Tuesday, March 22, 2016

Kuih Lapis

Assalamualaikum. Hari ni saya sedikit rajin kerana setelah agak lama saya tidak mengeluarkan pengukus, hari ni saya kembali memanaskan pengukus. Alkisah beberapa hari lepas bonda saya ada membeli tepung beras dan bila ditanya nak masak apa dengan tepung beras, bonda menyatakan hasrat nak makan kuih lapis. Setelah bertangguh beberapa hari, hari ini saya merajinkan diri untuk membuat kuih lapis. Resepi asal dari Kak An tuan punya blog "periuk tanah". Ini adalah kali ke 3 saya menggunakan resepi dari blog ini. Terima kasih kepada tuan punya blog. Cuma saya gantikan tepung gandum dengan tepung ubi. Ini kerana menurut tips yang saya dapat dari makcik kat tempat kerja lama saya, katanya penggunaan tepung ubi akan menghasilkan kuih lapis yang cantik berkilat. Sejak itu, saya selalunya akan tambah tepung ubi dalam adunan kuih lapis.

Jom tengok resepi. Ini adalah versi yang lebih ringkas. Kalau nak tengok resepi asal boleh tengok kat blog Kak An atau boleh juga cari kat blog saya ni. Entry dulu2.

Kuih Lapis

Bahan- Bahan:

1 cup tepung beras
2 cup santan sederhana pekat
2 tbsp rata tepung ubi
2 tbsp rata tepung jagung
1/2 cup gula
1/4 tsp garam
Pewarna

Cara Penyediaan:

1- Satukan semua bahan dan kacau sebati. Ini versi malas ye. Sekiranya anda rajin, boleh la panaskan santan sehingga suam2 kuku sebelum dicampurkan semua bahan2 lain. Kacau sebati semua bahan dan tapis.

2- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Hari ni saya bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna merah dan sedikit perisa sirap, 1 bahagian lagi diletakkan sedikit pewarna hijau manakala 1 bahagian dibiarkan warna asal.
Sebenarnya untuk kuih lapis saya lebih suka warna merah dan putih yang berperisa sirap ros. Ini adalah versi original kuih lapis. Bau perisa sirap ros itu yang menyedapkan lagi kuih lapis. Ini bagi pendapat saya ye. Tapi hari ni teringin nak buat kuih lapis hijau dan putih serta lapis merah putih.

3- Seterusnya boleh dikukus lapis demi lapis. Terpulang kepada anda sama ada anda mengukus dalam loyang atau dalam acuan kecil. Saya suka memasak didalam acuan lompang atau acuan muffin kerana senang untuk dihidangkan. Ini kerana sekiranya anda mengukus didalam loyang, anda perlu pastikan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong untuk mendapatkan hasil potongan yang lebih kemas dan cantik.

Happy Cooking...

Thursday, January 7, 2016

Jeput Malah Kelate

Assalamualaikum. Hari ni saya cuba buat jeput malah. Actually jeput malah ni sama seperti cekodok atau cucur cuma ianya digoreng besar2 then dipotong kecil untuk dimakan. Bahan bahan untuk buat pun simple je.

Walaupun resepinya simple, saya nak letak jugak resepinya disini untuk rujukan saya nanti. Resepinya saya google dan olah ikut bahan yang ada kat rumah. Mostly resepinya hmpir sama cuma berbeza pada bahan tambahannya.

Bahan- bahan tepung gandum, garam, gula, soda bikarbonat,ikan bilis dan kangkung serta sedikit pewarna kuning. Boleh juga gantikan ikan bilis dengan udang. Atau boleh juga tambah bawang, kucai, carrot. Gaul semua dengan air sehingga sebati. Sukatannya agak2 je dan adunan jeput perlu dibiarkan sekurang- kurangkan 15minit sebelum digoreng.

Untuk pencicahnya bahan2 yang diperlukan cili kering, cili padi, kacang tanah yang ditumbuk, bawang putih, air asam jawa atau cuka, garam dan gula. Masak semua dgn api kecik. Boleh jgk tambah sedikit tpung jagung untuk pekatkan kuah.

