Friday, September 27, 2013

Nasi Ayam & Macaroni Sup

Assalamualaikum..Morning everyone.. Semoga jumaat yang indah ini memberi seribu kebahagian untuk anda semua..:))

Ok, Hari ni saya nak kongsikan secara ringkas untuk buat nasi ayam cara dan macaroni sup...Tiada sukatan khusus ye sebab saya biasa campak2 je semua...Kita mula dengan nasi ayam dulu ye.

Nasi Ayam

Bahan-Bahan
Beras untuk masak nasi ( saya guna beras siam je)
Ayam
Rempah 4 sekawan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Rempah sup

Step pertama saya buat, saya akan masak ayam yang telah dipotong untuk dijadikan stok. Cuma tambah air dan halia yang diketuk bersama ayam tadi. Didihkan sehingga ayam masak.

Bila ayam dah masak, keluarkan isi ayam, dan perapkan dengan halia, bwg putih dan kicap manis...boleh tambah madu jgk sikit. Kalau nak tambah sedikit lada hitam pun boleh. Masak ni tak susah, semuanya kita boleh sesuaikan mengikut citarasa keluarga. Biarkan seketika, then goreng ayam sekejap. Kicap lebihan yang kita perap ayam tadi, just tambahkan sedikit stok ayam untuk dijadikan kicapnya pula...Senang kan..

Ntuk nasi, tumiskan rempah empat sekawan bersama dengan bawang putih dan bawang merah...Biasanya saya akan tumis menggunakan minyak sapi or butter. Bila semua bahan tumisan dan berbau wangi dan garing, masukkan beras yang telah dibasuh bersih. Then tambah stok ayam yang dimasak tadi. Masak nasi macam biasa..))

Untuk sambalnya plak, saya blend kan tomato bersama cili padi..Then tambah sedikit stok ayam td...Siap..boleh jugak ditambah sedikit gula dan garam sekiranya perlu.

Kemudian tambahkan air dalam peiuk rebusan ayam tadi, masak sup macam biasa..Kebiasaanya, saya akan tambah 1 ketul kiub ayam jgk..Tapi jangan selalu tau sebab kiub ayam tu high sodium, xelok guna bnyk2. Bercakap pasal kiub ayam, pernah minggu lepas saya ada terjumpa resepi nasi ayam yang menggunakan begitu banyak stok ayam. Mula dengan rebusan ayam dia guna 2 kiub, then untuk masak nasi guna lagi 1 kiub, untuk sambalnya 1 kiub, termasuk untuk perap ayam jugak 1 kiub lagi. Lastly dalam sup ayam pun tambah 1 lagi kiub. Memang agak memeranjatkan saya bila tengok resepi tu. Bagi saya seharusnya ibu menyediakan hidangan yang sihat untuk keluarga bukan menggunakan terlalu banyak bahan perasa sebagaimana kita tahu tinggi kandungan sodiumnya. Namun begitu, mengikut pengalaman saya, bukan semua orang faham

Dan inilah hasilnya nasi ayam yang saya buat minggu lepas ( lambat betul updatenya kan..)


Yang bawah ni macaroni sup. Sebenarnya pertama kali saya makan macaroni sup ketika saya masih lagi bekerja sebagai guru tadika di Smart Reader Kids kat johor awal tahun lepas. Memang sedap macaroni yang bibik bos buat. Actually macaroni tu salah satu menu untuk makan pagi student tapi cikgu yang beriya makan. Resepi simple tapi bagi saya memang cukup sedap la. So saya cuba buat sendiri, walaupun rasa xsama dengan yang biasa saya makan dulu, tapi tetap sedap bagi saya.:))


Resepinya simple je, rebus macaroni dengan sedikit minyak dan sedikit garam. Rebus hingga masak dan toskan. Kemudian ambik sedikit sup ayam, tambahkan dengan ayam yang dipotong kecil. Didihkan sekali lagi sehingga ayam masak. Saya juga tambah tomato yang dipotong dadu. Kebetulan hanya tomato je stok sayur yang ada kat rumah, so guna yang mana ada je la...If nak meriahkan sup tu boleh tambah cauliflower, brocolli, carrot. 


Nampak tak sebiji cili padi kat atas..Saya tambahkan jugak cili padi yang diketuk untuk lebih kaw..Tapi kalu buat untuk anak2, tak perlulah tambah cili padi..Kesian anak2 nanti tak boleh makan.

Selamat Mencuba..

Monday, September 23, 2013

Durian Crepe II

Assalamualaikum. Hari ni mungkin hari mengupdate blog kot. Terus lupa nota2 nak study. Release tension kejap, nanti sambung balik. InsyaAllah. 

Ok, sepertimana entry sebelum ni, saya dah update resepi durian crepe yang saya baru cuba. Kali ni nak kongsi resepi DC yang pernah saya cuba sebelum ni. Dulu2 setia dengan resepi yang ni, Resepi ni sedap jgk and lagi murah.  Bagi saya resepi DC yang ni ( entry sebelum ni) lagi sedap and crepenya lg lembut tapi ia mungkin disebabkan penggunaan susu sejat dan telur yang lebh banyak. so if u all nak jimatkan kos, boleh guna resepi yang akan saya kongsikan ni. Resepi yang akan  dikongsikan ini pun sedap dan crepenya juga tidak mudah koyak. So, pilihan ditangan anda.:))

Jom Semak Resepi
Durian Crepe
Sumber asal: Eyna Haneyna
Sumber rujukan: Kak Zue Semanis Gula

BAHAN BAHAN
(* tulisan berwarna merah ialah versi yang saya buat menggunakan sukatan sudu )

20 gm tepung gandum ( 2 tbsp membumbung)
20 gm tepung ubi (2 tbsp membumbung)
10 gm tepung jagung (1 tbsp membumbung)
10 gm tepung kastard (1 tbsp membumbung)
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan

CARA CARA
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk ,  sebatikan dan tapis
Lengserkan kuali dengan butter.
Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick ( tak melekat ) dan layangkan kuali agar ianye menebar dengan tipis. Masa kite menebar tuu lebihan adunan boleh di keluarkan supaya crepe tak menjadi tebal. Buat crepe setipis yang boleh ye.
Masak menggunakan api yang kecil
Masak hingge crepe mengering dan tak perlu di terbalikkan.

FILLING
200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingge kental
Isi durian secukupnye.
atau
FILLING KASTARD
A ) 200 gm susu segar
50 gm whipping cream
B ) 30 gm tepung kastard
50 gm gula castor
2 kuning telur
30 gm susu segar
200 gm non dairy whipping cream
Satukan campuran B hingga sebati.
Satukan A dan B dan masak atas double boiler hingga adunan  menjadi pekat.. Sejukkan sebentar.( biar betul betul sejuk tauu , kalau tak nanti freshcream  tuu mencair )
Putar whipping hingga kental.
Satukan adunan kastard dan whipping dengan kaedah kaup balik.

CARA MENGGULUNG.
Ambil sekeping crepe
Letak filling
Letak isi durian
Gulung crepe dengan melipat kiri dan kanan.Lipat bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah keatas.

Ini hasil yang saya pernah buat dulu
Yang warna purple tu, pak sedara saya komen takut nak makan sebabnya warnanya macam menakutkan. Haha. Saya dah lupa saya campur2kan pewarna ntuk dapatkan warna purple sebab stok pewarna purple tak ada kat rumah haritu. 

Saya buat durian and blueberry crepe. Kemek crepe sewaktu saya nk potong. Nampak sangat kekasaran yang aku lakukan kat crepe tu.. Lain kali kena potong dengan lemah lembut dan sopan santun sebab whipping cream tu lembut, so pegang pun kena sopan2 ye. ^___^

Selamat Mencuba..:))

Durian Crepe

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali ni, saya cuma nak tunaikan janji lepas. Entry tertunda sejak beberapa hari lepas. Sebagaimana entryt sebelum ni, saya ad buatkan durian crepe khas untuk ayah tapi orang lain pun boleh makan jugak..:)

yang kuning tu tak tambah pewarna pun. Warna asal dari tepung kastard.


