Saturday, May 14, 2016

Weaning diet 2

Assalamualaikum. Hari ni banyak masa lapang cuma hati sedikit tidak tenang. Nak update blog pun agak malas tetapi terpaksa merajinkan diri sebab blog lama tidak terisi dengan entry baru.

Hari ni saya nak kongsikan sambungan mengenai weaning diet iaitu proses pengenalan makanan kepada baby. Sepertimana yang dijanjikan saya akan kongsikan perkara2 yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa proses memperkenalkan makanan kepada bayi

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

* mulakan dengan bijirin berasaskan beras samaada bubur nasi yang dikisar atau bijirin segera untuk bayi.

*pemberian makanan bijirin yang diperkaya dengan zat besi lebih digalakkan kerana perkembangan bayi yang cepat ( rapid growth) meningkatkan keperluan zat besi . Brokoli antara makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Antara menu yang anda boleh berikan kepada baby ialah masak bubur nasi bersama brokoli dan kisar untuk diberikan kepada bayi.

* perkenalkan satu jenis makanan baru pada satu satu masa untuk tempoh 4-5 hari bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut dan jyga bertujuan untuk mengenalpasti alahan sekiranya ada.

* hidangkan makanan kepada bayi didalam pinggan atau mangkuk khas yang mempunyai gambar atau warna menarik untuk menggalakkan bayi makan.

* jangan paksa bayi menghabiskan makanan kerana dia mungkin telah kenyang.

* jika bayi kelihatan lapar, beri makanan dengan segera agar bayi tidak hilang selera makan.

* elakkan makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik seperti kekacang.

* gula dan minuman bergula tidak perlu diberikan kepada bayi sehingga berusia 1 tahun kerana ia tidak mengandungi apa apa nutrien kecuali kalori.

* elakkan penambahan garam atau serbuk perasa dalam makanan bayi sehingga berumur 1 tahun kerana ia boleh membebankan buah pinggang bayi.

Akhir kata, apa yang anak makan seawal usianya akan mempengaruhi apa yang dimakan apabila membesar kelak. Oleh itu elakkan pemberian jajan atau makanan ringan kepada anak kecik kerana ianya akan menyebabkan selera kepada makanan lain berkurang.

No comments:

Post a Comment