Assalamualaikum...layan gambar je la dl...nnt saya update resepinya kemudian ( tapi tak boleh jnji bila...:()..)
Sunday, December 22, 2013
Wednesday, December 4, 2013
Kek Minyak Kukus
Assalamualaikum dan selamat petang. Macammana cuaca kat tempat korang? Kat tempat saya hujan sepanjang hari. Tapi Alhamdulillah air tak naik kerana hujan kadang2 lebat, kadang renyai2 je. Jadi air tak sempat naik. Menurut dari apa yang saya dengar dari berita, banjir kat kuantan makin teruk. Sama-sama kita doakan warga kuantan selamat dan banjir cepat pulih dan semuanya kembali kepada keadaan asal.
Hari ni saya bercuti. So,pagi tadi sempat la buat kek yang sangat simple. Tapi hasilnya memang sedap. Gebu je kek ni. Resepi kek ni saya dapat dari FB Resepi Turun Temurun Resepi Istimewa Keluarga Kita (RTTRIKK). Penyumbang resepinya ialah Mila Kitchen. Thanks to semua yang menyumbang resepi kt group RTTRIKK ni.
Tak nak membebel panjang, jom semak resepi. Bagi sape2 yang ada masa free dan teringin nk makan kek yang sangat simple tapi sedap, boleh cuba resepi ni. InsyaAllah hasilnya memuaskan hati anda.
Kek Minyak
Sumber: FB RTTRIKK
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp ovallete
1 tsp esen vanila
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula
1 cawan minyak
5 biji telur gred A- saya guna gred B je
Cara Penyedian:
1- Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan
2- Pukul telur, gula, ovallete sehingga kembang dan putih.
3- Tambahkan minyak, susu pekat manis dan esen vanila. Pukul lagi sehingga kembang.
4- Tambah tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi ( saya kacau guna whisk je part ni)
5- Bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan dan 'marble'kan kek mengikut kesukaan anda
6- Kukus lebih kurang 45 minit atau sehingga masak. Kek ni boleh juga dibakar dalam oven pada 180 C selama lebih kurang 45 minit.
Monday, December 2, 2013
Kek Santan Pandan Kukus
Assalamualaikum. Kali ni saya kongsikan resepi kek santan pandan kukus. Panjang bebenor namanya kan. hehe. Kek ni saya buat 3 hari lepas untuk makan2 kat rumah. Sebabnya saya buat 2 biji kek karamel untuk kawan2 tempat keja yang mintak buatkan dan saya rasa bersalah pulak kalau tak buat apa2 untuk adik2 kat rumah, ye la 2 biji kek karamel yang saya buat memang tak boleh dipotong la kan sebab nak bagi kat orang kan. Jadinya saya merajinkan diri untuk buat kek ni jugak. Pagi2 lagi cari kelapa untuk dikukur ( bukan guna kukuran yang orang2 lama guna tau, saya guna mesin kelapa je..hik2) dan ambik santannya. Tapi semua tu berbaloi sebab hasilnya memang gebu dan wangi daripada santan dan air pandan.
Saya tak nak membebel panjang lagi, kita terus kepada resepinya ye. Resepi dari blog Ucu Bakery. Katanya resepi asal dari dapur Pn Noni ( safar-khaadeem). Terima kasih untuk keduanya kerana memanjangkan resepi ini. Izinkan saya memanjangkan resepinya disini pula.
Kek Pandan Kukus
Sumber asal: Safar-Khaadeem
Sumber rujukan: Ucu Bakery
Bahan-Bahan:
6 biji putih telur
2 cawan gula halus
6 biji kuning telur
1 cawan pati santan
1 cawan air daun pandan - perahan 6 helai daun pandan yang besar
Bahan diayak:
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda
Cara Penyedian:
1- Pukul
putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning
telur dan pukul lagi.
2- Masukkan
santan dan sari pandan, kacau rata.
3- Masukkan
pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau
perlahan2 sehingga sebati.
4- Masukkan
dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih
dahulu.
5- Pastikan
air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.
6- Kukus
menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2
masak.
