Saturday, January 18, 2014

Kuih Lapis


Assalamualaikum...Alhamdulillah kali ni berjaya jugak update blog walaupun banyak kekangan2...broadband  ada problem, then dengan mood untuk berblog turun naik..tapi kali ni, saya gagahkan juga untuk update resepi terbaru yang saya masak pagi tadi..Resepi2 yang sebelum ni kita simpan dl dalam draf ye...

Untuk resepi kuih lapis ni, saya rujuk dari blog Kak An tuan punya blog periuk tanah. Dan dari blog Kak An ni saya jmpa banayk resepi kuih muih tradisi yang kebanyakkannya saya cuma tahu makan tapi memang xpernah buat. Tetiba je rasa nak belajar masak kuih muih tradisi. Dan terus saya copy semua resepi kuih muih tradisi dari blog Kak An..Tapi tak tau la bila nak buatnya kan...

Berbalik kepada kisah kuih lapis yang saya masak hari ni.. Pada asalnya saya teringin untuk masak kuih tepung pelita kerana kebelakangan ini, saya sangat suka makan tepung pelita yang dijual kat tempat keja. Makan tanpa memikirkan kalorinya...Ye lah kuih tepung pelita tu kan menggunakan santan yang agak banyak jugak. Tapi seriously tepung pelita yang saya beli tu memang sedap, lebih2 lagi diletakkan dalam acuan daun pisang. Kira macam tepung pelita yang betul2 ori la kan. Bukan macam sesetengah kedai jual tepung pelita yang diletakkan dalam bekas plastik kan. Panjangnya cerita saya mengenai kuih tepung pelita. Cerita yang sebenarnya, walaupun saya sangat teringin nak masak kuih tepung pelita tu, tapi disebabkan bonda menyuarakan permintaan nak makan kuih lapis, saya dahulukan permintaan bonda. Mungkin esok, saya akan masak kuih tepung pelita plak...:)

Ok, kita teruskan kepada resepinya.  Saya C&P je...Tq ye Kak An...

kuih lapis versi warna warni...:)

Kuih Lapis

Bahan-Bahan: 
(hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum ( rata je)
2 sudu besar tepung jagung ( rata je)
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara Membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. ( saya skip part ni..)
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. ( saya tapis adunan)

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.

*** tips galakan

-boleh juga ditambah 1 sudu teh tepung sagu pada lapisan akhir bagi mengilatkan permukaan kuih lapis

- kuih lapis ni jika dipotong ketika panas akan menyebabkan lapisan kuih tertanggal.. jadi sabar ye.. tunggu sejuk sikit, baru potong.


Selamat Mencuba...:)

Wednesday, January 1, 2014

010114

assalamualaikum...selamat petang uolls....tetiba berbahasa seperti anak2 muda hari ini...rasa agak janggal...kenapakah? mungkin kerana saya bukan lagi berada dalam fasa usia anak muda??Tahun baru, usia pun meningkat kan?? Saya petik kata2 seorang yang saya sangat hormati, katanya usia kita meningkat saban tahun tapi adakah amalan untuk bekal ke akhirat kita semaki bertambah?? sama2 kita muhasabah diri..

Bercakap tentang tahun baru, kita sering ditanya mengenai azam baru..Bagi saya tidak salah untuk kita berazam kerana ianya merupakan matlamat yang ingin kita capai dalam tempoh masa tertentu...dan lagi sebenarnya berazam tidak semestinya pada tahun baru sahaja kan...setiap hari pn kita boleh berazam untuk perbaiki diri..

Bercerita mengenai azam, ini adalah azam saya sepanjang hayat, " Saya nak jadi lebih sihat, maksudnya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat"..yang paling utama ialah mengurangkan pengambilan minuman manis dan lebihkan pengambilan air kosong..Macam biasa2 je kan azam saya tapi sebenarnya amat penting kerana kedua2 keluarga belah ayah n mak ada  family history yang mengidap diabetes atau bahasa mudahnya kencing manis ( dulu masa belajar, sorang lecturer saya pernah marah sebab guna terms kencing manis- walhal bagi saya terms kencing manis lagi mudah untuk pesakit faham, sorry Dr..sehingga sekarang saya still guna terms kencing manis)...

Tapi azam saya yang paling utama ialah azam saya setiap hari iaitu insyaAllah akan berusaha memperbaiki diri dalam segala aspek kehidupan. Semoga Allah permudahkan urusan saya...

Lagi bercerita mengenai azam, saya berazam untuk menyimpan lebih banyak wang...mksdnya every month kena saving lebih sikit and kurangkan perbelanjaan...nak kumpul duit banyak2, then boleh kawen....hahaha ( bab kawen tak boleh cakap banyak, kerana semuanya masih lagi menjadi rahsia Allah)


ok bye...

p/s: I ada hutang yang belum tertunai kan kat blog ni..belum berkesempatan untuk update resepi lagi...tapi still xboleh janji bila akan tertunai...sorry..:(