Monday, May 2, 2016

Weaning Diet

Assalamualaikum. Kebelakangan ini saya banyak study mengenai weaning diet dan juga bilakah masa yang sesuai untuk memulakan weaning diet. Ini merupakan dilema ibu ibu muda yang sering berada dalam keadaan serba salah kerana kebiasaan generasi ibu atau ibu mertua akan memberi cadangan untuk mula memberi makanan kepada bayi seawal mungkin. Ini juga yang berlaku kepada kakak saya bila bonda kitorang memberi cadangan untuk mula memberi makanan kepada baby firdaus yang baru berusia 4 bulan 10 hari. Namun begitu saranan dari medical expertise, bayi cuma boleh diberi makanan selain susu selepas berumur 6 bulan.

Weaning diet ialah proses pengenalan makanan kepada bayi atau boleh juga didefinasikan sebagai diet cerai susu. Ia tak bermaksud untuk memberhentikan pemberian susu sepenuhnya tetapi ianya merupakan makanan tambahan yang perlu diperkenalkan kepada bayi mulai umur 6 bulan.

Ada pendapat yang saya baca membenarkan pemberian makanan kepada bayi boleh dimulakan seawal 4 bulan, namun begitu ia bergantung kepada keadaan fizikal bayi. Tetapi kebanyakkan pendapat tidak bersetuju dengan pengenalan makanan untuk bayi seawal usia 4 bulan. Kebanyakkannya menyatakan pengenalan makanan bayi harus dimulakan setelah bayi berusia 6 bulan keatas.

Diantara tanda2 bayi anda sudah bersedia menerima makanan tambahan adalah:
* bayi boleh menegakkan kepalanya bila didudukkan.
* bayi boleh mengawal pergerakan lidahnya.
* bayi mula menunjukkan minat pada makanan
* bayi menangis  diantara waktu susu yang mungkin menunjukkan pemberian susu sahaja tidak mencukupi.

Cara memperkenalkan makanan kepada bayi ialah mulakan dengan makanan bijirin berasaskan beras samada bubur nasi yang dikisar atau bijirin segera untuk bayi. Selain itu, perkenalkan satu jenis makanan baru pada satu2 masa untuk tempoh satu minggu bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut  dan juga untuk mengenal pasti alahan makanan sekiranya ada. Elakkan mencampur pelbagai jenis makanan pada satu masa.

Mulakan makanan dalam kuantiti yang sedikit iaitu 1/4 -1/2 sudu kecil sahaja dan sekiranya perlu boleh campurkan makanan dengan susu.

Namun begitu  satu perkara yang penting yang harus ibu2 tahu ialah walaupun baby mula makan makanan lain,susu masih lagi menjadi keperluan penting kepada baby. Especially susu ibu. Hak seorang anak ialah mendapat susu ibu sehingga berusia 2tahun.

Sampai disini dulu kali ini, lain kali insyaAllah saya akan kongsikan do & don'ts semasa memperkenalkan weaning food kepada baby

1 comment: