Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..Alhamdulillah dah msuk 10 kedua Ramadhan...Sedar tak sedar Ramadhan sudah menghampiri pertengahannya.
Dah lama sangat tak update blog. Mood untuk berblog memang kurang sekarang. Hari ni pun rasa tak ada mood nak untuk berblog cuma paksa diri untuk update. So faham2 je la...Kita terus semak resepi je..
Resepi asal dari blog Dayang Jack. Ni salah satu makanan yang sllu sy beli kalau bulan puasa. Dah pandai buat sendiri, lg seronok kan. boleh buat selalu. Sepanjang 12 hr berpuasa ni dah 2kali saya buat Tau fu fah. Yang peliknya ( sebenarnya tak de la pelik sangat..haha) saya tak suka minum air soya tapi sangat suka makan tau fu fah padahal bahan utama buat tau fu fah ni memang air soya. Mgkin saya patut belajar untuk suka minum air soya..:)
Jom Semak Resepi
Tau Fu Fah
Sumber: Dayang Jack
Bahan-bahan :
1 cawan kacang soya (direndam selama 3-4 jam)
4 ½ cawan air
½ sdt GDL
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara :
- Kisar kacang
soya bersama 2 cawan air. Kemudian diperah dgn kain muslin.
- Kisar
lagi hampas kacang soya bersama 2 ½ cawan air. Perah dgn kain muslin.
- ½ cawan air
kacang soya tadi diketepikan.
- Air
kacang soya selebihnya dimasak bersama sehelai daun pandan. Kacau
perlahan2 dan gunakan api sederhana shj.
- Sediakan
satu bekas yang besar seperti loyang atau mangkuk. Masukkan tepung jagung,
GDL dan juga ½ cawan air kacang soya. Kacau rata2.
- Setelah
air kacang soya mendidih, tutupkan api. Kemudian tuangkan ke dalam bekas
besar tadi (guna kaedah teh tarik tetapi sekali tuang shj).
- Goyang-goyangkan
sedikit bekas tersebut tetapi jgn dikacau. Sekiranya ada buih, ambil dgn
sudu dan buangkan.
- Tutupkan bekas tersebut setelah ia sejuk.
Hidang bersama air gula melaka atau air gula putih
Air gula putih boleh juga kalau nak diperisakan dengan perisa pandan. Just tambah paste pandan dan sedikit pewarna hijau sewaktu masak air gula. Jadilah Taufufah pandan kot...hehe
Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment