Saturday, September 7, 2013

Spageti Bolognese

Assalamualaikum. Hari ni saya akan update resepi bergantung kepada mood saya. Jadinya tak tau lagi berapa resepi yang akan terupadate hari ni. Mungkin jugak ini resepi terakhir untuk hari ni atau mungkin juga tidak. Semuanya bergantung kepada mood saya.

 Ok, kali ni saya nak kongsi resepi yang simple jgk iaitu Spageti Bolognese. Ini buat 2 hari lepas untuk majlis raya kat ofis kakak saya. My sis tempah spageti bolognese dan kek karamel. Jadi sebagai adik yang baik, pasrah je la kena buat kan..tak buat kang, jadi derhaka pulak...haha

Untuk resepi bolognese kali ni, saya tak guna prego. Kalu dulu-dulu, saya guna prego je kalau nak buat bolognese, tapi after I realized something about prego, I stop using Prego. No more Prego allowed in our kitchen...Buat sendiri lagi sedap dan boleh ikut selera kita kan.. Ok, stop talking about prego, lets proceed to our recipe...

Resepi asal dari Chef Hanieliza tapi ada saya ubah sikit2 ikut selera kitorang kat rumah ni. Let's check the recipe..

Spageti Bolognese
Sumber: Chef Hanieliza


bahan-bahan 

1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang  - saya tak letak
1 biji carrot
2 biji putik jagung- tak letak jugak 
4 biji tomato 
4 s/b cili mesin - saya tak letak jugak sbb my sis cakap xyah letak
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam - Saya letak sikit je
1 cawan tomato sos - saya letak 1/2 cawan je
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]
3biji cili padi - saya tambah
3tbsp tomato puree- saya tambah
Cara: 
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili padi dan tomato puree, kacau rata.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.                   


Nota tambahan:
* Saya suka tambah cili api kalu buat bolognese ni sebab bagi saya, if x tambah cili api, rasa cepat jemu kalu makan, tapi kalu tambah cili api, mmg bertambah makan. Tekak melayu kan, nak juga makan yang pedas. Tapi saya xpernah msukkan cili api kalu masak carbonara sbb rasanya xsesuai kot...hahha.


No comments:

Post a Comment