Monday, September 23, 2013

Durian Crepe

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali ni, saya cuma nak tunaikan janji lepas. Entry tertunda sejak beberapa hari lepas. Sebagaimana entryt sebelum ni, saya ad buatkan durian crepe khas untuk ayah tapi orang lain pun boleh makan jugak..:)

yang kuning tu tak tambah pewarna pun. Warna asal dari tepung kastard.


Besar2 DC I...hehe


Ayah memang penggemar durian crepe, hari tu ayah cuma dinner dengan 3 ketul durian crepe. Seronok sangat orang yang membuatnya. Rasa macam berbaloi2. My sis pun cakap durian crepe yang saya buat aritu sedap. Dia pun makan xingat nak diet. Tapi saya langsung xmakan DC tu. Saya cuma makan kulit crepe kosong je, itupun xsampai sekeping. Saya tak begitu gemarkan DC tapi seronok buat untuk orang2 yang suka makan, seronok tengok orang makan..^___^


Ok, kita terus kepada resepinya. Resepi yang saya dapat dari blog kak Yati Memories. Terima kasih kak untuk resepi yang sangat best ni. Makan crepe je pun sedap..:). kalau sape2 yang buat crepe, boleh cuba resepi ni tapi kalau nak guna resepi lain pun boleh jugak. Nanti saya update resepi DC yang pernah saya buat sebelum ni.


Durian Crepe
Sumber: Yati Memories

Bahan-bahan 
Adunan Crepes
3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
4 sudu besar rata tepung kastard
4 sudu besar rata tepung jagung
2 sudu besar rata tepung ubi
3 biji telur-di kocok2 je
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar gula halus
1/4 sudu teh garam
250 ml susu cair- suhu bilik
1 sudu besar mentega cair/minyak masak
Pewarna purple- optional

Cara- Cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
1 cawan non dairy whip cream
durian secukupnya


Caranya. 

 Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.



Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
  • durian- secukupnya~ 
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan non dairay whip cream di atasnya
  3. Kemudian letakkan durian
  4. Tutup kembali denga non dairy whip cream
  5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

p/s 1: Saya buat 2 adunan, memang dapat banyak sampaikan saya risau kalau2 xhabis dimakan. Sebab biasanya adik2 xbegitu gemarkan DC ni. Ayah je peminat setia DC. So, saya terus bahagikan2 kpd jiran dan mak sedara. Yang tinggal kat rumah, hanya cukup untuk makan seadanya. Alhamdulillah semua habis dimakan. InsyaAllah akan buat lagi weekend ni. Settlekan interview dl ye...

p/s 2: Saya letakkan mangkuk pengadun dengan alat mixer dalam peti ais sebelum digunakan untuk mix kan whipping cream. Ianya untuk mempercepatkan proses memgentalkan whipping cream.

Selamat Mencuba..:)

No comments:

Post a Comment