Jeput malah ni sedap dimakan bersama pencicahnya, timun. Ada jugak yg mkn bersama keropok, taugeh ala 2 rojak. Ikut selera masing2.

Entry kali agak malaskan. Resepi pun dalam ayat. Punyalah pemalas nk update betul2. Gmbr jeput malah tadi pun takde. Dah lama rasanya tak ambik gambar makanan. Mungkinkah faktor usia yang semakin meningkat? Haha

Tuesday, December 15, 2015

Terung goreng kicap

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi resepi yang sangat simple iaitu terung goreng kicap. Saya selalu jugak masak terung goreng tapi cuma goreng biasa bersama udang. Dua tiga hari lepas saya menonton tv rancangan diari mangkuk tingkat bersama ili dan dia tunjukkan cara masak terung goreng kicap. Agak menarik kerana terung di goreng secara deep-fry terlebih dahulu. Saya tak pernah cuba cara begini. Jadinya terung tidak mudah hancur bila goreng terlebih dahulu. Bila berkesempatan dan kebetulan mak beli terung, saya terus mencuba dan hasilnya memang boleh tahan. Letak cili lebih cikit dan saya tambah sedikit ikan bilis untuk lebih ummp. Bagi selera saya la. Bergantung pada anda. Memasak senang sahaja. Letak aje apa yang ada kat dapur.

Jom tengok resepi yang sangat simple ini.

Terung Goreng Kicap

Bahan-Bahan:
Bawang putih
Cili padi
Terung ungu
Kicap manis
Ikan bilis
Garam.

Cara Penyediaan:

1- Belah 4 terung dan potong kecil lebih kurang 1 inci.
Goreng deep fry sekejap. Ketepikan.
2- Tumbuk bwg putih n cili padi. Ketepikan. Dan tumbuk kasar ikan bilis. 3- Tumiskan bawang sekejap dan masukkan ikan bilis. Tumis sehingga naik bau. Masukkan kicap manis..then msukkan terung. Goreng sekejap. Perasakan dgn garam. Dah sedia untuk dimakan.
4- Lagi sedap dimakan bersama nasi panas.

Friday, December 11, 2015

Moist chocolate cake - versi bakar

Assalamualaikum. Lama benar blog tidak terisi dengan entry baru kan. Boleh dikatakan saya berehat dari aktiviti baking sejak beberapa bulan lepas. Tapi disebabkan ada permintaan khas yang tidak mampu saya tolak, saya kembali memanaskan oven semalam. Buat kek yang simple je iaitu kek coklat. Resepi dari blog kak azie kitchen. Saya memang mencari resepi yang mudah dan tak perlu dikukus ( malas nak keluarkan pengukus). Dan alhamdulillah saya jumpa resepi ni dari blog kak azie kitchen. Hasilnya memang sangat best dan kek pun moist walaupun dibakar. Memang saya akan buat lagi lain kali. InsyaAllah.

Jadi saya sertakan resepi kat sini. Senang nak buat lain kali.

Chocolate cake

Bahan- Bahan:

2 cup tpg gandum
3/4 cup serbuk koko
2tsp soda bikarbonat
1tsp b.powder
1tsp esen vanila
1 cup buttermilk ( 1tbsp cuka + susu segar)
1 cup minyak
2 cup gula castor
1tsp garam
2 biji telur gred A ( sy guna 3biji gred B)
1 cup air panas mendidih ( boleh tmbah kopi atau nescafe- saya guna air pns je

Cara penyedian:
1- Satukan semua bahan kecuali air panas mendidih dgn kelajuan sederhana selama lbh kurang 1 minit.
2- Perlahankan kelajuan dan tmbah air panas mendidih. Then guna kelajuan sederhana sehingga sebati.
3- Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing2.

Untuk topping saya guna 500 g milk choc compound, 250ml susu sejat, 3tbsp serbuk koko dan 2tbsp minyak. Hasilnya dapat bnyak. So next time kurangkan kpd 250g choc compound je..