Sunday, October 11, 2015

Kuah Lodeh

Assalamualaikum. Raya ke3 aritu, saya masak kuah lodeh dan juga sambal bilis untuk dimakan bersama nasi impit ataupun juga orang panggil lontong.

Resepi ni pun bagi saya sedap dan mudah. Adik2 pun dok ulang makan. Maksudnya sedap la kan. Hihi...perasan sendiri.

Resepi adalah hasil olahan saya selepas merujuk beberapa resepi dari google. Antaranya dari blog azie kitchen. Blog azie kitchen memang banyak membantu saya especially bila nak masak lauk pauk. Cuma kadang2 olah resepi ikut bahan2 yang ada kat dapur

Yuk, kita tengok resepi. Next raya boleh buat lagi.

Kuah lodeh

Bahan- bahan:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
Sedikit kunyit
Kobis
Carrot
Kacang panjang
Babycorn
Fucuk dan suun
Isi ayam - potong kecil
Udang ( buang kulit)
Santan
Minyak untuk menumis

1- Potong semua sayur dan ketepikan. Saya buat banyak. Lebih kurang 1 besen sederhana besar sayur yang dah siap potong.
2- Kisar halus bawang merah, bawang putih dan juga kunyit.
3-Tumis bahan2 kisar sehingga naik bau. Masukkan serai yang telah diketuk.
4- Masukkan ayam dan udang. Masak sebentar.
5- Masukkan santan dan kacau sentiasa. Saya tidak asingkan santan pekat dan santan cair, jadi saya masukkan semua sekali santannya.
6- Masukkan sayur dan masak sehingga santan mendidih dan sayur masak. Pastikan sentiasa dikacau.Perasakan dengan garam. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama nasi impit dan sambal ikan bilis.

No comments:

Post a Comment