Tuesday, December 15, 2015

Terung goreng kicap

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi resepi yang sangat simple iaitu terung goreng kicap. Saya selalu jugak masak terung goreng tapi cuma goreng biasa bersama udang. Dua tiga hari lepas saya menonton tv rancangan diari mangkuk tingkat bersama ili dan dia tunjukkan cara masak terung goreng kicap. Agak menarik kerana terung di goreng secara deep-fry terlebih dahulu. Saya tak pernah cuba cara begini. Jadinya terung tidak mudah hancur bila goreng terlebih dahulu. Bila berkesempatan dan kebetulan mak beli terung, saya terus mencuba dan hasilnya memang boleh tahan. Letak cili lebih cikit dan saya tambah sedikit ikan bilis untuk lebih ummp. Bagi selera saya la. Bergantung pada anda. Memasak senang sahaja. Letak aje apa yang ada kat dapur.

Jom tengok resepi yang sangat simple ini.

Terung Goreng Kicap

Bahan-Bahan:
Bawang putih
Cili padi
Terung ungu
Kicap manis
Ikan bilis
Garam.

Cara Penyediaan:

1- Belah 4 terung dan potong kecil lebih kurang 1 inci.
Goreng deep fry sekejap. Ketepikan.
2- Tumbuk bwg putih n cili padi. Ketepikan. Dan tumbuk kasar ikan bilis. 3- Tumiskan bawang sekejap dan masukkan ikan bilis. Tumis sehingga naik bau. Masukkan kicap manis..then msukkan terung. Goreng sekejap. Perasakan dgn garam. Dah sedia untuk dimakan.
4- Lagi sedap dimakan bersama nasi panas.

Friday, December 11, 2015

Moist chocolate cake - versi bakar

Assalamualaikum. Lama benar blog tidak terisi dengan entry baru kan. Boleh dikatakan saya berehat dari aktiviti baking sejak beberapa bulan lepas. Tapi disebabkan ada permintaan khas yang tidak mampu saya tolak, saya kembali memanaskan oven semalam. Buat kek yang simple je iaitu kek coklat. Resepi dari blog kak azie kitchen. Saya memang mencari resepi yang mudah dan tak perlu dikukus ( malas nak keluarkan pengukus). Dan alhamdulillah saya jumpa resepi ni dari blog kak azie kitchen. Hasilnya memang sangat best dan kek pun moist walaupun dibakar. Memang saya akan buat lagi lain kali. InsyaAllah.

Jadi saya sertakan resepi kat sini. Senang nak buat lain kali.

Chocolate cake

Bahan- Bahan:

2 cup tpg gandum
3/4 cup serbuk koko
2tsp soda bikarbonat
1tsp b.powder
1tsp esen vanila
1 cup buttermilk ( 1tbsp cuka + susu segar)
1 cup minyak
2 cup gula castor
1tsp garam
2 biji telur gred A ( sy guna 3biji gred B)
1 cup air panas mendidih ( boleh tmbah kopi atau nescafe- saya guna air pns je

Cara penyedian:
1- Satukan semua bahan kecuali air panas mendidih dgn kelajuan sederhana selama lbh kurang 1 minit.
2- Perlahankan kelajuan dan tmbah air panas mendidih. Then guna kelajuan sederhana sehingga sebati.
3- Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing2.

Untuk topping saya guna 500 g milk choc compound, 250ml susu sejat, 3tbsp serbuk koko dan 2tbsp minyak. Hasilnya dapat bnyak. So next time kurangkan kpd 250g choc compound je..

Thursday, October 15, 2015

Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum. Disebabkan kerana susah untuk melelapkan mata malam ni,saya godek2 blog usha entry lama. Then terjumpa entry ini yang hanya ada gambar dan tanpa resepi. 

Ini adalah gambar dessert sagu gula melaka yang saya buat lama dulu. Resepinya simple sahaja cuma perlukan biji sagu, santan dan juga gula melaka yang dicairkan.

Cara penyediaannya, masak air dalam periuk sehingga agak panas. Masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu masak sepenuhnya. Untuk kenal pasti sagu sudah masak sepenuhnya ialah biji sagu berwarna "clear" dan tiada yang berwarna putih.

Setelah sagu masak, tos dan masukkan dalam acuan. Atau boleh juga dimasukkan dalam bekas yang besar. 

Hidangkan bersama santan yang dimasak sekejap dan air gula melaka.

Untuk resepi yang lebih detail boleh rujuk entry terdahulu mengenai dessert ini. Saya ada berkongsi sedikit experiment untuk menyediakan dessert ini dalam entry terdahulu.

Sunday, October 11, 2015

Kuah Lodeh

Assalamualaikum. Raya ke3 aritu, saya masak kuah lodeh dan juga sambal bilis untuk dimakan bersama nasi impit ataupun juga orang panggil lontong.

Resepi ni pun bagi saya sedap dan mudah. Adik2 pun dok ulang makan. Maksudnya sedap la kan. Hihi...perasan sendiri.

Resepi adalah hasil olahan saya selepas merujuk beberapa resepi dari google. Antaranya dari blog azie kitchen. Blog azie kitchen memang banyak membantu saya especially bila nak masak lauk pauk. Cuma kadang2 olah resepi ikut bahan2 yang ada kat dapur

Yuk, kita tengok resepi. Next raya boleh buat lagi.

Kuah lodeh

Bahan- bahan:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
Sedikit kunyit
Kobis
Carrot
Kacang panjang
Babycorn
Fucuk dan suun
Isi ayam - potong kecil
Udang ( buang kulit)
Santan
Minyak untuk menumis

1- Potong semua sayur dan ketepikan. Saya buat banyak. Lebih kurang 1 besen sederhana besar sayur yang dah siap potong.
2- Kisar halus bawang merah, bawang putih dan juga kunyit.
3-Tumis bahan2 kisar sehingga naik bau. Masukkan serai yang telah diketuk.
4- Masukkan ayam dan udang. Masak sebentar.
5- Masukkan santan dan kacau sentiasa. Saya tidak asingkan santan pekat dan santan cair, jadi saya masukkan semua sekali santannya.
6- Masukkan sayur dan masak sehingga santan mendidih dan sayur masak. Pastikan sentiasa dikacau.Perasakan dengan garam. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama nasi impit dan sambal ikan bilis.