada AlongRoz kalau saya tidak silap.

Biskut Bangkit Cheese

Bahan- Bahan:
250g butter
225g tepung jagung
250g tepung ubi- disangai
180g gula aising
2 biji kuning telur
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp r.vanila
70g parutan keju cheddar

Cara Penyediaan:
1- Putar mentega bersama gula sehingga kembang.
2- Tambah telur, esen vanila dan pukul sebati.
3- Tambah keju dan gaul rata.
4- Tambah tepung dan sebatikan.
5- Canai dan terap adunan. Tabur parutan keju.
6- Bakar 120°C selama 20 minit.

Nota:
*Jarak2 kan cookies yang disusun diatas tray sebelum dibakar kerana ianya agak mengembang.
*Ayak tepung dan juga gula aising.
*Next time, saya akan mix keju dgn adunan sebelum dimasukkan tepung. Untuk pstikan ia betul2 sebati.
*Mungkin boleh ber experiment dengan mggantikan cheddar cheese dengan cream cheese.

Tuesday, July 7, 2015

Kuih lapis

Assalamualaikum. 
Ini merupakan entry lama yg terdelete sebelum sempat di publish. Memang dah lama sangat sebenarnya.Buat kuih lapis ni sebelum ramadhan aritu lg. 

So, mood nk taip balik resepi tu agak malas . Jadi untuk resepi boleh rujuk entry sebelum ni. Resepi asal dari blog periuktanah.blogspot.com.

Saya gunakan resepi yg sama cuma saya gntikan tepung gandum dengan tepung ubi. Kata orang, penggunaan tepung ubi akan menghasilkan kuih lapis yang berkilat dan cantik gitu. Hasilnya mmg sy puas hati sangat. Next time boleh try lg
 
Ok. Itu saja untuk kali ni. Ada 1 lg entry untuk dilunaskan. InsyaAllah kalau daya rajin lain kali, saya akan updatekan resepi penuh kat sini. 

Salam Ramadhan.

Ikan Bakar


Assalamualaikum. Entry kedua untuk malam ini. Entry yang ringkas je. Tapi saya perlu menulis juga untuk rujukan lain kali.

Alkisahnya minggu lepas, saya ada menonton rancangan masakan " bila bujang masuk dapur". Diorang ada tunjukkan cara untuk masak ikan bakar ala portugis. Terus rasa teringin nak makan ikan bakar. So, terus google resepi lengkap. And jadilah resepi ikan bakar yang saya ubah suai daripada beberapa resepi.

here's the recipe. 

Bahan- Bahan:

ikan 
cili kering
bawang putih
bawang besar
halia
cili padi
bawang merah
serai
belacan

Cara Penyediaan:
1- Kisar semua bahan kat atas.
2- Tumis sehingga naik minyak. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. siap untuk digunakan. 
3- Letakkan sedikit bahan tumisan diatas daun pisang, letak ikan dan letak sedikit lagi bahan tumisan. Balut dengan aluminium foil. Bakar sehingga masak. saya bakar lebih kurang 1/2 jam kerana menggunakan ikan yang agak besar.

nota:
next time, kena lebihkan cili padi bagi pedas. Lagi pedas lagi kaw. N tambah jugak sedikit perahan asam limau. Boleh jugak tmbah hirisan daun kunyit atau daun limau purut.

Friday, July 3, 2015

Puding roti gula hangus

Assalamualaikum.
Hari ni nk kongsikan resepi puding roti gula hangus. Buat untuk iftar semalam.

Loyang 9 inci atau 2 loyang 7 inci

Bahan- Bahan:
3 tbsp gula. Dijadikan gula hangus
8 keping roti
6 biji telur
1 tin susu sejat
Air (jadikan 4cup susu sejat + air)
1 tsp esen vanila
1 cup gula

Cara Penyediaan:
1- Cairkan gula hangus di dalam loyang. Ketepikan.
2- Blend gula, esen vanila, roti,susu dan air.
3- Pukul telur sedikit dan tapis. Masuk dalam blender dan blend sekejap.
4- Masukkan kedalam loyang gula hangus.
5- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Thursday, June 18, 2015

#La Tahzan 11

Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui ( dengan pasti ) apa yang akan diusahakan esok. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati... (Luqman:34)

Apa yang berlaku semalam adalah kenangan, apa yang berlaku hari ini adalah realiti dan apa yang berlaku esok tetap misteri.

