Thursday, December 22, 2016

Belebak ubi

Assalamualaikum

Kita terus kepada resepinya ya. Kuih tradisional yang menjadi kegemaran bonda.


Belebak ubi

Bahan-Bahan:

4 cup tepung beras
5 cup santan 
1 3/4 cup gula
4-5 ketul ubi keledek
Sedikit garam
2 cup air untuk dibancuh bersama  tepung beras

Cara Penyediaan:

1- Potong kecil keledek dan rebus sehingga 3/4 masak. Toskan dan ketepikan.
2- Masak santan bersama gula, sedikit garam dan daun pandan sehingga gula larut dan santan mendidih.
3- Kecilkan api, masukkan tepung beras yang dibancuh bersama air. Kacau sentiasa sehingga pekat.
4- Tutup api dan masukkan keledek. Gaul rata. 
5- Bungkus dengan daun pisang dan kukus lebih kurang 15minit.



Sunday, October 2, 2016

Pemakanan bagi pesakit masalah buah pinggang

Assaalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan sedikit mengenai pemakanan bagi pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Sebenarnya ini adalah permintaan kawan saya yang bertanyakan pemakanan yang sesuai untuk pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Kawan saya tanya sebelum raya haji lagi tapi saya memang agak sibuk sejak 3 minggu lepas. Mula dengan raya haji yang agak memenatkan kerana dah macam kenduri masak kat rumah. Ramai yang datang. Selepas raya, banyak kenduri kahwin pula. Dah habis kenduri kahwin, bonda nak renovate dapur. Angkut dan simpan barang2 dapur bonda yang sangat banyak. Dan yang paling tak sangka anak buah pula masuk wad kat hospital raja perempuan zainab kota bharu. Dugaan kan. 4 hari firdaus kat wad baru boleh balik rumah.  Panjangnya intro. :)

Ok. Kita teruskan kepada tujuan asal entry ni ye. Sebagai pengenalannya, pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang dibahagikan kepada 5 tahap. Ia bergantung kepada bacaan GFR ( glomerular filtration rate) yang boleh diketahui apabila ujian darah dilakukan.  Doktor biasanya akan terangkan di tahap manakah seseorang pesakit itu berada. Tahap 1 dan 2 dikategorikan sebagai "early chronic kidney disease" atau  boleh dikatakan "mild decrease in kidney function". Tahap 3 dan 4 dikategorikan sebagai " moderate to severe decrease  in kidney function". Manakala tahap 5 dikategorikan sebagai "end stage renal disease ( ESRD)". Pada tahap ini pesakit perlu menjalani proses dialisis atau continous ambulatory peritoneal dialysis (CAPD).

Untuk kali ini, saya cuba terangkan pemakanan bagi pesakit yang belum menjalani proses dialisis. Maksudnya bagi pesakit yang berada pada tahap 1 hingga 4.

Perkara yang penting untuk dikawal ialah protein. Kenapa protein? Ini kerana buah pinggang berperanan menyingkirkan hasil akhir proses metabolisma protein  iaitu urea daripada darah kepada urine untuk disingkirkan. Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, maka aras urea dalam darah meningkat.

Jumlah pengambilan protein yang disarankan bagi pesakit yang mengalami masalah buah pinggang yang berada pada tahap 1-2 ialah 0.8g protein/ kg body weight manakala bagi pesakit yang berada pada tahap 3 -4 saranan pengambilan protein adalah 0.6g/ kg body weight.

Saya menggunakan contoh pesakit mempunyai berat badan 60kg dan berada pada tahap 1-2. Pesakit juga mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis.

Keperluan kalori:
30kcal x 60kg
= 1800kcal/day

Protein:
0.8 x 60kg
= 48g protein/day
= 192 kcal
= 7 ex

Karbohidrat
=55% x 1800kcal
= 990 kcal /day
= 247.5g
= 16 ex

Lemak
= 1800- 990- 192
= 618 kcal /day
= 69g lemak/ day
= 14 ex

Kat atas adalah pengiraan kalori dan jumlah pertukaran bagi protein, karbohidrat dan juga lemak. Berdasarkan pertukaran kat atas kita akan bahagikan untuk rancang menu sehari.

Contoh menu sehari

Sarapan pagi:
2 keping roti
Milo tanpa gula

Minum pagi:
2 biji kuih
Air kosong

Makan tengah hari:
2 senduk rata nasi
1biji buah
Sup ayam
- 1 ketul ayam saiz sederhana
- 1 ketul kentang
1 mangkuk sayur campur goreng

Minum petang:
6 keping biskut cream crackers
Teh 0

Makan malam:
3 senduk rata nasi
1/2 ekor ikan saiz sederhana ( goreng atau bakar)
1 biji buah
1 mangkuk sayur sawi masak air

Ini adalah contoh menu sehari yang sangat simple. Yang penting jumlah pengambilan karbohidrat dan protein dalam masa sehari.

Makanan tinggi sodium juga harus dikurangkan. Contoh makanan tinggi sodium ialah sos, penggunaan perasa tambahan, minuman bergas, makanan terproses dan juga kurangkan makanan masin. Pengambilan sodium yang tinggi berkait rapat dengan tekanan darah tinggi. Dan kajian menunjukkan pengawalan tekanan darah yang baik membantu melambatkan kerosakan buah pinggang yang makin teruk. Selain itu, pengambilan sodium yang tinggi juga akan meningkatkan rasa haus yang mana ai akan mendorong seseorang untuk mengambil lebih banyak air. Ianya tidak bagus untuk pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang bilamana keupayaannya buah pinggang untuk melakukan "filtration" telah berkurang. Secara ringkas ia akan memberi lebih bebanan kepada buah pinggang.

Rasanya setakat ini dulu untuk kali ini. Saya cuma tekankan kepada perkara2 utamanya sahaja. Untuk lebih mendalam lagi, berjumpa dan berbincanglah dengan dietitian anda. Ini kerana setiap keperluan individu adalah berbeza mengikut keperluan masing masing.

Salam sayang dan hargailah badan kita.

Wednesday, August 31, 2016

Kuih Serimuka Durian

Assalamualaikum. Hari ni nak kongsikan resepi kuih serimuka durian. Biasa kita makan kuih serimuka pandan kan tapi disebabkan sekarang musim durian, kita cuba serimuka durian pula. Kebelakangan ini, saya sangat suka masak kuih2 tradisional. Kalau sebelum ni memamg jarang masak kuih2 tradisional sebab saya tak suka makan tapi sejak ramadhan aritu bila saya masak kuih pulut sekaya dan hasilnya bonda cakap sedap, memang seronok sangat.

Tapi untuk masak kuih muih tradisional ni bukan semudah yang disangka. 2 minggu lepas, saya cuba masak kuih serimuka pandan tapi tak jadi. Haha. Lapisan atas lembik sangat. InsyaAllah akan cuba lagi sehingga jadi. Dan lagi cerita mengenai kuih muih tradisional ialah agar2 tembikai yang mana dah 3 kali saya cuba tapi masih belum dapat hasil sebagaimana yang bonda mahu. Jadi, untuk masa sekarang, saya akan belajar banyak banyak resepi kuih muih tradisional. InayaAllah.

Jom layan resepi serimuka durian dulu.

Serimuka Durian

Bahan- Bahan:

Lapisan bawah:
1 1/2 cup beras pulut- rendam selama 2-3 jam
1 1/2 cup santan
Sedikit garam

Lapisan atas:
1cup rata tepung gandum
2 tbsp tepung kastard
2 cup santan
3/4 cup gula
3/4 cup isi durian
Sebiji telur
Sedikit garam

Cara Penyediaan:

1- Kukus bahan2 lapisan bawah dalam loyang sehingga masak. Lebih kurang 20minit. Apabila masak, gaul2 sedikit pulut dan padatkan dalam loyang. Ketepikan.

2- Untuk lapisan atas, "blend" santan, gula, garam dan telur sehingga sebati.

3- Masukkan isi durian dan blend sebati. Kemudiaan masukkan tepung gandum dan juga tepung kastard. Blend sebati.

4- Masukkan dalam loyang pulut dan kukus sehingga masak lebih kurang 30minit. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air jatuh diatas permukaan kuih. Dan untuk 5minit terakhir, buka aluminium foil dan juga penutup pengukus untuk mendapatkan permukaan kuih yang cantik.

