Thursday, June 23, 2016

Ikan Keli Goreng Berlada

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi ikan keli goreng berlada. Sebenarnya saya tidak makan ikan keli cuma masak untuk adik2. Dan sejujurnya saya tak pandai nak bersihkan ikan keli. Kebiasaannya kalau bonda saya beli ikan keli segar, bonda atau adik yang akan bersihkan. Saya cuma masakkan saja.

Saya jarang sekali update resepi lauk pauk kat blog kan. Biasanya yang saya update kat sini adalah resepi yang jarang saya masak dan tujuan utama adalah untuk rujukan saya sendiri sebab kadang lupa resepi, boleh rujuk blog sendiri. Bawak fon dan buka blog sendiri masuk dapur. Itulah saya. :)

Jom tengok resepi. Tiada sukatan khusus ye. Agak2 sukahati je. 

Bahan- Bahan:

Ikan keli yang dah dibersihkan dan dilumur garam dan kunyit.

Bawang putih

Halia

Cili padi

Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1- Goreng ikan keli. Pastikan sedikit garing untuk lebih sedap( adik yang cakap begitu). Untuk mengelakkan minyak panas yang meletup2 yang boleh mengurangkan jumlah hantaran kawen anda sekiranya terkena muka ialah masukkan asam keping didalam kuali semasa proses menggoreng.:)

2- Ketepikan selepas siap digoreng.

3-Untuk sambal, blend atau tumbuk bawang putih, halia dan cili padi. Sekiranya anda ingin mengurangkan tahap kepedasannya, boleh campurkan cili padi dan cili merah.

4- Tumis bahan2 blend sehingga garing. Tambah sedikit gula untuk mengurangkan kepedasannya. Tak perlu tambah garam kerana ikan telah dilumur dengan garam dan kunyit. 

5- Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang.  

No comments:

Post a Comment