Nota penting:
Jangan lupa tutup adunan kek dengan aluminium foil sebelum dikukus.:))
Selamat Mencuba ::)
Kek Pisang
Assalamualaikum..Bertemu lagi dialam maya ini. Hari ni saya akan kongsikan resepi kek pisang yang sangat mudah tapi hasilnya memang kebabom..bagi saya lah, kalau orang lain, saya tak tau. Lain orang, lain seleranya kan. Bercerita mengenai kek pisang ni, saya tidak begitu menggemari kek pisang yang dibeli dari kedai kerana rasanya agak pelik sedikit bagi saya kerana saya merasakan penggunaan esen pisang dalam pembuatan keknya agak banyak. Macam pelik dengan rasa dan baunya. Kerana itu, saya selalu buat kek pisang if terasa nak makan. Untuk buat kek pisang pulak, saya lebih suka kukus berbanding bakar sebab kek yang dikukus lebih moist berbanding kek yang dibakar yang mana ianya agak kering. Agak panjang celoteh saya kali ni kan..So, kita terus kepada resepinya la. Resepi ni telah lama saya gunakan dan saya dah lupa resepinya dari mana dan lagi teruknya, saya tak save resepinya. Mintak maaf kepada tuan punya resepi.
Yang ni versi dalam loyang besar. Kat atas versi cupcake. Saya suka yang versi cupcake sebab senang nak makan.^__^
Kek Pisang
Bahan-Bahan:
1 cawan pisang lenyek
1 cawan gula halus- boleh jugak guna gula perang
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur
1/2 tsp garam
Cara Penyedian:
1- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat. garam dan baking powder. Ketepikan.
2- Blend kan telur bersama gula halus sehingga kembang.
3- Masukkan minyak dan pisang lenyek dan blend lagi.
4- Masukkan dalam bekas dan tambahkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit. Gaul rata. Saya.
5- Masukkan dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter dan dialas dengan baking paper. Kukus sehingga masak.
Tips:
1- If nak tambah sedikit rasa coklat macam yang saya buat, just tambah coklat emulco pada sebahagian aduanan.
2- Untuk kek kukus, saya sarankan anda semua untuk tutup loyang dengan aluminium foil yang telah digris dengan mentega padanya untuk menutup permukaan kek. Ia untuk mengelak air jatuh diatas kek semasa kek dikukus. Manakala sebab aluminim foil digris dengan mentega untuk mengelakkan kek melekat pada aluminium foil sekiranya ianya naik membukit.
3- If kukus kek versi cupcake, penutup loyang hendaklah dibalut dengan air bersih untuk mengelakkan air jatuh di atas kek.
Agak merekah kat permukaan kek ni mungkin sebab api yang digunakan untuk mengukus agak kuat.:(
Iklan jap, hehe...kek karamel untuk kawan2 tempat keja..
yang ni pun kek karamel untuk kawan2 tempat keja juga. Yang belum diterbalikkan. Fresh dari oven. :)
Selamat Mencuba :)
p/s: terasa nak makan kek coklat moist tapi malas nak baking..Lg pun saya tidak berpuas hati dengan stok baking choc yang ada kat rumah. Rasanya manis sangat. Saya nak beli dark choc compound tapi tak sempat nak keluar shopping lagi. :((
Sunday, December 1, 2013
Puding Kasih Bertaut
Assalamualaikum, selamat petang. Hari ni mood tak begitu baik. so better saya update blog daripada dok fikir yang bukan2..
Hari ni saya akan kongsikan resepi Puding Kasih bertaut. Dah lama buatnya cuma tidak berkesempatan untuk update blog. Resepi saya C & P dari blog K. Ita je.. Malas nak taip balik. Mintak izin ye kak..:)
PUDING KASIH BERTAUT
Sumber: Azlita masam manis
Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari
sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita
Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke
dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit
dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau
sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah
mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan
masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian
dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia
mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub
kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih
besar.
Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket
agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan
(disimpulkan)
Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama
serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga
larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang
berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam
peti ais.
versi malas... campurkan semua dalam loyang besar..:)
Hasilnya apabila dipotong...
Selamat Mencuba..
Wednesday, November 13, 2013
Puding Susu
Assalamualaikum. Selamat pagi. Kelapangan masa pagi ni, saya akan kongsikan resepi puding susu yang tidak menggunakan susu langsung tetapi menggunakan whipping cream. Bahan yang digunakan pun tidak banyak, hanya serbuk agar2, non dairy whipping cream dan juga gula. Ayah dan adik2 suka dengan pudding ni sebab rasa lemak dari whipping cream tapi saya kurang menyukainya dsbabkan rasa dan bau yang agak kuat dari whipping cream tu. Tapi seharusnya anda mencubanya kerana mungkin ia akan menepati selera anda. Tak salah mencubanya kan??
