Assalamualaikum...layan gambar je la dl...nnt saya update resepinya kemudian ( tapi tak boleh jnji bila...:()..)
Sunday, December 22, 2013
Wednesday, December 4, 2013
Kek Minyak Kukus
Assalamualaikum dan selamat petang. Macammana cuaca kat tempat korang? Kat tempat saya hujan sepanjang hari. Tapi Alhamdulillah air tak naik kerana hujan kadang2 lebat, kadang renyai2 je. Jadi air tak sempat naik. Menurut dari apa yang saya dengar dari berita, banjir kat kuantan makin teruk. Sama-sama kita doakan warga kuantan selamat dan banjir cepat pulih dan semuanya kembali kepada keadaan asal.
Hari ni saya bercuti. So,pagi tadi sempat la buat kek yang sangat simple. Tapi hasilnya memang sedap. Gebu je kek ni. Resepi kek ni saya dapat dari FB Resepi Turun Temurun Resepi Istimewa Keluarga Kita (RTTRIKK). Penyumbang resepinya ialah Mila Kitchen. Thanks to semua yang menyumbang resepi kt group RTTRIKK ni.
Tak nak membebel panjang, jom semak resepi. Bagi sape2 yang ada masa free dan teringin nk makan kek yang sangat simple tapi sedap, boleh cuba resepi ni. InsyaAllah hasilnya memuaskan hati anda.
Kek Minyak
Sumber: FB RTTRIKK
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp ovallete
1 tsp esen vanila
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula
1 cawan minyak
5 biji telur gred A- saya guna gred B je
Cara Penyedian:
1- Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan
2- Pukul telur, gula, ovallete sehingga kembang dan putih.
3- Tambahkan minyak, susu pekat manis dan esen vanila. Pukul lagi sehingga kembang.
4- Tambah tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi ( saya kacau guna whisk je part ni)
5- Bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan dan 'marble'kan kek mengikut kesukaan anda
6- Kukus lebih kurang 45 minit atau sehingga masak. Kek ni boleh juga dibakar dalam oven pada 180 C selama lebih kurang 45 minit.
Monday, December 2, 2013
Kek Santan Pandan Kukus
Assalamualaikum. Kali ni saya kongsikan resepi kek santan pandan kukus. Panjang bebenor namanya kan. hehe. Kek ni saya buat 3 hari lepas untuk makan2 kat rumah. Sebabnya saya buat 2 biji kek karamel untuk kawan2 tempat keja yang mintak buatkan dan saya rasa bersalah pulak kalau tak buat apa2 untuk adik2 kat rumah, ye la 2 biji kek karamel yang saya buat memang tak boleh dipotong la kan sebab nak bagi kat orang kan. Jadinya saya merajinkan diri untuk buat kek ni jugak. Pagi2 lagi cari kelapa untuk dikukur ( bukan guna kukuran yang orang2 lama guna tau, saya guna mesin kelapa je..hik2) dan ambik santannya. Tapi semua tu berbaloi sebab hasilnya memang gebu dan wangi daripada santan dan air pandan.
Saya tak nak membebel panjang lagi, kita terus kepada resepinya ye. Resepi dari blog Ucu Bakery. Katanya resepi asal dari dapur Pn Noni ( safar-khaadeem). Terima kasih untuk keduanya kerana memanjangkan resepi ini. Izinkan saya memanjangkan resepinya disini pula.
Kek Pandan Kukus
Sumber asal: Safar-Khaadeem
Sumber rujukan: Ucu Bakery
Bahan-Bahan:
6 biji putih telur
2 cawan gula halus
6 biji kuning telur
1 cawan pati santan
1 cawan air daun pandan - perahan 6 helai daun pandan yang besar
Bahan diayak:
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda
Cara Penyedian:
1- Pukul
putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning
telur dan pukul lagi.
2- Masukkan
santan dan sari pandan, kacau rata.
3- Masukkan
pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau
perlahan2 sehingga sebati.
4- Masukkan
dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih
dahulu.
5- Pastikan
air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.
6- Kukus
menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2
masak.