Besar2 DC I...hehe


Ayah memang penggemar durian crepe, hari tu ayah cuma dinner dengan 3 ketul durian crepe. Seronok sangat orang yang membuatnya. Rasa macam berbaloi2. My sis pun cakap durian crepe yang saya buat aritu sedap. Dia pun makan xingat nak diet. Tapi saya langsung xmakan DC tu. Saya cuma makan kulit crepe kosong je, itupun xsampai sekeping. Saya tak begitu gemarkan DC tapi seronok buat untuk orang2 yang suka makan, seronok tengok orang makan..^___^


Ok, kita terus kepada resepinya. Resepi yang saya dapat dari blog kak Yati Memories. Terima kasih kak untuk resepi yang sangat best ni. Makan crepe je pun sedap..:). kalau sape2 yang buat crepe, boleh cuba resepi ni tapi kalau nak guna resepi lain pun boleh jugak. Nanti saya update resepi DC yang pernah saya buat sebelum ni.


Durian Crepe
Sumber: Yati Memories

Bahan-bahan 
Adunan Crepes
3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
4 sudu besar rata tepung kastard
4 sudu besar rata tepung jagung
2 sudu besar rata tepung ubi
3 biji telur-di kocok2 je
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar gula halus
1/4 sudu teh garam
250 ml susu cair- suhu bilik
1 sudu besar mentega cair/minyak masak
Pewarna purple- optional

Cara- Cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
1 cawan non dairy whip cream
durian secukupnya


Caranya. 

 Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.



Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
  • durian- secukupnya~ 
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan non dairay whip cream di atasnya
  3. Kemudian letakkan durian
  4. Tutup kembali denga non dairy whip cream
  5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

p/s 1: Saya buat 2 adunan, memang dapat banyak sampaikan saya risau kalau2 xhabis dimakan. Sebab biasanya adik2 xbegitu gemarkan DC ni. Ayah je peminat setia DC. So, saya terus bahagikan2 kpd jiran dan mak sedara. Yang tinggal kat rumah, hanya cukup untuk makan seadanya. Alhamdulillah semua habis dimakan. InsyaAllah akan buat lagi weekend ni. Settlekan interview dl ye...

p/s 2: Saya letakkan mangkuk pengadun dengan alat mixer dalam peti ais sebelum digunakan untuk mix kan whipping cream. Ianya untuk mempercepatkan proses memgentalkan whipping cream.

Selamat Mencuba..:)

Thursday, September 19, 2013

19-9-2013

Assalamualaikum. Salam ketemu lagi kat blog yang tak seberapa ni. Kali ni saya cuma akan kongsikan gambar je dlu. Busy sikit sekarang, lagipun saya kena study sebab next week ada interview SPA as a Pegawai Dietetik. This is 2nd time I dipanggil interview untuk jawatan Pegawai Dietetik ni. Sept last year, I dah pergi interview, tapi tak ada rezeki lagi, hopefully this year ad rezeki untuk saya. Doakan saya ye.

ok. layan gambar je la dulu. Resepi akan menyusul bila saya berkesempatan.. ^__^

ce teka ni apa???

Durian crepe color kuning and hijau

Nasi Ayam

Macaroni sup

Salam Sayang..))

Wednesday, September 18, 2013

Proses Pembelajaran

Assalamualaikum dan selamat Tengah hari. Dah hampir pukul 12 tengah hari tapi saya masih belum masuk dapur untuk masak lunch. Masih menunggu kepulangan ayah. Mesti korang fikir apa lah Linda ni nak masak pun kena tanya ayah k? AlKisahnya begini, petang semalam ayah ada belikan daging tulang rusuk, tapi ayah xcakap nak masak apa dengan lauk tu. Bukan apa, sebenarnya boleh je masak tanpa tanya ayah, tapi sebaiknya tanya la apa yang ayah nak makan kan sebab ayah yang belikan lauk tu ( ayah bukan biasa beli lauk pauk mentah ni sebab biasanya mak yang belikan), so mesti dia dah ada rancangan nak makan apa kan. So, saya sebagai anak akan cuba masak apa yang ayah nak makan..

Bercakap pasal ayah, dah beberapa hari ayah cakap dia nk makan durian crepe. Ayah memang penggemar crepe, semalam saya sedang bancuh tepung untuk buat pancake, ayah tnya nk buat kuih durian k? ( ayah namakan durian crepe tu kuih durian). Rasa sedih jgk sebab ayah nak makan tapi saya tak buat lagi. Lagipun sekarang musim durian and durian memang tengah banyak, sampaikan tak habis nak dimakan, nak jual pun harga murah sangat sebab kitorang duduk kampung, mostly masing2 ada kebun buah. InsyaAllah petang ni boleh buat crepe sebab semalam my sis dah belikan whipping cream.: ))

Sementara masa terluang ni, saya nak kongsikan apa yang berlaku sewaktu saya buat kek coklat kukus minggu lepas. Actually buat untuk diberi sebagai buah tangan semasa tahlil kat rumah nenek aritu. Kisahnya saya buat adunan yang pertama, kek jadi cantik je naiknya. Tapi cuma dapat lebih kurang 45 biji je sbb saya buat dalam bentuk cupcake. Merasakan ianya tak cukup, saya buat lagi satu adunan, tapi serbuk koko pulak tak cukup, nak beli yang lain, hari dah lewat malam, so pasrah je la guna setakat yang ada je. Hasilnya memang beza antara kek adunan pertama dan adunan kedua.

nampak x perbezaannya? adunan kedua keknya xnak naik membuat mcm kek aduanan pertama

Dalam gambar ni ada kek dari adunan pertama dan ada kek dari adunan kedua.

Yang ni dari adunan pertama. Cantik je bulat naiknya.

Dah disusun-susun untuk dihantar ke rumah nenek..

Nak resepi?
boleh tengok kat sini

Kesilapan saya cuma mengurangkan serbuk koko menyebabkan adunan agak cair, ( serbuk koko yang diguna untuk adunan kedua aritu lebih kurang 1/2 cawan je) then kek jadi xnaik dan oily. So, nasihat untuk diri sendiri, lain kali jangan cuba2 nak ubah resepi..

P/S 1: Kita belajar dari pengalaman..))

p/s 2: Tetiba rasa teringin nk makan kek coklat dengan krim coklat yang meleleh...tapi serbuk koko xde stok..
Bila nak keluar shopping ni??
:((

Koleksi Kek Karamel


Assalamualaikum dan selamat pagi...selamat hari rabu..hehe..Hari ni saya cuma nak kongsikan gambar2 koleksi kek karamel yang pernah dibuat dan sempat disnap gambarnya. Kek karamel ni memang kek yang selalu saya buat sejak pandai buat dl..hahha...tapi kebelakangan ni buat untuk orang je, untuk makan sendiri dah jarang buat. 

Ini gambar lama.. ^____^

Sekarang kat rumah, saya buat kek span je, pemalas kan...Haha...Kek span senang kalau nak dibandingkan dengan kek karamel tp hasil kek karamel ni memang puas hati la. Adik2 pun suka, saya macam biasa, akan rasa sepotong je mana2 kek yang saya buat, kadang tu langsung tak rasa. And saya rasa semua bakers pun macam tu jugak kan. Kita akan rasa seronok tengok orang makan kek yang kita buat kan?


Actaully untuk buat kek karamel ni tak la susah sangat kalu dah biasa buat and faham betul2 step2 nak buatnya. Untuk sape2 yang teringin nak makan kek ni boleh tengok kat FB Jom Masak dan blog Azlita Masam Manis. Terima kasih banyak2 kat diorang berdua sebab saya memang banyak belajar buat kek dari diorg berdua. Dari bloggers lain pun banyak jugak yang saya belajar...)). Untuk resepi pun boleh tengok kat sana. Kat blog ni pun  ada jugak kat entry lama2.


