Saturday, May 14, 2016

Weaning diet 2

Assalamualaikum. Hari ni banyak masa lapang cuma hati sedikit tidak tenang. Nak update blog pun agak malas tetapi terpaksa merajinkan diri sebab blog lama tidak terisi dengan entry baru.

Hari ni saya nak kongsikan sambungan mengenai weaning diet iaitu proses pengenalan makanan kepada baby. Sepertimana yang dijanjikan saya akan kongsikan perkara2 yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa proses memperkenalkan makanan kepada bayi

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

* mulakan dengan bijirin berasaskan beras samaada bubur nasi yang dikisar atau bijirin segera untuk bayi.

*pemberian makanan bijirin yang diperkaya dengan zat besi lebih digalakkan kerana perkembangan bayi yang cepat ( rapid growth) meningkatkan keperluan zat besi . Brokoli antara makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Antara menu yang anda boleh berikan kepada baby ialah masak bubur nasi bersama brokoli dan kisar untuk diberikan kepada bayi.

* perkenalkan satu jenis makanan baru pada satu satu masa untuk tempoh 4-5 hari bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut dan jyga bertujuan untuk mengenalpasti alahan sekiranya ada.

* hidangkan makanan kepada bayi didalam pinggan atau mangkuk khas yang mempunyai gambar atau warna menarik untuk menggalakkan bayi makan.

* jangan paksa bayi menghabiskan makanan kerana dia mungkin telah kenyang.

* jika bayi kelihatan lapar, beri makanan dengan segera agar bayi tidak hilang selera makan.

* elakkan makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik seperti kekacang.

* gula dan minuman bergula tidak perlu diberikan kepada bayi sehingga berusia 1 tahun kerana ia tidak mengandungi apa apa nutrien kecuali kalori.

* elakkan penambahan garam atau serbuk perasa dalam makanan bayi sehingga berumur 1 tahun kerana ia boleh membebankan buah pinggang bayi.

Akhir kata, apa yang anak makan seawal usianya akan mempengaruhi apa yang dimakan apabila membesar kelak. Oleh itu elakkan pemberian jajan atau makanan ringan kepada anak kecik kerana ianya akan menyebabkan selera kepada makanan lain berkurang.

Wednesday, May 11, 2016

120506

Assalamualaikum...
I miss baking tapi minggu ni agak sibuk. Tak sempat nak update blog. Kat draf banyak entry yang tertunggak. Jadi layan gambar2 kek yg pernah saya buat dulu2. :)

Monday, May 2, 2016

Weaning Diet

Assalamualaikum. Kebelakangan ini saya banyak study mengenai weaning diet dan juga bilakah masa yang sesuai untuk memulakan weaning diet. Ini merupakan dilema ibu ibu muda yang sering berada dalam keadaan serba salah kerana kebiasaan generasi ibu atau ibu mertua akan memberi cadangan untuk mula memberi makanan kepada bayi seawal mungkin. Ini juga yang berlaku kepada kakak saya bila bonda kitorang memberi cadangan untuk mula memberi makanan kepada baby firdaus yang baru berusia 4 bulan 10 hari. Namun begitu saranan dari medical expertise, bayi cuma boleh diberi makanan selain susu selepas berumur 6 bulan.

Weaning diet ialah proses pengenalan makanan kepada bayi atau boleh juga didefinasikan sebagai diet cerai susu. Ia tak bermaksud untuk memberhentikan pemberian susu sepenuhnya tetapi ianya merupakan makanan tambahan yang perlu diperkenalkan kepada bayi mulai umur 6 bulan.

Ada pendapat yang saya baca membenarkan pemberian makanan kepada bayi boleh dimulakan seawal 4 bulan, namun begitu ia bergantung kepada keadaan fizikal bayi. Tetapi kebanyakkan pendapat tidak bersetuju dengan pengenalan makanan untuk bayi seawal usia 4 bulan. Kebanyakkannya menyatakan pengenalan makanan bayi harus dimulakan setelah bayi berusia 6 bulan keatas.

Diantara tanda2 bayi anda sudah bersedia menerima makanan tambahan adalah:
* bayi boleh menegakkan kepalanya bila didudukkan.
* bayi boleh mengawal pergerakan lidahnya.
* bayi mula menunjukkan minat pada makanan
* bayi menangis  diantara waktu susu yang mungkin menunjukkan pemberian susu sahaja tidak mencukupi.

