Wednesday, November 13, 2013

Red Velvet Versi TRW

Assalamualaikum. Hari yang menggembirakan bagi saya kerana hari ni saya cuti. Tapi still malas nak masak2. Dah lama saya rancang nak buat puding tautan kasih tapi tak terbuat lagi. Hari ni saya akan kongsikan resepi red velvet cake versi kukus yang saya buat lebih kurang 2minggu lepas semasa hari perlawanan akhir bola sepak piala malaysia antara pahang & kelantan. Kebetulan hari tu saya cuti, so mula pagi saya start baking. Buat kek coklat dan red velvet ni la.. Decoration simpe je bertemakan TRW. Bersemangat nak tengok bola tapi akhirnya kelate tewas juga kepada pahang dengan 1-0. Sedih tapi tak mengapa, tahun depan boleh cuba lg. Hehe

Alkisahnya malam perlawanan tu, kitorang sesama sepupu decide nak tengok bola kat rumah nenek. Saje nak berkumpul ramai2. Kitorang masak bihun goreng, ada jajan, kuaci, kek. Memang bersorak giler2 la kan tapi penat sorak, menangnya tidak. hehe. Nak tengok gambar kitorang sebelum game x??

gambar tak begitu clear..
ni sebahagian je, ada yang belum smpai, ad jugak yang malu2 tak nak bergambar..:)


Kita terus kepada resepinya. Resepi dari blog Hanamemories. 

Red Velvet Cake
Sumber: Hanamemories

Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/ superfine ( saya guna tepung gandum je)
*2 Tbsp serbuk koko
*1 tsp baking powder
*1 tsp soda bicarbonate
*1 tsp garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 tbsp pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
2 biji telur A- saya guna 3 biji telur gred B
1 tsp esen vanila

Topping
250 g cream cheese
1/2 cawan whipping cream - saya guna 11/2 cawan
1/2 cawan gula
saya tambah 150g butter

Cara-cara
                     1) Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
                     2) Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
                     3) Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
                     4) Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
                     5) Sementara menunggu kek masak, sediakan topping.Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang. ( saya putar butter, gula ising dan cream cheese sehingga sebati terlebih dahulu sebelum ditambah whipping cream yang masih cair. Putar lagi sehingga sebati.- Resepi yang saya guna menghasilkan krim yang agak banyak)

Gomo Kelate Gomo

Saya memang sapu krim yang tak tebal kerana adik2 tak begitu menggemari kek yang bersalut krim yang tebal..

No comments:

Post a Comment