Saturday, September 7, 2013

Spageti Goreng

Assalamualaikum dan salam hujung minggu. Sebelum terlambat, saya nak ucapkan selamat hari merdeka yang ke 56. SAYA SAYANG MALAYSIA..:)

Hari ni saya akan kongsikan resepi yang sangat simple, bila2 masa pun boleh buat. Iaitu Spageti Goreng. Saya buat untuk sarapan semalam. Sekarang, spageti pn boleh buat sarapan jgk. Class!!!..haha
Teringat artikel yang saya baca dalam Majalah Ujang edisi bulan ogos kalau tak silap. Katanya perbezaan hari raya sekarang salah satunya ialah orang sekarang hidang spageti, macaroni dan macam2 pasta lg di pagi raya, tak ramai yang hidang ketupat dan lemang...Saya pun agak terasa sebab kat rumah saya pun macam tu jugak. haha. Pagi raya lepas, saya hidangkan Spiral Sardin. Tapi nasib baik ada jugak lemang kat rumah ni walaupun ketupat tak ada, so ada la jugak suasana raya kan. Sejujurnya, saya merasakan raya sekarang tidak begitu meriah, mungkinkah sebab faktor umur yang makin meningkat???mungkin jugak salah satu faktornya..



Ok lah, kita terus kepada resepi untuk hari ni. Resepi ni memang saya agak2 je semua bahan, macam lebih kurang masak mee goreng jugak, cuma bezanya menggunakan spageti. So, layan je resepi yang simple ni, nk buat versi korang sendiri pun boleh juga, ikut selera masing-masing. 

Spageti Goreng

Bahan-Bahan
1 paket spageti
400g ayam cincang ( nak guna daging ayam, udang, sotong pun boleh)
4 ulas bawang putih- dicincang
1 biji bawang besar ( Holland)- potong dadu
2 tbsp cili kering
2 tbsp sos cili
1 tbsp sos tomoto
1 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap pekat
2 tbsp kicap manis
1 batang carrot
3 biji tomato
sedikit garam
* saya tambah cili padi- lagi banyak lagi kaw

Cara Penyediaan
1- Rebus spageti hingga masak.
2) Tumis, cilikering, bawang putih, bawang besar, cili padi hingga garing.
3) Masukkan ayam cincang, sos cili, sos tomoto, sos tiram, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata hingga ayam masak dengan sempurna.
4) Tambah carrot, biarkan seketika sehingga carrot agak lembut.
5) Masukan spageti dan tomato, gaul rata.
6) Siap untuk dihidang.



Nota Tambahan:
* Kalau nak tambah sayur2 lain pun boleh jugak
* Untuk penggunaan sos2 dan kicap2, sukatan kat atas saya agak je, jadi pandai2 la agak ikut selera masing-masing.
* Lain kali saya akan guna daging ayam instead of ayam cincang sbb rasa macam kurang best guna ayam cincang untuk goreng spageti ni. Itu bagi saya la..:)

No comments:

Post a Comment