Assalamyalaikum. Entry pada 020915- kena nyatakan tarikh kerana entry ini akan jadi entry yang akan tersimpan sebagai draf n tak tahu tarikh untuk dipublish. Banyak sangat entry tertunggak kat draf.
Pagi tadi saya menonton siaran ulangan Tanyalah Ustazah kat tv9. Rancangan biasanya bersiaran secara langsung pada hari jumaat jam 11.30tgh hari yang mana saya memang tidak berkesempatan menonton kerana sibuk didapur. Jadi solutionnya kena tengok siaran ulangan. Tapi tak kisah la kan, apa yang penting ilmu yang kita dapat.
Tajuk kali ini ialah mengenai dekat dengan Allah. Salah satu cara untuk dekat dengan Allah adalah melalui zikir. Dan saya nak kongsikan dan juga sebagai reminder untuk saya apa yang saya dapat hari ni. Kadang kala jika kita dengar tanpa mencatat atau tulis balik, kita akan cepat lupa. Jadi blog ni boleh jd reminder juga untuk saya. Apa yang dikongsikan oleh ustazah hari ni adalah mengenai zikir yang paling baik. Yang mana jika dibandingkan timbangan zikir ini dengan 7 petala langit, maka zikir ini lebih berat timbangannya. Apakah zikir itu?. Zikir yang paling baik ialah 'La Ila Ha IllaAllah'. Tips dari ustazah juga kita boleh berzikir tanpa mengira menggunakan tasbih iaitu dengan hanya berzikir La Ila Ha IllaAllah lebih kurang 4 minit kita dah zikir 100x. Untuk zikir 1000x perlukan masa 40 minit. And xsemestinya kena terus zikir selama 40 minit. Mgkin boleh zikir 5 atau 10 minit setiap kali dan cukupkan 40minit setiap hari. Semoga tips ini bermanfaat kepada kita semua
Waktu yang baik untuk dekat dengan Allah ialah sebelum tidur, jadi perbanyakkan zikir kepada Allah sebelum tidur. Jadi perbanyak zikir sebelum tidur.
Lagi ilmu yang dikongsikan oleh ustazah juga ialah cara untuk khusyuk semasa solat. Salah satunya ialah niatkan sebelum solat bahawasanya solat kita bertujuan untuk mendekatkan kita dengan Allah.
Semoga apa yang saya kongsikan disini akan memberi manfaat kepada saya dan kita semua. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment