Wednesday, November 13, 2013

Russian Black & White Cupcake

Assalamualaikum. Hari ni saya bersemangat nak meng'clear'kan draf kat blog ni. So resepi kedua untuk hari ini ialah kek coklat JM. Dinamakan JM kerana tuan punya resepi ada fb fanpage Jom Masak. Dan sememangnya saya banyak belajar dari fanpage JM ni. Terima kasih atas segala ilmu, tips dan resepi2. 

Ok kita terus kepada resepinya. 

Kek Coklat JM

Bahan-Bahan
A
 2cwn tepung gandum
 1sdt baking powder
 1sdt soda bikarbonat
**ayak bahan diatas

B
 1cwn serbuk koko 
 1cwn gula perang 
 1cwn ssu pekat 
 1cwn air panas**
 1cwn air biasa**- saya guna susu sejat
 4sdb ssu tepung (lagi sedap jika ssu tepung coklat)** - saya tak letak
(optional..bahan bertanda** blh jugak ditukar dengan susu cair @ susu segar @ susu coklat & blh abaikan ssu tepung)
 1cwn minyak masak

~ : masak sume bahan atas api slow hingga larut

C
 2 biji telur A- saya guna 3 biji telur gred B
 1sdt esen vanilla 

Cara Penyediaan:
 1) Pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer)..masukkan esen
 2) Masukkan bahan yg dimasak...kacau sebati
 3) Masukkan tepung yg diayak sikit2...sambil kacau hingga larut
 4) Tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
 5) Tutup loyang dengan aluminium foil atau apa saja utk elak air dari menitik
 6) Kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana
7) Tunggu sejuk sebelum dituang topping

Topping
 100ml susu cair
 300g choc masakan dicincang
 2sdb butter - saya guna minyak masak 
 1sdb serbuk koko- saya tak letak

cara cara
 Masak susu atas api slow hingga mendidih tepi....ttup api
 Masukkan choc & serbuk koko...kacau hingga sebati..
 Masukkan butter...kacau sebati...
 Boleh tuang atas kek.
** sejukkan n lebihan dalam peti ais untuk deco

Untuk Cream Cheese topping
250 g cream cheese
1/2 cawan whipping cream - saya guna 11/2 cawan
1/2 cawan gula
saya tambah 150g butter

putar butter, gula ising dan cream cheese sehingga sebati terlebih dahulu sebelum ditambah whipping cream yang masih cair. Putar lagi sehingga sebati.


Yang ni versi malas, saya cuma letakkkan cheese topping kat tengah dan curahkan coklat ganache je kat atasnya. 

Coklat ganache mesti disejukkan terlebih dahulu sehingga agak keras sebelum dipaipkan diatas kek jika nak buat seperti gambar kat ats. Idea untuk jadikan Russian Black and White cupacake dari blog Kak Ita Masam Manis. Saya cilok idea dari sana. Tapi hasil yang saya buat tak la awesome macam yang k.ita punya. Boleh tengok sini untuk tengok hasil yang k.ita buat.

Ini saya buat lama dulu guna resepi kek coklat JM jgk. Tapi saya tak dapat rasa kerana kek ni dibuat untuk orang. And Alhamdullillah diorang cakap kek ni sedap. ^___^

p/s: mungki en3 seterusnya agak lambat  sebab saya sudah bosan dengan internet yang macam siput merangkak..:((

No comments:

Post a Comment