Friday, May 17, 2013

Kuih Ketayap

Assalamualaikum.
Bertemu kembali dengan weekend yang cukup indah. Tapi weekend saya hanya dipenuhi dengan running man. Rugi je kan tapi memang xde idea nak buat apa, layan running man je lah.

Hari ni, saya nk kongsi resepi kuih katayap. Ada juga yang panggil kuih dadar, kuih gulung and kat tempat saya panggil kuih tikar buruk. Mungkin rupa macam tikar buruk kot tap sedap dimakan..hehe

Actually saya tak ada resepi mengikut sukatan khusus untuk buat kuih ni sbb saya campur je smua ikut suka hati, kuih ni antara kuih terawal yang saya tahu buat, jadinya semua bahan2 pn agak2 je.

Jadi, untuk kongsi kat sini, saya kongsikan resepi dari My resepi. Lebih kurang dengan resepi yang saya guna cuma ianya ada sukatan yang lebih detail.




Kuih ketayap
Sumber: My Resepi

Bahan-Bahan
Untuk kulit
1 cawan tepung gandum
2biji telur ( saya guna 1 biji je)
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
11/2 tsp garam
2 tbsp minyak masak
pewarna hijau

Untuk Inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah ( boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara Penyediaan
1) Untuk Inti, Masukkan semua bahan . Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat
2) Untuk Kulit:
- Kelapa parut tadi diblend dengan daun pandan, perah dan ambil patinya
- Ambil tepung, masukkan kedalam mangkuk, letakkan garam,dan campurkan dengan pati santan. Kacau sebati.
-Kemudian masukkan telur dan minyak. Kacau lagi. Letakkan pawarna.
- Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan sendukka 1 senduk adunan dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat.
-Masak sehingga 2-3 minit.
-Setelah masak, angkat dan terus masukkan inti dan gulung
- Ulang sehingga adunan habis.



Resepi yang sama jgak boleh buat Kuih Cara. Kuih cara yang saya buat ialah kuih cara manis. Caranya masukkan adunan kedalam acuan kuih, then tambah gula. Biarkan masak. 


Selamat Mencuba

Saturday, May 11, 2013

Kek Alunan Kasih

Salam ketemu lagi. Update yang ke 2 untuk hari ni. Disebabkan harini cuti, maka boleh la update lebih sikit, if hari bekerja, mungkin tak sempat nak update blog. So, ambik peluang masa free ni. 
Actually if korang perasan, saya banyak update resepi kek kan? To be honest, saya tak pandai sangat masak lauk pauk yang kebaboom. Yang simple je boleh la saya masak. So, sementara saya belajar masak lauk pauk yang kebaboom, layan dulu la resepi kek2 yang pernah saya cuba walaupun korang dah muak dengan kek...hehe


Hari ni saya nak kongsi rese kek alunan kasih atau nama lain ialah kek jalinan kasih. Resepi dari blog kak nor secubit garam. Resepi asal dari Pn Mastura Yasak dari FB kongsi resepi. Actually FB kongsi resepi ialah salah satu tempat saya belajar macam2 resepi dan jgk sumber untuk saya copy macam2 resepi dan banyak yang belum terbuat. Terima kasih kepada semua penyumbang resepi. :)
Jom semak resepi.

Kek Alunan Kasih

Bahan-bahan
5 biji telur
250g butter
2 1/2 cawan tepung gandum ( ayak bersama baking powder)
2 cawan gula halus ( boleh kurangkan kepada 11/2 cawan sahaja)
1 tsp baking powder
1/2 cawan susu sejat ( kak nor letak 1 cawan- saya pn sama)
1 tsp esen vanila
Serbuk koko secukupnya
Pewarna
* Sediakan tapis teh yang halu untuk ayak serbuk koko

Cara Penyedian:

1) Pukuk butter dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang.
3) Masukkan esen vanila, susu sejat. Gaul hingga sebati.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup balik hingga rata.
5) Bahagikan kepada 2 bahagian, contoh pewarna pink dan hijau.
6) Griskan loyang, masukkan adunan pink, ratakan dalam loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan yang pertama.
7) Kemudian masukkan lapisan kedua ( warna hijau), ratakan perlahan-lahan. Ayak serbuk koko diatas lapisan kedua. Buat sehingga adunan habis
8) Bakar lebih kurang 45minit dengan suhu 160 degree ( bergantung oven masing-masing)


