Sunday, June 2, 2013

Red Velvet Cake

Assalamualaikum dan happy holiday. Kelantan msih bercuti sempena Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Saya pn baru sampai dari kampung dan tak boleh tidur dek penangan nescafe tengah hari tadi. Jadi insomnia jap. Sepanjang cuti 2 hari xsempat pn nak baking. Agak sibuk dengan kenduri kawan- kawan.

Disebabkan saya dah janji nak update blog this weekend, so kena lah tunaikan even saya xbuat kek pn. Pg tadi sempat buat agar2 santan tp saya sendiri tak sempat merasa disebabkan agar2 tak sempat keras, saya dah balik ke KB. Jadinya harini nak kongsi resepi RED VELVET CAKE yang dah lama saya buat. Untuk red velvet cake, ada macam2 versi resepinya. Saya pernah cuba 2 daripada banyak2 resepi. This recipe recommended by Hanisah. She's really love baking. Tp disebabkan kekurangan bahan, jadinya resepi dimodified sedikit..

kek saya yang comot..:(

Let's check the recipe
Red Velvet Cake
Sumber: MyResepi

Bahan-Bahan
250g Buttercup - suhu bilik
2 1/2 cawan gula aising - saya guna 1 3/4 gula castor
6 biji telur saiz sederhana
3 cawan tepung naik sendiri

230g krim masam @ sour cream - saya guna plain yogurt
2tsp esen vanila
1 botol atau separuh botol pewarna merah - saya letak 11/2 tbsp
3 tbsp serbuk koko
Bahan-bahan untuk frosting creamcheese:
350g cream cheese-suhu bilik
11/2 buku butter- suhu bilik
11/2 tsp esen vanila
11/2 cawan gula aising- ayak terlebih dahulu

Cara Penyedian
1) Pukul butter dengan kelajuan sderhana, pukul sehingga warna sedikit putih dan kental.
2) Tambah gula secara berperingkat, terus pukul hingga ringan dan kembang.
3) Tambah telur 1 persatu, pukul sebati setiap biji
4) Sediakan mangkuk lain untuk campuran tepung naik sendiri da serbuk koko yang telah diayak. Gaul rata.
5) Kemudian masukkan campuran tepung kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit, dismaping itu, masukkan juga sour cream secara berperingkat. Pukul hingga semua sebati.
6) Seteleh adunan sebati, masukkan pewarna merah dan kacau menggunakan spatula.
Frosting Creamcheese:
7) Campurkan creamcheese, butter, esen vanila. Pukul sebati.
8) Setelah campuran sebati, masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan pukul adunan sehingga sebati

**PENTING :

9.  Jika campuran frosting anda kelihatan terlalu pekat dikhuatiri susah nak oles atas kek nanti, boleh masukkan sedikit susu hingga acuan kelihatan "spreadable"
10.  Jika campuran frosting anda kelihatan cair, bolehlah masukkan sedikit gula halus (confectioner sugar) dan sedikit tepung mungkin 1 atau 2 sudu besar atau sehingga anda berpuas hati dengan tekstur frosting anda, apa yang penting ia tidak terlalu pekat atau cair :)

11.  Ingat! sebelum anda mula oleskan frosting creamcheese keatas kek, pastikan kek telah sejuk dan berada dalam suhu bilik. Frosting creamcheese juga perlu disimpan didalam peti sejuk untuk beberapa ketika sehingga ianya menjadi lebih padu sebab kalau terus oleh biasanya tekstur masih belum padu dan padat nanti frosting tak menjadi pulak :)

 UNTUK HIASAN :
12.  Sebenarnya ianya pilihan anda. Red Velvet kek dahpun siap cuma jika anda nak tambah apa2 atas frosting tu tak menjadi masalah. Saya gemar taburkan cranberry kering dan kacang walnut yang ditumbuk untuk memberi lebih keceriaan pada kek tu dan menambah keenakkannya sebab dapat makan kek yang lembut, frosting creamcheese yang lemak dan kacang yang "crunchy" tak lupa cranberry kering yang manis2 buah! sedapnya!

**NOTA KAKI :
13.  Untuk layering kek, mudah sahaja, gunakan spatula dan sapukan frosting creamcheese secara merata, jangan tebal sangat jangan nipis sangat. Ulang untuk layer kedua dan ketiga :) Kemudian, JANGAN oleskan frosting diatas terlebih dahulu. Oleskan frosting di tepi kek dahulu ini rahsia supaya anda boleh pegang diatas kek untuk balancekan kek masa oles frosting. Kalau frosting terus dari atas nanti anda dah tak dapat pegang kek untuk balacing. Lepas tu baru oleskan frosting diatas.

14.  Jangan lupa! gunakan wax paper dalam dulang pembakar anda supaya kek anda keluar dengan cantik dan tak melekat. Caranya, oleskan butter, tabur sedikit tepung. Masukkan wax paper mengikut ukuran dulang pembakar anda. Oleskan butter diatasnya dan taburkan sedikit tepung. itu sahaja!

Nota dari saya:
1) If nak buat versi cupcake, letakan 1/2 lebih sikit je sbb kek naik tinggi

2) Saya guna 260g plain yogurt and rasanya macam terlebih je. Next time mungkin boleh guna 200g je.


Selamat Mencuba
Happy Baking Everyone..:)

No comments:

Post a Comment