Alkisah mengenai puding ni, beriya saya bekukan sebahagian yang berwarna dan kemudian saya potong kepada bentuk 'love' menggunakan cutter, dan susun dalam loyang sebelum dituang yang tidak berwarna tapi hasilnya berterabur semua yang saya susun sebelum tu. Hasilnya macam gambar kt bawah ni.
Yang ni versi dalam mangkuk kecil
Ok, kita terus kepada resepinya.
Pudding Susu
Sumber: Azlita Masam Manis
Bahan-Bahan:
6 gm agar-agar serbuk
400 ml air
150 ml whipping cream
* ita guna Non Dairy Whipping cream. Kalau guna
Dairy Whipping Cream atau fresh cream atau double cream gula tambah sikit lagi
sebab non dairy whipping cream dah manis yg lain tu tak ada gula.
* boleh juga kalau guna susu cair atau susu
segar dan sama juga kena tambah gula. Tapi mungkin rasanya akan lain sikit.
50 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
Beberapa titis pewarna
Cara Penyedian:
1- Masak agar-agar, bersama gula dan air sehingga
larut dan mendidih.
2- Tutup api dan tuangkan whipping cream dan esen
vanilla.
3- Ambil sedikit adunan dan letakkan pewarna.Tuangkan dalam beberapa piring secara berasingan
mengikut warna, nipis sahaja.
4- Biarkan mengeras.Setelah keras potong bentuk bulat dengan cutter.
5- Sediakan beberapa gelas. Bilas gelas dengan air.
6- Susunkan dot-dot warna warni pada dinding dalam
gelas.
* Utk bagi dia melekat pada dinding, lapisan
dot-dot tu buat nipis-nipis sahaja, jadi dia tak kan melurut ke bawah.
* Gelas di bilas tapi dot-dot tu jangan basah
tau permukaannya, lap sikit dengan tisu kalau basah. Ia akan melekat.
7- Tuangkan pula agar-agar putih. Dinginkan dalam peti ais
Nota dari Linda:
*K.ita namakan puding susu polkadot kerana puding yang diwarnakan dipotong bulat dan disusun dan dilekat cantik pada gelas sebelum ditaungkan adunan berwarna putih. Hasilnya memang cantik ber dot2. Boleh tengok blog k.ita untuk tengok hasil yang awesome.
* Saya guna agar2 serbuk 25g dan whipping cream, saya guna lebih kurang 1 cawan je. Untuk air dan gula saya ikut sukatan yang disarankan sepertimana panduan memasak agar2 pada plastik pembungkus agar2. Cuma kena kurangkan sikit kerana kita menggunakan non dairy whipping cream yang dah manis.
Selamat Mencuba:::^__^
Russian Black & White Cupcake
Assalamualaikum. Hari ni saya bersemangat nak meng'clear'kan draf kat blog ni. So resepi kedua untuk hari ini ialah kek coklat JM. Dinamakan JM kerana tuan punya resepi ada fb fanpage Jom Masak. Dan sememangnya saya banyak belajar dari fanpage JM ni. Terima kasih atas segala ilmu, tips dan resepi2.
2cwn tepung gandum
1sdt baking powder
1sdt soda bikarbonat
**ayak bahan diatas
B
1cwn serbuk koko
1cwn gula perang
1cwn ssu pekat
1cwn air panas**
1cwn air biasa**- saya guna susu sejat
4sdb ssu tepung (lagi sedap jika ssu tepung coklat)** - saya tak letak
(optional..bahan bertanda** blh jugak ditukar dengan susu cair @ susu segar @ susu coklat & blh abaikan ssu tepung)
1cwn minyak masak
~ : masak sume bahan atas api slow hingga larut
C
2 biji telur A- saya guna 3 biji telur gred B
1sdt esen vanilla
Cara Penyediaan:
1) Pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer)..masukkan esen
2) Masukkan bahan yg dimasak...kacau sebati
3) Masukkan tepung yg diayak sikit2...sambil kacau hingga larut
4) Tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
5) Tutup loyang dengan aluminium foil atau apa saja utk elak air dari menitik
6) Kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana
7) Tunggu sejuk sebelum dituang topping
Topping
100ml susu cair
300g choc masakan dicincang
2sdb butter - saya guna minyak masak
1sdb serbuk koko- saya tak letak
cara cara
Masak susu atas api slow hingga mendidih tepi....ttup api
Masukkan choc & serbuk koko...kacau hingga sebati..