#La Tahzan 10

Janganlah hanya kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaanya, dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan. Oleh kerana itu, cerminlah dirimu sendiri sesudahnya. Belajarlah untuk memaafkan.

Stabilized whipped cream

1 1/2 cup whipping cream
1/2 cup gula aising

Putar sehingga agak pekat n ayak gula aising. Putar sehingga kental.

Boleh bentuk kan swirl tp untuk lapis tengah kek xstabil. Esp kek coklat.mgkin kena letak dalam peti ais slps salut kek sblm deco yg lain untuk stabilkan whipping cream. Letak kt tmpat beku pn ok.

Kek Santan Pandan

Assalamualaikum...

Hari ni cuma nk share kek santan pandan. Tak nak membebel panjang. Hehe.

Ok, kita terus kepada resepinya.

4 cup tepung gandum
4 tsp b.powder
4 biji telur
2 cup santan (blend bersama daun pandan)
1 1/2 cup gula
1 tbsp ovalette
1 tsp esen vanila.

Cara Penyediaan:
1- Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovalette sehingga kembang dan putih.
2- Perlahankan speed mixer, tambah tepung yg telah diayak bersama b.powder. Selang selikan dengan santan. Putar sebati.
3- Masukkan kedalam loyang yang telah digris dan dialas baking paper. Bakar sehingga masak.

Sunday, May 3, 2015

Experiment..bread and bun

Assalamualaikum...
Hari ni nk bercerita mengenai experiment saya dengan resepi roti. Xbagus sangat sebab hasilnya kurang memuaskan. But kena tulis kat sini untuk rujukan saya lain kali. Jangan ulangi kesilapan yg sama.
Jom ber'experiment' dengan saya.

Untuk kali ni saya lebih kan tepung gandum. Resepi asalnya menggunakan 500gm tpung, tapi saya gunakan 750g tpung gandum. Ada sebab saya lebihkan gandum sebenarnya. Ia kerana roti yg sy buat sebelum ni bg sy terasa bnyk sgt yis nya. So sy  cuba melebihkan penggunaan gandum dan bhn2 lain kecuali mauripan. Dan hasilnya tak selembut roti sebelum ni tp still ok untuk dimakan.

Next time sy akan cuba resepi yg sama sprti hr ni cuma sy akan guna 2 bahan tmbahan iaitu bread softener dan bread improver. Hopefully next experiment will be excellent.

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum...
Hari ni saya akan kongsikan resepi kek gula hangus yg mudah. Tak perlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Resepi yang sama seperti dalam entry sebelum ni. Cuma langkah penyediaan yang lebih mudah. Jom tengok resepi. Ia adalah versi yang sy telah ber 'experiment' dan bg saya inilah resepi yg terbaik.

Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan

1 cup gula
1 cup air panas
1 cup tepung gandum
4 biji telur
1/3 cup susu pekat manis
2 tbsp marjerin
1 tsp esen vanila
1 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp b.powder (optional)

Cara Penyediaan
1- Cairkan gula dengan api perlahan. Apabila gula mencair sepenuhnya, masukkan air panas. Berhati hati semasa masukkan air panas. Kacau sehingga gula cair dan masukkan marjerin. Kacau sehingga marjerin mencair. Tutup api.
2- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
3- Pukul telur sekejap sehingga berbuih, tambahkan susu pekat manis dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
4- Perlahankan speed dan masukkan tepung gandum. Pukul sebati.
5- Masukkan air gula hangus yg masih panas dan putar sebentar.
6- Tapiskan jika ada ketulan dan masukkan dalam loyang yang telah digris mentega dan dialas dengan baking paper.
7- Bakar selama 35-40 minit. 25 minit pertama menggunakan api bawah sahaja dan selebihnya menggunakan api atas dan bawah.

