Saturday, September 7, 2013

Rainbow cake

 Assalamualaikum ..saya kembali lagi!!!!...entry ke3 untuk hari ini..

Kali ni cuma nak kongsi resepi rainbow cake. Untuk buat kek yang perlukan deco, saya masih setia dengan sponge cake. For me, it's easier and sesuai untuk deco.  Rainbow cake ni saya buat untuk birthday adik bongsu  last 28th august. Tapi saya buat terlewat sehari dan dsbbkan lewat buat kek birthday untuk birthday boy tu, panjang muncung adik merajuk..haha..ceritanya, pada 28hb tu saya agak busy, then xsempat nak buat kek ntuk birthday boy, then bila dia balik dari sekolah, terus buka peti ais dengan harapan saya buat birthday kek untuk dia, malangnya xde, terus la merajuk..ye la, bila dia harap sy akan buat birhday cake dia, then bila balik xde kek tu, mmg merajuk la kan...

So, keesokkannya, jadilah kek ni walaupun xcantik tapi adik dah senyum lebar...ok la tu...actually, I deco angry bird kat kek ni tapi kejadian angry bird tu xlawa...tangan saya ni mmg problem nk deco kek...keras kejung je tangan ni...hasilnya jd la mcm gmbr kt bawah ni...rainbow cake tapi I buat 5 colour je. 


Gambar kt bawah, rainbow cake jugak tapi lg xcantik...senget2 je kek tu, dah la lapisan tu xsama tebal...hahaha...setiap kali I deco cake, selalu je ada sebab yang mencacatkan kek...tapi I xkisah sgt sbb after that, I banyak belajar...experiences is a good teacher..


kita proceed kepada gambar bwh...jeng jeng....angry bird yang tak cantik...tapi bila tengok, mmg nampak rupa angry bird kan????


ok la tu je ntuk kali ni...
If U all nk resepi, godek2 blog ni, I guna resepi kek span yag biasa, cuma diwarnakan dan bakar setiap lapisan...agak leceh nk buat tp demi adik tersayang, apa pun boleh kan...:)

Bye..:)))

Spageti Bolognese

Assalamualaikum. Hari ni saya akan update resepi bergantung kepada mood saya. Jadinya tak tau lagi berapa resepi yang akan terupadate hari ni. Mungkin jugak ini resepi terakhir untuk hari ni atau mungkin juga tidak. Semuanya bergantung kepada mood saya.

 Ok, kali ni saya nak kongsi resepi yang simple jgk iaitu Spageti Bolognese. Ini buat 2 hari lepas untuk majlis raya kat ofis kakak saya. My sis tempah spageti bolognese dan kek karamel. Jadi sebagai adik yang baik, pasrah je la kena buat kan..tak buat kang, jadi derhaka pulak...haha

Untuk resepi bolognese kali ni, saya tak guna prego. Kalu dulu-dulu, saya guna prego je kalau nak buat bolognese, tapi after I realized something about prego, I stop using Prego. No more Prego allowed in our kitchen...Buat sendiri lagi sedap dan boleh ikut selera kita kan.. Ok, stop talking about prego, lets proceed to our recipe...

Resepi asal dari Chef Hanieliza tapi ada saya ubah sikit2 ikut selera kitorang kat rumah ni. Let's check the recipe..

Spageti Bolognese
Sumber: Chef Hanieliza


bahan-bahan 

1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang  - saya tak letak
1 biji carrot
2 biji putik jagung- tak letak jugak 
4 biji tomato 
4 s/b cili mesin - saya tak letak jugak sbb my sis cakap xyah letak
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam - Saya letak sikit je
1 cawan tomato sos - saya letak 1/2 cawan je
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]
3biji cili padi - saya tambah
3tbsp tomato puree- saya tambah
Cara: 
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili padi dan tomato puree, kacau rata.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.                   


Nota tambahan:
* Saya suka tambah cili api kalu buat bolognese ni sebab bagi saya, if x tambah cili api, rasa cepat jemu kalu makan, tapi kalu tambah cili api, mmg bertambah makan. Tekak melayu kan, nak juga makan yang pedas. Tapi saya xpernah msukkan cili api kalu masak carbonara sbb rasanya xsesuai kot...hahha.


