Sunday, July 28, 2013

Cornflakes Coklat aka BUCOCO

Assalamualaikum... Hai hai..bertemu lagi untuk resepi cookies ketiga malam ini iaitu cornflakes coklat atau saya biasa namakan bucoco. Dari mana asalnya nama bucoco ni?? Semuanya bermula semasa projek biskut rasa waktu belajar dulu. Kitorang ditugaskan untuk jual biskut raya..So macam2 biskut yang kitorg buat, luckily kitorang in group. Salah satu cookies yang kitorang buat ialah BUCOCO stand for Bubble rice, Cornflakes Coklat. Singkatannya jadi BUCOCO. Konon komersiallah nama tu...haha...Tapi mungkin betul nama tu komersial sbb jualannya memang memberansangkan. Nak buat pun simple je, tak sakit tangan nak tekan acuan semperit macam satu group yang meniaga semperit...

Bila tengok kat atas, panjang pulak intronya kan...tak pe la..Malas nak delete or edit lagi..

OK, kita terus kepada resepinya...

BUCOCO

Bahan-bahan

3 cawan cornflakes
1 cawan bubble rice
250g cooking choc- boleh jugak guna milk choc compund 
Sedikit white choc
1/2 tbsp butter- jika suka untuk mencantikkan lg cookies, tak nak letak pn takpe..

Cara Penyedian:

1) Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiling. Biarkan kesemua cokla cair
2) Gaul coklat yang telah cair dengan cornflakes dan bubble rice. Gaul rata.
3) Masukkan dalam cup.
4) Hiaskan dengan white coklat yang telah dicairkan.
5) Biarkan coklat mengeras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Simple kan...Semua orang boleh buat...Gud Luck
Selamat Mencuba..

p/s: nnt sy update gambarnya..

update: gambar2 sepertimana yang dijanjikan..

yang ni, coklatnya belum betul2 keras, so biarkan dl sebelum disimpan dlm bekas kedap udara..



No comments:

Post a Comment