Assalamualaikum. Tak sabar nk kongsikan kegembiraan hari ini kat sini. Hari ni sy cuba buat roti dan hasilnya Alhmdulillah gebu dan lembut je.
Tp bukan mudah nk dapatkan roti yang lembut dan gebu. Lebih2 lg bg saya yang menggunakan cara manual dengan kudrat tangan je. Doh roti perlu diuli lama. Dan pg tadi saya mengulinya selama sejam. Mula menguli doh kat dapur dan berpindah kat depan tv smbil lyn cerita kt tv9. Punyalah lama menguli doh kan. Penat usah dicerita, korang harus mencuba untuk rasai kepenatannya. Hihi.
Ok, kita terus kepada resepinya. Sy akan buat lg lain kali. InsyaAllah lain kali nak cuba buat roti sarang lebah.
Resepi yang saya cuba hari ni daripada dapurmas kat www.mas-dapurmas.blogspot.com.
Roti
Bahan- Bahan
500g tepung roti atau tepung gandum ( sy guna tepung gandum je)
1 biji telur
3/4 cup gula
1 tbsp susu tepung ( sy tak letak)
2 tbsp susu pekat manis
2 tbsp marjerin (sy gantikan dgn shortening)
1 tbsp shortening ( sy guna 3 tbsp)
1 paket mauripan
Cara Penyedian:
1- Campurkan susu pekat manis, gula telur dan air suam. Jadikan 300ml.
2- Kacau semua dan tambah yis. Kacau sikit dan biarkan yis berbuih.
3- Masukkan tepung dalam bekas dan masukkan air campuran yis td. Gaul rata.
4- Tambah shortening dan gaul rata.
5- Uli doh sehingga doh lembut, licin dan elastik.
6- Perap doh sehingga naik sekali ganda.
7- Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bulatkan dan susun dalam loyang yang telah digris. Perap lg sejam.
8- Bakar 180 °c selama 20 minit api atas dan bawah. Saya guna suhu 150°c selama 20 minit. 15 minit pertama guna api atas bwh, 5 minit terakhir guna api bawah shj. Bergantung pada oven anda.
Selamat mencuba n selamat menguli...:)
No comments:
Post a Comment