Masukkan butter...kacau sebati...
Boleh tuang atas kek.
** sejukkan n lebihan dalam peti ais untuk deco
Untuk Cream Cheese topping
250 g cream cheese
1/2 cawan whipping cream - saya guna 11/2 cawan
1/2 cawan gula
saya tambah 150g butter
putar butter, gula ising dan cream cheese sehingga sebati terlebih dahulu sebelum ditambah whipping cream yang masih cair. Putar lagi sehingga sebati.
Yang ni versi malas, saya cuma letakkkan cheese topping kat tengah dan curahkan coklat ganache je kat atasnya.
Coklat ganache mesti disejukkan terlebih dahulu sehingga agak keras sebelum dipaipkan diatas kek jika nak buat seperti gambar kat ats. Idea untuk jadikan Russian Black and White cupacake dari blog Kak Ita Masam Manis. Saya cilok idea dari sana. Tapi hasil yang saya buat tak la awesome macam yang k.ita punya. Boleh tengok sini untuk tengok hasil yang k.ita buat.
Ini saya buat lama dulu guna resepi kek coklat JM jgk. Tapi saya tak dapat rasa kerana kek ni dibuat untuk orang. And Alhamdullillah diorang cakap kek ni sedap. ^___^
p/s: mungki en3 seterusnya agak lambat sebab saya sudah bosan dengan internet yang macam siput merangkak..:((
Red Velvet Versi TRW
Assalamualaikum. Hari yang menggembirakan bagi saya kerana hari ni saya cuti. Tapi still malas nak masak2. Dah lama saya rancang nak buat puding tautan kasih tapi tak terbuat lagi. Hari ni saya akan kongsikan resepi red velvet cake versi kukus yang saya buat lebih kurang 2minggu lepas semasa hari perlawanan akhir bola sepak piala malaysia antara pahang & kelantan. Kebetulan hari tu saya cuti, so mula pagi saya start baking. Buat kek coklat dan red velvet ni la.. Decoration simpe je bertemakan TRW. Bersemangat nak tengok bola tapi akhirnya kelate tewas juga kepada pahang dengan 1-0. Sedih tapi tak mengapa, tahun depan boleh cuba lg. Hehe
Alkisahnya malam perlawanan tu, kitorang sesama sepupu decide nak tengok bola kat rumah nenek. Saje nak berkumpul ramai2. Kitorang masak bihun goreng, ada jajan, kuaci, kek. Memang bersorak giler2 la kan tapi penat sorak, menangnya tidak. hehe. Nak tengok gambar kitorang sebelum game x??
Alkisahnya malam perlawanan tu, kitorang sesama sepupu decide nak tengok bola kat rumah nenek. Saje nak berkumpul ramai2. Kitorang masak bihun goreng, ada jajan, kuaci, kek. Memang bersorak giler2 la kan tapi penat sorak, menangnya tidak. hehe. Nak tengok gambar kitorang sebelum game x??
gambar tak begitu clear..
ni sebahagian je, ada yang belum smpai, ad jugak yang malu2 tak nak bergambar..:)
Kita terus kepada resepinya. Resepi dari blog Hanamemories.
Red Velvet Cake
Sumber: Hanamemories
Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/ superfine ( saya guna tepung gandum je)
*2 Tbsp serbuk koko
*1 tsp baking powder
*1 tsp soda bicarbonate
*1 tsp garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 tbsp pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
2 biji telur A- saya guna 3 biji telur gred B
1 tsp esen vanila
Topping
250 g cream cheese
1/2 cawan whipping cream - saya guna 11/2 cawan
1/2 cawan gula
saya tambah 150g butter
Cara-cara
1) Sediakan buttermilk -
Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple
cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna
yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
2) Satukan bahan yang
bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
3) Mangkuk lain, satukan
gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna
merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi
sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali
masukkan air panas dan gaul sebati.
4) Lengserkan loyang
dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga
dikukus.
5) Sementara menunggu kek
masak, sediakan topping.Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada
kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang. ( saya putar butter, gula ising dan cream cheese sehingga sebati terlebih dahulu sebelum ditambah whipping cream yang masih cair. Putar lagi sehingga sebati.- Resepi yang saya guna menghasilkan krim yang agak banyak)
Gomo Kelate Gomo
Saya memang sapu krim yang tak tebal kerana adik2 tak begitu menggemari kek yang bersalut krim yang tebal..
