Tuesday, April 22, 2014

Apam Mekar

Assalamualaikum dan slmt tengahhari...

Hari ni cuma nk kongsikan resepi apam mekar yang saya buat 2 hari lepas. Resepi yang simple je. And saya tidak pasti sumber asal resepinya cuma saya copy dari page resepi masakan kt fb.

Jom semak resepi

Apam Mekar
Bahan-Bahan
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan aiskrim soda
1 tbsp ovalette
1 tsp esen vanila

Cara Penyediaan
1- Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2- Tambah ovalette dan esen vanila. Pukul lg
3- Tambah kan tepung gandum dan selang seli dengan aiskrim soda hingga habis.
4- Bahagikan kepada beberapa adunan dan warnakan.
5- Masukkan dalam cup dan kukus menggunakan api besar.

p/s: saya tambah blueberry filling kt dalam. Lagi sedap!!!

p/s 2: gmbr last ialah kerabu mangga untuk lunch kitorang hari ni...

Tuesday, April 1, 2014

Sponge cake

Assalamualaikum.

Cuma nk share gambar2 kek span yang pernah saya buat. Resepi yang sama cuma decorationnya berbeza.  Kek span sesuai untuk apa2 jenis decoration kerana teksturnya yang lembut.

Macam dalam gambar 1 kat bawah, saya gunakan kek span untuk buat kek pandan kastard..cuma ditambah perisa pandan dan dilapisi krim kastard.
Untuk resepi krim kastard

Bahan-bahan
1200ml santan
1cup gula
10g serbuk agar-agar
100g tepung hoen kwee berwarna hijau
Secubit garam
- masak semua diatas api yang sederhana sehingga pekat.

Untuk gambar yang ke 3 dan ke 4, saya hiaskan menggunakan whipping cream dan blueberry fillng.

Untuk kek yang seterusnya saya hiaskan menggunakan cream cheese frosting. Untuk resepinya saya gunakan 250g cream cheese, 1cup susu pekat manis dan 1 tbsp butter. Pukul semuanya sehingga berkrim.

Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum..

Hari ni saya akan kongsikan resepi ikan kembung masak asam pedas. Tapi bukan saya yang masak, my sis yang masak. Saya tolong makan je. Actually asam pedas biasanya famous kt melaka dan johor...kat kelantan ni mmg susah la nk jmpa asam pedas.

Ok. Kita terus kepada resepinya.

Asam Pedas

Bahan-Bahan
(sukatannya agak2 je)

Ikan
Tomato
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi
Air asam jawa
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk ditumis:
1cawan cili kisar
1 inci halia
1 inci kunyit
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:
1- Blend semua bahan- bahan tumisan dan tumis sehingga naik minyak.
2- Masukkan ikan, bunga kantan, bendi, daun kesum, sedikit air, air asam jawa dan tomato.
3-Biarkan sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
4- Perasakan dengan gula dan garam.