Note:
- perbezaan dengan resepi yg biasa ialah air gula karamel tak perlu disejukkan terlebih dahulu dan adunan juga tidak perlu diperap sebelum dibakar.

Selamat Mencuba & Happy Baking...

Saturday, May 2, 2015

#La Tahzan 9

Dalam ujian itu ada penghapusan dosa, ada peringatan agar tidak lalai, ada tawaran untuk mendapat pahala dengan cara bersabar dan mengingat akan nikmat,  dan ada harapan untuk mendapat ganjaran. Dalam pandangan Allah dan qadha'Nya semuanya adalah baik. ( Al-Hasan bin Sahl)

#La Tahzan 8

Jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredhaan hati. Sedangkan keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan...

#La Tahzan 7

Seorang mu'min itu ibarat lebah yang makan sesuatu yang baik dan menghasilkan sesuatu yang baik pula. Jika hinggap di atas dahan, ia tidak mematahkannya.

#La Tahzan 6

Seorang yang bertindak perlahan terkadang dapat mencapai tujuannya...

Orang yang tergesa-gesa terkadang mengalami ketergelincir...

#La Tahzan 5

Sahabatku,
demi Allah, tidak ada satu musibah pun yang kekal dalam hidup ini.
Bagaimana beratnya,
Jika suatu ketika ia menimpa
Janganlah anda merasa tidak berdaya kerananya
Jangan pula banyak mengeluh
kerana ia pasti akan lenyap,
Betapa banyak orang terhormat
Yang dulunya sering ditimpa musibah
Namun ia tabah sehingga musibah itu lenyap dan meninggalkannya
Dan saat kesabaran muncul dalam musibah, maka musibah terasa ringan.

Thursday, April 16, 2015

#La Tahzan 4

Syukur, Zikir dan Sabar
Di dalamnya terdapat kebahagiaan dan pahala...

#La Tahzan 3

Qadha'  Allah pasti akan terjadi, baik kepada yang menolak atau yang menerima. Bezanya, orang yang menerimanya akan mendapat pahala dan kebahagiaan, sedangkan yang menolaknya akan mendapat dosa dan kesengsaraan...

Wednesday, April 15, 2015

Life...


Inilah hakikat hidup tak selalu indah. Kadang kita diuji. Semoga kita selalu tabah menghadapi hidup ini. InsyaAllah.

Tuesday, April 14, 2015

#LaTahzan 2

Dengan kesabaran, kita tahu makna kehidupan yang baik.

Plain Bun

Assalamualaikum. Tak sabar nk kongsikan kegembiraan hari ini kat sini. Hari ni sy cuba buat roti dan hasilnya Alhmdulillah gebu dan lembut je.

Tp bukan mudah nk dapatkan roti yang lembut dan gebu. Lebih2 lg bg saya yang menggunakan cara manual dengan kudrat tangan je. Doh roti perlu diuli lama. Dan pg tadi saya mengulinya selama sejam. Mula menguli doh kat dapur dan berpindah kat depan tv smbil lyn cerita kt tv9. Punyalah lama menguli doh kan. Penat usah dicerita, korang harus mencuba untuk rasai kepenatannya. Hihi.

Ok, kita terus kepada resepinya. Sy akan buat lg lain kali. InsyaAllah lain kali nak cuba buat roti sarang lebah.

Resepi yang saya cuba hari ni daripada dapurmas kat www.mas-dapurmas.blogspot.com.