Cara memperkenalkan makanan kepada bayi ialah mulakan dengan makanan bijirin berasaskan beras samada bubur nasi yang dikisar atau bijirin segera untuk bayi. Selain itu, perkenalkan satu jenis makanan baru pada satu2 masa untuk tempoh satu minggu bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut  dan juga untuk mengenal pasti alahan makanan sekiranya ada. Elakkan mencampur pelbagai jenis makanan pada satu masa.

Mulakan makanan dalam kuantiti yang sedikit iaitu 1/4 -1/2 sudu kecil sahaja dan sekiranya perlu boleh campurkan makanan dengan susu.

Namun begitu  satu perkara yang penting yang harus ibu2 tahu ialah walaupun baby mula makan makanan lain,susu masih lagi menjadi keperluan penting kepada baby. Especially susu ibu. Hak seorang anak ialah mendapat susu ibu sehingga berusia 2tahun.

Sampai disini dulu kali ini, lain kali insyaAllah saya akan kongsikan do & don'ts semasa memperkenalkan weaning food kepada baby

Sunday, May 1, 2016

Kalsium

Assalamualaikum. Kali ni saya tidak berkongsi resepi tetapi saya akan berkongsi sedikit ilmu mengenai pemakanan. Alkisah selepas lebih 4 tahun tamat belajar, saya harus akui betapa ruginya saya kerana banyak juga ilmu yang saya terlupa. Jadi, saya mencabar diri untuk menulis dan berkongsi sesuatu mengenai pemakanan.  Ianya juga cabaran daripada kawan saya. So, here I am. Lagipun blog agak sunyi dengan entry baru kan. Tak ada resepi terbaru untuk dikongsikan sejak saya berehat dari aktiviti baking. Asyik ulang tayang resepi yang sama je.

Topik pertama untuk dikongsikan adalah mengenai kalsium. Bila sebut kalsium, perkara pertama yang terlintas difikiran adalah susu kan. Ini kerana sememangnya susu merupakan sumber kalsium yang utama.

Kalsium memainkan peranan mengekalkan struktur dan "rigidity" tulang. Ini kerana 99% kalsium dalam badan tersimpan dalam tulang.

Berapa banyak kah keperluan kalsium bagi seseorang individu? Menurut Recommended Nutrient Intake (RNI) malaysia 2005 menyatakan bahawa keperluan kalsium bagi dewasa ialah 800mg sehari. Ianya berbeza bagi orang tua, wanita mengandung, wanita menyusu yang mana keperluan mereka lebih tinggi iaitu 1000mg.

Sumber kalsium yang utama adalah susu iaitu satu gelas susu membekalkan lebih kurang 300mg kalsium. Selain itu, kekacang seperti dhal juga tinggi kalsium selain sayuran seperti kailan,brokoli,  bayam. Fakta yang menarik juga ialah budu, cencaluk, belacan juga antara makanan yang tinggi kalsium. Namun begitu pengambilan budu, cencaluk dan belacan bukanlah dalam kuantiti yang banyak kebiasaanya. Produk tenusu seperti yogurt dan cheese juga tinggi kandungan kalsiumnya. Begitu juga dengan pelbagai produk di pasaran kini yang diperkaya dengan kalsium seperti bijirin, sardin dalam tin dan juga whole meal bread.

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah osteoporosis iaitu keadaan dimana tulang hilang ketumpatan. Osteoporosis adalah masalah kesihatan yang tidak menunjukkan simptom atau tanda2 awal yang mana badan tidak menunjukkan tanda atau signal yang menunjukkan tulang kehilangan kalsium. Sampel darah juga mungkin tidak menunjukkan sebarang petunjuk awal kerana kemungkinan besar keputusan ujian darah menunjukkan aras kalsium normal. Namun begitu, terdapat juga keadaan "hypocalcaemia" iaitu kandungan kalsium dalam darah yang rendah boleh menyebabkan kejang dan kebas pada tangan dan kaki dan juga badan mungkin terasa sakit dan lenguh.

Sampai sini dulu untuk kali ini, next entry insyaAllah saya akan kongsikan mengenai faktor yang mempengaruhi penyerapan kalsium.

Last word, sayangi tulang anda..:)