Tips penting untuk buat kek karamel ialah pastikan putih telur dipukul sehingga kaku. Ramai kawan2 saya yang mencuba fail bahagian ni mnyebabkan bila dibakar kek dan puding bercampur. Bagaimana nak pastikan putih telur kaku?? Pastikan peralatan dan magkuk pengadun bersih dan betul2 kering. Lagi 1, pastikan tiada langsung kuning telur yang bercampur dengan putih telur.

Lagi 1, harus diingat kek ini tidak boleh dikukus. Jangan tersilap ye..


Kek Karamel coklat ( Resepi pun dah diupdate dolu2)

Ready untuk dihantar kpd customer

Nampak x kecacatannya?? kek ni mengecut berbanding karamelnya kerana saya lambat telangkupkan dari loyang...so, lain kali kena ingat la wahai linda...hehe


Monday, September 16, 2013

Pancake

Assalamualaikum dan selamat malam. Ok , saya nak kongsi resepi kedua yang saya buat hari ni. Kalau pau tadi untuk breakfast dan minum pagi, pancake ni pulak untuk minum petang. Hari ni mood rajin sikit sbb tu la rajin nak buat kuih muih. Kalau tak makan biskut cecah teh pun sedap je.  


Ok, saya tak nak membebel panjang sebab after this saya nk layan movie korea. So, update blog laju-laju. Jom semak resepi. Saya buat 2 kali adunan ni tapi tak tah dapat berapa keping sebab terus dimakan dek adik-adikku. Kebetulan petang tadi hujan, so mungkin semua orang pun lapar dan dan diorang pun tak boleh nak keluar main kan. 

Komen yang diberi pasal kuih ni salah sorang adik saya cakap lulus untuk dijual. Haha. Tapi bagi saya hasilnya tak baegitu cantik sebab saiznya tak sama. And adik bongsu pulak cakap sedap tapi katanya lempeng lagi sedap. Sabar je la kan. Bagi saya pun, lempeng lagi sedap sebab sebenarnya saya memang xbegitu gemarkan pancake, cuma terasa nak buat je sebab tengok orang lain buat cantik je pancakenya. Tapi nak buat macammana tekak melayu, mesti nak makanan melayu jugak kan. 

Untuk resepi ni, if nk buat lagi lain kali, saya akan kurangkan sukatan gula mungkin 2 sudu besar sahaja disebabkan kita nak makan dengan madu kan, so tak perlu manis2, tapi semua tu bergantung pada selera masing-masing.

Pancake with honey

Pancake

Bahan-Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu besar minyak

Cara Penyedian:
1- Satukan tepung gandum dan baking powder.
2- Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga kembang dan putih ( saya guna garfu je)
3- Dalam bekes lain, campur kuning telur, gula dan susu. Kacau sebati.
4- Masukkan minyak dan susu ke dalam tepung gandum. Kacau sebati ( saya guna whisk)
5- Kemudian masukkan putih telur dan kacau secara kaedah kaup balik.
6- Sedia untuk dimasak.


Selamat Mencuba

Pau

Assalamualaikum. Selamat Hari Malaysia. Memandangkan hari ni public holiday dan semua orang pun ada kat rumah hari, saya merajinkan diri pagi-pagi lagi masuk dapur untuk menguli tepung untuk buat pau. Penat menguli pau tapi sayangnya hanya sebiji pau yang betul2 memenuhi standard piawaian saya. Tak tahu dimana silapnya. 

Resepi asal dari Mama Kastam dari laman web MyResepi and saya copy dari blog Anna Qawina. Diorang punya pau memang gebu2 semuanya. Yang saya punya je mungkin ada tersilap kat mana-mana. Walaupun ada sedikit kekurangan, semuanya licin dimakan adik2 saya. Tapi macam biasa la ada tukang komennya. Katanya pau saya masih belum layak untuk dijual. Haha..Saya pun tak pernah terfikir nak jual pau. Tak larat nak menguli. :))

Ini je la satu- satunya pau yang cun. 