Roti

Bahan- Bahan

500g tepung roti atau tepung gandum ( sy guna tepung gandum je)
1 biji telur
3/4 cup gula
1 tbsp susu tepung ( sy tak letak)
2 tbsp susu pekat manis
2 tbsp marjerin (sy gantikan dgn shortening)
1 tbsp shortening ( sy guna 3 tbsp)
1 paket mauripan

Cara Penyedian:

1- Campurkan susu pekat manis, gula telur dan air suam. Jadikan 300ml.
2- Kacau semua dan tambah yis. Kacau sikit dan biarkan yis berbuih.
3- Masukkan tepung dalam bekas dan masukkan air campuran yis td. Gaul rata.
4- Tambah shortening dan gaul rata.
5- Uli doh sehingga doh lembut, licin dan elastik.
6- Perap doh sehingga naik sekali ganda.
7- Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bulatkan dan susun dalam loyang yang telah digris. Perap lg sejam.
8- Bakar 180 °c  selama 20 minit api atas dan bawah. Saya guna suhu 150°c selama 20 minit. 15 minit pertama guna api atas bwh, 5 minit terakhir guna api bawah shj. Bergantung pada oven anda.

Selamat mencuba n selamat menguli...:)

Friday, April 10, 2015

Apam Cornetto

Assalamualaikum. Setelah berkali kali cuba upload gambar akhirnya berjaya juga. Tengok gambar dulu ye, resepi menyusul kemudian.

Update 110415...
Here's the recipe. Sy guna resepi yang sama dengan apam mekar cuma acuannya yang berbeza. Untuk 1st try agak comot apam cornetto yg sy buat ni. Untuk konnya saya gunakan kertas pembungkus nasi. Lipat 3 segi n sallotape kan. Xperlu tinggi nnt xboleh nk tutup wktu mgukus. 

Apam Cornetto @ Apam Mekar
 
Bahan -Bahan
3 biji telur
1 3/4 cup gula halus
1tbsp ovalette
1cup aiskrim soda f&n
2 3/4 cup tepung gandum atau superfine
1/2 tsp b.powder ( tak letak pun xpe)

Cara Penyediaan
1- Pukul telur bersama gula dan ovalette shgga kembang. Sehingga adunan bertanduk.
2- Perlahankan speed dan tmbah tpung gandum berselang seli dengan aiskrim soda. Putar sebati sehingga habis. 
3- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Masukkan dlm acuan dan kukus sehingga masak. Lebih kurang 12 - 15 minit shj.

apam cornetto yg comot..

p/s: next time sy nk cuba buat kon mggunakan baking paper. Sbb kertas pembungkus nasi mudah basah. 

Wednesday, April 8, 2015

Moist chocolate cake

Assalamualaikum. Hari ni rajin pulak nak update blog. Kali ni nak kongsi resepi kek coklat yang memang selalu sgt saya buat. Mudah dan cepat. Sebelum ni pun pernah update resepi kat sini. Resepi daripada Puan Sabrina Khan kenalan fb.

Resepinya asalnya sangat mudah kerana menggunakan blender tp kali ni sy gunakan mixer disebabkan malas nk keluarkan blender n kebetulan mixer pun dah ada kat luar sbb buat kek marble td. Panjangnya bercerita. Ok la kita terus kepada resepinya.

Kek Coklat

Bahan - Bahan
2 cup tepung gandum
1 cup serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
2 biji telur
1/2 cup gula halus
1 tsp ovalette
1 cup susu pekat manis
1 cup minyak masak
1 tsp esen vanila
1 cup air

Cara Penyediaan
1- Pukul telur, gula, ovalette, esen vanila  sehingga kembang.
2- Tambah susu pekat manis. Pukul lagi.
3- Tambah minyak, pukul sebati.
4- Tambah tepung gandum, serbuk koko, b.powder dan s.bikarbonat yg telah diayak sedikit demi sedikit. Selang seli kan dengan air. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
5- Masukkan dalam loyang atau acuan. Kukus sehingga masak.

Untuk topping sy guna serbuk koko, susu pekat manis,minyak dan sedikit air.
- kacau sebati serbuk koko, susu pekat manis dan sedikit air sehingga tiada ketulan serbuk koko.
- masak diatas api perlahan sekejap dan tambah minyak. Gaul sebati.

p/s: xboleh nk upload pic bcoz internet slow sgt...:(

Update: br rasa kek td, tekstur kek yg dibuat guna blender dan mixer sdikit beza.sy suka yg guna mixer...:)

Kek Marble Susu

Assalamualaikum...

