Sunday, June 26, 2016

Biskut Bangkit Susu

Assalamualaikum. 
Terus kepada resepinya ya. Sumber resepi dari cikgu ina dari fb azlina ina fans. 

Biskut Bangkit Susu

Bahan-Bahan:
3 cup tepung ubi
2 1/2 cup tepung jagung
1 tsp garam
1 ketul buttercup
1 cup gula
2 biji kuning telur
4 tbsp susu tepung
Sedikit garam

Cara Penyedian:
1- Sangai tepung ubi dengan api perlahan selama 10minit.
2- Pukul gula dan butter  sehingga putih.
3- Tambah telur satu persatu dan slowkan mixer. Mix sehingga sebati.
4- Satukan tepung ubi, susu tepung dan baking powder serta garam.
5-Tambah tepung yang diayak sedikit2 dan uli. 
6- Kemudian tambah tepung jagung sedikit2 sehingga doh tak melekat pada tangan. Saya tak habiskan tepung jagung.
7- Rehatkan doh selama 30minit dan tutup bekas adunan.
8- Canaikan doh dan bakar pada suhu 150°C selama 20 minit ( bergantung kepada oven anda)
9- Boleh sapu kuning telur dan tabur cheddar cheese sebelum dibakar. ( saya tak buat)    

p/s:
if nak jadikan cookies bangkit cheese boleh tambah 1 cup cream cheese dalam adunan selepas tambah telur dan mix sebati. Tepung ubi mesti dilebihkan sehingga 4cup. Tetapi ketepikan dahulu extra 1cup tepung ubi. Tambah last sedikit demi sedikit.

Salah siapa?

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, tahap kesabaran semakin menipis. Dan diri ini juga makin sensitif dengan kata2 orang. Kenapa???

Saturday, June 25, 2016

Agar Agar Kering

Assalamualaikum. Hari ni nak kongsikan resepi agar agar kering yang saya buat  semalam. Plan untuk buat 2 lagi jenis cookies tak menjadi. Cuma buat agar2 kering je. Itupun belum sempurna kejadiannya kerana ianya perlu dijemur sehingga kering.

Resepi saya ambil dari blog azlita masam manis ( www.azlitamasammanis.com). Kata kak ita, sumber asalnya dari Badaria. Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi. Izinkan saya panjangkan resepi disini pula.

Bercerita mengenai agar2 kering ni, bonda bercerita, dia juga pernah buat agar2 kering ketika muda2 dulu. Sekarang pun bonda saya masih muda. Saya sentiasa doakan bonda saya supaya sentiasa muda dan sihat.:) Kata bonda lagi, agar2 kering mesti menggunakan gula yang banyak untuk mendapatkan hasil yang cantik. Tp saya memang tak suka kuih yang terlampau manis. Jadi saya kurangkan gula. Tak tahulah hasilnya macam mana nanti. Mungkin tak secantik hasil yang bonda buat dulu.

Jom semak resepi. Tengok resepi asal dulu ye.

Agar Agar Kering

Bahan- bahan:
60g agar2 tali
150g gula batu
1300ml air
1200g gula pasir
Sedikit pewarna makanan 

Cara Penyediaan:
1- Masak agar2 sehingga agar2 larut semuanya.
2- Masukkan gula, gula batu dan juga simpulan daun pandan.
3- Masak sehingga gula larut dan mendidih agak lama.
4- Masukkan sedikit pewarna dan bekukan agar2. Bila agar2 dah beku,potong dan jemur.

Versi yang saya buat

Bahan-bahan:

2bungkus agar2 (37g setiap bungkus)
2000ml air
1kg gula
150g gula batu

*cara penyediaannya sama seperti kat atas.

Friday, June 24, 2016

Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum. Resepi kedua cookies hari ni ialah chocolate chip cookies. Juga resepi dari cikgu ina. Terima kasih cikgu..

Chocolate chip cookies

Bahan- bahan:

3/4 cup butter
1/4 cup minyak
1/2 cup gula perang
1/2 cup gula halus kisar
Sedikit esen vanila
2 cup tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 tsp tepung beras
1 tbsp serbuk koko
1biji kuning telur
Almond nips
Chocolate chip

Cara Penyediaan:
1- Satukan butter, minyak, gula perang, gula halus dan esen vanila. Kacau sebati menggunakan senduk kayu.
2- Tambah kuning telur dalam adunan butter dan kacau sebati.
3- Tambah 1 cup tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan tepung beras.
4- Tambah serbuk koko. Uli. Kemudian tambah balance tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli dengan doh tak melekat pada tangan.
5- Tambah choc chip dan almond nips. Uli sebati.
6- "Wrap"kan biskut dengan plastic wrap dan simpan dalam peti ais selama 45 minit atau 1 jam.
7- Cikgu ina ajar supaya cubit2je doh dan susun dalam dulang pembakar. Saya bulat2kan dan tekan dengan garfu.
8- Bakar 150°C selama 20minit.

Update..adik bongsu cakap ini cookies yang pling best. Rasa macam chipsmore. So boleh masuk list untuk tahun depan. 

Biskut Kacang

Assalamualaikum. Hari ni saya mula buat cookies untuk raya. Dan Alhamdulillah berjaya siapkan 3jenis cookies harini. Tahun ni bonda awl2 lagi pesan tak perlu buat banyak cookies sebab last year saya buat agak banyak cookies and tak makan sangat pun. Jadinya tahun ni saya rancang untuk buat 5 jenis cookies sahaja. Lagi 2 jenis cookies insyaAllah boleh siapkan esok. Then boleh concentrate jahit baju raya yang taktahu bila boleh siap.:)

Tahun ni semua resepi cookies dari cikgu azlina ina. Boleh refer facebook beliau. Cikgu ina  sangat la pemurah dengan ilmu yang dia ada. Semua resepi pun dia kongsi walaupun beliau sendiri buat bisnes biskut raya. Yuk, tengok resepi.

Biskut Kacang

Bahan- Bahan:

2 cup kacang tanah yang diblend kasar
2 1/4 cup tepung gandum ( saya guna cap rose)
1tsp baking powder
2 tbsp minyak sapi
1/2 cup gula halus yang dikisar
1/2 cup minyak masak atau minyak mazola
Sedikit garam
Sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:

1- Campur semua bahan kecuali minyak.
2- Tambah minyak sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat pada tangan.
3- Canai doh dan terap dengan acuan pilihan anda.
4- Sapu kuning telur yang dicampur sedikit pewarna kuning dan letakkan kacang diatasnya.
5- Bakar 150°C selama 20minit. Ini ikut oven saya ya. Kalau ikut saranan cikgu ina, bakar pada suhu 170°C tetapi ianya bergantung pada oven anda.
6- Sejukkan diatas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sup Brokoli dan Tofu Telur

Assalamualaikum. Resepi kedua hari ini. Ini juga menu iftar semalam iaitu sup brokoli bersama tofu telur. Brokoli boleh dikatakan super food kerana ia merupakan sayur yang tinggi nutrientnya yang mana ianya tinggi kalsium, tinggi protein dan juga tinggi iron. Jadi,brokoli sangat baik untuk diet seharian kita.

Jom tengok resepi. Ini adalah versi yang biasa saya masak ye, boleh ubah ikut selera korang atau ikut bahan2 yang ada kat dapur.