Tuesday, November 12, 2013
Kek Coklat Mudah
Assalamualaikum, selamat pagi. Hari ni saya akan kongsikan resepi kek coklat yang sangat simple. Tapi hasilnya boleh tahan. Saya buat beberapa minggu lepas sebab teringin nak makan kek coklat yag meleleh coklatnya. Dan hasilnya mmg puas hati walaupun bg saya kek ni agak kurang moist. Tak tau silap ktne.
Kita terus kepada resepinya yang saya C&P dari facebook Reserpi turun temurun keluarga kita (RTTKK). Tapi saya memang dah lupa nama penyumbang resepinya. Minta halal tuan punya resepi.
Kek Coklat Mudah
Bahan A
2 cwn tepung self-raising ( Saya guna teoung gandum je)
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil bikarbonat
*Hendaklah diayak bersama
Bahan B
1 cwn susu cair ( saya guna low fat milk)
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
1 cwn gula perang
1 cawn serbuk koko
2 bj telur
esenvanilla
Cara Penyedian:
Gaul kesemua BAHAN B, dan masukan BAHAN A. Kacau
hingga sebati. Kemudian bakar or kukus. Selamat mencuba ye kengkawan
Xyah mix. Gaul je semua
Kukus 1 jam
Untuk choc ganache
Resepi yang biasa saya buat
80ml susu sejat ( aritu saya guna low fat milk jugak)
250g cooking chocolate
Panaskan susu dengan api kecil shingga timbul buih2 kecil ditepi periuk. Matikan api,masukkan coklat masakan yang telah dicincang, kacau rata. Tambah 1 tbsp minyak msak. Gaul rata.
Biarkan seketika pada suhu bilik sehingga coklat agak pekat. Curahkan atas kek apabila kek telah sejuk.
kek yang belum dicurah choc ganache
Tips untu curah choc ganache ..
( letakkan kek diatas redai dan dialas dengan apa2 yang lebih besar dari kek, curahan choc ganache, lebihan choc ganache dlm bekas dibawah boleh diguna lagi. Hasilnya, kek dengan hasil curahan coklat yang kemas. Bila coklat mengeras, boleh dialihkan keatas papan kek.)
Simple decoration.
Hasilnya.......Kek ni memang naik tinggi..
Selamat Mencuba
Monday, October 21, 2013
Agar-Agar Lapis Pelangi
assalamualaikum. Harai ni misi meng"clear" kan draf. So entry kedua untuk hari ni ialah agar-agar pelangi. Agar-agar yang cantik tapi memerlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk membuatnya. Saya ambik masa 2 jam lebih untuk menyiapkan. Tu pun saya cuma buat 8 lapisan sahaja. Kalau lagi banyak lapisan lagi lama masa yang diperlukan ntuk menyiapkan. Sebabnya, kita perlu pastikan lapisan sebelum mengeras sebelum diletakkan lapisan seterusnya.
Agar-agar ni boleh jugak dijadikan hadiah hantaran. Mungkin boleh tambah agar-agar yang dibentukkan bunga kat atas untuk mencantikkan lagi. Sebenarnya ni pertama kali saya mencubanya. Kononya practise untuk buat hadiah hantaran untuk my uncle nnt.
Resepi agar- agar pelangi ni saya dapat dari blog kak yatie memories. Saya copy & paste je resepi ye. Malas nak taip balik. ^---^
Agar-Agar Lapis Pelangi
Sumber: Yatie Memories
Bahan-bahan ( 22 cm )
Bahan A
10 gm serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- hijau, merah,
kuning, biru, purple,
Bahan B
10 gm serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam
Cara-cara
1-Masak bahan A hingga
hancur- kecuali warna
2- Kemudian tapiskan..letak
dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api
kecil
3- Masak bahan B hingga
hancur - kecuali santan & garam
4- Dh masak..masukkn santan
dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm
mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
5- CARA MELAPIS: Sukat 250
ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak
keras
6- Lapisan pertama dh agk
keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn pisau supaya lapisan akan
melekat...sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
7- Ulangi langkah 5 &
6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut
sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti
dlorek2 dgn pisau... agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek
lapis
8- Sapa2 yg tak suka manis
sgt blh adjust rasa dia...
Selamat Mencuba
p/s: entry seterusnya tidak dapat dipastikan bila.."((
Subscribe to:
Posts (Atom)