Thursday, August 25, 2016

Agar2 Tembikai (experiment 3)

Assalamualaikum. Minggu lepas saya cuba lagi buat agar2 tembikai untuk kali ke 3. Tapi hasil masih lagi tak memuaskan hati. Masih tak dapat tekstur dan rasa yang digambarkan oleh bonda. Tapi lebih baik dari percubaan ke 2.

Secara ringkas saya catatkan sukatan bahan yang saya gunakan.

Agar2 tali 30g
5 cawan air
2 cawan gula
Sedikit gula batu
Sedikit esen vanila
3 biji putih telur

Caranya sama seperti sebelum ni cuma semasa mencampurkan agar2 dengan putih telur, saya pukul agak lama sehingga hampir 100% sejuk adunan agar..

Result dan yang perlu diperbaiki..
1- MANIS SANGAT, kurangkan gula kepada 1 cup sahaja
2- boleh cuba kurangkan air kepada 4 1/2 cup sahaja.

Sunday, July 31, 2016

Agar Agar Tembikai ( experiment 2)

Assalamualaikum. Rabu lepas saya buat agar2 tembikai untuk kali ke 2. Alkisahnya percubaan kali pertama hasilnya tak begitu memuaskan dari segi rasa walaupun rupanya memang cun ( yg ni saya sendiri yang declare, haha). Menurut bonda rasanya tak "authentic" macam dulu2.

Maka saya bertanyakan bonda dan mak saudara cara penyediaannya. Bonda dan mak saudara pernah buat dulu sewaktu zaman mereka muda remaja tapi tak pasti sukatan yang tepat. Ye la, dah lebih 30 tahun tak buat kan. Cuma bonda dan mak saudara saya berkongsi tips yang masih mereka ingat. Berbekalkan tips dari mereka terhasillah percubaan kedua.

TAPI hasilnya belum sempurna. Ayah komen rasa macam puding buih je. Still takde rasa authentic nya agar2 tembikai tu. InsyaAllah akan ada percubaan ke3 nanti. Kena buat sampai bonda cakap lulus dari segi rasa. :)

Jom berexperiment dengan saya

BAHAN- BAHAN:
Sebungkus serbuk agar -agar ( 10g)
70g gula batu
1/2  cup gula pasir
Sedikit esen vanila
3 biji putih telur
3 1/2 cup air
Sedikit kismis
Pewarna

Cara Penyediaan:
1- Masak serbuk agar2, gula batu dan juga gula pasir. Masak agak lama. Haritu saya masak lebih kurang 25minit. Masukkan esen vanila.
2- Biarkan agar2 sejuk sedikit lebih kurang 15- 20minit
3- Pukul putih telur sehingga jadi meringue.
4- Masukkan agar2 yang dah suam2 kuku. Then terus pukul sehingga adunan hampir sejuk. Seeloknya sehingga sejuk.
5- Masukkan dalam mangkuk dan warnakan serta letakkan kismis.

Note:
Kesimpulannya experiment belum berjaya. Entry ini bertujuan sebagai reminder untuk saya pada masa hadapan.

Thursday, July 28, 2016

Kuah Lodeh

Assalamualaikum.

Kali ni entry yang ringkas je dan tanpa gambar juga. Resepi ulang tayang sebenarnya cuma saya buat entry baru untuk memudahkan saya cari resepinya nanti. Cuma nak kongsikan resepi kuah lodeh yang saya masak minggu lepas untuk majlis makan2 kat rumah. Kuah lodeh dimakan bersama nasi impit dan juga sambal ikan bilis. Jadilah lontong.

Secara ringkas resepinya

Bahan-Bahan:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
Tauhu
Tempe
Suun dan fucuk
Kobis
Lobak merah
Babycorn
Kacang panjang
Isi ayam
Sedikit serbuk kunyit

Cara Penyediaan:
1- Kisar bawang merah dan bawang putih.
2- Tumis bawang yang dah dikisar sehingga naik bau dan masukkan serai yang diketuk dan juga isi ayam. Masak sebentar. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit.
3- Masukkan santan. Saya campur santan pekat dan santan cair.  Bergantung kepada cara masing2. Sesetengah orang suka masukkan santan last tapi saya biasa masukkan santan awal2 lagi sebab tak asingkan santan pekat dan santan cair.
4- Agak2 santan hampir mendidih, masukkan sayur2 danjuga tempe.Masakkan sekejap.
5- Masukkan tauhu, suun dan juga fucuk. Perasakan dengan garam. Jangan masak terlalu lama sebab takut nanti santan pecah minyak pula.

Boleh juga masukkan udang. Lagi best. Tapi aritu takde stok udang, jadi saya masukkan ayam je. Itu pun sedap sangat dah rasanya. Hihi. Puji sendiri.

Lg 1, nak share juga tips masak sambal ikan bilis yang best. Best bagi saya la, mungkin orang lain seleranya lain kan. Tipsnya ialah hanya guna bawang besar (bwg holland) dan bawang putih. Tak perlu guna bawang merah. Boleh juga tambah belacan tapi saya jarang guna belacan sebab nanti ayah komplen bau belacan 1 rumah. Hihi. Lagipun adik lelaki saya alahan dengan belacan. Nanti mulalah gatal2 muka dan hidung.  Dan lagi 1 tips, tumis bawang dengan minyak yang banyak, pastu bila masak, minyak biasanya akan terkumpul di bahagian atas, kita cedok buang la minyak tu. Lebih sihat gitu. Lagi 1 (berapa kali lagi 1 dah, haha) saya suka tumbuk sedikit ikan bilis untuk dimasak sambal sebab tak tahu la. rasanya lagi best kot. Dan lagi terasa ikan bilisnya, so tak perlu tambah garam atau tambah sikit je.

P/s:
Saya memang suka makan lontong. :)

Tuesday, July 19, 2016

Agar- agar Tembikai (experiment 1)

Dessert hari ni. Memenuhi permintaan bonda. Actually sejak raya aritu bonda menyatakan hasrat nak makan agar2 tembikai tapi saya agak tak confident untuk buat sebabnya saya tak pandai untuk buat kuih2 tradisional. Tapi demi bonda saya cuba dan alhamdulillah hasilnya cantik dan sedap walaupun belum lulus sepenuhnya...hihi..insyaAllah saya akan cuba lagi nanti.


saya ikut resepi kat atas..maaf, kurang rajin sikit nak taip balik. :)

untuk sukatan air saya guna 3 1/2 cup air sebab saya guna cawan sukatan metrik yang mana setiap cawan boleh isi 250ml air.

tips dari mak sedara saya:

1- tambah gula batu semasa masak agar2.
2- Guna telur putih je, tak perlu guna telur kuning. Next time mungkin nak try guna 4 biji putih telur
3- Masak agar2 dan gula agak lama. 
4- Next time mungkin nak kurangkan air kepada 3 cup sahaja sebab ayah cakap agar2 tadi agak lembik


Puding Roti Gula Hangus

Assalamualaikum. Alkisah semalam petang bonda minta saya buatkan puding roti untuk berbuka puasa. Seboleh mungkin saya akan cuba masak apa saja yang bonda atau ayah minta. Sangat gembira bila family makan apa yang saya masak. Ingatkan entry memgenai kuih pulut sekaya yang saya buat ramadhan aritu?. 3 hari lepas, bonda minta saya buatkan lagi. Seronok sangat sebab maksudnya kuih yang saya buat tu sedapkan. Hihi. 

Saya mungkin tak mampu untuk beri duit yang banyak untuk bonda dan ayah saya. Hanya ini yang saya mampu setakat ini. Semua saya lakukan demi kasih sayang saya untuk bonda dan ayah serta family.Saya juga jahit baju untuk family saya dan saya tahu mak ayah saya sangat gembira bila pakai baju yang saya jahit walaupun kadang2 jahitan saya tak kemas sangat. Pernah saya jahitkan tudung untuk mak saya dan satu hari ada kawan saya datang ke rumah, tak sangka mak tunjukkam tudung yang saya jahit tu. Saya pulak yang segan. Hehe.sebab saya tahu jahitan saya tak cantik sangat pun.

Panjang membebel kat atas. Jom tengok resepi.  Resepi dari blog ni juga tapi dah alter sikit sebab saya nak buat banyak. Dapat 2 loyang. 1 loyang saiz 9inci dan 1 loyang lagi saiz 7inci. 