Tips tambahan
Untuk meratakan adunan, ikut pengalaman sendiri, saya letak adunan keduan menggunakan sudu, dan ratakan perlahan untuk mengelakkan lapisan serbuk koko yang diayak terangkat.
Tips untuk diri sendiri, next time ayak serbuk koko tebal2 untuk dapat garisan koko yang lebih tebal..:)

Selamat Mencuba

Apam Dewa


Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni saya cuma nak kongsi resepi Apam Dewa. Resepi yang pernah hot suatu ketika dulu. Saya sendiri pn dah lama tak buat resepi ni. Semua gambar adalah gambar lama. :)


Ok, saya tak nak membebel panjang, jom semak resepi.

Apam Dewa
Sumber: FB RTTKT


Bahan-Bahan
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick ( bleh kurangkan 1tbsp  je)
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete 
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum

Cara Penyedian

1) Didihkan air dalam periuk kukus.
2) Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
3) Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga kembang.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
5) Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
6) Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.
7) Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.
8)  Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.




Tips tambahan
1) Pukul adunan telur dengan menggunakan maximum speed selama lebih kurang 15minit. 
2) Pastikan adunan telur dipukul sehingga benar2 gebu sebelum dimasukkan tepung.
3) Balut penutup kukusan dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis keatas adunan apam semasa dikukus.

Selamat Mencuba

Friday, May 10, 2013

Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum and happy weekeend. Weekend saya hanya dipenuhi dengan Running Man.hehe
Ok, berbalik kepada resepi hari ni. Actually bukan saya yang masak, den xpandai nak masak masakan nogori. Ambo pandai masak masakan kelate je.. 

So, menu yang nak dikongsi ialah Masak Lemak Cili Api. Resepi ori N9. dan tak ada gambar makanan jugak sbb saya segan nak ambik gambar sebab bukan saya yang masak and tak tolong pun. Cuma berjaya dapat resepi je...haha

Masak lemak cili api sinonim dengan daging salai tp td dsebabkan xde daging, kitorang guna ayam je tp xyah salai la. Untuk masak lemak cili api, boleh jugak guna ikan keli salai. Ikut selera masing2 la. Tapi saya prefer ayam je sbb xperlu disalai...kalau nak guna daging salai pada suhu 90darjah celcius selama 40minit. atau boleh juga disalai dalam kuali menggunakan dapur biasa ( Dr fazley buat camtu je)

Jom semak resepi ( actually saje letak resepi kat sini sbb kot2 nak buat nnt)

Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam yang telah dipotong dan dibersihkan
3 biji kentang - nak letak lebih pn boleh, ikut suka la
3 batang serai
Santan
Kunyit
Cili api
Asam keping

Cara Memasak
1) Tumbuk kunyit dan cili api.
2) Masukkan dalam periuk bersama bersama ayam. Biarkan seketika.
3) Masukkan santan, asam keping dan serai yang letak diketuk.
4) Masukkan kentang, perasakan. Masak hingga santan pecah minyak.

Sunday, May 5, 2013

Mocha Sponge Cake

Assalamualaikum. Update blog ntuk kali ke 4 hari ni. Rata-rata masih membincangkan isu Pasca PRU. Saya tidak berminat untuk mengulas panjang, pe yang penting, simpan semua dalam hati. Makin banyak kita baca dan bincang, makin banyak yang kita tak puas hati. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan Dia juga yang mengetahui apa yang terbaik.

Untuk resepi yang seterusnya, saya nak kongsi resepi kek span Mocha. For me, this is perfect recipe for sponge cake. Memang selalu guna resepi ni utk birhday cake yang perlu deco sbb sponge cake tidak keras sekiranya disimpan dalam peti sejuk. If guna kek biasa untuk deco dan disimpan dalam peti sejuk, kek agak keras. Untuk mengelakkan ia berlaku, kek perlu dibasahkan sedikit dgn samaada lemon jus or air nes ikut kesesuaian kek.