Untuk kali ini saya nk kongsikan resepi kek marble yg simple tp sedap...tak ada gambar ye sebab tak sempat nk snap gmbar sbb kek tu untuk hntar ke kedai bukannya untuk makan2 kt rumah...nnt saya buat lain kali sy akan cuba snap gmbrnya...insyaAllah esok buat lg..

Ok. Kita terus kepada resepinya.

Kek Marble Susu

Bahan- Bahan
2 cup tepung gandum
1 tbsp b.powder
3 biji telur
1 cup butter atau marjerin
1 cup gula halus
1 tsp esen vanila
3 tbsp susu pekat manis

Cara Penyediaan
1- Pukul butter dan gula sehingga kembang dan putih.
2- Tambah telur 1 persatu dan pukul sebati setiap kali masukkan telur.
3- Tambahkan esen vanila dan susu pekat. Pukul sebati.
4- Tambah tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan speed perlahan. Bakar sehingga masak.

Update: next time kena kurangkan sedikit guna sebab ianya agak terlebih manis. Mungkin cuma perlu 3/4 cup gula.

Officially

Assalamualaikum...
Officially deactivate n uninstall my fb...bukan perkara mudah untuk saya sbb sejak ber fb dari thun 2007 or 2008 mmg xpernah terfikir nk deactivate fb...bg saya fb ada faedahnya bagi saya kerana bnyk dpt resepi2 especially kek dr fb..

Tp atas sebab2 tertentu,terpksa deactivate fb...moga saya akan jd org yg lbih baik...insyaAllah...
Sblm ni sy cuma deactivate fb tp x uninstall...tp dugaannnya sgt kuat so terpksa decide to uninstall it..

Good news, sy ad bnyk ms untuk update resepi kt blog...hopefully..

Thursday, April 2, 2015

La Tahzan

Assalamualaikum...hr ni saya tidak berkongsi resepi cuma ingin berkongsi cerita mngenai buku yg sy beli pd thun 2008 tp ruginya saya kerana belum berkesempatan untuk menggali kesemua ilmu drpd buku itu. Seingat saya buku La Tahzan tulisan Dr. 'Aidh bin ' Abdullah Al-Qarni sy beli sewaktu pertama kali ke pesta buku kuala lumpur semasa tahun pertama di kl. Mmg borong sakan la buku2 wktu termsuklah buku ini. Maklum la 1st time ke pesta buku, rambang mata tgok buku dan harga pun semua ada diskaun.

N sy belum sempat nk habiskan buku ni salah satu sebabnya ianya tebal iaitu lebih dr 600 muka surat. Setiap kali sy bersemangat nk baca, semangat tu cuma sekejap, xsmpat nk hbiskan. Then bila baca balik, sy mula dr awal n hsilnya pn sama jgk...xsempat nk habiskan.

Untuk kali ni insyaAllah sy akan cuba baca sebanyak mgkin. Rugi je beli tp xdapat apa2 padahal betapa bnyk ilmu yg sy boleh dpt dr buku ini. InsyaAllah. Semoga sy istiqamah kali ni...:)

Apam Susu

Assalamualaikum...dah lama tak update blog. Sibuk dengan macam-macam hal.:)

Hari ni sy akan kongsikan resepi apam susu yg sy buat 2 mggu lps..punya la lama entry tertunda kan..hehe..kali ke 3 sy cuba resepi ni n hasilnya tak mengecewakan.

Jom tengok resepi if korang berminat nk try...