Sup Brokoli dan Tofu Telur

Bahan-bahan:

1 tube tofu telur
Brokoli
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit isi ayam atau ikan bilis
Cauliflower

Cara Penyediaan:

1- Potong tofu telur dan goreng sekejap. Ketepikan.Tujuannya untuk mengelakkan tofu telur pecah.
2- Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukan isi ayam. Masak sebentar.
3- Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. Masukkan brokoli dan cauliflower dan juga tofu telur. Masak sebentar perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, June 23, 2016

Ikan Keli Goreng Berlada

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi ikan keli goreng berlada. Sebenarnya saya tidak makan ikan keli cuma masak untuk adik2. Dan sejujurnya saya tak pandai nak bersihkan ikan keli. Kebiasaannya kalau bonda saya beli ikan keli segar, bonda atau adik yang akan bersihkan. Saya cuma masakkan saja.

Saya jarang sekali update resepi lauk pauk kat blog kan. Biasanya yang saya update kat sini adalah resepi yang jarang saya masak dan tujuan utama adalah untuk rujukan saya sendiri sebab kadang lupa resepi, boleh rujuk blog sendiri. Bawak fon dan buka blog sendiri masuk dapur. Itulah saya. :)

Jom tengok resepi. Tiada sukatan khusus ye. Agak2 sukahati je. 

Bahan- Bahan:

Ikan keli yang dah dibersihkan dan dilumur garam dan kunyit.

Bawang putih

Halia

Cili padi

Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1- Goreng ikan keli. Pastikan sedikit garing untuk lebih sedap( adik yang cakap begitu). Untuk mengelakkan minyak panas yang meletup2 yang boleh mengurangkan jumlah hantaran kawen anda sekiranya terkena muka ialah masukkan asam keping didalam kuali semasa proses menggoreng.:)

2- Ketepikan selepas siap digoreng.

3-Untuk sambal, blend atau tumbuk bawang putih, halia dan cili padi. Sekiranya anda ingin mengurangkan tahap kepedasannya, boleh campurkan cili padi dan cili merah.

4- Tumis bahan2 blend sehingga garing. Tambah sedikit gula untuk mengurangkan kepedasannya. Tak perlu tambah garam kerana ikan telah dilumur dengan garam dan kunyit. 

5- Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang.  

Tuesday, June 21, 2016

Jeput Malah

Assalamualaikum. Ketika ini jam dah pukul 12.04am. Tapi saya masih xboleh lelap akibat secawan nescafe after berbuka tadi. Saya memang agak susah tidur kalau minum minuman berkafein. Salah sendiri kan. Dah la esok nak bangun sahur..:(

Jadi, sementara pujuk diri untuk tidur, saya nak kongsikan resepi jeput malah yang saya buat semalan. Saya pernah kongsikan resepinya sebelum ni cuma ini adalah versi yang berbeza walaupun cuma berbeza 1 bahan sahaja, hasilnya memang beza.

Sebelum ni saya guna resepi dari google tapi semalam saya cuba resepi dari bonda saya. Ternyata resepi versi bonda memang sedap.

Yuk, tengok resepi. Lain kali boleh buat lagi.

Jeput Malah

Bahan- Bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 paket mauripan
1 biji telur
Kangkung- potong
Garam
Serbuk kunyit atau sedikit pewarna kuning
Sedikit gula- optional
Ikan bilis-optional

Untuk pencecah
Air asam jawa
Kacang tanah yang diblend kasar
Lada kering yang dikisar
Gula
Garam
Bawang putih- diketuk

Cara Penyediaan:
1- Larutkan serbuk mauripan didalam sedikit air suam. Kacau sebati.
2- Campurkan semua bahan untuk adunan jeput termasuk campuran mauripan dan air suam. Tambah aie sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
3- Biarkan adunan rehat sebentar. Tak kisah berapa lama nak rehatkan adunan. Bergantung kepada anda. Semalam saya biarkan adunan lebih kurang 2jam sebelum digoreng.
4- Goreng jeput besar2 dan potong. Mungkin kerana inilah dinamakan jeput malah sebab ianya digoreng bersaiz besar kemudian dipotong kecil.

Untul sosnya:
1- Campurkan semua bahan untuk buat pencecah dan masak dengan api sederhana. Sesuaikan rasa ikut selera anda.