Puding Roti Gula Hangus

Bahan-Bahan

4 tbsp gula pasir- jadikan gula hangus

1 tin susu sejat

air ( jadikan 6cup- susu sejat + air)

1 1/3 cup gula

8 biji telur

12 keping roti- boleh kurangkan

Sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:

1- Cairkan gula pasir. 2tbsp untuk setiap loyang. Apabila gula mencair sepenuhnya, tutup api dan ketepikan.

2- Blend telur dan esen vanila. Masukkan dalam bekas. Boleh juga tapis kalau rajin tapi saya tak buat pun. :)

3- Blend air, susu, roti dan gula. Campurkan dalam bekas telur. Kacau sebati.

4- Masukkan dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 30minit atau sehingga masak.

Wednesday, July 13, 2016

Marriage conference

Assalamualaikum. Pagi ni saya menonton rancangan marriage conferences. Dan speakernya adalah Syeikh Yahya. Dan topiknya adalah "lonely people". Fikir kejap, saya termasuk dalam kumpulan ni juga k? Hahaha. Jom kita tengok apa yang dikongsikan oleh Syeikh Yahya. Banyak yang dikongsikan oleh beliau tapi banyak juga yang saya tak sempat tulis. :(

Semua orang  nak hidup bahagia n hidup yg lengkap dan ramai yang beranggapan hanya dengan perkahwinan akan melengkapkan hidup mereka. Sebenarnya agak silap disitu kerana perkahwinan sepatutnya melibatkan 2 orang yang dah lengkap. Bukanlah bermaksud kita mesti jadi sempurna sebelum berkahwin tapi seharusnya kita berusaha memperbaiki diri dan bukanlah menunggu sehingga berkahwin untuk memperbaiki diri. Pernah dengar tak jodoh adalah cerminan diri kita. Maksudnya berusaha menjadi baik untuk mendapat jodoh yang baik. Jadi mulakan dengan diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik. Dan sebelum berkahwin fikirkan apa yang ada dalam diri yang boleh disumbangkan kepada orang lain termasuklah suami, dan keluarga. Ini kerana sesebuah perkahwinan memerlukan peranan dari semua orang. Menurut Syeikh Yahya juga perkahwinan umpama membina bangunan lego. Bangunan tidak akan sempurna walau tanpa 1 lego. Begitu juga bangunan tidak akan lengkap sekiranya 1 lego itu rosak walaupun ia ada. Begitulah juga perkahwinan saling melengkapi dan peranan setiap orang sangat penting.

Jadi point yang paling penting adalah baiki diri dan buat apa saja semuanya kerana Allah dan menjauhi yang haram. Mengenai couple pula, kadang2 kita tersilap menilai seseorang bila hati dah sayang kan. Bak kata Syeikh Yahya, walaupun dia cuma sent icon "smile" pun kita dah rasa dia baik kan? Itulah bahayanya cinta. Dan kerana itulah pentingnya kita menjaga ikhtilat iaitu pergaulan kita dengan yang bukan mahram. Bila kita buat segalanya untuk Allah, 'lonely people'akan gembira bila Allah letakkan ketenangan dan keyakinan dalam hatinya walaupun belum mempunyai pasangan. Saya ada terbaca kadang kita terlalu mengejar cinta manusia yang diharapkan jodoh kita sehingga kita lupa untuk mengejar cinta Allah dan juga cinta ibu bapa. Sebenarnya ketenangan hidup juga datang dari keberkatan kita yang berbuat baik kepada ibu bapa.

Satu perkata yang masih belum saya fahami daripada ucapan Syeikh Yahya ialah mengenai persoalan seorang pemuda yang bertanyakan kepadanya "how do we know that we are ready to get married"?. And the answer from Syeikh Yahya is "you are ready when you are ready". Seriously I don't understand. Maybe I'm not ready yet to get married. :)

Last word from Syeikh Yahya is "Marriage is beautiful but it's hard". You have to accept that package.

p/s:
1- Disebabkan ini adalah entry mengenai kahwin saya nak bagitau mengenai impian saya berkaitan kahwin juga walaupun saya ada banyak lagi impian lain. Kawan saya cakap kita mesti tulis dan sebarkan impian kita. Jadi saya nak tulis impian saya kat sini. Saya nak kahwin tahun depan. Tapi saya tak ada calon lagi. Hehe...doakan saya please. Amin.

2- Impian saya lagi saya inginkan dengan perkahwinan saya satu hari nanti (insyaAllah) akan memberi kebahagiaan kepada kedua2 keluarga. Amin.

3- Ini adalah entry yang tersimpan lama dalam draf sebab saya memang tak pandai nak mengarang ayat mengenai jodoh dan perkahwinan. Maaf kalau ada salah dan silap.

Saturday, July 9, 2016

Kek Buah

Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek buah kukus yang saya buat raya keempat aritu. Tahun ni saya memang tak buat kek untuk raya disebabkan kekangan waktu. Raya keempat baru berkesempatan untuk buat kek. Itu pun sebab ada tetamu istimewa nak datang rumah, jadi saya gagahkan juga untuk buat kek. Dan alhamdulillah kek masak beberapa minit sebelum tetamu sampai. Hidang kek yang masih panas untuk tetamu saya. Berdebar juga nak hidang kat tetamu sebab 1st time cuba resepi ni tapi alhamdulillah tetamu saya cakap sedap. Tak tau la betul sedap atau cuma nak ambik hati saya. Haha

Jom tengok resepi

Kek Buah Kukus

Sumber: fb azlina ina fans

Bahan- Bahan:

250g butter

1 1/2 cup gula pasir (next time saya nak kurangkan kepada 1 cup lbh sikit je sebab bagi saya ianya agak manis. Ikut selera masing2)

5biji telur

2tbsp pati sunquick

3 1/2 cup tepung gandum

2 cup buah buahan kering( saya guna 1 cup je sebab stok cuma ada banyak tu je kat rumah. Jadi kek buah yang tak meriah dengan buah la. Next time kena guna 2 cup)

1tsp soda bicarbonate

2tsp baking powder

1/4 cup air panas

Cara Penyediaan:

1-Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan

2- Rendam buah kering dlam air suam lebih kurang 5 minit. Buang kotoran dan toskan. Asingkan sedikit untuk hiasan.

3- Ambil tepung yang dah diayak lebih kurang 2 senduk dan gaulkan dengan buah kering tadi. Ketepikan.

4- Masak gula sehingga keperangan dan masukkan 1/4 cup air panas.

5- Apabila gula mencair sepenuhnya, tambah butter dan biarkan cair. Guna api perlahan je. Apabila butter air, tutup api dan biarkan suam.

6- Pukul 5 biji telur sehingga kembang, tambah sunquick dan mix sekejap.

7- Tambah gula cair bersama butter dan mix sebati.

8- Slowkan mixer dan tambah tepunh sedikit dan mix sebati. Kejap je tau. Boleh juga kaup balik guna senduk kayu. 

9- Tambah buah yang digaul dengan tepung dan kaup balik sehingga sebati dan rata. 

10- Sapukan minyak pada loyang dan masukkan adunan. Taburkan buah yang diasingkan tadi.

11- Kukus selama 1 jam 30minit. Setelah masak, biarkan sekejap dan terbalikkan diatas redai untuk disejukkan.

Happy baking everyone

p/s: i'm gonna miss baking after this..:(


Wednesday, July 6, 2016

Aidilfitri 2016

Assalamualaikum.
Salam aidilfitri untuk semua yang terbaca blog saya. :)

Raya tahun ni agak sayu dan sedih. Sebab pertama kerana family kitorg baru je kehilangan nenek yang meninggal 2 minggu sebelum puasa. Sangat terasa ketiadaan arwah sebab kebiasaannya kitorg family besar akan berkumpul rumah nenek awal pagi raya. Tahun ni walaupun berkumpul jgak kat rumah arwah tapi suasana tidak sama seperti dl.

Sebab kedua tahun ni dapat duit raya sikit je. Haha..tahun lepas dapat lagiiii banyak.

P/s:
1-  ad banyak resepi cookies yang tak sempat update.
2- tahun ni x buat kek pun untuk raya. :(

3- letak gmbar kontroversi satu...raya ber3..bila nak raya ber2 plak ye? Hihi

Saturday, July 2, 2016

Pulut Sekaya

Assalamualaikum. Walaupun entry sebelum ni belum ter update resepi cookies nya tapi saya sangat excited untuk share resepi pulut sekaya yang saya masak untuk iftar hari ni. Saya sebenarnya tidak begitu suka makan dan belajar serta masak kuih muih tradisional kerana merasakan proses memasaknya agak rumit. Tapi hari ni memberanikan diri untuk cuba masak pulut sekaya versi kelantan. Ini adalah permintaan bonda kesayangan yang menyatakan hasrat untuk makan kuih ni. Tapi bonda pun tak begitu pasti sukatannya. Jadi saya google resepinya. Resepi yang saya rujuk dari blog "www.duniacikguwan.blogspot.com. Rupanya tak la susah sangat nak masak kuih ni. Lain kali boleh buat lagi. InsyaAllah.

Kuih Pulut Sekaya
Sumber: www.duniacikguwan.blogspot.com

Bahan- Bahan:

Lapisan bawah:
2 cup tepung pulut
Santan
Sedikit garam

Lapisan atas:
6 bj telur
1 senduk gula( senduk kecil je)
5 keping gula melaka atau nise
Daun pandan
Esen vanila
1cup air

Cara Penyediaan:
1- Basuh dan rendam pulut lebih kurang 3jam.
2- Kukus pulut bersama santan dan juga sedikit garam. Paras santan cuma menutupi pulut.
3- Kukus lebih kurang 2o minit atau sehingga masak. Sambil dikacau2 sedikit untuk pastikan pulut sekata dengan santan.
4- Setelah masak, kacau2 sikit dan padatkan pulut.ketepikan.
5- Untuk lapisan atas, masak gula, gula melaka, air simpulan daun pandan sehingga gula larut dan sedikit likat. Biarkan sejuk.
6- Pukul telur (saya guna whisk je) dan satukan dengan air gula. Kemudian tapis (saya terlupa step ni tadi)
6- Tabur sedikit tepung gandum diatas lapisan pulut dan dan masukkan adunan telur. Kukus sehingga masak iaitu lebih kurang 20minit. Sejukkan sebelum dipotong.

p/s: mak cakap kuih yang saya buat td sedap. Happynya...:)

p/s 2: lekuk2 permukaan atas kuih mgkin sbb saya tak balut penutup pengukus then air jatuh atas kuih.

Sunday, June 26, 2016

Biskut Bangkit Susu

Assalamualaikum. 
Terus kepada resepinya ya. Sumber resepi dari cikgu ina dari fb azlina ina fans. 

Biskut Bangkit Susu

Bahan-Bahan:
3 cup tepung ubi
2 1/2 cup tepung jagung
1 tsp garam
1 ketul buttercup
1 cup gula
2 biji kuning telur
4 tbsp susu tepung
Sedikit garam

Cara Penyedian:
1- Sangai tepung ubi dengan api perlahan selama 10minit.
2- Pukul gula dan butter  sehingga putih.
3- Tambah telur satu persatu dan slowkan mixer. Mix sehingga sebati.
4- Satukan tepung ubi, susu tepung dan baking powder serta garam.
5-Tambah tepung yang diayak sedikit2 dan uli. 
6- Kemudian tambah tepung jagung sedikit2 sehingga doh tak melekat pada tangan. Saya tak habiskan tepung jagung.
7- Rehatkan doh selama 30minit dan tutup bekas adunan.
8- Canaikan doh dan bakar pada suhu 150°C selama 20 minit ( bergantung kepada oven anda)
9- Boleh sapu kuning telur dan tabur cheddar cheese sebelum dibakar. ( saya tak buat)    

p/s:
if nak jadikan cookies bangkit cheese boleh tambah 1 cup cream cheese dalam adunan selepas tambah telur dan mix sebati. Tepung ubi mesti dilebihkan sehingga 4cup. Tetapi ketepikan dahulu extra 1cup tepung ubi. Tambah last sedikit demi sedikit.

Salah siapa?

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, tahap kesabaran semakin menipis. Dan diri ini juga makin sensitif dengan kata2 orang. Kenapa???

Saturday, June 25, 2016

Agar Agar Kering

Assalamualaikum. Hari ni nak kongsikan resepi agar agar kering yang saya buat  semalam. Plan untuk buat 2 lagi jenis cookies tak menjadi. Cuma buat agar2 kering je. Itupun belum sempurna kejadiannya kerana ianya perlu dijemur sehingga kering.

Resepi saya ambil dari blog azlita masam manis ( www.azlitamasammanis.com). Kata kak ita, sumber asalnya dari Badaria. Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi. Izinkan saya panjangkan resepi disini pula.

Bercerita mengenai agar2 kering ni, bonda bercerita, dia juga pernah buat agar2 kering ketika muda2 dulu. Sekarang pun bonda saya masih muda. Saya sentiasa doakan bonda saya supaya sentiasa muda dan sihat.:) Kata bonda lagi, agar2 kering mesti menggunakan gula yang banyak untuk mendapatkan hasil yang cantik. Tp saya memang tak suka kuih yang terlampau manis. Jadi saya kurangkan gula. Tak tahulah hasilnya macam mana nanti. Mungkin tak secantik hasil yang bonda buat dulu.

Jom semak resepi. Tengok resepi asal dulu ye.

Agar Agar Kering

Bahan- bahan:
60g agar2 tali
150g gula batu
1300ml air
1200g gula pasir
Sedikit pewarna makanan 

Cara Penyediaan:
1- Masak agar2 sehingga agar2 larut semuanya.
2- Masukkan gula, gula batu dan juga simpulan daun pandan.
3- Masak sehingga gula larut dan mendidih agak lama.
4- Masukkan sedikit pewarna dan bekukan agar2. Bila agar2 dah beku,potong dan jemur.

Versi yang saya buat

Bahan-bahan:

2bungkus agar2 (37g setiap bungkus)
2000ml air
1kg gula
150g gula batu

*cara penyediaannya sama seperti kat atas.

Friday, June 24, 2016

Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum. Resepi kedua cookies hari ni ialah chocolate chip cookies. Juga resepi dari cikgu ina. Terima kasih cikgu..

Chocolate chip cookies

Bahan- bahan:

3/4 cup butter
1/4 cup minyak
1/2 cup gula perang
1/2 cup gula halus kisar
Sedikit esen vanila
2 cup tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 tsp tepung beras
1 tbsp serbuk koko
1biji kuning telur
Almond nips
Chocolate chip

Cara Penyediaan:
1- Satukan butter, minyak, gula perang, gula halus dan esen vanila. Kacau sebati menggunakan senduk kayu.
2- Tambah kuning telur dalam adunan butter dan kacau sebati.
3- Tambah 1 cup tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan tepung beras.
4- Tambah serbuk koko. Uli. Kemudian tambah balance tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli dengan doh tak melekat pada tangan.
5- Tambah choc chip dan almond nips. Uli sebati.
6- "Wrap"kan biskut dengan plastic wrap dan simpan dalam peti ais selama 45 minit atau 1 jam.
7- Cikgu ina ajar supaya cubit2je doh dan susun dalam dulang pembakar. Saya bulat2kan dan tekan dengan garfu.
8- Bakar 150°C selama 20minit.

Update..adik bongsu cakap ini cookies yang pling best. Rasa macam chipsmore. So boleh masuk list untuk tahun depan. 

Biskut Kacang

Assalamualaikum. Hari ni saya mula buat cookies untuk raya. Dan Alhamdulillah berjaya siapkan 3jenis cookies harini. Tahun ni bonda awl2 lagi pesan tak perlu buat banyak cookies sebab last year saya buat agak banyak cookies and tak makan sangat pun. Jadinya tahun ni saya rancang untuk buat 5 jenis cookies sahaja. Lagi 2 jenis cookies insyaAllah boleh siapkan esok. Then boleh concentrate jahit baju raya yang taktahu bila boleh siap.:)

Tahun ni semua resepi cookies dari cikgu azlina ina. Boleh refer facebook beliau. Cikgu ina  sangat la pemurah dengan ilmu yang dia ada. Semua resepi pun dia kongsi walaupun beliau sendiri buat bisnes biskut raya. Yuk, tengok resepi.