Hasil pau yang lain..permukaannya tak smooth.. Lighting xcantik, nampak kekuningan pau.:((

Jom kita semak resepi
Sumber Asal: Mama Kastam Tioman@ MyResepi
Sumber: Anna Qawina

Bahan-Bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suma
1 sudu besar 
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil mauripan
Plastik atau duan pisang untuk alas pau

Cara Penyediaan:

1- Satukan gula, garam, air suam dan mauripan. Kacau dan biarka sehingga mauripan mengembang.
2- Dalam mangkuk lain, satukan tepung, planta dan susu pekat manis. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3- Masukkna mauripan dan dengan  lembut sehingga menjadi doh.
4- Kemudian masukkan minyak masak dan uli sehingga minyak sebati. 
5- Hempas-hempaskan doh. Biarkan sebentar dan tutup dengan tuala lembap sehingga doh naik 2 kali ganda. Sediakan pelapik pau.
6- Ambil sedikit adunan, isi inti samaada kacang merah atau inti kelapa. Susun dalam loyang. Buat sehingga habis. Kukus pau selama 5-6 minit.
7- Angkat loyang pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah dibuka penutupnya.
8- Susun pau di atas surat khabar untuk mengeringkan air yang terdapat pada permukaan bawah pau. Siap dan boleh dimakan.

Tips2 dari sifu untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus
( saya copy dari blog Anna)

* Pastikan air kukusan betul-betul mendidih (air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus).
* Jangan kukus pau terlalu lama (kalu kukus lama akan menyebabkan permukaan pau menggerutu).
*Angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)
* Jangan perap adunan terlalu lama, cuku sekadar panaskan air dalam kukusan dan terus kukus setelah selesai memasukkan intinya.
* Mengulinya juga tidak terlalu lama, jika menggunakan breadmaker, cukup sekadar 1 pusingan.

 Saya guna inti kelapa je..

Selamat Mencuba

Tuesday, September 10, 2013

Apam Mekar














Assalamualaikum and good morning...Hari ni mendung je kat tempat saya, pstu biasanya kalau petang hujan lebat dengan angin pun kuat jugak..


Ok la, hari ni saya nk kongsi resepi Apam Mekar atau dipanggil jugak apam senyum. Baru je buat pagi td tp disebabkan mood yang begitu baik selepas tengok kejadian apam mekar ni myebabkan saya terus update blog.Still tersenyum lebar tengok kejadian apam mekar tadi...


 Resepi asal Apam Mekar ni daripada Chef Hanieliza katanya yang saya dapat dari laman web My Resipi. Actually dulu-dulu saya pernah buat apam cumanya waktu tu apam saya tak nak mekar, then lama jugak saya tak buat apam, semalam godek2 resepi terjmpa resepi chef hanieliza ni, nampak senang, why not saya cuba kan...and hasilnya membuatkan saya tersenyum lebar selebar apam saya senyum. haha


Yang ni versi tak nak senyum sangat...:))

Let's Check the Recipe

Apam Mekar
Sumber: My Resipi

Bahan-bahan 
         250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
         2 biji telur
         1 sudu kecil esen vanilla
         200 ml susu segar - sayamguna 250ml susu sejat
         300 gm tepung gandum - saya guna tepung naik sendiri
         1 sudu kecil ovallate
         Pewarna (ikut suka)
         Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
    1- Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
    2- Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
    3- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
    4- Masukkan ovallate dan pukul lagi.
    5- Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
    6- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
    7- Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup balikkan hingga warna sekata.
    8- Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
    9- Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10- Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  11- Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

Nota Tambahan: 

* saya kukus selama 25minit sbb guna paper cup yang sederhana saiznya
* Pastikan telur dipukul betul gebu sebelum dimasukkan tepung gandum

Nampak tak ada sebiji yang tak nak senyum, tak tau lah kenapa. Pelik betul.

Senyum.. ^____^


Saya guna pandan emulco, choc emulco, oren emulca dan adunan plain yang ditambah perasa lemon..jadilah hasil seperti kat atas...


Jom Brunch..:)

Selamat Mencuba


Sunday, September 8, 2013

Tart Nenas

Assalamualaikum...Hari ni mood agak baik untuk berblog, jadi layankan aje sementara waktu ni...:))

Ok, resepi kedua untuk hari ni ialah Tart Nenas Gulung...Resepi saya dapat dari my cousin.Dia memang buat bisnes biskut raya and yang paling hot itemnya mestilah Tart Nenas. Saya pun kalau ke rumah dia memang akan cari tart nenas dulu. Memang sedap, cair dalam mulut..Terbaik la.

Tak nak membebel panjang, kita terus kepada resepinya..

I buat tart nenas yang comel2 je saiz..senang nak makan, terus masuk mulut sebiji.

Tart Nenas Gulung
Sumber: My Cousin

Bahan-Bahan

300g tepung gandum
250g butter
2 tbsp bumbung tpung jagung
2 tbsp bumbung tepung kastard
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu kecil gula icing
2bj kuning telur
2 sudu besar bumbung susu tepung
Sdkt serbuk penaik
Mix gula icing, butter, minyak sapi hngga putih
+ telur, tepung2…last skali tepung gandum…tmb sikit2…

Sapuan atas
Kuning telur
1 tbsp susu sejat@ susu segar
Pewarna kuning

Cara Penyedian:

1- Ayak tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan.
2- Pukul gula icing bersama dengan butter dan minyak sapi hingga putih.
3- Tambah telur, dan tepung jagung dan tepung kastard. Gaul rata.
4- Akhir sekali tambah tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.
5- Canaikan adunan, letakkan jem nenas, sapu dengan sapuan kunig telur, bakar pada suhu 150 selama lebih kurang 25 minit ( bergantung kepada oven masing-masing).
6- Sejukkan diatas redai sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.


Nota Tambahan:
*Alas bekas pembakar dgn baking paper untuk mengelakkan ia melekat.
*Jem nenas, smpan dlm peti ais trlebih dhulu ntuk mudah dibulatkan.

Tart Nenas Buah-Buahan

Assalamualaikam...Selamat Pagi!!!..semoga hari anda indah2 aje...

OK, hari ni saya akan kongsikan resepi Tart Nenas Buah-Buahan. Resepi asal dari Kak Wan...
Ini projek lepas raya sbb nak habiskan stok jem nenas tapi still habis jgk...saya beli banyak sangat kot...hehe...Rasa macam boleh simpan untuk buat cookies raya haji ni je la...

Untuk cookies ni boleh juga kalu dibuat hantaran, letakan dalam bakul pastry, mmg cantik tapi kena buat cantik2 la..yang saya buat ni agak comot sikit tapi ok la untuk 1st try...cumanya saya still xtau kenapa cookies ni merekah..jadi xcun...xpe, mgkin boleh try lg lain kali..Usaha tangga kejayaan kan...

Tapi, seriously untuk buat cookies ni mmg memerlukan kesabaran yang tinggi sebab agak leceh...mula2 kena bentukkan cookies jadi bentuk yang anda suka, then kena warnakan pulak...tapi seronok bila tengok hasilnya walaupun xsecantik yang orang lain buat...