Hidangan jeput bersama pencecah, timun dan juga keropok. Jadilah jeput malah kelate. Best jugak makan lepas balik terawih. TAPI ( nampak tak capslock tu...hehe) sekiranya anda makan sepinggan colek malah selepas solat terawih, jangan terus tidur selepas makan kerana kalori bagi sepinggan jeput malah agak tinggi kerana ianya berasaskan makanan goreng. Seeloknya tidur selepas 2 hingga 3jam selepas makan.

p/s:
1- takde gambar ye..bulan puasa takde mood nak ambil gambar..:(
2- boleh rujuk entry terdahulu untuk lagi satu resepi jeput malah.
3- selesai tulis entry pada jam 12.33am.
(Lama jugak menulis kan? :)

Saturday, June 18, 2016

Agar- Agar Santan Pandan

Assalamualaikum. Lama blog tidak terisi dengan entry baru kan. Saya agak sibuk dengan baby firdaus kebelakangan ini. Baby firdaus asyik nak berkepit je dan tak boleh dibiarkan keseorangan. Even tidur mesti berteman. Maksudnya sekiranya baby tidur, saya kena ada kat sebelah. Jika tak, dia akan mudah terjaga. Jadinya sekiranya baby tidur, mak lang dia pun tertidur juga. Haha. Baju raya pun tak sempat jahit lagi. Adik bongsu saya dah risau kalau saya tak siapkan baju melayu dia. Sebenarnya mood nak jahit baju raya tak sampai lagi. Bukan lah baby firdaus punca utamanya. Baby firdaus cuma punca sampingan je..hik2

Panjang intro kat atas kan. Sebenarnya saya cuma nak kongsi resepi agar2 santan pandan yang saya masak semalam. Walaupun resepinya agak mudah tetapi saya pernah gagal dulu semasa menyediakan agar2 ni. Ini kerana kebiasaannya agar2 santan akan jadi 2 lapisan kan. 1 lapisan agar2 biasa kat lapisan bawah dan lapisan santan akan berada dibahagian atas. Tapi dulu saya buat tak jadi 2 lapisan pun. Pelikkan. Bila mak tengok hasilnya, mak cakap saya tak letak telur. After that memang saya ingat untuk buat agar2 santan mesti letak telur untuk jadikannya 2 lapisan.

Untuk semalam, saya gunakan agar2 tali. Ini juga bukan kebiasaan saya kerana biasanya saya guna agar2 serbuk kerana ianya ada panduan untuk memasak agar2 yang mana sukatan airnya disertakan. Berbeza dengan agar2 tali yang mana cadangan sukatan airnya tiada pada pembungkus agar2. So, kita cari ilmu kat google. Maka terjadilah agar2 santan yang sempurna pada selera saya. Haha. Selera saya yang penting kan.

Saya kongsikan resepinya disini ye. Untuk rujukan saya lain kali.  Resepinya agak banyak sebab saya masak 3 bungkus agar2. Masak banyak untuk majlis buka puasa kat rumah mak sedara. :)

Bahan- bahan:

3 bungkus agar2 tali (37g setiap bungkus)
2600ml santan
4000ml air( sukahati nk letak brapa bnyak air atau santan, asalkan jumlah cecairnya lbh krg 6600ml)
1tsp garam
1kg gula(terpulang kepada anda)
Air pandan
3biji telur

Cara
1- Rendam agar2 terlebih dahulu lebih kurang 2jam atau 3 jam. Ikut suka.

2- Masak agar2 dengan air biasa + air pandan sehingga semua agar2 larut.

3- Masukkan santan, gula, garam dan telur yang telah dikacau.

4- Masak sehingga mendidih agak lama tapi jangan terlalu lama nnti pecah minyak plak santan tu. :)

5- Boleh masukkan dalam bekas dan biarkan agar2 mengeras.