Apam Susu

Bahan-Bahan
2 cup tpg gndum
1tsp b.powder
4 biji telur
1 cup gula halus
1 tsp esen vanila
1 tbsp ovalette
4 tbsp susu pekat manis
4 tbsp minyak msk

Cara Penyedian:
1- Pukul telur, gula, ovalette, esen vanila shgga kembang n putih.
2- Tambah susu pekat manis, pukul lagi.
3- Tambah minyak, pukul sekejap. Off kan mixer.
4- Tambah tepung yg telah diayak bersama b.powder, kaup balik shgga sbati.
5- Bahagikan adunan dan warnakan kpd bbrapa warna.
6- Masukkan dlm bekas atau loyang, kukus shgga msak.

P/s: sy tambah sdkit choc ganache n hirisan badam kt ats..nk mkn kosong boleh, nk mkn dgn kelapa pn boleh...

Happy Baking..:)

Saturday, March 7, 2015

Kuih Seri Ayu

Assalamualaikum...hari ke 3 di hosp tnh merah menemani nenek warded. Rasa mcam si peneman yg akan demam.

Hari ni,memandangkan xde keja sementara tunggu discharge, sy nk kongsi resepi kuih seri ayu yg sy buat 2 hr sblm nenek admitted. Resepinya agk senang cuma nk kukus tu renyah sikit. Ye la,,kena padat padatkan kelapa putih dalam acuan puteri ayu. Part ni yg pling malas nk buat...hehe

Ok resepinya
2biji telur
2 cup tpg gndum
1 tsp b.powder
1 cup gula
1 cup santan yg dblend brsama daun pandan.
1tsp e.vanila
Sdkit esen vanila
1tsp ovalette

Cara Penyediaan
- Pukul telur, gula, e.vanila, ovalette shgga putih n gebu
- Tmbh santan dan e.vanila, pukul lg.
- Tambah tepung sedikit sedikit n pukul sebati dgn speed perlahan.

- untuk kelapa
* gaul kelapa bersama sdkit garam dan tepung ubi.

- padatkan kelapa dalam acuan kuih dan msukkan adunan kuih. Kukus 15 minit...

Tuesday, February 24, 2015

Carrot cake

Assalamualaikum...hampir pukul 1 pg tp mata xnk lelap...huhu..semuanya gara2 nescafe siang td...tp mmg patut mata xnk lelap sbb siang td minum 2 cup nes...dah trlebih caffien dlm bdan ni...

So disebabkan mata xnk lelap, sy nk share resepi carrot cake yg dibuat ptg td. Carrot cake ni mmh guna brg2 yg mahal. Patutlah org jual mahal. Tp saya kesian nk jual mahal2. Mak ckp sy xpndai nk berniaga..hehe

Jom semak resepi...sumber asal dr azie kitchen tp sy olah ikut bhn yg ad kt rumah.

Carrot Cake

Bahan- Bahan
2 cup tpg gandum
2 tsp b.powder
2 tsp s.bikarbonat..lain kali sy nk kurangkan..
4biji telur gred a.sy guna 5biji gred b
1 cup gula...next time sy nk guna gula perang.
1 1/4 cup minyak
2 tsp esen vanila
3 cup carrot yg disagat
1/2 cup nenas cincang- sy tmbah
1cup nuts..sy guna 1/2 cup almond cincang
Sdkit kismis.

Cara Penyedian.
1- Ayak tepung gandum bersama b.powder, soda bikarbonat. Ketepikn.
2- Pukul telur, gula, minyak, esen vanila shgga kembang.
3- Tmbh bhn2 ayak. Kacau sebati guna whisk.
4- Tmbh carrot n nenas. Kacau sebati.
5- Tmbh almond n kismis. Kacau rata.
6- Bakar slama 45 minit..

Penting..
- perah carrot n nenas untuk buang airnya sblm disukat.

Wednesday, February 4, 2015

Apam Mekar

Assalamualaikum...
Mulai hari ni, saya mungkin akan publish resepi tnpa gambar. Ada 2 sebab. Sebab utama kerana line internet yg sgt slow. Lgpn sy xsubscribe mana2 plan internet. Sy guna no maxis yg free internet je. Hihi..jimat. Keadaan skrg mmg perlu berjimat cermatkan. Hehe..so if nk tgok gmbr, boleh usha kt fb sy.

