Sunday, May 5, 2013

Kuih Lapis Pandan


Assalamualaikum. Update blog laju-laju sbb hari ni tak bekerja. 

Resepi seterusnya yang nak dkongsi ialah Kuih lapis pandan. Tak perlu membebel panjang, kita terus kepada resepinya. Resepi dari sini.

Kuih Lapis Pandan

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau

Cara Memasak:
1) Satukan kedua2 jenis tepung, garam, gula. Masukkan air dan santan pekat.
2) Gaul semua bahan-bahan ( saya blend je smua) dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
3) Masukkan pewarna hijau dan perasa pandan dalam 1 bahagian dan 1 bahagian lagi dibiarkan plain.
4) Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
5) Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit atau sehingga adunan keras sedikit.
6) Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan hijau dan kukus lagi selama 3 minit dan diikuti lapisan yang seterusnya.
7) Lapiskan adunan berselang seli hinga habis ( bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis diatas permukaan kuih)
8) Lapisan terakhir dikukus selama 10 minit.
9) Setelah masak, angkat dan sejukkan

** Kalau guna loyang, seeloknya sapu sedikit minyak dan alaskan dengan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Tuang adunan perama dan kukus 10minit diikuti lapisan adunan seterusnya. Lapisan terakhir, kukus selama 20minit. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong.




Selamat Mencuba

Nota tambahan:

1) Seeloknya biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan lompang untuk mendapatkan hasil yang kemas.
2) Kuih akan bertambah sedap da wangi sekiranya menggunakan air pandan yang asli. ( saya malas nak blend daun pandan, jadinya guna pandan emulco je.)



No comments:

Post a Comment