Sunday, September 8, 2013

Tart Nenas Buah-Buahan

Assalamualaikam...Selamat Pagi!!!..semoga hari anda indah2 aje...

OK, hari ni saya akan kongsikan resepi Tart Nenas Buah-Buahan. Resepi asal dari Kak Wan...
Ini projek lepas raya sbb nak habiskan stok jem nenas tapi still habis jgk...saya beli banyak sangat kot...hehe...Rasa macam boleh simpan untuk buat cookies raya haji ni je la...

Untuk cookies ni boleh juga kalu dibuat hantaran, letakan dalam bakul pastry, mmg cantik tapi kena buat cantik2 la..yang saya buat ni agak comot sikit tapi ok la untuk 1st try...cumanya saya still xtau kenapa cookies ni merekah..jadi xcun...xpe, mgkin boleh try lg lain kali..Usaha tangga kejayaan kan...

Tapi, seriously untuk buat cookies ni mmg memerlukan kesabaran yang tinggi sebab agak leceh...mula2 kena bentukkan cookies jadi bentuk yang anda suka, then kena warnakan pulak...tapi seronok bila tengok hasilnya walaupun xsecantik yang orang lain buat...


Macam2 bentuk buah...ada, jambu hijau, jambu merah, oren, lemon pun ada jgk...pilih2 yang korang nak...hehe
 Let's Check the Recipe ( sy copy paste dari blog k.ita je...agak malas nak taip..hehe)

TART BUAH-BUAHAN
Resepi Oleh : Kak Wan 
Sumber: Kak Ita
250 gm mentega
60 gm gua icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Bahan Hiasan 
Jam nenas sebagai inti
Pewarna mengikut warna buah-buahan
1 biji telur asingkan putih dan kuningnya
Cengkih sebagai tangkai
Bijan hitam sebagai hiasan
Royal Icing sebagai daun atau kudup 

Satukan mentega dan gula dan gaul rata dengan senduk kayu sahaja
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak terlebih dahulu sedikit-sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut

Ambil sedikit doh, letakkan jam nenas atau jam strawberry atau blueberry atau apa-apa jam yang anda rasakan sesuai.
Jam tu kita bulat-bulatkan dahulu supaya lebih memudahkan dan melancarkan lagi urusan kita nanti.
Bentukkan seakan-akan buah-buahan yang anda sukai, seperti buah strawberry, apple, pear, jambu, labu, kiwi, mangga, nenas, pisang, manggis, orange atau apa-apa buah-buahan yang terlintas di benak fikiran.
Buat kemas-kemas.
Untuk buah yang berlekuk seperti pear atau abu, gunakan belakang pisau untuk bentukkan setiap lekukan.
Untuk nenas atau buah durian  anda boleh guntingkan sedikit doh untuk membentuk durinya
Setelah siap susun dalam dulang pembakar yang dilapik kertas pembakar.

Bentukkan doh menjadi buah-buahan pilihan anda.. lagi banyak buah-buahan yang anda pilih lagi cantik dan menarik lah hasilnya nanti.. jangan sekat fikiran anda untuk berkreatif.. anda boleh mencuba pelbagai-bagai jenis buah-buahan yang anda suka dan anda rasakan ianya comel.. ^___^ 

Bila dah siap semuanya di bentuk, sekarang bolehlah di warnakan. Gunakan warna -warna yang menarik dan hampir-hampir serupa dengan buah yang asli. Warna yang digunakan adalah warna cecair atau gel.. mana-mana pun sesuai.. 

Gunakan berus yang sesuai, berus khas untuk makanan pastikan yang halal ya!!
Boleh ratakan dengan air sekiranya warnanya pekat.. 

Bila dah siap warna, keringkan sekejap sebelum kita sapukan pula dengan putih telur supaya ia nampak sedikit berkilat.
  
Selepas tu boleh lah kita letakkan tangkai. Untuk tangkai ita gunakan bunga cengkih.
Bagi buah yang ada biji-biji di luar tu.. macam strawberry, bolehlah kita letakkan bijan sebagai hiasan buah. 
Bagi buah yang berdaun, jangan letak daun dahulu, sebaliknya kita bakar dahulu
Bakar dalam ketuhar pada suhu 140C selama 25 minit. 
* kalau masa bakar nampak macam dia nak merekah, cepat-cepat turunkan suhu ketuhar.. 

Bagi kak Wan beliau akan salutkan semula doh yang dah 1/2 masak dengan kuning telur pula. Tapi ita tak buat la.. ita ni buat untuk makan sendiri aje... bagi yang nak buat boleh buat.. ia sebenarnya untuk mengukuhkan lagi kelekatan warna tu pada doh kalau tak.. dia akan mudah tanggal..

Bila dah siap bakar sejukkan sekejap kemudian letakkan daun atau kudup buah dari gula icing. 

Kemudian kita bakar semula untuk keringkan Royal Icing tu.. tak lama ya masa membakarnya dalam 10 minit dengan suhu oven yang rendah iaitu 120C


Royal Icing
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Satukan semua bahan dan putar hingga ia putih dan likat
Letakkan pewarna, letakkan dalam piping bag dan bolehlah di paipkan pada tart buah tadi
Bakar semula doh selama 10 minit pada suhu 120C


ada rupa jambu x??mungkin kalau letak tangkai guna bunga cengkih lagi nampak rupa jambu kot tp disebabkan saya tak suka rasa dan bau cengkih saya tak letak tangkainya...


Nampak kesan merekah yang agak teruk kan..Buah jambu je cantik xmerekah... and nampak x buah strawberry yang tak macam strawberry tu??haha

Buah oren...:))

No comments:

Post a Comment