Nota penting:
Jangan lupa tutup adunan kek dengan aluminium foil sebelum dikukus.:))
Selamat Mencuba ::)
Kek Pisang
Assalamualaikum..Bertemu lagi dialam maya ini. Hari ni saya akan kongsikan resepi kek pisang yang sangat mudah tapi hasilnya memang kebabom..bagi saya lah, kalau orang lain, saya tak tau. Lain orang, lain seleranya kan. Bercerita mengenai kek pisang ni, saya tidak begitu menggemari kek pisang yang dibeli dari kedai kerana rasanya agak pelik sedikit bagi saya kerana saya merasakan penggunaan esen pisang dalam pembuatan keknya agak banyak. Macam pelik dengan rasa dan baunya. Kerana itu, saya selalu buat kek pisang if terasa nak makan. Untuk buat kek pisang pulak, saya lebih suka kukus berbanding bakar sebab kek yang dikukus lebih moist berbanding kek yang dibakar yang mana ianya agak kering. Agak panjang celoteh saya kali ni kan..So, kita terus kepada resepinya la. Resepi ni telah lama saya gunakan dan saya dah lupa resepinya dari mana dan lagi teruknya, saya tak save resepinya. Mintak maaf kepada tuan punya resepi.
Yang ni versi dalam loyang besar. Kat atas versi cupcake. Saya suka yang versi cupcake sebab senang nak makan.^__^
Kek Pisang
Bahan-Bahan:
1 cawan pisang lenyek
1 cawan gula halus- boleh jugak guna gula perang
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur
1/2 tsp garam
Cara Penyedian:
1- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat. garam dan baking powder. Ketepikan.
2- Blend kan telur bersama gula halus sehingga kembang.
3- Masukkan minyak dan pisang lenyek dan blend lagi.
4- Masukkan dalam bekas dan tambahkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit. Gaul rata. Saya.
5- Masukkan dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter dan dialas dengan baking paper. Kukus sehingga masak.
Tips:
1- If nak tambah sedikit rasa coklat macam yang saya buat, just tambah coklat emulco pada sebahagian aduanan.
2- Untuk kek kukus, saya sarankan anda semua untuk tutup loyang dengan aluminium foil yang telah digris dengan mentega padanya untuk menutup permukaan kek. Ia untuk mengelak air jatuh diatas kek semasa kek dikukus. Manakala sebab aluminim foil digris dengan mentega untuk mengelakkan kek melekat pada aluminium foil sekiranya ianya naik membukit.
3- If kukus kek versi cupcake, penutup loyang hendaklah dibalut dengan air bersih untuk mengelakkan air jatuh di atas kek.
Agak merekah kat permukaan kek ni mungkin sebab api yang digunakan untuk mengukus agak kuat.:(
Iklan jap, hehe...kek karamel untuk kawan2 tempat keja..
yang ni pun kek karamel untuk kawan2 tempat keja juga. Yang belum diterbalikkan. Fresh dari oven. :)
Selamat Mencuba :)
p/s: terasa nak makan kek coklat moist tapi malas nak baking..Lg pun saya tidak berpuas hati dengan stok baking choc yang ada kat rumah. Rasanya manis sangat. Saya nak beli dark choc compound tapi tak sempat nak keluar shopping lagi. :((
Sunday, December 1, 2013
Puding Kasih Bertaut
Assalamualaikum, selamat petang. Hari ni mood tak begitu baik. so better saya update blog daripada dok fikir yang bukan2..
Hari ni saya akan kongsikan resepi Puding Kasih bertaut. Dah lama buatnya cuma tidak berkesempatan untuk update blog. Resepi saya C & P dari blog K. Ita je.. Malas nak taip balik. Mintak izin ye kak..:)
PUDING KASIH BERTAUT
Sumber: Azlita masam manis
Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari
sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita
Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke
dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit
dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau
sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah
mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan
masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian
dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia
mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub
kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih
besar.
Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket
agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan
(disimpulkan)
Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama
serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga
larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang
berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam
peti ais.
versi malas... campurkan semua dalam loyang besar..:)
Hasilnya apabila dipotong...
Selamat Mencuba..
Subscribe to:
Posts (Atom)