Monday, October 21, 2013

Agar-Agar Lapis Pelangi

assalamualaikum. Harai ni misi meng"clear" kan draf. So entry kedua untuk hari ni ialah agar-agar pelangi. Agar-agar yang cantik tapi memerlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk membuatnya. Saya ambik masa 2 jam lebih untuk menyiapkan. Tu pun saya cuma buat 8 lapisan sahaja.  Kalau lagi banyak lapisan lagi lama masa yang diperlukan ntuk menyiapkan. Sebabnya, kita perlu pastikan lapisan sebelum mengeras sebelum diletakkan lapisan seterusnya. 


Agar-agar ni boleh jugak dijadikan hadiah hantaran. Mungkin boleh tambah agar-agar yang dibentukkan bunga kat atas untuk mencantikkan lagi. Sebenarnya ni pertama kali saya mencubanya. Kononya practise untuk buat hadiah hantaran untuk my uncle nnt.

Resepi agar- agar pelangi ni saya dapat dari blog kak yatie memories. Saya copy & paste je resepi ye. Malas nak taip balik. ^---^


Agar-Agar Lapis Pelangi
Bahan-bahan ( 22 cm )

Bahan A
10 gm serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple,
Bahan B
10 gm serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam 

Cara-cara
           1-Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
            2- Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
            3- Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
            4- Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil

            5- CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
            6- Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn pisau supaya lapisan akan melekat...sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
            7- Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn pisau... agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
            8- Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...


Selamat Mencuba

p/s: entry seterusnya tidak dapat dipastikan bila.."((

Daging Masak Blackpepper

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni cuaca mendung je kat tempat saya. Suasana macam musim tengkujuh, hujan sepanjang hari. Sejuk je manjang, kalau tido memang best..hehe..OK, back to our basic, hari ni saya nak kongsi resepi ddaging masak blacpepper campak2. Dinamakan campak2 sebab bahan-bahan ikut suka hati saya.


Jom semak resepi

Daging Masak Blackpepper

Bahan-bahan:
Daging dihiris nipis
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
sedkit  garam
lada hitam-ditumbuk
Halia-ditumbuk halus
Bawang putih- ditumbuk halus
Bawang besar- dipotong
Cili hijau- dipotong
sedikit minyak

Cara Penyediaan:
1- Gaul daging bersama bahan-bahan lain kecuali bawang besar dan cili hijau. Perap lebih kurang 1jam atau lebih. (kalau nak masak terus pun boleh cuma lagi sedap kalau diperap)
2- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan daging sehingga kering airnya. 
3- Tambahkan bawang besar da cili hijau. Gaul rata sehingga bawang lembut.
* Saya juga pernah tambah carrot dan tomoto yang dihiris nipis dalam menu ni. So, jadi lebih sihat bila ditambah sayuran kan. If nak tambah lada benggala kuning, hijau dan merah pun boleh, lagi cantik sbb warna warni dari lada  benggala tu.



Sunday, October 20, 2013

Macaroni Salad


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seingt saya banyak janji entry tertunggak kan..Tidak berkesempatan nak update blog disebabkan kekangan waktu. Bila hari bekerja, memang penat bila balik, terus tertido..hehe..Untuk kali ni saya akan kongsikan resepi macaroni salad. Resepi asal dari mak uda saya. She's Philipines. Sejak mak uda kawen dengan p.sedara saya 10 tahun lalu, memang resepi ni jadi menu wajib setiap kali raya. Dulu-dulu pertama kali cuba, memang agak tak kena selera kitorang semua.  Maklum la orang kampung memang tak pandai makan macaroni. Tapi bila dah selalu makan, rasanya sangat sedap. And untuk raya haji aritu, mak uda tak balik kampung, so terpaksa la buat sendiri tapi bukan saya yang buat. My sis yang buat.. :))



Macaroni Salad

 Bahan-bahan: 
( sukatan bahan agak2 je, boleh ubah ikut selera masing2)

1 paket Macaroni 
1 tin buah-buahan cocktail (ditoskan, guna buah je)
1 bekas nata de coco (toskan, guna nata de coco je)
1/2 tin susu sejat
sedikit susu pekat manis ( tak nak letak pun takpe)
 5 keping slice cheese- dicarik-carik
 5 tbsp mayonaise
Kismis
Boleh jugak tambah buah anggur atau buah2 lain.
* kalau tambah buah strawberry mgkin sedap jgk kot..lain kali boleh cuba.
Cara Penyedian:
1- Rebus macaroni dengan ditambah sedikit minyak dan garam. Biarkan masak dan toskan. 
2- Gaulkan macaroni dengan semua bahan-bahan lain. Gaul rata.
3- Simpan dalam peti ais. Lebih sedap dimakan sejuk.


Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidiladha

Assalamualaikum...Mungkin masih belum terlewat untuk saya ucapkan salam aidiladha untuk semua. Semoga kita semua dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Untuk raya kali ni, saya tidak berkesempatan untuk masak2 kerana kerja. Semalam pun keja juga. Saya cuma sempat buat 2 jenis cookies. tu pun cookies versi orang yang kurang rajin. Layan gambar kat bawah je la...Nanti bila-bila free, saya akan updatekan resepinya. Mungkin esok, mungkin lusa or mungkin jugak tak tahu bila...^____^

tart nenas versi kurang rajin..saiz pn tak sama..:((
Choc chip Cookies
  
Daging Masak Lada Hitam


Macaroni Salad ( yang ni my sis yang buat. ^__^)