Plus, kek ni xguna butter and very simple.:)


Jom semak resepi

Sponge Mocha Cake
Sumber: myresepi

Bahan-bahan
150 Tepung superfine ( 11/2 cawan)
1tsp serbuk penaik
150 gula castor (11/2 cawan)
5 biji telur gred A
1tbsp ovalette
80ml air pandan ( saya guna susu sejat)
80ml minyak atau mentega cair
Pandan paste ( saya guna Mocha paste)
sedikit pewarna hijau ( tak letak)

Cara Penyedian
1) Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga adunan pekat dan gebu selama 5minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada kelajuan pengadun)
2) Perlahankan kelajuan dan masukkan susu sejat, mocha paste.
3) Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga adunan kek benar2 ringan.
4) Tuang minyak kedalam adunan dan gaul rata menggunakan spatula sehingga sebati dengan perlahan.
5) Sediakan loyang, gris dasanya dan lapik dengan baking paper. Tuang adunan dan bakar selama 45minit pada suhu 150-180 darjah celcius.
6) Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek lebih kurang 5 minit.


Nota Tambahan:
1)Tepi loyang tak perlu digris, cuma bahagian dasar loyang yang perlu digris dan dialas dengan baking paper
2) Selepas tambah susu sejat/ air, untuk pastikan adunan benar2 gebu, celupkan sedikit jari, if adunan tak jatuh dan bertanduk, maksudnya adunan sudah benar2 gebu
3) Resepi ni boleh digunakan untuk apa2 resepi sponge cake contohnya strawberry, pandan, coklat.


Kek Karamel Coklat

Asslamualaikum. Update blog lagi...hahaha
Sabar je la..Resepi seterusnya ialah Kek Karamel Coklat


Ada pelbagai resepi untuk kek ni. boleh pilih mane 1 pilihan hati anda samada untuk pudingnya atau untuk kek coklatnya

Untuk resepi puding, saya ambil resepi dr FB, xingt sape punya resepi. Untuk keknya plak, saya guna Basic Choc Cake, resepi dari sini. Terima kasih untuk kedua-dua resepi.

Jom Semak Resepi

Kek Karamel Coklat

Puding Karamel

Cairkan 2 Tbsp gula dalam loyang, ketepikan
6 biji telur
1/2 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat manis
1tsp esen vanila

Blend semua bahan2, masukkan dalam loyang yang mengandungi gula karamel
Kukus lebih kurang 15minit atau sehingga pudingnya separa masak

Kek Coklat

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi
1 3/4 cawan gula pasir
11/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat

Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Satukan semua bahan kedalam bekas. Ketepikan

Bahan B
1 cawan minyak masak
1 cawan susu sejat
1 1/4 cawan air panas
2biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat manis

Satukan semua bahan B

Cara-cara
1) Masukkan bahan B kedalam Bahan A
2) Gaul sebati
3 ) Tapis adunan supaya tidak berketul-ketul
4) Masukkan kedalam loyang puding karamel tadi.
5) Kukus selama 1jam 15minit
6) Biarkan kek betul2 sejuk sebelum dipotong.


Selamat Mencuba

Nota Tambahan:
1) Boleh guna mana2 resepi untuk puding dan kek.
2) pastikan puding tidak dikukus terlalu lama,puding yang dikukus terlalu lama menyebabkan ianya tidak melekat pada kek.
3) Bagi saya, kek karamel biasa lagi best dari kek karamel coklat. Tp selera masing-masing kan. Terpulanglah.

Kuih Lapis Pandan


Assalamualaikum. Update blog laju-laju sbb hari ni tak bekerja. 

Resepi seterusnya yang nak dkongsi ialah Kuih lapis pandan. Tak perlu membebel panjang, kita terus kepada resepinya. Resepi dari sini.

Kuih Lapis Pandan

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau

Cara Memasak:
1) Satukan kedua2 jenis tepung, garam, gula. Masukkan air dan santan pekat.
2) Gaul semua bahan-bahan ( saya blend je smua) dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
3) Masukkan pewarna hijau dan perasa pandan dalam 1 bahagian dan 1 bahagian lagi dibiarkan plain.
4) Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
5) Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit atau sehingga adunan keras sedikit.
6) Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan hijau dan kukus lagi selama 3 minit dan diikuti lapisan yang seterusnya.
7) Lapiskan adunan berselang seli hinga habis ( bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis diatas permukaan kuih)
8) Lapisan terakhir dikukus selama 10 minit.
9) Setelah masak, angkat dan sejukkan

** Kalau guna loyang, seeloknya sapu sedikit minyak dan alaskan dengan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Tuang adunan perama dan kukus 10minit diikuti lapisan adunan seterusnya. Lapisan terakhir, kukus selama 20minit. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong.




