Assalamualaikum. Kali ni saya tidak berkongsi resepi tetapi saya akan berkongsi sedikit ilmu mengenai pemakanan. Alkisah selepas lebih 4 tahun tamat belajar, saya harus akui betapa ruginya saya kerana banyak juga ilmu yang saya terlupa. Jadi, saya mencabar diri untuk menulis dan berkongsi sesuatu mengenai pemakanan. Ianya juga cabaran daripada kawan saya. So, here I am. Lagipun blog agak sunyi dengan entry baru kan. Tak ada resepi terbaru untuk dikongsikan sejak saya berehat dari aktiviti baking. Asyik ulang tayang resepi yang sama je.
Topik pertama untuk dikongsikan adalah mengenai kalsium. Bila sebut kalsium, perkara pertama yang terlintas difikiran adalah susu kan. Ini kerana sememangnya susu merupakan sumber kalsium yang utama.
Kalsium memainkan peranan mengekalkan struktur dan "rigidity" tulang. Ini kerana 99% kalsium dalam badan tersimpan dalam tulang.
Berapa banyak kah keperluan kalsium bagi seseorang individu? Menurut Recommended Nutrient Intake (RNI) malaysia 2005 menyatakan bahawa keperluan kalsium bagi dewasa ialah 800mg sehari. Ianya berbeza bagi orang tua, wanita mengandung, wanita menyusu yang mana keperluan mereka lebih tinggi iaitu 1000mg.
Sumber kalsium yang utama adalah susu iaitu satu gelas susu membekalkan lebih kurang 300mg kalsium. Selain itu, kekacang seperti dhal juga tinggi kalsium selain sayuran seperti kailan,brokoli, bayam. Fakta yang menarik juga ialah budu, cencaluk, belacan juga antara makanan yang tinggi kalsium. Namun begitu pengambilan budu, cencaluk dan belacan bukanlah dalam kuantiti yang banyak kebiasaanya. Produk tenusu seperti yogurt dan cheese juga tinggi kandungan kalsiumnya. Begitu juga dengan pelbagai produk di pasaran kini yang diperkaya dengan kalsium seperti bijirin, sardin dalam tin dan juga whole meal bread.
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah osteoporosis iaitu keadaan dimana tulang hilang ketumpatan. Osteoporosis adalah masalah kesihatan yang tidak menunjukkan simptom atau tanda2 awal yang mana badan tidak menunjukkan tanda atau signal yang menunjukkan tulang kehilangan kalsium. Sampel darah juga mungkin tidak menunjukkan sebarang petunjuk awal kerana kemungkinan besar keputusan ujian darah menunjukkan aras kalsium normal. Namun begitu, terdapat juga keadaan "hypocalcaemia" iaitu kandungan kalsium dalam darah yang rendah boleh menyebabkan kejang dan kebas pada tangan dan kaki dan juga badan mungkin terasa sakit dan lenguh.
Sampai sini dulu untuk kali ini, next entry insyaAllah saya akan kongsikan mengenai faktor yang mempengaruhi penyerapan kalsium.
Last word, sayangi tulang anda..:)
No comments:
Post a Comment