Saturday, June 25, 2016

Agar Agar Kering

Assalamualaikum. Hari ni nak kongsikan resepi agar agar kering yang saya buat  semalam. Plan untuk buat 2 lagi jenis cookies tak menjadi. Cuma buat agar2 kering je. Itupun belum sempurna kejadiannya kerana ianya perlu dijemur sehingga kering.

Resepi saya ambil dari blog azlita masam manis ( www.azlitamasammanis.com). Kata kak ita, sumber asalnya dari Badaria. Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi. Izinkan saya panjangkan resepi disini pula.

Bercerita mengenai agar2 kering ni, bonda bercerita, dia juga pernah buat agar2 kering ketika muda2 dulu. Sekarang pun bonda saya masih muda. Saya sentiasa doakan bonda saya supaya sentiasa muda dan sihat.:) Kata bonda lagi, agar2 kering mesti menggunakan gula yang banyak untuk mendapatkan hasil yang cantik. Tp saya memang tak suka kuih yang terlampau manis. Jadi saya kurangkan gula. Tak tahulah hasilnya macam mana nanti. Mungkin tak secantik hasil yang bonda buat dulu.

Jom semak resepi. Tengok resepi asal dulu ye.

Agar Agar Kering

Bahan- bahan:
60g agar2 tali
150g gula batu
1300ml air
1200g gula pasir
Sedikit pewarna makanan 

Cara Penyediaan:
1- Masak agar2 sehingga agar2 larut semuanya.
2- Masukkan gula, gula batu dan juga simpulan daun pandan.
3- Masak sehingga gula larut dan mendidih agak lama.
4- Masukkan sedikit pewarna dan bekukan agar2. Bila agar2 dah beku,potong dan jemur.

Versi yang saya buat

Bahan-bahan:

2bungkus agar2 (37g setiap bungkus)
2000ml air
1kg gula
150g gula batu

*cara penyediaannya sama seperti kat atas.

No comments:

Post a Comment