Spageti Goreng

Assalamualaikum dan salam hujung minggu. Sebelum terlambat, saya nak ucapkan selamat hari merdeka yang ke 56. SAYA SAYANG MALAYSIA..:)

Hari ni saya akan kongsikan resepi yang sangat simple, bila2 masa pun boleh buat. Iaitu Spageti Goreng. Saya buat untuk sarapan semalam. Sekarang, spageti pn boleh buat sarapan jgk. Class!!!..haha
Teringat artikel yang saya baca dalam Majalah Ujang edisi bulan ogos kalau tak silap. Katanya perbezaan hari raya sekarang salah satunya ialah orang sekarang hidang spageti, macaroni dan macam2 pasta lg di pagi raya, tak ramai yang hidang ketupat dan lemang...Saya pun agak terasa sebab kat rumah saya pun macam tu jugak. haha. Pagi raya lepas, saya hidangkan Spiral Sardin. Tapi nasib baik ada jugak lemang kat rumah ni walaupun ketupat tak ada, so ada la jugak suasana raya kan. Sejujurnya, saya merasakan raya sekarang tidak begitu meriah, mungkinkah sebab faktor umur yang makin meningkat???mungkin jugak salah satu faktornya..



Ok lah, kita terus kepada resepi untuk hari ni. Resepi ni memang saya agak2 je semua bahan, macam lebih kurang masak mee goreng jugak, cuma bezanya menggunakan spageti. So, layan je resepi yang simple ni, nk buat versi korang sendiri pun boleh juga, ikut selera masing-masing. 

Spageti Goreng

Bahan-Bahan
1 paket spageti
400g ayam cincang ( nak guna daging ayam, udang, sotong pun boleh)
4 ulas bawang putih- dicincang
1 biji bawang besar ( Holland)- potong dadu
2 tbsp cili kering
2 tbsp sos cili
1 tbsp sos tomoto
1 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap pekat
2 tbsp kicap manis
1 batang carrot
3 biji tomato
sedikit garam
* saya tambah cili padi- lagi banyak lagi kaw

Cara Penyediaan
1- Rebus spageti hingga masak.
2) Tumis, cilikering, bawang putih, bawang besar, cili padi hingga garing.
3) Masukkan ayam cincang, sos cili, sos tomoto, sos tiram, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata hingga ayam masak dengan sempurna.
4) Tambah carrot, biarkan seketika sehingga carrot agak lembut.
5) Masukan spageti dan tomato, gaul rata.
6) Siap untuk dihidang.



Nota Tambahan:
* Kalau nak tambah sayur2 lain pun boleh jugak
* Untuk penggunaan sos2 dan kicap2, sukatan kat atas saya agak je, jadi pandai2 la agak ikut selera masing-masing.
* Lain kali saya akan guna daging ayam instead of ayam cincang sbb rasa macam kurang best guna ayam cincang untuk goreng spageti ni. Itu bagi saya la..:)

Saturday, August 24, 2013

Juadah Aidilfitri

Assalamualaikum...hari ini saya cuma berhasrat untuk kongsi gambar2 je...untuk resepi mungkin satu hari nnt akan sy update tapi tak tahu bila sbb mood nk menulis sekarang memang takde...

so layan gmbr je la ye..
Tart Nenas buah-buahan...ad rupa buah jambu n orange x?hehe

White almond cookies

Resepi asal biskut untaian kasih tapi bntuk xjadi untaian kasih dsbbkan kemalasanku...
so jdi lah biskut yang xtau apa namanya..

Kek Karamel

Kek Span Cheese Bersalji

Light Cheese Cake

Kek Karamel lagi.:)

Spiral Sardin...Juadah pagi raya

Lemang

Tart nenas yang comel...haha

Biskut Choc Chip..I used readymade flour..very simple...

Cornflakes Coklat

Pandan Sponge Cake

Rendang Ayam

Puding Laici

Nasi Impit Ready Made Jenama Faiza..Ia Mudah, Sedap dan lazat..Betul ke taglinenya gitu???

Kuih siput..