Assalamualaikum…Sekian lama blog tak berupadate, harini saya kembali..:)
Rindu nak berblog cuma atas sebab2 yang memang tak dapat
dielakkan, masa tidak dapat diluangkan untuk berada dialam maya ini..
Ok..untuk hari ni, saya akan kongsikan resepi coklat kek
daripada dapur Hana. Saya memang pengumpul tegar resepi kek coklat and banyak
resepi yang telah saya cuba..Ada yang kena pada selera, ada yang tak kena
dengan selera…Untuk resepi ini, saya cuma rasa sepotong je, for me agak manis
tapi very moist..Lain kali kena kurangkan gula je…N resepi ni jgk akan
jadi 1 of my favourite recipe for choc
cake. Senang dan sedap. Tu tagline nya…
Resepi kat bawah menghasilkan kek yang agak besar, so, if nak buat kecil or ahli keluarga xramai boleh kut sukatan bahan2 yang berwarna merah...
Ok, kita terus kepada resepinya
Moist Chocolate Cake
Sumber : Hana Memories
Bahan-bahan
Bahan Kek
5 biji telur gred A
- 3 biji gred B
2 cawan tepung
superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
1 cawan serbuk koko
- 1/2 cwn
2 cawan gula halus
- 1 cwn
1 1/4 cawan susu pekat
- 1/2 cwn + 1sb
2 1/2 cawan susu
segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
1 1/2 cawan minyak
- 3/4 cwn
1 1/2 baking powder
- 1sk
1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanila
- 1sk
1 sk garam - secubit
Bahan
Topping @ Ganache Coklat
100ml whipping
cream/fresh cream
250g coklat masakan
gelap (dark chocolate)
1 sudu besar golden
syrup (utk kurangkan pahit coklat)
1 sudu besar butter
(utk topping yg berkilat)
Cara-cara
1) Ayak tepung, serbuk
koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
2) Pukul telur dan juga
gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna
blender pon tak mengapa)
3) Masukkan susu
segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali
masukkan minyak.
4) Oleskan loyang dengan
sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau
sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
5) Sejukkan kek.
Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream
sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu
cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair
dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas
kek yang dah sejuk tadi.
6) Masukkan peti ais
kemudian baru potong dan hidang.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment