Saturday, January 18, 2014

Kuih Lapis


Assalamualaikum...Alhamdulillah kali ni berjaya jugak update blog walaupun banyak kekangan2...broadband  ada problem, then dengan mood untuk berblog turun naik..tapi kali ni, saya gagahkan juga untuk update resepi terbaru yang saya masak pagi tadi..Resepi2 yang sebelum ni kita simpan dl dalam draf ye...

Untuk resepi kuih lapis ni, saya rujuk dari blog Kak An tuan punya blog periuk tanah. Dan dari blog Kak An ni saya jmpa banayk resepi kuih muih tradisi yang kebanyakkannya saya cuma tahu makan tapi memang xpernah buat. Tetiba je rasa nak belajar masak kuih muih tradisi. Dan terus saya copy semua resepi kuih muih tradisi dari blog Kak An..Tapi tak tau la bila nak buatnya kan...

Berbalik kepada kisah kuih lapis yang saya masak hari ni.. Pada asalnya saya teringin untuk masak kuih tepung pelita kerana kebelakangan ini, saya sangat suka makan tepung pelita yang dijual kat tempat keja. Makan tanpa memikirkan kalorinya...Ye lah kuih tepung pelita tu kan menggunakan santan yang agak banyak jugak. Tapi seriously tepung pelita yang saya beli tu memang sedap, lebih2 lagi diletakkan dalam acuan daun pisang. Kira macam tepung pelita yang betul2 ori la kan. Bukan macam sesetengah kedai jual tepung pelita yang diletakkan dalam bekas plastik kan. Panjangnya cerita saya mengenai kuih tepung pelita. Cerita yang sebenarnya, walaupun saya sangat teringin nak masak kuih tepung pelita tu, tapi disebabkan bonda menyuarakan permintaan nak makan kuih lapis, saya dahulukan permintaan bonda. Mungkin esok, saya akan masak kuih tepung pelita plak...:)

Ok, kita teruskan kepada resepinya.  Saya C&P je...Tq ye Kak An...

kuih lapis versi warna warni...:)

Kuih Lapis

Bahan-Bahan: 
(hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum ( rata je)
2 sudu besar tepung jagung ( rata je)
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara Membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. ( saya skip part ni..)
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. ( saya tapis adunan)

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.

*** tips galakan

-boleh juga ditambah 1 sudu teh tepung sagu pada lapisan akhir bagi mengilatkan permukaan kuih lapis

- kuih lapis ni jika dipotong ketika panas akan menyebabkan lapisan kuih tertanggal.. jadi sabar ye.. tunggu sejuk sikit, baru potong.


Selamat Mencuba...:)

No comments:

Post a Comment