Sunday, May 5, 2013

Mocha Sponge Cake

Assalamualaikum. Update blog ntuk kali ke 4 hari ni. Rata-rata masih membincangkan isu Pasca PRU. Saya tidak berminat untuk mengulas panjang, pe yang penting, simpan semua dalam hati. Makin banyak kita baca dan bincang, makin banyak yang kita tak puas hati. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan Dia juga yang mengetahui apa yang terbaik.

Untuk resepi yang seterusnya, saya nak kongsi resepi kek span Mocha. For me, this is perfect recipe for sponge cake. Memang selalu guna resepi ni utk birhday cake yang perlu deco sbb sponge cake tidak keras sekiranya disimpan dalam peti sejuk. If guna kek biasa untuk deco dan disimpan dalam peti sejuk, kek agak keras. Untuk mengelakkan ia berlaku, kek perlu dibasahkan sedikit dgn samaada lemon jus or air nes ikut kesesuaian kek.

Plus, kek ni xguna butter and very simple.:)


Jom semak resepi

Sponge Mocha Cake
Sumber: myresepi

Bahan-bahan
150 Tepung superfine ( 11/2 cawan)
1tsp serbuk penaik
150 gula castor (11/2 cawan)
5 biji telur gred A
1tbsp ovalette
80ml air pandan ( saya guna susu sejat)
80ml minyak atau mentega cair
Pandan paste ( saya guna Mocha paste)
sedikit pewarna hijau ( tak letak)

Cara Penyedian
1) Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga adunan pekat dan gebu selama 5minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada kelajuan pengadun)
2) Perlahankan kelajuan dan masukkan susu sejat, mocha paste.
3) Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga adunan kek benar2 ringan.
4) Tuang minyak kedalam adunan dan gaul rata menggunakan spatula sehingga sebati dengan perlahan.
5) Sediakan loyang, gris dasanya dan lapik dengan baking paper. Tuang adunan dan bakar selama 45minit pada suhu 150-180 darjah celcius.
6) Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek lebih kurang 5 minit.


Nota Tambahan:
1)Tepi loyang tak perlu digris, cuma bahagian dasar loyang yang perlu digris dan dialas dengan baking paper
2) Selepas tambah susu sejat/ air, untuk pastikan adunan benar2 gebu, celupkan sedikit jari, if adunan tak jatuh dan bertanduk, maksudnya adunan sudah benar2 gebu
3) Resepi ni boleh digunakan untuk apa2 resepi sponge cake contohnya strawberry, pandan, coklat.


6 comments:

  1. giler byk masakan yg telah dicuba. saya mencari2 red velvet post disini..

    ReplyDelete
  2. mocha paste tu apa ye? macam serbuk nescaffe ke?
    kalau guna tepung gandum biasa boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna tepung gandum, cuma perlu ayak 3 kali..
      boleh jgk guna tepung naik sendiri, xperlu tmbh serbuk penaik dan sama jgk ayak 3 kali

      Delete
  3. mocha paste tu perasa mocha..dlm bntuk cecair yg pekat. Ak beli kt kedai bakery. atau nama lain mocha emulco. Klau kat pasaraya ada mcm2 perasa contoh lemon emulco, choc emulco, coffee emulco. dia bg rasa dan pewarna. so, xperlu tmbah pewarna tambahan la..

    ReplyDelete
  4. Kalau takde ovelette dan gantikan pandan paste tu dgn perasa vanilla boleh ke?

    ReplyDelete