Sebab kedua tentulah disebabkan tgn2 yg xbrtanggunggjawab cilok gmbr dr blog n tepek kt page fb diorg n tnpa diletakkan sumber asal. Alasan sesetengah dr mereka kononnya diorg google je gmbr tu. Tp bukan ke kalau kita google gmbr, then bila buka gmbr tu akam keluar link blog gmbr kan. Or sy silap?

Sebenarnya sesetengah org mgkin xpercaya pada resepi kt blog tnpa gambar kan. Katanya mungkin resepi tu xjd. Tp sy mmg xkisah sbb blog ni tujuannya cuma rujukan saya pd ms hadapan disamping berkongsi dgn sape2 yg sudi.

Pnjangnya membebel..ok kita terus kepada resepinya. Yg ni versi sy yg telah ber"experiment" beberapa kali.

Apam Mekar

Bahan- Bahan
1 3/4 cup gula
2 3/4 cup tepung superfine
1/2 tsp b.powder
3 biji telur
1 tsp ovalette
1 tsp esen vanila
1 cup aiskrim soda F&N

Cara Penyedian
1- Satukan gula, telur, ovalette, esen vanila. Pukul sehingga gebu dan putih. Sy pukul lama lebih kurang 15minit.
2- Tambah tepung yg diayak bersama b.powder sedikit demi sedikit selang seli dengan aiskrim soda.
3- Masukkan dalam cup dan kukus lbh kurang 12 minit dengan api kuat.

Saturday, January 31, 2015

No Caption

Assalamualaikum...mood untuk berblog makin berkurang keraba internet yg sgt slow. Actually td cuba nk upload resepi snow cheese cake tp lama sgt nk publish, so sy cancel. Jdnya blog mgkin akan sepi lg selepas ni...haha

Actually ad lg satu hal yg mnybbkan mood untuk berblog makin kurang ialah mslh copy gambar n resepi dr blog n publish kt page fb. Xkisah pn klu korang nk ambik resepi sbb resepi mmg untuk dikongsi tp jgn la copy gmbr or at least letak la sumber. Masalah bila korang share resepi n gmbr dr blog org lain atau dlm bhsa mudah korang cilok gmbr org lain, bila ad follower fb page korang tnya soalan psl resepi, mmg tak terjawab la korang sbb xpernah buat kan. So, solution yg trbaik korang try buat dl mana2 resepi yg korang nk share, ambik gmbr cantik2 then publish kt page korang. Kadang sy pn pelik, gmbr kt blog sy ni xcntik pn sbb mostly snap guna fon yg cikai je. Pnjg pulak membebel. Xnk la ckp bnyk psl ni sbb korang xkn rasa bnda ni klu xberlaku kt korang. Bila berlaku kt korang, then u will know the feeling.

Dah la...nk tido dl...
Jmpa lagi dalam episod membebel lain kali. Haha

Friday, January 30, 2015

Popia Goreng

Assalamualaikum
Resepi yg tertunggak 2 hari lepas...

Kita terus kepada resepinya ye. Resepi agak2 je bahannya. Ikut suka hati korang nk letak ape, bnyk mana pn. Kadang sy fikir masak lauk pauk atau kuih lg senang dari buat kek. Sebabnya kek perlu sukatan khusus dan tepat, kalau lauk pauk boleh agak2 je sukatannya. N boleh ubah ikut citarasa korang

Jom semak resepi.

Popia Goreng

Bahan-Bahan:
Kulit popia
Carrot
Taugeh
Kobis
Isi ayam
Sedikit garam
Bawang putih

Cara Penyedian:

- Tumbuk bwg putih, tumis shgga wangi.
- Masukkan sayur dan masak sehingga layu. Sebelum tu, carrot perlu disagat terlebih dahulu.
- Gulung sayur bersama kulit popia.
- Goreng sehingga keperangan.

