Monday, December 2, 2013

Kek Pisang


Assalamualaikum..Bertemu lagi dialam maya ini. Hari ni saya akan kongsikan resepi kek pisang yang sangat mudah tapi hasilnya memang kebabom..bagi saya lah, kalau orang lain, saya tak tau. Lain orang, lain seleranya kan. Bercerita mengenai kek pisang ni, saya tidak begitu menggemari kek pisang yang dibeli dari kedai kerana rasanya agak pelik sedikit bagi saya kerana saya merasakan penggunaan esen pisang dalam pembuatan keknya agak banyak. Macam pelik dengan rasa dan baunya. Kerana itu, saya selalu buat kek pisang if terasa nak makan. Untuk buat kek pisang pulak, saya lebih suka kukus berbanding bakar sebab kek yang dikukus lebih moist berbanding kek yang dibakar yang mana ianya agak kering. Agak panjang celoteh saya kali ni kan..So, kita terus kepada resepinya la. Resepi ni telah lama saya gunakan dan saya dah lupa resepinya dari mana dan lagi teruknya, saya tak save resepinya. Mintak maaf kepada tuan punya resepi.   
Yang ni versi dalam loyang besar. Kat atas versi cupcake. Saya suka yang versi cupcake sebab senang nak makan.^__^

Kek Pisang

Bahan-Bahan:
1 cawan pisang lenyek
1 cawan gula halus- boleh jugak guna gula perang
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur
1/2 tsp garam

Cara Penyedian:
1- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat. garam dan baking powder. Ketepikan.
2- Blend kan telur bersama gula halus sehingga kembang.
3- Masukkan minyak dan pisang lenyek dan blend lagi.
4- Masukkan dalam bekas dan tambahkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit. Gaul rata. Saya.
5- Masukkan dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter dan dialas dengan baking paper. Kukus sehingga masak. 

Tips:
1- If nak tambah sedikit rasa coklat macam yang saya buat, just tambah coklat emulco pada sebahagian aduanan. 
2- Untuk kek kukus, saya sarankan anda semua untuk tutup loyang dengan aluminium foil yang telah digris dengan mentega padanya untuk menutup permukaan kek. Ia untuk mengelak air jatuh diatas kek semasa kek dikukus. Manakala sebab aluminim foil digris dengan mentega untuk mengelakkan kek melekat pada aluminium foil sekiranya ianya naik membukit. 
3- If kukus kek versi cupcake, penutup loyang hendaklah dibalut dengan air bersih untuk mengelakkan air jatuh di atas kek. 

 Agak merekah kat permukaan kek ni mungkin sebab api yang digunakan untuk mengukus agak kuat.:(

Iklan jap, hehe...kek karamel untuk kawan2 tempat keja..

 
yang ni pun kek karamel untuk kawan2 tempat keja juga. Yang belum diterbalikkan. Fresh dari oven. :)

Selamat Mencuba :)

p/s: terasa nak makan kek coklat moist tapi malas nak baking..Lg pun saya tidak berpuas hati dengan stok baking choc yang ada kat rumah. Rasanya manis sangat. Saya nak beli dark choc compound tapi tak sempat nak keluar shopping lagi. :((

No comments:

Post a Comment