Saturday, May 11, 2013

Apam Dewa


Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni saya cuma nak kongsi resepi Apam Dewa. Resepi yang pernah hot suatu ketika dulu. Saya sendiri pn dah lama tak buat resepi ni. Semua gambar adalah gambar lama. :)


Ok, saya tak nak membebel panjang, jom semak resepi.

Apam Dewa
Sumber: FB RTTKT


Bahan-Bahan
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick ( bleh kurangkan 1tbsp  je)
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete 
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum

Cara Penyedian

1) Didihkan air dalam periuk kukus.
2) Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
3) Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga kembang.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
5) Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
6) Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.
7) Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.
8)  Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.




Tips tambahan
1) Pukul adunan telur dengan menggunakan maximum speed selama lebih kurang 15minit. 
2) Pastikan adunan telur dipukul sehingga benar2 gebu sebelum dimasukkan tepung.
3) Balut penutup kukusan dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis keatas adunan apam semasa dikukus.

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment