Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seingt saya banyak janji entry tertunggak kan..Tidak berkesempatan nak update blog disebabkan kekangan waktu. Bila hari bekerja, memang penat bila balik, terus tertido..hehe..Untuk kali ni saya akan kongsikan resepi macaroni salad. Resepi asal dari mak uda saya. She's Philipines. Sejak mak uda kawen dengan p.sedara saya 10 tahun lalu, memang resepi ni jadi menu wajib setiap kali raya. Dulu-dulu pertama kali cuba, memang agak tak kena selera kitorang semua. Maklum la orang kampung memang tak pandai makan macaroni. Tapi bila dah selalu makan, rasanya sangat sedap. And untuk raya haji aritu, mak uda tak balik kampung, so terpaksa la buat sendiri tapi bukan saya yang buat. My sis yang buat.. :))
Macaroni Salad
Bahan-bahan:
( sukatan bahan agak2 je, boleh ubah ikut selera masing2)
1 paket Macaroni
1 tin buah-buahan cocktail (ditoskan, guna buah je)
1 bekas nata de coco (toskan, guna nata de coco je)
1/2 tin susu sejat
sedikit susu pekat manis ( tak nak letak pun takpe)
5 keping slice cheese- dicarik-carik
5 tbsp mayonaise
Kismis
Boleh jugak tambah buah anggur atau buah2 lain.
* kalau tambah buah strawberry mgkin sedap jgk kot..lain kali boleh cuba.
Cara Penyedian:
1- Rebus macaroni dengan ditambah sedikit minyak dan garam. Biarkan masak dan toskan.
2- Gaulkan macaroni dengan semua bahan-bahan lain. Gaul rata.
3- Simpan dalam peti ais. Lebih sedap dimakan sejuk.
No comments:
Post a Comment