Macam2 bentuk buah...ada, jambu hijau, jambu merah, oren, lemon pun ada jgk...pilih2 yang korang nak...hehe
 Let's Check the Recipe ( sy copy paste dari blog k.ita je...agak malas nak taip..hehe)

TART BUAH-BUAHAN
Resepi Oleh : Kak Wan 
Sumber: Kak Ita
250 gm mentega
60 gm gua icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Bahan Hiasan 
Jam nenas sebagai inti
Pewarna mengikut warna buah-buahan
1 biji telur asingkan putih dan kuningnya
Cengkih sebagai tangkai
Bijan hitam sebagai hiasan
Royal Icing sebagai daun atau kudup 

Satukan mentega dan gula dan gaul rata dengan senduk kayu sahaja
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak terlebih dahulu sedikit-sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut

Ambil sedikit doh, letakkan jam nenas atau jam strawberry atau blueberry atau apa-apa jam yang anda rasakan sesuai.
Jam tu kita bulat-bulatkan dahulu supaya lebih memudahkan dan melancarkan lagi urusan kita nanti.
Bentukkan seakan-akan buah-buahan yang anda sukai, seperti buah strawberry, apple, pear, jambu, labu, kiwi, mangga, nenas, pisang, manggis, orange atau apa-apa buah-buahan yang terlintas di benak fikiran.
Buat kemas-kemas.
Untuk buah yang berlekuk seperti pear atau abu, gunakan belakang pisau untuk bentukkan setiap lekukan.
Untuk nenas atau buah durian  anda boleh guntingkan sedikit doh untuk membentuk durinya
Setelah siap susun dalam dulang pembakar yang dilapik kertas pembakar.

Bentukkan doh menjadi buah-buahan pilihan anda.. lagi banyak buah-buahan yang anda pilih lagi cantik dan menarik lah hasilnya nanti.. jangan sekat fikiran anda untuk berkreatif.. anda boleh mencuba pelbagai-bagai jenis buah-buahan yang anda suka dan anda rasakan ianya comel.. ^___^ 

Bila dah siap semuanya di bentuk, sekarang bolehlah di warnakan. Gunakan warna -warna yang menarik dan hampir-hampir serupa dengan buah yang asli. Warna yang digunakan adalah warna cecair atau gel.. mana-mana pun sesuai.. 

Gunakan berus yang sesuai, berus khas untuk makanan pastikan yang halal ya!!
Boleh ratakan dengan air sekiranya warnanya pekat.. 

Bila dah siap warna, keringkan sekejap sebelum kita sapukan pula dengan putih telur supaya ia nampak sedikit berkilat.
  
Selepas tu boleh lah kita letakkan tangkai. Untuk tangkai ita gunakan bunga cengkih.
Bagi buah yang ada biji-biji di luar tu.. macam strawberry, bolehlah kita letakkan bijan sebagai hiasan buah. 
Bagi buah yang berdaun, jangan letak daun dahulu, sebaliknya kita bakar dahulu
Bakar dalam ketuhar pada suhu 140C selama 25 minit. 
* kalau masa bakar nampak macam dia nak merekah, cepat-cepat turunkan suhu ketuhar.. 

Bagi kak Wan beliau akan salutkan semula doh yang dah 1/2 masak dengan kuning telur pula. Tapi ita tak buat la.. ita ni buat untuk makan sendiri aje... bagi yang nak buat boleh buat.. ia sebenarnya untuk mengukuhkan lagi kelekatan warna tu pada doh kalau tak.. dia akan mudah tanggal..

Bila dah siap bakar sejukkan sekejap kemudian letakkan daun atau kudup buah dari gula icing. 

Kemudian kita bakar semula untuk keringkan Royal Icing tu.. tak lama ya masa membakarnya dalam 10 minit dengan suhu oven yang rendah iaitu 120C


Royal Icing
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Satukan semua bahan dan putar hingga ia putih dan likat
Letakkan pewarna, letakkan dalam piping bag dan bolehlah di paipkan pada tart buah tadi
Bakar semula doh selama 10 minit pada suhu 120C


ada rupa jambu x??mungkin kalau letak tangkai guna bunga cengkih lagi nampak rupa jambu kot tp disebabkan saya tak suka rasa dan bau cengkih saya tak letak tangkainya...


Nampak kesan merekah yang agak teruk kan..Buah jambu je cantik xmerekah... and nampak x buah strawberry yang tak macam strawberry tu??haha

Buah oren...:))