Sos Pencecah

Bahan- Bahan:
2 ulas bawang putih
2 biji tomato
Sedikit cili kering
2 tbsp cili kisar
Sedikit garam
Sedikit cuka
Sedikit gula

- Blend tomato, bawang putih, cili kering.
- masak semua dgn api perlahan sehingga agak pekat.

Monday, January 26, 2015

Cekodok Pisang

Assalamualaikum...
Sejak akhir2 ni terasa rajin nak update blog...memang mood untuk berblog ni turun naik...pernah satu ketika, rasa nak delete je blog ni dsebabkan mood untuk berblog langsung hilang. Nasib baik xdelete kan...klu x trpksa create blog br bila mood ber blog dtg..

Ok. Hari ni saya cuma nk share tips untuk buat cekodol pisang. Kitorg org kelate pnggil "jeput pise". Pekena plak dgn teh, mmg layan la.

Actually xde la tips sgt pun sbb rasanya semua org tahu nk buat cekodok kan..cuma yg sy nk kongsikan disini cara nk dapatkn cekodok pisang yg bulat dan montok gitu..haha...sy suka yg montok2 gitu...

Ok..kita teruskan kpd resepiny secara ringkas...xde sukatan khusus ye sbb sy campak je semua

Bahan-Bahan

Pisang yang dilenyek
Tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat

Satukan semua, kacau shgga adunan agak pekat dan biarkan sekejap..waktu ni korang boleh la pi mandi dulu ke ( mcm sy pg td...hihi), kemas rumah k atau lyn le drama kt tv...sy biarkan setengah je td...then boleh digoreng.

Tipsnya ialah pnggunaan soda bikarbonat akn mmbntu kita untuk dpt cekodok yg bulat dan montok gitu...xperlu tmbh b.powder sbb klu ikut pngalamn sy, cekodok akan kecut balik selepas masak klu tambah b.powder....resepi dan tips asal dr bonda kesayangan, Pn Latifah Ibrahim...tp hasil cekodok sy xsempurna bulatnya pg td walaupun rasa mcm lbih kurang yg bonda buat...pepun mmg xleh lawan la hasil air tgn bonda.

Ok...tu je yg sy nk share hari...insyaAllah akan ada entry seterusnya lain kali...

Wednesday, January 21, 2015

Kek gula hangus

Assalamualaikum...
Lama benar saya tak update blog. Memang mood untuk berblog  agak kurang sejak lptop rosak. Skrg cuma update blog guna fon je...

So since mata xnk lelap lg penangan nescafe ptg td, sy nk kongsikan resepi kek gula hangus yg sy cuba pg td...alhamdulillah cantik je kejadian.

Jom semak resepi
Sumber: Cida de' Nuanza

Kek Gula Hangus

Bahan2
2 cup gula
2 cup air panas mendidih
3 tbsp butter
2 cup tpung gandum
2 tsp soda bikarbonat

1 tsp baking powder( sy terlupa nk letak td, nsb baik kek jd)

1/2 tin susu pekat manis

1 tsp esen vanila
7biji telur

Cara Penyedian
1- Cairkan gula dalam periuk. Apabila gula cair, tambah air panas mendidih perlahan2. Berhati2 semasa tuang air panas kerana ia mungkin terpercik..
2- Kacau sehingga gula mencair sepenuhnya. Tmbh butter. Sejukkan.
3- Dalam bekas lain, pukul telur hngga kembang.
4- Tambah susu pekat manis, pukul sebati.
5- Tambah esen vanila dan pukul lg.
6- Perlahankan speed mixer, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
7- Tambah gula hangus dan pukul lg shgga sebati.
8 -Msukkan adunan dalam loyang yg telah digris dan dialas baking paper. Tutup loyang.
9 - Perap adunan selama 2-3 jam.
10- Bakar selama 45 minit api bawah sahaja then 15 minit terakhir guna api atas bawah.

P/s: bg sy kek ni agak manis bonda cakap ok...mgkin lain kali sy akan kurangkan gula atau susu pekat manis..kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dlm senyuman...peace