Selamat Mencuba

Nota tambahan:

1) Seeloknya biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan lompang untuk mendapatkan hasil yang kemas.
2) Kuih akan bertambah sedap da wangi sekiranya menggunakan air pandan yang asli. ( saya malas nak blend daun pandan, jadinya guna pandan emulco je.)



Spageti Cili Padi

Assalamualaikum, selamat pagi

Rata-rata masih membincangkan keputusan PRU 13..apapun keputusannya, terimalah dengan hati yang terbuka. Bak kata seseorang "Kadangkala kita nak rama-rama, Allah bagi ulat bulu, Mungkin Dia nak kita faham sesuatu..Mungkin juga Dia nak bagi yang lebih baik.


Hari ni nak kongsi resepi Spageti Cili Padi..Resepi ni dapat dari cerpen yang saya baca lama dulu. Terima kasih untuk writer cerpen sbb selitkan resepi ni. Ada juga manfaat baca cerpen kan..Resepinya ala2 olio cuma dimelayukan dgn tmbah cili api bnyak2...lg banyak cili api, lagi kaw..

Jom semak resepi

Spageti Cili Padi

Bahan-Bahan:
1 paket spageti
ayam/ udang/sotong ( ikut suka)
sayuran ( brokoli/cauliflower/carrot/tomato- ikut suka)
bawang putih- dicincang
bawang holland- didadu
1 kiub ayam ( taknak letak pn xpe)
cili padi
lada hitam
sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak
1) Masak spageti hingga lembut, ketepikan
2) Tumis bawang putih dan bawang holland, tambah cili padi dan lada hitam.
3) Masukkan ayam, biarkan sehingga ayam masak
4) Masukkan sayur-sayuran, bahan2 perasa
5) Masukkan spageti, gaul rata. 
6) Sedia untuk dihidang


Selamat Mencuba

Nota :
1) Boleh tambah apa2 lagi ikut selera
2) Nak guna olive oil pn boleh jgk untuk menumis


Friday, May 3, 2013

puding roti


Assalamualaikum dan salam pilihanraya..kurang 24jam lg warganegara malaysia akan mengundi...sama jgk untuk saya yang pertama kali akan mengundi...nervous jgk..haha..poyo je padahal dtg tmpat mengundi dan pangkah je...calon pilihan hati mmg dah lama tersemat dalam hati..InsyaAllah..
jadi, selamat mengundi untuk semua...:)

ok, xpayah nak membebel panjang, hari ni nak kongsi resepi puding roti.
resepi yang simple je.
untuk resepi ni, saya buat 1 adunan then bahagi dua untuk rasa yang berbeza...1 bahagian sy letak choc emulco, 1 bahagian lagi letak pandan emulco..


jom semak resepi...
dah lupa resepi dari mane sbb xcopy, just tulis dalam buku je..
saya adjust ikut barang yang ad kat rumah je

PUDING ROTI

Bahan-Bahan

10 keping roti ( lain kali nak kurangkan kepada 7keping je)
2biji telur
1cawan susu pekat manis
1cawan susu sejat
sepeket agar-agar ( 25g)
1cawan gula
2Tbsp butter-dicairkan ( saya tak letak)
2750ml air ( sukatan air sebenar 3liter, tapi dah guna susu sejat 250ml- bergantung kepada serbuk agar2, rujuk panduan memasak pada paket serbuk agar2)
sedikit gula batu ( saya tambah)
pewarna dan perasa pilihan

Cara Memasak

1) didihkan 2500ml air bersama serbuk agar-agar dan gula dalam periuk
2) Blend roti bersama susu sejat, susu pekat manis, 1cawan air. Masukkan dalam periuk
3) Masak hingga mendidih.
4) Warnakan ikut pilihan hati, masukkan dalam bekas, sejukkan dalam peti ais sehingga keras.
5) Boleh dihidangkan.

Puding roti perisa pandan...

Selamat Mencuba-