Biskut Kacang

Bahan- Bahan:

2 cup kacang tanah yang diblend kasar
2 1/4 cup tepung gandum ( saya guna cap rose)
1tsp baking powder
2 tbsp minyak sapi
1/2 cup gula halus yang dikisar
1/2 cup minyak masak atau minyak mazola
Sedikit garam
Sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:

1- Campur semua bahan kecuali minyak.
2- Tambah minyak sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat pada tangan.
3- Canai doh dan terap dengan acuan pilihan anda.
4- Sapu kuning telur yang dicampur sedikit pewarna kuning dan letakkan kacang diatasnya.
5- Bakar 150°C selama 20minit. Ini ikut oven saya ya. Kalau ikut saranan cikgu ina, bakar pada suhu 170°C tetapi ianya bergantung pada oven anda.
6- Sejukkan diatas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sup Brokoli dan Tofu Telur

Assalamualaikum. Resepi kedua hari ini. Ini juga menu iftar semalam iaitu sup brokoli bersama tofu telur. Brokoli boleh dikatakan super food kerana ia merupakan sayur yang tinggi nutrientnya yang mana ianya tinggi kalsium, tinggi protein dan juga tinggi iron. Jadi,brokoli sangat baik untuk diet seharian kita.

Jom tengok resepi. Ini adalah versi yang biasa saya masak ye, boleh ubah ikut selera korang atau ikut bahan2 yang ada kat dapur.

Sup Brokoli dan Tofu Telur

Bahan-bahan:

1 tube tofu telur
Brokoli
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit isi ayam atau ikan bilis
Cauliflower

Cara Penyediaan:

1- Potong tofu telur dan goreng sekejap. Ketepikan.Tujuannya untuk mengelakkan tofu telur pecah.
2- Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukan isi ayam. Masak sebentar.
3- Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. Masukkan brokoli dan cauliflower dan juga tofu telur. Masak sebentar perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, June 23, 2016

Ikan Keli Goreng Berlada

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi ikan keli goreng berlada. Sebenarnya saya tidak makan ikan keli cuma masak untuk adik2. Dan sejujurnya saya tak pandai nak bersihkan ikan keli. Kebiasaannya kalau bonda saya beli ikan keli segar, bonda atau adik yang akan bersihkan. Saya cuma masakkan saja.

Saya jarang sekali update resepi lauk pauk kat blog kan. Biasanya yang saya update kat sini adalah resepi yang jarang saya masak dan tujuan utama adalah untuk rujukan saya sendiri sebab kadang lupa resepi, boleh rujuk blog sendiri. Bawak fon dan buka blog sendiri masuk dapur. Itulah saya. :)

Jom tengok resepi. Tiada sukatan khusus ye. Agak2 sukahati je. 

Bahan- Bahan:

Ikan keli yang dah dibersihkan dan dilumur garam dan kunyit.

Bawang putih

Halia

Cili padi

Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1- Goreng ikan keli. Pastikan sedikit garing untuk lebih sedap( adik yang cakap begitu). Untuk mengelakkan minyak panas yang meletup2 yang boleh mengurangkan jumlah hantaran kawen anda sekiranya terkena muka ialah masukkan asam keping didalam kuali semasa proses menggoreng.:)

2- Ketepikan selepas siap digoreng.

3-Untuk sambal, blend atau tumbuk bawang putih, halia dan cili padi. Sekiranya anda ingin mengurangkan tahap kepedasannya, boleh campurkan cili padi dan cili merah.

4- Tumis bahan2 blend sehingga garing. Tambah sedikit gula untuk mengurangkan kepedasannya. Tak perlu tambah garam kerana ikan telah dilumur dengan garam dan kunyit. 

5- Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang.  

Tuesday, June 21, 2016

Jeput Malah

Assalamualaikum. Ketika ini jam dah pukul 12.04am. Tapi saya masih xboleh lelap akibat secawan nescafe after berbuka tadi. Saya memang agak susah tidur kalau minum minuman berkafein. Salah sendiri kan. Dah la esok nak bangun sahur..:(

Jadi, sementara pujuk diri untuk tidur, saya nak kongsikan resepi jeput malah yang saya buat semalan. Saya pernah kongsikan resepinya sebelum ni cuma ini adalah versi yang berbeza walaupun cuma berbeza 1 bahan sahaja, hasilnya memang beza.

Sebelum ni saya guna resepi dari google tapi semalam saya cuba resepi dari bonda saya. Ternyata resepi versi bonda memang sedap.

Yuk, tengok resepi. Lain kali boleh buat lagi.

Jeput Malah

Bahan- Bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 paket mauripan
1 biji telur
Kangkung- potong
Garam
Serbuk kunyit atau sedikit pewarna kuning
Sedikit gula- optional
Ikan bilis-optional

Untuk pencecah
Air asam jawa
Kacang tanah yang diblend kasar
Lada kering yang dikisar
Gula
Garam
Bawang putih- diketuk

Cara Penyediaan:
1- Larutkan serbuk mauripan didalam sedikit air suam. Kacau sebati.
2- Campurkan semua bahan untuk adunan jeput termasuk campuran mauripan dan air suam. Tambah aie sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
3- Biarkan adunan rehat sebentar. Tak kisah berapa lama nak rehatkan adunan. Bergantung kepada anda. Semalam saya biarkan adunan lebih kurang 2jam sebelum digoreng.
4- Goreng jeput besar2 dan potong. Mungkin kerana inilah dinamakan jeput malah sebab ianya digoreng bersaiz besar kemudian dipotong kecil.

Untul sosnya:
1- Campurkan semua bahan untuk buat pencecah dan masak dengan api sederhana. Sesuaikan rasa ikut selera anda.

Hidangan jeput bersama pencecah, timun dan juga keropok. Jadilah jeput malah kelate. Best jugak makan lepas balik terawih. TAPI ( nampak tak capslock tu...hehe) sekiranya anda makan sepinggan colek malah selepas solat terawih, jangan terus tidur selepas makan kerana kalori bagi sepinggan jeput malah agak tinggi kerana ianya berasaskan makanan goreng. Seeloknya tidur selepas 2 hingga 3jam selepas makan.

p/s:
1- takde gambar ye..bulan puasa takde mood nak ambil gambar..:(
2- boleh rujuk entry terdahulu untuk lagi satu resepi jeput malah.
3- selesai tulis entry pada jam 12.33am.
(Lama jugak menulis kan? :)

Saturday, June 18, 2016

Agar- Agar Santan Pandan

Assalamualaikum. Lama blog tidak terisi dengan entry baru kan. Saya agak sibuk dengan baby firdaus kebelakangan ini. Baby firdaus asyik nak berkepit je dan tak boleh dibiarkan keseorangan. Even tidur mesti berteman. Maksudnya sekiranya baby tidur, saya kena ada kat sebelah. Jika tak, dia akan mudah terjaga. Jadinya sekiranya baby tidur, mak lang dia pun tertidur juga. Haha. Baju raya pun tak sempat jahit lagi. Adik bongsu saya dah risau kalau saya tak siapkan baju melayu dia. Sebenarnya mood nak jahit baju raya tak sampai lagi. Bukan lah baby firdaus punca utamanya. Baby firdaus cuma punca sampingan je..hik2

Panjang intro kat atas kan. Sebenarnya saya cuma nak kongsi resepi agar2 santan pandan yang saya masak semalam. Walaupun resepinya agak mudah tetapi saya pernah gagal dulu semasa menyediakan agar2 ni. Ini kerana kebiasaannya agar2 santan akan jadi 2 lapisan kan. 1 lapisan agar2 biasa kat lapisan bawah dan lapisan santan akan berada dibahagian atas. Tapi dulu saya buat tak jadi 2 lapisan pun. Pelikkan. Bila mak tengok hasilnya, mak cakap saya tak letak telur. After that memang saya ingat untuk buat agar2 santan mesti letak telur untuk jadikannya 2 lapisan.

Untuk semalam, saya gunakan agar2 tali. Ini juga bukan kebiasaan saya kerana biasanya saya guna agar2 serbuk kerana ianya ada panduan untuk memasak agar2 yang mana sukatan airnya disertakan. Berbeza dengan agar2 tali yang mana cadangan sukatan airnya tiada pada pembungkus agar2. So, kita cari ilmu kat google. Maka terjadilah agar2 santan yang sempurna pada selera saya. Haha. Selera saya yang penting kan.

