Assalamualaikum. Selamat pagi. Kelapangan masa pagi ni, saya akan kongsikan resepi puding susu yang tidak menggunakan susu langsung tetapi menggunakan whipping cream. Bahan yang digunakan pun tidak banyak, hanya serbuk agar2, non dairy whipping cream dan juga gula. Ayah dan adik2 suka dengan pudding ni sebab rasa lemak dari whipping cream tapi saya kurang menyukainya dsbabkan rasa dan bau yang agak kuat dari whipping cream tu. Tapi seharusnya anda mencubanya kerana mungkin ia akan menepati selera anda. Tak salah mencubanya kan??
Alkisah mengenai puding ni, beriya saya bekukan sebahagian yang berwarna dan kemudian saya potong kepada bentuk 'love' menggunakan cutter, dan susun dalam loyang sebelum dituang yang tidak berwarna tapi hasilnya berterabur semua yang saya susun sebelum tu. Hasilnya macam gambar kt bawah ni.
Yang ni versi dalam mangkuk kecil
Ok, kita terus kepada resepinya.
Pudding Susu
Sumber: Azlita Masam Manis
Bahan-Bahan:
6 gm agar-agar serbuk
400 ml air
150 ml whipping cream
* ita guna Non Dairy Whipping cream. Kalau guna
Dairy Whipping Cream atau fresh cream atau double cream gula tambah sikit lagi
sebab non dairy whipping cream dah manis yg lain tu tak ada gula.
* boleh juga kalau guna susu cair atau susu
segar dan sama juga kena tambah gula. Tapi mungkin rasanya akan lain sikit.
50 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
Beberapa titis pewarna
Cara Penyedian:
1- Masak agar-agar, bersama gula dan air sehingga
larut dan mendidih.
2- Tutup api dan tuangkan whipping cream dan esen
vanilla.
3- Ambil sedikit adunan dan letakkan pewarna.Tuangkan dalam beberapa piring secara berasingan
mengikut warna, nipis sahaja.
4- Biarkan mengeras.Setelah keras potong bentuk bulat dengan cutter.
5- Sediakan beberapa gelas. Bilas gelas dengan air.
6- Susunkan dot-dot warna warni pada dinding dalam
gelas.
* Utk bagi dia melekat pada dinding, lapisan
dot-dot tu buat nipis-nipis sahaja, jadi dia tak kan melurut ke bawah.
* Gelas di bilas tapi dot-dot tu jangan basah
tau permukaannya, lap sikit dengan tisu kalau basah. Ia akan melekat.
7- Tuangkan pula agar-agar putih. Dinginkan dalam peti ais
Nota dari Linda:
*K.ita namakan puding susu polkadot kerana puding yang diwarnakan dipotong bulat dan disusun dan dilekat cantik pada gelas sebelum ditaungkan adunan berwarna putih. Hasilnya memang cantik ber dot2. Boleh tengok blog k.ita untuk tengok hasil yang awesome.
* Saya guna agar2 serbuk 25g dan whipping cream, saya guna lebih kurang 1 cawan je. Untuk air dan gula saya ikut sukatan yang disarankan sepertimana panduan memasak agar2 pada plastik pembungkus agar2. Cuma kena kurangkan sikit kerana kita menggunakan non dairy whipping cream yang dah manis.
Selamat Mencuba:::^__^
No comments:
Post a Comment