Tuesday, April 1, 2014

Sponge cake

Assalamualaikum.

Cuma nk share gambar2 kek span yang pernah saya buat. Resepi yang sama cuma decorationnya berbeza.  Kek span sesuai untuk apa2 jenis decoration kerana teksturnya yang lembut.

Macam dalam gambar 1 kat bawah, saya gunakan kek span untuk buat kek pandan kastard..cuma ditambah perisa pandan dan dilapisi krim kastard.
Untuk resepi krim kastard

Bahan-bahan
1200ml santan
1cup gula
10g serbuk agar-agar
100g tepung hoen kwee berwarna hijau
Secubit garam
- masak semua diatas api yang sederhana sehingga pekat.

Untuk gambar yang ke 3 dan ke 4, saya hiaskan menggunakan whipping cream dan blueberry fillng.

Untuk kek yang seterusnya saya hiaskan menggunakan cream cheese frosting. Untuk resepinya saya gunakan 250g cream cheese, 1cup susu pekat manis dan 1 tbsp butter. Pukul semuanya sehingga berkrim.

Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum..

Hari ni saya akan kongsikan resepi ikan kembung masak asam pedas. Tapi bukan saya yang masak, my sis yang masak. Saya tolong makan je. Actually asam pedas biasanya famous kt melaka dan johor...kat kelantan ni mmg susah la nk jmpa asam pedas.

Ok. Kita terus kepada resepinya.

Asam Pedas

Bahan-Bahan
(sukatannya agak2 je)

Ikan
Tomato
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi
Air asam jawa
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk ditumis:
1cawan cili kisar
1 inci halia
1 inci kunyit
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:
1- Blend semua bahan- bahan tumisan dan tumis sehingga naik minyak.
2- Masukkan ikan, bunga kantan, bendi, daun kesum, sedikit air, air asam jawa dan tomato.
3-Biarkan sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
4- Perasakan dengan gula dan garam.

Monday, March 31, 2014

Kek Coklat

Assalamualaikum..

Kali ni saya tidak berkongsi resepi,cuma berkongsi gambar kek yang saya buat sebelum ni..

Kedua-duanya adalah kek coklat yang menggunakan resepi yang sama iaitu resepi daripada Pn Sabrina Khan. Korang boleh tgok resepi kt entry sebelum ni. Saya masih belum explore sepenuhnya mobile blogger ni...xpndai nk letak link..:)

Kek yang pertama dihias dgn krim coklat dan fresh strawberries..(dah lama sy berangan nk buat kek mcm ni sbnrnya...haha)..n kebetulan officemate ke cameron highland,bnda pertama yg dipesan ialah fresh strawberry.

Kek kedua dihias menggunakan creamcheese n cocktail. Untuk resepi creamcheese with cocktail yg saya gunakan untuk dilapiskan dibahagian tengah kek, saya tidak berhasrat untuk berkongsi resepinya lagi kerana bg saya hasilnya kurang memuaskan. Actually hari tu saya ad modified sikit resepinya ikut bahan yang ad kt rumah. Untuk resepinya anda boleh rujuk blog www.fromintankitchen.com.

Green Velvet Cake

Assalamualaikum...
Hari ni 1st day sekolah after cuti seminggu..seronak anak2 bercuti.dan cuti sekolah minggu lepas ramai yg mgmbil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan..tahniah kpd kwan2 yg bergelar pengantin baru..terdetik  dalam diri,bilakah masanya untuk diri ini bergelar pengantin baru??haha..sesungguhnya jdoh itu rahsia Allah dan ianya masih kekal menjadi rahsia. Sy petik kata2 kawan saya "hrgailah masa hidup sendiri untuk buat amal dan brbakti kpd ibubapa sebelum kita disibukkan dengan kehidupan berkeluarga..

Hari ni saya akan kongsikan resepi green velvet yang sy buat mggu lepas untuk birthday ayah...tp ayah cuma tolong potong je...xmakan pn..kitorg adik beradik pn xbegitu gemar kek sekarang esp kek yang berkrim..mungkin sbb dah selalu makan kek kot...mcm green velvet aritu sy bagi2 kpd jiran dan p.sedara..then tinggal sepotong kecil je untuk makan2 kt rmh..

Jom semak resepi...
Sy terlupa resepi dari mana. Tak copy sumber dari mana. Sorry

Green velvet cake

Bahan-Bahan
2 1/2 cup tepung gandum
2 tbsp serbuk koko
1/2 tsp garam
11/2 cup minyak
1 1/2 cup gula castor
2biji telur gred A
1 tsp esen vanila
1 tsp cuka
1 tsp baking soda
1 cup buttermilk
2 tbsp pewarna

Cara Penyediaan
1- Ayak tepung gandum bersama serbuk koko dan garam. Ketepikan.
2- Pukul minyak dan gula sehingga sebati lebih kurang 2minit.
3- Tambah telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi.
4- Dalam mangkuk kecil,larutkan soda bikarbonat didalam cuka dan masukkan kedalam mangkuk adunan.
5- Tambahkan buttermilk dan pewarna. Pukul lg dengan kelajuan sederhana lebih kurang 1minit.
6- Tambah bahan-bahan kering dan pukul rata.
7- Masukkan adunan dalam loyang yang telah digris dan dialas baking paper. Bakar sehingga masak.

Untuk creamcheese frosting
Bahan-bahan:
250g creamcheese
1/2 cup gula aising
1tbsp butter atau krimwell
1 tsp esen vanila

Satukan semua dan pukul sehingga sebati.

Selamat Mencuba...