Saya kongsikan resepinya disini ye. Untuk rujukan saya lain kali.  Resepinya agak banyak sebab saya masak 3 bungkus agar2. Masak banyak untuk majlis buka puasa kat rumah mak sedara. :)

Bahan- bahan:

3 bungkus agar2 tali (37g setiap bungkus)
2600ml santan
4000ml air( sukahati nk letak brapa bnyak air atau santan, asalkan jumlah cecairnya lbh krg 6600ml)
1tsp garam
1kg gula(terpulang kepada anda)
Air pandan
3biji telur

Cara
1- Rendam agar2 terlebih dahulu lebih kurang 2jam atau 3 jam. Ikut suka.

2- Masak agar2 dengan air biasa + air pandan sehingga semua agar2 larut.

3- Masukkan santan, gula, garam dan telur yang telah dikacau.

4- Masak sehingga mendidih agak lama tapi jangan terlalu lama nnti pecah minyak plak santan tu. :)

5- Boleh masukkan dalam bekas dan biarkan agar2 mengeras.

Tuesday, May 24, 2016

Bahaya Pewarna Tiruan

Assalamualaikum. Selamat pagi. Hari ni saya nak kongsikan mengenai bahaya penggunaan pewarna tiruan. Teks entry saya copy & paste dari fb Pn Lily Moha. Seorang dietitian. Mintak izin ye kak. Entry ni jgk sebagai reminder untuk saya ( yg konon2 baker pencen) untuk tidak terlalu menggunakan pewarna tiruan.

Yuk, kita fikir2 apa yang dikongsikan oleh Puan Lily Moha. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Beberapa kajian ilmiah telah mengaitkan penggunaan pewarna buatan dengan hiperaktif pada anak-anak. Hiperaktif adalah suatu keadaaan di mana anak mengalami kesulitan untuk memusatkan perhatian dan mengawal perilaku mereka.

Sebuah hasil penelitian yang diterbitkan di jurnal media terkemuka Lancet mengungkapkan bahawa pewarna makanan meningkatkan tingkat hiperaktif kanak-kanak usia 3-9 tahun. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mengandungi pewarna buatan selama bertahun-tahun lebih berisiko menunjukkan tanda-tanda hiperaktif. Selain risiko hiperaktif, sekelompok sangat kecil dari populasi kanak-kanak (sekitar 0.1%) juga mengalami kesan sampingan lain seperti ruam, mual, asma, migrain dan mudah pitam.

Berikut adalah beberapa jenis pewarna buatan dan kesan samping yang ditimbulkan:

1. Tartrazine (E102 atau Yellow 5)

Tartrazine adalah pewarna kuning yang banyak digunakan dalam makanan dan ubat-ubatan. Selain berpotensi meningkatkan hiperaktiviti kanak-kanak, pada sekitar 1- 10 dari sepuluh ribu orang , tartrazine menimbulkan kesan samping langsung seperti urtikaria (ruam kulit), rinitis (hidung meler), asma, purpura (kulit lebam) dan anafilaksis sistemik (shock).

2. Sunset Yellow (E110, Orange Yellow S atau Yellow 6)

Sunset Yellow adalah pewarna yang dapat ditemukan dalam makanan seperti jus jeruk, aiskrim, keju, jeli, minuman soda dan banyak ubat-ubatan. Untuk sekelompok kecil individu, konsumsi pewarna aditif ini dapat menimbulkan urtikaria, rinitis, alergi, hiperaktif, sakit perut, mual, dan muntah.

Dalam beberapa penelitian sainstifik, zat ini telah dihubungkan dengan peningkatan kejadian tumor pada haiwan dan kerosakan kromosom, namun kadar konsumsi zat ini dalam kajian tersebut jauh lebih tinggi dari yang dikonsumsi manusia. Kajian Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) tidak menemukan bukti insiden tumor meningkat baik dalam jangka pendek dan jangka panjang kaerana konsumsi Sunset Yellow.

3. Ponceau 4R (E124 atau SX Purple)

Ponceau 4R adalah pewarna merah hati yang digunakan dalam berbagai produk, termasuk selai, kuih, agar-agar dan minuman ringan. Selain berpotensi memicu hiperaktiviti pada kanak-kanak, Ponceau 4R dianggap karsinogenik (penyebab kanser) di beberapa negara, termasuk Amerika Serikat, Norwegia, dan Finlandia. US Food and Drug Administration (FDA) sejak tahun 2000 telah menyita permis dan makanan buatan Cina yang mengandung Ponceau 4R. Pewarna aditif ini juga dapat meningkatkan serapan aluminium sehingga melebihi batas toleransi.

4. Allura Red (E129)

Allura Red adalah pewarna sinetis merah jingga yang banyak digunakan pada makanan dan minuman. Allura Red sudah dilarang di banyak negara lain, termasuk Belgia, Perancis, Jerman, Swedia, Austria dan Norwegia.

Sebuah kajian menunjukkan bahwa reaksi hipersensitif terjadi pada 15% orang yang menggunakan Allura Red. Dalam kajian itu, 52 peserta yang telah menderita gatal-gatal atau ruam kulit selama empat minggu atau lebih diikutkan dalam program diet yang sama sekali tidak mengandung Allura Red dan makanan lain yang diketahui dapat menyebabkan ruam atau gatal-gatal. Setelah tiga minggu tidak ada gejala, para peserta kembali diberi makanan yang mengandung Allura Red dan dimonitor. Dari pengujian itu, 15% kembali menunjukkan gejala ruam atau gatal-gatal.

5. Quinoline Yellow (E104)

Pewarna makanan kuning ini digunakan dalam produk seperti aiskrim dan minuman energi. Zat ini sudah dilarang di banyak negara termasuk Australia, Amerika, Jepang dan Norwegia karena dianggap meningkatkan risiko hiperaktiviti dan serangan asma.

Korang tahu, dalam teh pun depa buh pewarna. Bukan teh hijau yang femes itu, tapi teh kuning cicah biskut mayat tu. Itu teh hijau beli di Siam, memang ada pewarna tambahan.

Ada sahabat dalam industri cerita, untuk urusan mengimport makanan ke luar negara perlu tambah pewarna dan perisa supaya rasa dan warna mengikut piawai. Jadinya, sahabat nipun serba salah nak bawa produk ke luar negara.

- penerangan bagi setiap pewarna adalah copy&paste.

Ok. Dah baca semua?  Seterusnya saya nak kongsikan sedikit pengalaman baking saya yang mana saya memang suka buat kek yang berwarna. Konon2 untuk bagi kek lebih menarik dan tertarik. Antara kek yang menggunakan banyak pewarna tiruan ialah rainbow kek dan juga red velvet cake. Dan saya juga pernah mewarnakan roti jala dengan warna pelangi. Boleh bayangkan tak?  Roti jala yang asal cuma warna kuning saya warnakan dengan macam2 warna. Bukan tak tahu mengenai bahaya pewarna tiruan  sebelum ni tapi kadang kita terlupa bila diri terlalu excited dengan pelbagai warna dan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan lain dari yang lain.
Dan sekarang fenomena rainbow pada makanan memang menjadi trend sehingga timbulnya resepi laksam rainbow, biskut rainbow . Semua pun nak di" rainbow"kan. Sekali pandang memang cantik lebih2 lagi apabila penggunaan pewarna tiruan yang banyak, warna makanan akan lebih menarik. Namun begitu fikirkan tentang kesannya especially kepada kanak- kanak seperti yang dikongsikan oleh Puan Lily Moha.

Jadi, ubah mulai hari ini. Banyakkan penggunaan pewarna asli dan kurangkan penggunaan pewarna tiruan. Pesanan untuk diri sendiri!!!
. Lupakan mengenai warna2 yang menarik dan tertarik tetapi berusaha untuk buat kek yang lebih sedap dan sihat. Sama2 kita ubah..

Saturday, May 14, 2016

Weaning diet 3

Assalamualaikum.

Rasanya terlalu banyak yang nak dikongsikan mengenai weaning diet sehingga terpaksa dibahagikan kepada 3 bahagian. Mungkin ini bahagian terakhir atau mungkin juga tidak.

Untuk kali ini saya nak kongsikan cara untuk menghasilkan homemade makanan bayi seperti bijirin segera yang terdapat di pasaran. Bezanya ia lebih sihat tanpa ada sebarang bahan pengawet.

Caranya mudah sahaja, basuh beras bersih, dan toskan. Kemudian sangai ( goreng tanpa minyak). Kisar halus dan tapis untuk mendapatkan hasil yang betul2 halus. Untuk mnyediakannya, campur beras kisar tadi dengan air panas sehingga dapat kepekatan yang diingini. Beras kisar ini juga boleh dimasak seperti beras biasa bezanya ianya lebih menjimatkan masa. Beras juga boleh dibakar dalam oven sebelum dikisar.

Anda juga boleh menyediakan serbuk ikan bilis atau udang dan ayam untuk dicampurkan kedalam makanan bayi anda. Untuk menghasilkan serbuk ikan bilis, bersihkan dan buang tulang serta basuh ikan bilis bersih dan toskan. Selepas itu, sama seperti beras, sangai atau bakar dalam oven sehingga ikan bilis kering. Kemudian kisar dan tapis untuk mendapatkan serbuk yang betul2 halus. Bukan hanya untuk baby, ibu2 pun boleh guna untuk menggoreng nasi atau sayur. Tak perlu guna serbuk perasa untuk menyedapkan masakan anda. 

Untuk menyediakan serbuk udang atau ayam, rebus udang atau ayam sehingga masak, tos dan bakar dalam oven kemudian kisar. Suhu untuk membakar semua yang saya ceritakan diatas adalah pada suhu 300°C selama 15-20minit. Namun begitu ia bergantung kepada oven masing. Maybe u have to try and error. Jangan lupa air rebusan ayam atau udang boleh disimpan untuk dijadikan stok. Simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais untuk kegunaan kemudian.

Cara penyimpanannya pula, ibu2  harus menyimpannya dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais. Ia boleh bertahan sehingga 6 bulan.

Lagi 1 tips dari pensyarah saya, perkenalkan sayur yang sedikit pahit seperti sawi sebelum memperkenalkan sayur yang manis seperti carrot untuk mengelakkan baby memilih makanan. Ini kerana bila baby dibiasakan dengan makanan yang sedikit rasa manis dia akan menolak makanan yang sedikit pahit. Sebenarnya sawi tak la pahit pun kan tapi semestinya carrot lagi sedap dari sawi. Saya tak tahu nak gambarkan macammna ketaksedapan sawi berbanding carrot. :). Pendek kata perkenalkan makanan yang kurang sedap terlebih dahulu sebelum perkenalkan makanan yang lebih sedap.

baby firdaus suka senyum sekarang...:)hilang stress mak lang tengok baby senyum..

Weaning diet 2

Assalamualaikum. Hari ni banyak masa lapang cuma hati sedikit tidak tenang. Nak update blog pun agak malas tetapi terpaksa merajinkan diri sebab blog lama tidak terisi dengan entry baru.

Hari ni saya nak kongsikan sambungan mengenai weaning diet iaitu proses pengenalan makanan kepada baby. Sepertimana yang dijanjikan saya akan kongsikan perkara2 yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa proses memperkenalkan makanan kepada bayi

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

* mulakan dengan bijirin berasaskan beras samaada bubur nasi yang dikisar atau bijirin segera untuk bayi.

*pemberian makanan bijirin yang diperkaya dengan zat besi lebih digalakkan kerana perkembangan bayi yang cepat ( rapid growth) meningkatkan keperluan zat besi . Brokoli antara makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Antara menu yang anda boleh berikan kepada baby ialah masak bubur nasi bersama brokoli dan kisar untuk diberikan kepada bayi.

* perkenalkan satu jenis makanan baru pada satu satu masa untuk tempoh 4-5 hari bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut dan jyga bertujuan untuk mengenalpasti alahan sekiranya ada.

* hidangkan makanan kepada bayi didalam pinggan atau mangkuk khas yang mempunyai gambar atau warna menarik untuk menggalakkan bayi makan.

* jangan paksa bayi menghabiskan makanan kerana dia mungkin telah kenyang.

* jika bayi kelihatan lapar, beri makanan dengan segera agar bayi tidak hilang selera makan.

* elakkan makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik seperti kekacang.

* gula dan minuman bergula tidak perlu diberikan kepada bayi sehingga berusia 1 tahun kerana ia tidak mengandungi apa apa nutrien kecuali kalori.

* elakkan penambahan garam atau serbuk perasa dalam makanan bayi sehingga berumur 1 tahun kerana ia boleh membebankan buah pinggang bayi.

Akhir kata, apa yang anak makan seawal usianya akan mempengaruhi apa yang dimakan apabila membesar kelak. Oleh itu elakkan pemberian jajan atau makanan ringan kepada anak kecik kerana ianya akan menyebabkan selera kepada makanan lain berkurang.

Wednesday, May 11, 2016

120506

Assalamualaikum...
I miss baking tapi minggu ni agak sibuk. Tak sempat nak update blog. Kat draf banyak entry yang tertunggak. Jadi layan gambar2 kek yg pernah saya buat dulu2. :)

Monday, May 2, 2016

Weaning Diet

Assalamualaikum. Kebelakangan ini saya banyak study mengenai weaning diet dan juga bilakah masa yang sesuai untuk memulakan weaning diet. Ini merupakan dilema ibu ibu muda yang sering berada dalam keadaan serba salah kerana kebiasaan generasi ibu atau ibu mertua akan memberi cadangan untuk mula memberi makanan kepada bayi seawal mungkin. Ini juga yang berlaku kepada kakak saya bila bonda kitorang memberi cadangan untuk mula memberi makanan kepada baby firdaus yang baru berusia 4 bulan 10 hari. Namun begitu saranan dari medical expertise, bayi cuma boleh diberi makanan selain susu selepas berumur 6 bulan.

Weaning diet ialah proses pengenalan makanan kepada bayi atau boleh juga didefinasikan sebagai diet cerai susu. Ia tak bermaksud untuk memberhentikan pemberian susu sepenuhnya tetapi ianya merupakan makanan tambahan yang perlu diperkenalkan kepada bayi mulai umur 6 bulan.

Ada pendapat yang saya baca membenarkan pemberian makanan kepada bayi boleh dimulakan seawal 4 bulan, namun begitu ia bergantung kepada keadaan fizikal bayi. Tetapi kebanyakkan pendapat tidak bersetuju dengan pengenalan makanan untuk bayi seawal usia 4 bulan. Kebanyakkannya menyatakan pengenalan makanan bayi harus dimulakan setelah bayi berusia 6 bulan keatas.

Diantara tanda2 bayi anda sudah bersedia menerima makanan tambahan adalah:
* bayi boleh menegakkan kepalanya bila didudukkan.
* bayi boleh mengawal pergerakan lidahnya.
* bayi mula menunjukkan minat pada makanan
* bayi menangis  diantara waktu susu yang mungkin menunjukkan pemberian susu sahaja tidak mencukupi.

Cara memperkenalkan makanan kepada bayi ialah mulakan dengan makanan bijirin berasaskan beras samada bubur nasi yang dikisar atau bijirin segera untuk bayi. Selain itu, perkenalkan satu jenis makanan baru pada satu2 masa untuk tempoh satu minggu bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut  dan juga untuk mengenal pasti alahan makanan sekiranya ada. Elakkan mencampur pelbagai jenis makanan pada satu masa.

Mulakan makanan dalam kuantiti yang sedikit iaitu 1/4 -1/2 sudu kecil sahaja dan sekiranya perlu boleh campurkan makanan dengan susu.

Namun begitu  satu perkara yang penting yang harus ibu2 tahu ialah walaupun baby mula makan makanan lain,susu masih lagi menjadi keperluan penting kepada baby. Especially susu ibu. Hak seorang anak ialah mendapat susu ibu sehingga berusia 2tahun.

Sampai disini dulu kali ini, lain kali insyaAllah saya akan kongsikan do & don'ts semasa memperkenalkan weaning food kepada baby

Sunday, May 1, 2016

Kalsium

Assalamualaikum. Kali ni saya tidak berkongsi resepi tetapi saya akan berkongsi sedikit ilmu mengenai pemakanan. Alkisah selepas lebih 4 tahun tamat belajar, saya harus akui betapa ruginya saya kerana banyak juga ilmu yang saya terlupa. Jadi, saya mencabar diri untuk menulis dan berkongsi sesuatu mengenai pemakanan.  Ianya juga cabaran daripada kawan saya. So, here I am. Lagipun blog agak sunyi dengan entry baru kan. Tak ada resepi terbaru untuk dikongsikan sejak saya berehat dari aktiviti baking. Asyik ulang tayang resepi yang sama je.

Topik pertama untuk dikongsikan adalah mengenai kalsium. Bila sebut kalsium, perkara pertama yang terlintas difikiran adalah susu kan. Ini kerana sememangnya susu merupakan sumber kalsium yang utama.

Kalsium memainkan peranan mengekalkan struktur dan "rigidity" tulang. Ini kerana 99% kalsium dalam badan tersimpan dalam tulang.

Berapa banyak kah keperluan kalsium bagi seseorang individu? Menurut Recommended Nutrient Intake (RNI) malaysia 2005 menyatakan bahawa keperluan kalsium bagi dewasa ialah 800mg sehari. Ianya berbeza bagi orang tua, wanita mengandung, wanita menyusu yang mana keperluan mereka lebih tinggi iaitu 1000mg.

Sumber kalsium yang utama adalah susu iaitu satu gelas susu membekalkan lebih kurang 300mg kalsium. Selain itu, kekacang seperti dhal juga tinggi kalsium selain sayuran seperti kailan,brokoli,  bayam. Fakta yang menarik juga ialah budu, cencaluk, belacan juga antara makanan yang tinggi kalsium. Namun begitu pengambilan budu, cencaluk dan belacan bukanlah dalam kuantiti yang banyak kebiasaanya. Produk tenusu seperti yogurt dan cheese juga tinggi kandungan kalsiumnya. Begitu juga dengan pelbagai produk di pasaran kini yang diperkaya dengan kalsium seperti bijirin, sardin dalam tin dan juga whole meal bread.

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah osteoporosis iaitu keadaan dimana tulang hilang ketumpatan. Osteoporosis adalah masalah kesihatan yang tidak menunjukkan simptom atau tanda2 awal yang mana badan tidak menunjukkan tanda atau signal yang menunjukkan tulang kehilangan kalsium. Sampel darah juga mungkin tidak menunjukkan sebarang petunjuk awal kerana kemungkinan besar keputusan ujian darah menunjukkan aras kalsium normal. Namun begitu, terdapat juga keadaan "hypocalcaemia" iaitu kandungan kalsium dalam darah yang rendah boleh menyebabkan kejang dan kebas pada tangan dan kaki dan juga badan mungkin terasa sakit dan lenguh.

Sampai sini dulu untuk kali ini, next entry insyaAllah saya akan kongsikan mengenai faktor yang mempengaruhi penyerapan kalsium.

Last word, sayangi tulang anda..:)

Tuesday, April 5, 2016

Kuih Seri Ayu

Assalamualaikum. Hari ni sy nk kongsikan resepi kuih seri ayu. Antara kuih kegemaran saya. Saya sangat suka bau asli pandan pada kuih ini. Dan untuk membuatnya pun tak susah sangat dan bahan2 pun yang biasa ada kat dapur je. 

Ini adalah percubaan kali kedua dan hasilnya memang best. 

Jom tengok resepi

kuih Seri Ayu

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum

1 cawan santan yang diblend bersama daun pandan

1 cawan gula

1 sudu teh esen vanila

1 sudu teh ovalette

1 sudu teh baking powder

2 biji telur

Kelapa parut

Sedikit garam

Sedikit tepung ubi

Cara Penyediaan:

1- Putar telur, gula, ovalette sehingga kembang dan putih. 

2- Masukkan santan, esen vanila dan sedikit pewarna hijau.

3- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar perlahan sehingga sebati

Untuk kelapanya

* Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan tepung ubi.

4- Padatkan kelapa parut dalam acuan kuih dan masukkan adunan kuih. Jangan lupa sapu minyak pada acuan kuih sebelum dimasukkan kelapa.

5- Kukus selama 15minit.

p/s: ini adalah gmbr lama. Gmbar terbaru xsempat nak snap


Tuesday, March 22, 2016

Kuih Lapis

Assalamualaikum. Hari ni saya sedikit rajin kerana setelah agak lama saya tidak mengeluarkan pengukus, hari ni saya kembali memanaskan pengukus. Alkisah beberapa hari lepas bonda saya ada membeli tepung beras dan bila ditanya nak masak apa dengan tepung beras, bonda menyatakan hasrat nak makan kuih lapis. Setelah bertangguh beberapa hari, hari ini saya merajinkan diri untuk membuat kuih lapis. Resepi asal dari Kak An tuan punya blog "periuk tanah". Ini adalah kali ke 3 saya menggunakan resepi dari blog ini. Terima kasih kepada tuan punya blog. Cuma saya gantikan tepung gandum dengan tepung ubi. Ini kerana menurut tips yang saya dapat dari makcik kat tempat kerja lama saya, katanya penggunaan tepung ubi akan menghasilkan kuih lapis yang cantik berkilat. Sejak itu, saya selalunya akan tambah tepung ubi dalam adunan kuih lapis.

Jom tengok resepi. Ini adalah versi yang lebih ringkas. Kalau nak tengok resepi asal boleh tengok kat blog Kak An atau boleh juga cari kat blog saya ni. Entry dulu2.

Kuih Lapis

Bahan- Bahan:

1 cup tepung beras
2 cup santan sederhana pekat
2 tbsp rata tepung ubi
2 tbsp rata tepung jagung
1/2 cup gula
1/4 tsp garam
Pewarna

Cara Penyediaan:

1- Satukan semua bahan dan kacau sebati. Ini versi malas ye. Sekiranya anda rajin, boleh la panaskan santan sehingga suam2 kuku sebelum dicampurkan semua bahan2 lain. Kacau sebati semua bahan dan tapis.

2- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Hari ni saya bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna merah dan sedikit perisa sirap, 1 bahagian lagi diletakkan sedikit pewarna hijau manakala 1 bahagian dibiarkan warna asal.
Sebenarnya untuk kuih lapis saya lebih suka warna merah dan putih yang berperisa sirap ros. Ini adalah versi original kuih lapis. Bau perisa sirap ros itu yang menyedapkan lagi kuih lapis. Ini bagi pendapat saya ye. Tapi hari ni teringin nak buat kuih lapis hijau dan putih serta lapis merah putih.

3- Seterusnya boleh dikukus lapis demi lapis. Terpulang kepada anda sama ada anda mengukus dalam loyang atau dalam acuan kecil. Saya suka memasak didalam acuan lompang atau acuan muffin kerana senang untuk dihidangkan. Ini kerana sekiranya anda mengukus didalam loyang, anda perlu pastikan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong untuk mendapatkan hasil potongan yang lebih kemas dan cantik.

Happy Cooking...

Thursday, January 7, 2016

Jeput Malah Kelate

Assalamualaikum. Hari ni saya cuba buat jeput malah. Actually jeput malah ni sama seperti cekodok atau cucur cuma ianya digoreng besar2 then dipotong kecil untuk dimakan. Bahan bahan untuk buat pun simple je.

Walaupun resepinya simple, saya nak letak jugak resepinya disini untuk rujukan saya nanti. Resepinya saya google dan olah ikut bahan yang ada kat rumah. Mostly resepinya hmpir sama cuma berbeza pada bahan tambahannya.

Bahan- bahan tepung gandum, garam, gula, soda bikarbonat,ikan bilis dan kangkung serta sedikit pewarna kuning. Boleh juga gantikan ikan bilis dengan udang. Atau boleh juga tambah bawang, kucai, carrot. Gaul semua dengan air sehingga sebati. Sukatannya agak2 je dan adunan jeput perlu dibiarkan sekurang- kurangkan 15minit sebelum digoreng.

Untuk pencicahnya bahan2 yang diperlukan cili kering, cili padi, kacang tanah yang ditumbuk, bawang putih, air asam jawa atau cuka, garam dan gula. Masak semua dgn api kecik. Boleh jgk tambah sedikit tpung jagung untuk pekatkan kuah.

Jeput malah ni sedap dimakan bersama pencicahnya, timun. Ada jugak yg mkn bersama keropok, taugeh ala 2 rojak. Ikut selera masing2.

Entry kali agak malaskan. Resepi pun dalam ayat. Punyalah pemalas nk update betul2. Gmbr jeput malah tadi pun takde. Dah lama rasanya tak ambik gambar makanan. Mungkinkah faktor usia yang semakin meningkat? Haha